31 July 2012

KOLEKSI PHOTO MJ


Salam! Sewaktu aku upload photo ni jam dinding ummah aku menunjukan kol 1730 petang. Sementara menanti waktu berbuka, aku upload 8 keping gambar dari album koleksi Mj. Bermula dengan wajah gadis Utara dalam hitam putih, diikuti   watak  Nur Ain dan Ekin possing ketika  berkelah ke Ulu Yam, diikuti photo kulit album Siti Nurhaliza dan lain-lain.

Selesai upload gambar, aku selak sekali lagi akbar hari ini. Berita yang kita selalu terbaca ialah seludup mercun untuk hari raya, mangsa mercun, polis tahan pelacur, kebanjiran pekerja asing,  kemalangan jalan raya, penyeludupan dadah dan berita pasal Olimpik London 2012 ne siap ada sisipan khas dalam akbar. Ada gak berita pasal krisis tempe di Indonesia, taman tema Lego Land Malaysia akan dibuka pada 15 September 2012, danTun Razak Exchange (TRX) akan menjadi mercu tanda terbaru KL. 

Dalam banyak-banyak berita ne, selalu aku terbaca pasal penyeludupan dadah dan pelacuran. Boleh dikatakan banyak gak  dadah yang cuba diseludup! Banyak gak pihak berkuasa udah rampas dadah dan simpan kat stor sebagai bahan bukti. Si pengedarnya warga asing dan penagihnya ramai orang Melayu. Ada pelajar, pekerja, suami atau isteri yang jadi penagih. Begitu juga pasal penangkapan pelacur. Tangkap dan sumbat kat kem atau pusat tahanan sementara. Kene bagi makan-minum, bil api, air dan dobi semua kerajaan kene tanggung. Lepas tu dioarang kene antar pulang ke? Kos penghantaran kerajaan tanggung. Ambik je jalan mudah iaitu tangkap - diorang bayar denda dan lepaskanlah!

Begitu gak pasal penyeludupan mercun dan bunga api. Ramai orang Melayu yang jadi penyeludup. Yang tukang beli pun orang Melayu! Ada yang udah buta, putus jari kaki, hilang jari tangan, yang udah pekak dan udah jadi bisu. Seronok agaknya jadi orang kurang upaya! Orang Melayu tak serik-serik!



Ooops! Jam dinding udah 1920- nak berbuka dah. Aku kalau udah berhenti menaip-tak sambung lagi. Selamat berbuka puasa kepada Kaki Blog!

Nur Aiin dan Ekin
Siapa nak kupas kelapa ne!
Kulit Abum Siti Nurhaliza
Sementara menunggu waktu berbuka
Bukan aku buat kek ne!
Bunga tepi rumah
Siri Topeng!

29 July 2012

SELAMAT TINGGAL MEKAH



Salam! Aku sambung lagi kisah perjalanan umrah dan ziarah. Waktu Subuh yang indah iaitu 30hb April 2004, hari Jumaat. Selesai menunaikan solat subuh aku berjalan balik ke tempat penginapan untuk sarapan pagi. Biasanya sarapan pagi disediakan olih pekerja yang terdiri dari warga Indonesia. Arwah emak tak pernah turun ke bawah untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam kerana uzur. Jadi kami bertiga (kakak dan adik ipar) bergilir-gilir hantar makanan ke bilik emak. 

Hari Jumaat di Kota Suci Mekah! Selepas sarapan, aku naik kebilik penginapan untuk bersiap-siap menunaikan solat Jumaat. Aku kene pergi awal ke Masjid Al-Haram untuk mendapat tempat berhampiran dengan Baitullah, kerana keutamaan sembahyang di dalam Masjid Al-Haram ialah kerana dapat melihat  dan berhadapan secara langsung dengan Kaabah. Sewaktu dalam perjalanan, kelihatan ramai orang sedang menuju Masjid Al-Haram yang kebanyakannya memakai jubah putih. Ada yang cacat bertongkat,  yang uzur ditolak dengan kerusi roda dan yang buta di pimpin. 

Tidak lama kemudian kedengaran suara azan dilaungkan dari puncak tujuh buah menara. Diceritakan orang sebelum ini, ketika itu diluar Masjid Al-Haram, semua aktiviti diberhentikan. Kedai dan pusat perniagaan, kakitangan pejabat, kedai-kedai emas, penukar wang di tepi jalan, termasuk para pelanggannya atau pekerjaan apa sahaja di seluruh kota suci itu akan ditutup atau ditinggalkan begitu sahaja. Jika masih ada penuduk yang lalai atau masih menjalankan perniagaan,  mereka akan diperingati atau diberi amaran oleh anggota polis dari Jabatan Amar Makruf  yang  berkeliaran di sekeliling kota Mekah.


Selesai solat Jumaat aku keluar menerusi pintu kiri. Dari sini lebih dekat dengan tempat penginapan aku yang terletak berhampiran bazzar yang sibuk. Melalui deretan kedai gunting, lepas tu deretan kedai emas, kedai pakaian  dan kedai barangan cendrahati yang sudah di buka. Ramai jemaah keluar dari masjid melalui jalan ne, jadi peniaga kecil-kecilan yang menjual jubah, inai, sayuran dan lain-lain mulalah berteriak. Mulalah bunyi riuh rendah sesuai dengan status bazzar, sama seperti ketika jemaah Masjid Jamek dan Masjid India keluar masjid melalui bazzar di Jalan Melayu-Kuala Lumpur. 


