26 February 2011

KAYUH DI-HUJUNG MINGGU



Sabtu
- Jam 1700 petang!

Kami kayuh menuju FRIM Kepong melalui Tasik Metropolitan. Cuaca petang ne nampak redup. Sampai kat pintu masuk FRIM kami telah di sapa oleh pengawal dengan senyuman. Bila kami masuk ke dalam kawsan FRIM, ramai orang sedang berjogging. Laluan sepanjang jalan di penuhi pokok-pokok yang telah lama di tanam dan di-selia oleh Jabatan Perhutanan. Keluasan FRIM ialah 600 hektar, dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong. Dari info yang aku dapat tahu...... FRIM ne dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) dibawah Kementerian Perusahaan Utama sebelum berpindah ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Bercakap pasal basikal pulak, aku menggunakan basikal jenama Xds road bike. Walau pun beratnye hanya 13kg(lebih kurang), tetapi menghadapi masalah kayuhan mendaki bukit kerana gunakan single gear. Yang menarik buat aku pasal basikal warna hijau pucuk pisang ne ialah ringan, gunakan double wall rim -50mm. Venda tires-700x23c, Hendle pulak-racing (grip tape) dan Saddle guna jenama Xds. Kalau nak pam angin terpaksa ge kedai motorsikal pasal pam kat rumah xboleh guna!



14 February 2011

Kakiconteng Studio-Interiors



Salam semua!
Gaya Galeri yang mengabungkan warna-warna kontemporari, bersatu dengan koleksi peribadi saperti sofa bed, basikal, buku, lukisan, meja, kerusi & lampu. Bagi pendapat aku, rumah bukan sahaja tempat untuk sekadar berteduh tetapi tempat membelai jiwaraga kita sepenuhnya.

Basikal adalah eleman terbaru di Studio Kakiconteng sebagai hiasan yang ringkas dan boleh diubah-suai dengan perabot serta aksesori dari Ikea. Bila ada masa lapang aku sesekali singgah kat apartment kengkawan yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing. Bagi aku xrugi melihat citarasa orang lain dalam menghias kediaman sambil menilai dan membicarakan tahap knowledge dekorasi masing-masing.