20 September 2011

JUNGLE TREKKING!


Hari ne hari Jumaat!
Hari kedua di Taman Negara. Pagi ne kene bangun awal pasal ada aktiviti jungle trekking ke Lubok Simpon dan Bulatan Paya. Lepas sarapan pagi kami bertolak menuju jeti Kuala Tahan. Barang yang patut dibawa ialah beg sandang, loction anti nyamuk, baju sejuk, air minuman, tongkat dan kamera.

Jungle trekking bermula dari Park Centre yang jarak perjalanan  ke Lubok Simpon lebih kurang 600 meter sahaja. Aku bayangkan jalan tentu becak atau licak (kata orang Sabah), sebab malam tadi hujan. Sangkaan aku meleset, kerana laluan ke Lubok Simpon telah di pasang dengan titi dan anak tangga. 

Sepanjang menyusuri hutan simpan ne, kami dapati tiada nyamuk. Yang kedengaran hanya kicauan burung dan sekali-sekala bunyi geseran daun apabila di tiup angin. Akhirnya kami sampai di Lubuk Simpon. Kami berehat seketika di tepi sungai yang airnya berwarna teh tarik! Apabila dah puas menikmati kehijauan hutan hujan yang berumur lebih 130 juta tahun ne, kami berjalan semula menuju Park Centre.





























Dari Park Centre kami meneruskan perjalanan ke Bulatan Paya. Apa yang nak di lihat kat sini. Macam biasalah! Pokok balak yang liltannye tiga hingga empat pemelok, akar kayu yang berbelit-belit, paku pakis yang cantik. Trek laluan pulak tak semudah ke Lubok Simpon. Kat sini jalannye becak dan banyak pacat. Tanda arah warna kuning kekadang tak kelihatan. Kalau kami sesat, pasti tak dapat sembayang Jumaat.

Sesekali kami berhenti kerana dah banyak sang pacat hinggap kat stokin! Pacat ne kene buang Beb! Tapi tak payahlah dibunuh. Majid pulak sengaja membiarkan beberapa ekor pacat hisap darah. Katanye baik untuk kesihatan! Dan katanye lagi pacat suka hisap darah kotor. Hehehe! Perjalanan diteruskan, dan kekadang bila jumpa simpang dah tak tau nak ikut arah mana. Apa pun aku kena ikut tapak kaki orang yang terdahulu melalui trek ne. Ikut grak hati lah!




Jam
11.30 pagi, kami keluar menuju jeti Kuala Tahan untuk balik ke tempat penginapan. Jam 12.45 tengahari kami bertiga pergi menunaikan solat Jumaat di Masjid Kuala Tahan. Selesai solat ge makan tengahari. Kalau dah tinggal kat Kuala Tahan, kenelah rasa ikan patin masak lemak tempoyak! Lepas makan kami bercadang untuk buat aktiviti "Birdwatching".

Kali
ini perjalanan kami melalui chalet Mutiara Taman Negara. Jalan punye jalan akhirnye kami sampai kat sempadan antara chalet dengan hutan simpan. Nak teruskan perjalanan tapi tak de papan tunjuk arah dan tak tau berapa jauhnye ke lokasi birdwatchi
ng. Yang tertulis hanyalah arah ke Canopy Walkway (1.5km), Bukit Teresek (1.7km), Lubuk Lesong (3.8km) dan Lata Berkoh jauhnye 8.5km. Lokasi ne semuaye jauh bangat dong!
Takut sesat lebih baik patah balik. Kami balik menuju jeti Kuala Tahan. Jam 08.00 malam kami turun ke floating untuk makan malam. Kat sini ramai pelancong! Jeti penuh sesak dengan kehadiran budak sekolah yang ambil kesempatan cuti
hari Malaysia. Diorang nak pergi "Night Jungle Walk". Lepas makan dan saksikan bebudak sekolah naik boat, kami balik ke tempat penginapan. Esok jam o9.30 pagi kami nak chek-out!

19 September 2011

CANOPY WALKWAY - 1st Day!

Salam dari Kuala Tahan!
Salepas mendapat info mengenai aktiviti, kami menaiki teksi air
ke seberang, untuk dapatkan - Permit Masuk ke Taman Negara.
Sampai je kat jeti, bayar tambang boat (teksi air) sebanyak rm1.00 seorang. Lepas tu ge menuju pejabat Perhilitan kat Park Centre.
Kat Perhilitan kene bayar rm 4.00 ( 4 orang) untuk permit masuk dan
rm 5.00 utuk bayaran lesen kamera.