Esok! 1hb May 2004. Kumpulan kami akan buat Tawaf Selamat Tinggal. Diwajibkan kepada sesiapa sahaja yang hendak meninggalkan Kota Mekah dalam jarak dua marhalah atau lebih. Sesiapa yang sengaja meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa dan dikenakan dam. Bagi yang jatuh sakit juga diwajibkan walaupun terpaksa berusung atau naik kerusi roda, selagi tidak membahayakan nyawanya dan ia mampu membayar upahnya. Lafaz niat yang bermaksud: "Sahaja aku tawaf di Baitullah ini,   tujuh pusingan kerana tawaf selamat tinggal, maka permudahkanlah pekerjaanku dan terimalah kerana Allah Taala". Selepas selesai tawaf, disunatkan solat sunat tawaf dua rakaat kemudian berdoa. Lepas tu barulah keluar dari masjid. 


Nota Kaki: Nikmat melihat Kaabah dengan mata kepala sendiri tak terbayangkan. Bertawaf disekelilingnya diri bagaikan terlalu kerdil dihadapan kekuasaan Ilahi. Sa'ei antara Safa dan Marwah mengimbau sejarah silam Siti Hajar dan anaknya Ismail 'alaihe salam. Segala puji bagi Allah swt yang telah mengurniakan aku dan keluarga aku kelapangan dan kesihatan ketika menunaikan ibadah umrah! Kita tunggu kepulangan Majid dan Ammar dari Kota Suci Mekah. Mungkin ada photo  mengenai Masjidil Haram.                                                                                                    


Aktiviti di Kota Mekah


Assalamu'alaikum Yaa Shaahibi, Khifa Haaluka! Semuga anda di luar sana baik dan sihat hendaknya. Hari ketiga aku berada di kota Mekah ialah acara lawatan ke Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah dan Mina. Pagi tu kami nenaiki bas yang sedang menunggu berhampiran Masjid Kucing. Setelah semua jemaah naik, bas pun bergerak meninggalkan Kota Mekah. Tempat yang mula kami lawati ialah Jabal Thur atau Gua Thur. Bas hanya berhenti kat kaki bukit dan kami pun turun untuk melihat  peniaga yang menjual barangan cendrahati. Dari kaki bukit ne kami boleh lihat sayup-sayup beberapa orang sedang mendaki Gua Thur dimana gua nelah tempat Rasullulah s.a.w. bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi beberapa hari untuk mengelakan diri daripada tindakan orang-orang Quraisy semasa baginda hendak berhijrah ke Madinah.

Lepas tu bas bergerak menuju Arafah. Setibanya bas menghampiri kawasan Padang Arafah, bagunlah Mutawwif beritahu  bas tidak berhenti kat sini.  Sambil bas melalui kawasan tersebut, Mutawwif beri penerangan sedikit mengenai Padang Arafah. Tempat ne ialah salah satu tempat perhimpunan ketika musim haji setiap tahun yang juga dikenali sebagai 'wuquf'. Lepas tu bas berhenti kat Jabal Rahmah iaitu tempat bertemunya semula Nabi Allah Adam dengan isterinya Hawa setelah terkeluar dari syurga. Kat sini aku lihat ramai gak peniga yang menjual barangan cendrahati. Kat satu sudut pulak aku lihat beberapa orang jemaah sedang ambik gambar dengan sekor unta yang udah dihias cantik. Masa aku naik ke puncak bukit, aku bertemu sipenjual cincin yang menawarkan harga sepuloh rial untuk cincin berbatu hijau tapi aku tak beli. Bila turun bukit aku tanya sekali lagi pasal cincin tadi dan sipenjual tu jual kat aku hanya lima rial je! Aku pun beli dan 'halal' katanya.

Bas gerak meninggalkan Padang Arafah menuju Muzdalifah. Tempat ne terletak diantara Arafah dan Mina. Jemaah haji akan berhenti di sini sambil mengutip tujuh biji batu untuk melontar Jumrah Aqabah dan kemudiannya ke Mina. Bas yang kami naiki hanya lalu sambil Mutawwif beri sedikit taklimat mengenai Muzdalifah. Bas terus bergerak menuju Mina. Satu kawasan dimana jemaah haji diwajibkan bermalam selama dua malam. Semasa berada di Mina, jemaah haji dikehendaki menanamkan azam yang kuat supaya membuang dan meninggalkan segala pekerjaan dan perangai yang buruk. Lepas tu kami di minta berniat ihram di Jakranah.

Pada hari keempat iaitu Selasa - 27hb April 2004, adalah acara bebas. Ada yang memilih untuk bersendirian beramal di Masjid Al-Haram dan ada yang buat umrah secara kumpulan kecil menaiki bas mini atau teksi. Aku ikut satu kumpulan menaiki bas mini  keluar dari tanah haram untuk melakukan umrah. Tak ingat aku, berapa rial seorang yang kene bayar kepada pemandu bas mini tersebut. Hari kelima pulak, aku bersama rombongan pergi melawat Ladang Ternakan Unta (lupa aku nama tempat tu). Alhamdulillah!  Dapat gak aku merasa susu unta. Lepas tu kalu tak silap aku, rombongan kami melawat Muzium Mekah dan bermiqat di Masjid Hubaidiyah.

Hari keenam di Kota Mekah! Tiada lagi acara lawatan kerana dua hari lagi kami akan buat 'Tawaf Wida' iaitu tawaf 'Selamat Tinggal Mekah'. Aku kebiasaannya akan berjalan-jalan  di-sekitar Masjid Al-Haram selepas solat Asar, tapi kali ne aku keluar selepas solat Isyak. Waktu malam yang panjang ne aku habiskan dengan melawat sekitar bazzar bawah tanah yang banyak menjual jubah, tasbih dan minyak wangi. Sambil tu aku ambik kesempatan membandingkan harga yang dijual diantara satu kedai dengan kedai yang lain. Bila ada jubah yang harganya sesuai dengan kemampuan aku, aku beli lah beberapa helai untuk diberi kepada ahli keluarga nanti. Harga pakaian dan barangan cendrahati nampaknya di Kota Mekah ne sedikit murah berbanding harga yang ditawarkan di Kota Madinah. Lepas beli beberapa helai jubah aku singgah di kedai donat pasal arwah emak aku minta belikan dounat. Katanya dounat kat Mekah ne sedap lagi lembut!


Nota Kaki: Berihram di Miqat mempunyai dua pengertian dari segi masa dan tempat ihram iaitu: 1- Masa ihram umrah adalah sepanjang tahun kecuali ketika masih berihram Haji. 2- Tempat, iaitu had atau sempadan di mana seseorang yang hendak mengerjakan Umrah  diwajibkan berniat sebelum melepasi hadnya. Jika melepasi tanpa niat, diwajibkan membayar dam atau denda. Jika mereka yang datang dari Malaysia dan terus ke Madinah dahulu, kemudian ke Mekah - maka Miqat mereka ialah di Zulhulaifah atau Bir Ali, iaitu kira-kira sepuluh kilometer dari Madinah dalam perjalanan ke Mekah dengan menaiki bas. Bagi jemaah yang telah menyempurnakan Umrah pertama, mereka yang hendak buat Umrah seterusnya, Miqat adalah seperti penuduk Mekah iaitu Tanah Halal. Mereka hendaklah keluar dari Tanah Haram Mekah ke mana-mana tanah halal untuk berniat dan selepas itu masuk ke Mekah untuk mengerjakan tawaf, saie dan seterusnya tahalul. Lebih afdal berniat di Jakranah kemudian Tana'im dan diikuti Hudaibah.


26 July 2012

Aku di KOTA MEKAH


Salam Al-Haramain! Aku sambung story ketika aku berada di Kota Mekah pada April 2004. Sebelum bertolak ke Kota Mekah, pagi tu kami ziarah ke Masjid Nabawi untuk buat ziarah wida iaitu ziarah selamat tinggal kepada Rasulullah s.a.w. dan kedua sahabatnya. Selesai ziarah wida aku balik ke tempat penginapan untuk bersiap-siap dengan pakaian ihram, kerana aku dan rombongan akan bertolak ke Kota Mekah.

Pagi Sabtu, 24hb April 2004 - Bas yang membawa rombongan kami mula bergerak meningalkan Kota Madinah menuju Mekah Al-Mukaramah. Perjalanan bas yang lancar, jalan tar yang lurus, pemandangan bukit-bukit batu dan sesekali kelihatan sekumpulan gembala unta di kaki bukit tanpa pohon-pohon rendang. Bas terus bergerak!

Bas yang membawa rombongan kami terus bergerak dilaluan jalan tar dan sesekali berselisih dengan bas-bas yang membawa jemaah dari Kota Mekah.  Sampai di satu kawsan yang dikenali Bir Ali kami diminta berniat miqat. "Aku penuhi seruanMu ya Allah. Aku penuhi seruanMu. Tiada sekutu bagiMu. Aku penuhi seruanMu. Sesungguhnya segala janji, nikmat dan kerajaan adalah milikMu. Tiada sekutu bagiMu. Daku sahut seruanMu ya Allah! Kini daku datang dengan sekeping hati yang terbuka mengharapkan keampunanMu, berkatilah dan rahmatilah perjalanan dan pengorbanan ini. Jadikanlah sebab untukku menghampirkan diri kepadaMu ya Allah". Lepas tu bas bergerak perlahan-lahan masuk ke dalam Kota Mekah. Seingat aku, bas rombongan kami berhenti berhampiran Masjid Kucing yang ketika itu kelihatan sedang dalam kerja-kerja naik taraf. 

Kami sekeluarga berjalan sambil menarik beg melalui celah-celah orang ramai menuju tempat penginapan di Hera Palace. Aku, kakak dan arwah emak tinggal sebilik dan adik ipar ku tinggal di bilik lain. Udah letak beg, aku cuba pinjam kerusi roda untuk arwah emak aku. Alhamdulliah! Dapat kerusi roda untuk emak. Lepas tu kumpulan kami bergerak menuju Masjidil Haram untuk melakukan ibadah umrah. 