Selesai urusan permit kami menuju jeti-pasal dah janji dengan pemandu boat untuk bawa kami ke Canopy Walkway, Rapid Shooting, melawat Orang Asli dan mandi-manda selama 2jam dengan bayaran rm180.00. Boat yang dipandu Zam sudah menunggu kami di jeti. Menaiki boat, perkara pertama ialah kene pakai jaket keselamatan! Bila boat mula bergerak, maka bermulalah aktiviti kami di Taman Negara. Boat berhenti di tangga menuju ke Canopy Walk dan kami berempat berjalan menuju pintu masuk Canopy Walk. Untuk menyusuri Canopy Walk ne, bayaran masuk ialah rm5.00 seorang.




















































Berjalan atas titian gantung, bergoyang bila kaki melangkah-memang gayat ! Mulanya si Mawa
bukan main lagi bersemangat, tapi bila sampai di tengah-tengah titi dia berhenti. Tak sanggup
katanya untuk meneruskan perjalanan! Mawa minta hanya dia seorang saja berjalan di titi,
kerana kalau serentak empat orang, titi akan bergoyang lebih kuat. Dalam berani takut tu dapat
juga Mawa menghabiskan perjalanan yang dinamakan Titian Silara!




Selesai aktiviti pertama, kami meneruskan acara dengan Rapid Shooting! Saat inilah yang
paling ditunggu-tunggu. Ketika menaiki boat melalui jeram, boat mulai goyang kekiri dan kekanan. Diterjah plak dengan percikan air, memang ada yang basah terutama yang duduk dibahagian belakang. Ketawa dan kengkadang menjerit, benar-benar memberikan keseronokan ketika Rapid Shooting.

Aktiviti kami seterusnye singgah di penempatan Orang Asli (indigenous people). Kat sini kami
saja nak tengguk apa yang diaorang buat. Nampak cam biasa je! Lelakinye pakai seluar gak, yang perempuan berkemban lah! Kulit hitam manis dan rambut keriting. Berbual dengan Tok Batin yang boleh bertutur Bahasa Melayu memang sedikit as-syik! Lepas klik sana klik sini, kami pong minta kebenaran untuk balik ke Kuala Tahan. Nak balik kene bagi pengeras nye! Mesti bagi kat Tok Batin (rm5.00 seorang) pasal singgah dan ambik gambar diorang! Hehehe...

Aktiviti akhir sebelum pulang ke jeti Kuala Tahan ialah mandi-manda! Aku memang tak sampai hati nak mandi kat sungai ne. Airnye keruh macam teh tarik mamak, pasal semalam hujan kat
sekitar Taman Negara. Diorang kata, kalau tak hujan pong-airnye tetap keruh! Pasal apa?
Tentu ada aktiviti penebangan hutan diluar kawasan Taman Negara! Huhuhu...


Go to Green - Taman Negara!


Bercuti memang menyeronokkan! Kali ne Mj bercuti ke Taman Negara. Pada mulanya yg berminat nak turut serta 8 orang, tapi saat akhir hanya 4 0rang je! Majid, Ammar, Mj dan Mawa.

Bermula dari KL, perjalanan kami melalui Karak Highway dan berhenti sarapan kat D' Paya Serai. Lepas tu kami meneruskan perjalanan menyusuri East Coast Expressway menuju Bandar Jerantut. Dari Jerantut ke Kuala Tahan, jalan mulai sempit dan bengkang-bengkok. Sepanjang jalan menuju Kuala Tahan (65 kilometer) kami sering berselisih dengan lori balak. Kalu dah lori balak yang lalu kat jalan ne, tentulah jalan cepat rosak kerana lebih muatan. Bila rosak kos baikpulih jalan raya ne mungkin ditanggung oleh syarikat balak! Aku agak aje...



Pemandangan disepanjang jalan menuju Kuala Tahan, memang menarik. Pohon yang menghijau
serta ladang kelapa sawit, meredupkan mata yang memandang. Cuaca plak masa ne redup
dan aku buka tingkap kereta untuk menghirup udara segar. Sampai kat Kuala Tahan, kami
chek-in kat Teresek View Motel. Tempah 2 bilik dengan kadar bayaran RM 90.00 semalam.

Tak sabar rasanye nak meyeberang ke Taman Negara! Apa pun kami turun menuju jeti Kuala
Tahan dan minum kat floating sambil dapatkan info dari orang tempatan, mengenai aktiviti
Conopy Walkway, Rapid Shootings, Jungle Trekking, Bird Watching dan Melawat Penempatan
Orang Asli.