Masjid Al-Haram!
Seinggat aku, kumpulan kami memasuki Masjid Al-Haram melalui pintu sebelah kiri masjid (nama pintu masjid tu udah lupa). Didalam masjid inilah terdapatnya Kaabah yang menjadi kiblat kepada seluruh umat Islam ketika solat. Kaabah dalam bahasa Arab bermaksud bangunan empat segi. Di-salah satu penjuru Kaabah pula, terletaknya Hajar Aswad. Di sinilah bermula dan berakhirnya tawaf. Di sebelah utara Kaabah yang berbentuk  tembuk setengah lingkungan seperti huruf C ialah Hijir Ismail. Di bawah Hijir Ismail inilah makam Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar. Di atas Kaabah pula ada saluran air yang dikenali Pancuran Mas. Pancuran mas ini diperbuat daripada emas seberat 4 kilogram hadiah daripada Sultan Abdul Majid Khan dari Turki pada tahun 1276 Hijrah. Multazam pula adalah nama yang diberikan pada tempat yang terdapat di antara penjuru Hajar Aswad dengan pintu Kaabah. Telaga Zamzam pulak terletak di dalam kawasan Masjid Al-Haram kira-kira di bahagian tenggara Kaabah dan bertentangan dengan sudut Hajar Aswad.

Hari Kedua di Kota Mekah! Selesai solat Asar, aku keluar dari Masjid Al-Haram melalui pintu utama. Aku boleh keluar mana-mana pintu sebab  aku tak pakai kasut. Aku hanya pakai selipa Jepun dan selipa tu aku masukan dalam plastik beg. Beg plastik tu pulak boleh di bawa masuk ke dalam masjid dan diletakan dibahagian kepala tikar sembahyang. Cuaca petang ne redup! Aku memang udah berniat selepas solat Asar nak jalan-jalan sekitar Kota Mekah untuk melihat carahidup, budaya dan makan-minum orang Arab. Aku memilih selepas waktu Asar kerana pada waktu inilah kebanyakan peniaga, baru mahu memulakan perniagaan. Mula-mula aku menyusuri jalan di celah-celah bangunan dan rumah kedai. Nampak sekumpulan jemaah yang mungkin  dari Indonesia kerana melihat cara berpakaian, mereka memakai kain palikat, baju corak Indonesia dan bersongkok hitam. 

Aku terus berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Kekadang berbual sebentar dengan peniaga dan pekerjanya terdiri dari warga Bangladesh, Sri Lanka, India dan Pakistan. Hampir semua peniaga Arab ne termasuk pekerjanya pandai bertutur bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Berhenti sekejap kat kedai dounat! Nampak dari luar, kesemua meja yang disediakan tiada pelanggan. Cara mereka disini ialah bungkus (take away) dan bawa balik. Lagi pun perempuan tidak digalakkan makan-minum dalam restoran  dan bercampur-gaul dengan lelaki. Aku pun beli empat keping dounat untuk di bawa balik ke tempat penginapan. 


Nota Kaki: Udah tiga entri aku post mengenai Umrah dan Zirah, tetapi entri tersebut takde photo sebab waktu aku pergi umrah dulu aku tak bawak kamera. Walau cammana pun aku ada catit dalam dairi pasal aktiviti aku ketika berada di Kota Madinah dan Kota Mekah. Selepas ne aku akan post entri  hari ketiga iaitu melawat Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan berniat serta ihram di Jaaranah!


                                                                                                                         

25 July 2012

BERADA DI KOTA MADINAH




Salam sejahtera kepada kenkawan semua!
Entri seterusnya ialah kisah ketika aku pertama kali berada di Kota Madinah. Pada 22hb April 2004-Khamis, selepas sarapan pagi, aku bersama kumpulan lelaki keluar dari tempat penginapan untuk memulakan ziarah ka Masjid Nabawi. Arwah emak pulak bersama kakak dan adik ipar aku ikut kumpulan perempuan. Kali ne emak terpaksa gunakan kerusi roda dan disorong olih kakak dan adik ipar aku secara bergilir-gilir. 


Sebelum keluar dari tempat penginapan tadi ada Mutawwif beri taklimat secara ringkas mengenai niat atau tujuan berziarah. Kami disarankan niat ialah untuk bersolat di Masjid Nabawi dan menziarahi kubur Nabi kita, Muhammad s.a.w. serta dua sahabat baginda  iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar dengan diiringi doa untuk dirinya dan sekelian kaum muslimin. Ketika hendak masuk ke masjid dengan kaki kanan, kami baca doa yang bermaksud "Dengan nama Allah dan agama Rasulullah. Ya Allah, berilah selamat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ku dan bukakanlah semua pintu rahmat Mu."

Bila masuk ke masjid, kami terus dibawa menuju Raudah untuk solat tahiyatul masjid dua rakaat. Selepas salam, kami berdoa untuk dirinya dan sekelian muslimin. Lepas tu kami di bawa menuju ke kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan dua orang sahabat baginda dengan penuh hormat. Sebelum keluar masjid kami baca doa berikut yang bermaksud "Dengan nama Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah, Ya Allah bukakanlah semua pintu rezeki dan kebaikan bagiku." 


II- Pagi Jumaat,
23hb April 2004

Selepas sarapan pagi kami sekelurga menaiki bas untuk meneruskan acara lawatan  ke-Masjid Quba', Bukit Uhud yang terdapat kubur para Syuhada dan  Masjid dua kiblat. Lepas tu ziarah Masjid Tujuh iaitu tapak perkemahan tentera Islam semasa perang Khandak. Akhir sekali kami dibawa melawat Pasar Tamar. Selesai acara lawatan tersebut kami balik ke-tempat penginapan untuk bersiap-siap menunaikan solat Jumaat.



Hari kedua dan ketiga aku berada di Kota Madinah, dapat gak aku ziarah di kawsaan  Perkuburan  Bagi' iaitu disebelah kiri masjid. Dalam kawasan perkuburan ne hanyalah batu-batu biasa sebagai penanda kubur. Tiada batu nisan yang terukir nama si mati seperti batu-batu nisan yang terdapat di Malaysia. Dalam kawasan kubur ne gak, terdapat beratus ekor burung merpati. Yang menghairankan aku ialah kenapa burung merpati ne tidak keluar terbang dari kawasan perkuburan. Bayangkan kalau burung-burung merpati ne terbang dan berkumpul kat sekitar masjid, pasti banyak najis burung ne di sekitar Masjid Nabawi. Allah jua yang maha berkuasa dan maha mengetahui!


Selalunya aku berjalan sorang diri sekitar Kota Madinah selepas solat Zuhor atau Asar. Keluar dari Masjid Nabawi yang indah lagi  bersih, menyusuri jalan-jalan yang dikelilingi bangunan dan hotel lima bintang. Kawasan ne memang bersih Beb! Lepas tu aku berjalan di lorong-lorong belakang untuk melihat peniaga menjual jubah, minyak wangi dan barang cendrahati. Ternampak aku stall kebab dan stall air buah. Nak rasa gak! Aku beli kebab ayam yang dicampur dengan kentang  goreng!
 

- [Mj] Jumpa lagi dientri terbaru Aku diKota Mekah. InshaAllah!                                                            

UMRAH & ZIARAH


Salam dan Selamat Berpusa! Ketika aku menaip entri ne, mungkin Majid dan Ammar dalam pernerbangan ke Jeddah Airport. Mereka dua beranak mahu merasai nikmat berpusa sambil melakukan ibadat umrah di tanah suci  Mekah dan ziarah di Kota Madinah.

Teman! Teringat aku ketika menemani arwah emak menunaikan ibadah umrah pada April 2004. Ikut sekali menunaikan umrah pada waktu tu ialah kakak dan adik ipar aku. Ketika itu semua berbelanjaan di tanggung olih Majid dengan bantuan  pakej dari Trans Bosra Travel Holidays yang beribu pejabat di Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSC).

Pertama kali nak jejak tanah haram (tanah suci), hati bedebar-debar maklumlah aku ketika itu belum bersedia nak buat umrah. Olih sebab arwah emak waktu tu sedikit uzur, terpaksalah aku ikut gak. Menggunakan pekej umrah 12 hari dengan penerbangan Saudia Air, akhirnya sampai gak aku sekelurga di Jeddah Airport. Ketika menanti luggage, datang beberapa orang pekerja airport (warga Bangladesh, India atau Sri Langka) membawa troly untuk membantu kami membawa luggage. Selesai melalui pemeriksaan Imigresen, troly yang penuh dengan beg besar itu pun di tolak olih pekerja ke arah bus yang sedang menunggu. Selesai beg-beg dipunggah, pekerja tersebut menadah tangan sambil berkata "Lima rial". Nasib baik sebelum sampai ke Jeddah dah tukar mata wang Arab Saudi. Bagilah! Ingatkan dia buat sevice percuma Beb!

Bus mula bergerak meninggalkan Jeddah Airport. Sedikit taklimat di berikan olih wakil yang telah ditugaskan iaitu di kenali sebagai "Mutawwif". Waktu malam yang pekat, sesekali melalui kawasan rumah-rumah baglo dan sesekali kelihatan rumah kedai dan pam minyak. Sampai disatu kawasan (aku dah lupa nama tempat tu) bus berhenti dan jemaah semua turun untuk menunaikan solat Isyak. Lepas tu kami dapat nasi bungkus dan sebotol air untuk makan malam. Bus terus bergerak dan dari jauh kelihatan kawasan terang benderang, dan Mutawwit bagun dari kerusi - beritahu udah memasuki kawasan Madinah yang dahulunya digelar "Yathrib".

Aku saperti baru tersedar dari mimpi apabila Mutawwif beritahu kawasan yang paling terang yang kita sedang lihat sekarang adalah Masjid Nabawi. "Ya Allah! Aku bersyukur kepadaMu kerana aku telah sampai di Madinah". Kami semua turun dari bus dan menuju tempat penginapan iaitu di Manazel Al Fairuz kalu tak silap aku lah! Taklama lepas tu azan subuh pun berkumandang dari Masjid Nabawi.  Semua orang yang berada disekitar Masjid,  bergerak menuju Masjid Nabawi untuk menunaikan solat subuh. 

Kota Madinah! Nanti aku sambung entri hari pertama aku di Kota Madinah. Sabelum kita pergi lebih jauh apa kata kita kongsi sedikit info pasal  Kota Madinah. Dulu di gelar Yathrib dan pada zaman Nabi s.a.w. telah di tukar kepada Madinah. Kota Madinah adalah salah satu Tanah Haram yang diharamkan keatas orang bukan Islam memasukinya. Tanah, pokok-pokok dan binatangnya tertakluk kepada hukum Tanah Haram Mekah. Tanahnya tidak boleh dipindahkan, pokok-pokoknya tidak boleh ditebang dan binatang buruan tidak boleh diburu. Perbuatan tersebut hukumnya haram. Ziarah Madinah tidak termasuk dalam mana-mana pekerjaan haji atau umrah, tetapi kita digesa berbuat demikian berdasarkan kepada beberapa hdis Nabi s.a.w

Syukran Ilalliqaa! (Terima kasih dan jumpa lagi).



19 July 2012

Kita Bukan Ah Long!


Salam di pagi Jumaat untuk Kakiblog! Menjelang Ramadan dan Syawal hotel-hotel sibuk buat  promo dan tawaran buffet. Sibuklah diorang pasang ketupat plastik dan kat depan lobby pulak ada pondok beratapkan nipah dengan tema "Balik Kampong". Itu story pasal hotel! Kalau teman jenguk dalam akbar berbahsa Inggeris lagi hebat. Gedung tekstil, kedai perabot rumah, kedai langsir dan kedai pinggan mangkok, sibuk buat tawaran itu dan ini. Yang tak masuk akal lagi diorang bagi tawaran murah beli TV LCD, peti sejuk dan barangan IT. 


Puasa baru nak mula udah sibuk cerita pasal raya. Kebanyakan orang bandar akan beraya kat kampong! Jadi apa kene mengena dengan perabot baru, peti sejuk baru,  tv baru atau kereta baru. Kalau balik kampong kene bawak perabot, peti sejuk atau tv baru ke? 


Macam-macam ayat yang diorang usahakan agar kita beli barang diorang. "Open House Ramadhan Sale" atau "Raya Celebration Members Day Sale" atau "Hadiah Percuma Hebat". Kalau dilayan semua ne tentu tak cukup duit. Mulalah cari lobang nak pinjam! Kebetulan pulak jumpa kertas kecik yang dilekatkan kat dalam bakul motosikal atau depan cermin kereta yang tertulis "Kita Bukan Ah Long"!

Pinjaman wang berlesen atau takde lesen, sama saja. Kalau dah pinjam liat pulak nak bayar. Yang bagi pinjam pulak, kalau lambat bayar hantar kaki pukul. Ada baiknya jangan meminjam! Berpuasalah  dan berayalah se-adanya. Ingat! membazir tu kawan setan.

Mj Kakiconteng: Mj ucapkan "Selamat Berpusa" kepada kengkawan, rakan dan teman yang sering berkunjung kat blog aku. Maaf di pinta andainya ayat-ayat yang aku taip telah menyinggung hati teman di luar sana. Seperti ayat yang aku pernah baca "Perkataan yang baik itu datangnya dari Allah dan ayat yang tak baik itu datangnya dari aku sendiri". Memang lidah tak bertulang!

15 July 2012

CONTENG-CONTENG+ 8


Salam untuk kengkawan semua! Kali ne aku upload lapan keping gambar untuk tatapan teman-teman yang meminanti seni lukis dan seni foto. Pada masa yang sama aku selitkan sekali kisah kanak-kanak Britain berusia sembilan tahun yang digelar sebagai 'Mini Monet' bakal menjadi jutawan tidak lama lagi selepas 24 hasil lukisannya dijual dengan harga 250,000 pound (RM1.3 juta) dalam tempoh hanya 15 minit.

Kieron Williamson, berasal dari Norfolk dekat utara England, memperoleh hasil jualan lumayan tersebut selepas lukisannya dijual menerusi bidaan yang dibuat melalui panggilan telefon dan Internet. Kanak-kanak tersebut menjadi terkenal diseluruh dunia selepas hasil lukisannya dibeli dengan harga berpuluh-puluh ribu pound.

Kali pertama hasil seni Williamson dijual di pasaran adalah pada 2009. Sebanyak 19 lukisannya yang bernilai 14,000 pound  (RM68,914) habis dijual dalam satu acara lelongan yang diadakan secara tertutup. Tiga bulan kemudian, 16 lukisannya dijual dengan nilai keseluruhan 17,000 pound (RM83,682) dalam tempoh 14 minit semasa kali kedua dia menyertai pameran di Galeri Picturecraft. 

Dia kemudian meraih 106,260 pound (RM523,063) pada November lalu selepas 12 lukisannya dijual dalam tempoh 10 minit 50 saat. - Agensi



Aku suka pink
 Teman! Budak tu betul menjadi-dengan sekelip mata udah boleh jadi jutawan. Walaupun begitu aku tak dapat upload photo si Williamson dan lukisannya pasal takde dalam simpanan aku. Berbalik story Conteng-conteng+8 ne, bermula dari pic diatas yang bertajuk Awas!. Lepas tu Aku suka pink, Mimpi si Mahfol, Jom Kayuh, Take Five, Rama-rama, Eh! UFO lah... dan akhir sekali bertajuk Garis-garis Sembilan. Semuga teman diluar sana happy melihat dari mata hati hasil buah tangan aku.

Nota Kaki: Salepas ne akan menyusul entri Iwan belanja makan tengahari di The Curve, Mutiara Damansara. Salam sayang dari Mj!

Mimpi Si Mahfol
Jom Kayuh!
Take Five
Rama-rama
Eh! UFO lah...
Garis-Garis Sembilan

11 July 2012

MENJELANG RAMADHAN!


Salam! Pagi ne aku bangun dari tido dan terasa demam aku udah berkurang. Allhamdulliah kerana Allah memberi aku sedikit sakit dan dengan izinNya jua aku udah sedikit sihat dan boleh menaip entri terbaru Menjelang Ramadhan.

Hanya tinggal 9 hari saja lagi kita akan berpuasa. Bermula dengan istilah niat puasa, sahur, berbuka, sembahyang Tarawikh, wirid-wirid Ramadhan, malam Lailatul Qadar, melihat anak bulan, berbuka dengan kurma, nikmat puasa dan ganjaran-ganjaran yang diterima tiap-tipa malam ibadat sembahyang Tarawikh. Banyak lagi istilah yang kita akan dengar termasuk kurma Yusuf Taaiyub, bubur lambuk Kg Baru, bazzar Ramadhan dan paling aku tak lupa ialah ayat "Puasa yang yok, pagi-pagi bukak periuk".

Bulan Ramadhan ne buat aku teringat zaman remaja ketika tinggal di Gombak yang kebanyakan jiran aku ne adalah terdiri dari kaum Minangkabau. Bermula malam pertama Ramadhan, umat Islam akan mula menunaikan sembahyang Tarawikh. Tugas malam pertama aku bersama teman-teman ialah menyediakan air kopi, menyusun kueh, biskut dan kurma ke dalam dulang. Kerja ini di buat ketika jemaah memulakan sembahyang Tarawikh. Selesai jemaah sembahyang Tarawikh dan mula membaca doa, kami pun mengatur dulang-dulang makanan di sekitar branda masjid. Selesai jemaah makan, dulang, pinggan manggkuk dan cawan di basuh dan di susun dalam stor. Kerja-kerja rutin ne kami lakukan dengan ikhlas sahingga bulan Ramadhan berakhir.


Aku masih cerita kisah kat Masjid! Selalunya ketika aku selesai berkemas, lebihan kueh dan biskut tu aku bungkus dan bahagikan kepada rakan-rakan untuk di bawa balik. Lebihan kurma pulak di simpan ke dalam bekas dan akan di hidang untuk jemaah pada malam berikutnya. Masa zaman aku ne tak de lagi kurma jenama Yusof Taaiyub, yang ada hanyalah kurma keras gred tiga. Itu cerita dulu Beb! Sekarang betapa mewahnya kalu cerita bab makanan. Nak berbuka kat ummah, masjid atau coffee haus! Terpulang kepada anda. Berbuka kat Masjid Jamek Kuala Lumpur pun hebat gak. Diorang sediakan nasi bryani ayam goreng Beb!

Kelebihan Puasa! Masa aku remaja dulu, ada ustaz yang bagitau aku pasal berpusa. Kene jaga pancaindra yang zahir mahupun bathin terutama mulut dan mata. Seperti tidak berdusta/menipu, mengumpat-menyebut keaiban seseorang. Tidak boleh mengancam, megadu domba, bersumpah bohong. Begitu juga dengan mata kita. Melihat perempuan dengan keinginan adalah seperti anak panah beracun yang datang dari syaitan dan iblis.

Hikmat puasa! Sambung ustaz lagi, apabila kita berpusa, kita boleh rehatkan jentera perut yang sebelum ini bekerja siang-malam sepanjang tahun. Boleh menjadi ubat mujarab kepada setengah penyakit. Melatih nafsu dan membiasakan diri untuk menunaikan amanah diri kita zahir dan bathin. Boleh melemahkan syahwat, dan boleh mendatangkan perasaan insaf/belas kasihan kepada orang miskin.

Teman! Jomlah kita berpuasa. Aku tujukan kepada kengkawan yang beratnya melebihi paras yang dibenarkan. Jom puasa! Kepada teman yang ada penyakit saperti darah tinggi dan kencing manis. Jom puasa kepad rakan yang suka mengumpat, dengki dan busuk hati. Semuga dengan berpusa sabulan boleh mengubah cara hidup kita! Salam sayang buat teman di luar sana. Mj@ Kakiconteng - July 2012
 

10 July 2012

CONTENG - CONTENG+ 6


Salam! Semalam aku masih sihat dan pagi ne aku tidak cukup sehat dan esok aku tidak tau! Semalam aku dengar Budayawan Azah Aziz meninggal dan Ratu Rock Ella berkahwin. Semalam aku dengar Kastam rampas dadah jenis Eramin 5 bernilai RM58.28 juta di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang. Semalam juga aku dengar sebutir permata iaitu Ummi Hamimah meraih pingat emas kedua menerusi ujian masa 500 meter wanita individu (lumba basikal).


Hari ini! Aku tidak cukup sihat. Tekak sedikit perit, kepala berdenyut-denyut kerana selsema. Sedikit sakit tidak bermakna aku hanya terbaring salepas makan ubat. Sakit ne pun ada hikmahnya,  kerana Allah datangkan kepada aku sebagai peringatan bahawa yang sihat itu akan sakit dan yang hidup itu akan mati. Bersyukur kerana Allah datangkan sedikit kesakitan kepada kita. Jika kita masih tak ambik pot, Allah akan beri lagi kesakitan yang lebih berat! Hari ini! Walaupun aku tidak cukup sihat, aku masih lagi mampu menaip dan upload photo-pic Conteng-Conteng!
 

Esok Beb! Aku tidak tahu adakah aku sihat. Esok aku tidak tahu, berita apa pulak yang boleh aku dengar dan lihat. Esuk juga aku tidak tahu adakah aku masih boleh menghidu harum bau bunga di taman dan dapatkah aku mersa dan menikmati sacangkir kopi saperti hari ini. Melihat, mendengar, menghidu dan merasa adalah pancaindra yang dipinjamkan olih Allah kepada aku. Syukur kepada Tuhan kerana telah memberikan nikmat dan hidayah kepada aku!


Conteng-Conteng! Enam keping photo yang teman sedang lihat ne adalah hasil kerja jari jemari bersama tetikus yang di pinjamkan olih Allah kepada aku. Bukan untuk berbanga tetapi sekadar untuk berkongsi hasil seni dengan tujuan menarik lebih ramai kengkawan di luar sana meminati hasil senilukis dan seni fotografi.


Minat Conteng!
Aku saperti kebanyakan kengkawan di luar sana! Masa di bangku sekolah meminati mata pelajaran Sejarah dan Senilukis. Bila tamat sekolah dan bergaul dengan teman-teman yang tidak sekepala, hobi melukis hilang begitu saja. Satu hari aku berkunjung ke pejabat Angkatan Pelukis SeMelaysia (APS) di Jalan Tun Razak untuk mendaftar nama menggikuti kelas grafik. Di situlah aku bertemu rakan-rakan yang mempunyai hobi satu kepala. Minat aku kepada senilukis mula bercambah. Aku dan kengkawan sering melawat muzium dan art gallery. Masa tu Balai Seni Lukis kat depan Setesen Kereta Api Tanah Melayu (KTM) dan Petronas Art Gallery pulak di bangunan Daya Bumi. 
 

Baru Aku Tahu! Pengaruh kawan sangat kuat, apatah lagi masa tu aku berada pada zaman remaja yang sedang mencari identiti, sedang gelisah dan jiwa resah. Benarlah kata orang bijak pandai "Kalau kita berkawan dengan kawan yang otak jahat, mungkin kita juga turut jahat. Kalau berkawan dengan orang alim, kita mungkin menjadi ahli Masjid. Begitu juga kalau kita berkawan dengan Mat Rempit, pasti kita pun nak tunjuk yang kita juga boleh merempit. Seterusnya,kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi-setidak-tidaknya terpalit juga wangian tu kat tubuh kita". Baru aku tahu! Setelah bulan beralih bulan dan tahun beralih tahun, aku pun mula dewasa. Aku pun udah beralih kepada kengkawan yang meminati hobi yang sama.


Nota Kaki: Teman! Hobi yang baik itu datangnya dari Allah dan hobi xbaik serta banyak bunyi datangnya dari setan. Kita boleh menilai diri kita melalui apa buku dan majallah yang kita baca. Apa filem dan drama yang kita tonton. Begitu juga lagu apa yang kita minat dengar. Akhir sekali siapa kawan kita. Pengarunya sangat kuat Beb. Wasallam adanya!

09 July 2012

KAYUH MALAM LAGI

Salam Kengkawan!
Terima kasih kerana teman sedang membaca kisah kehidupan harian aku.


Teman, Sabelum ne aku telah paparkan kisah-kisah aku sebagai "halwa" yang kengkadang boleh memberi inspirasi atau penawar rindu kepada jiwa resah dan keliru. Ada gak kisah yang boleh mengajar kita tentang redha, kesabaran, nilai kasih sayang, pengorbanan  dan kesyukuran. Entri kali ne masih lagi story pasal hobi kayuh basikal berkumpulan. Tujuan asal aku berkayuh ialah untuk kekalkan kesihatan di samping dapat mengeratkan persahabatan. 

Melalui hobi berkayuh, aku dapat menilai kasih sayang, persahabatan, kerjasama dan kesyukuran. Aku bersyukur kepada Allah yang mengizinkan aku menyelesaikan kayuhan bersama-sama teman tanpa menghadapi kemalangan. Apabila selesai berkayuh, kelihatan pada riak wajah  kengkawan yang puas. Tahulah aku, bahawa yang menjadikan kita berasa puas bukan sahaja dapat menamatkan kayuhan tetapi kerana kita ada starmina, kekuatan mental dan  yakin pada diri sendiri.  

Semuga kisah-kisah yang aku paparkan sabelum ini dapat memberikan sedikit pengajaran dan teladan kepada generasi X sekarang dan generasi Y yang akan datang. Teman! Jadilah genarasi yang ada jati diri. Akhir sekali aku minta kepada teman, janganlah bersedih jika datang musibah kerana musibah itu datangnya dari Allah. Hidup perlu di teruskan!

Nota Kaki: Nantikan entri terbaru "Tentera Selempang Merah" yang pernah mengemparkan Batu Pahat pada Julai 1945.Salam sayang dari Mj!