28 January 2012

Ijab Bersaksi & Berwali!


Salam di pagi Ahad!
Semalam jam 1230 petang aku telah datang ke Masjid Bukit
Antarabangsa sebagai tetamu bagi saksi pernikahan antara
Ahmed Faiz dengan Shila Majid. Pertama kali aku gunakan
kamera Canon EOS - 400D dan hasilnya tentulah lebih baik
dari kamera hp Sony Ericsson-Cybershot!



Tanggugjawab!
Kali ne nak story pasal perkahwinan, tanggungjawab mengharmonikan keluarga kepada pasangan suami isteri. Tanggungjawab adalah merupakan ibadat yang mesti ditunaikan yang akan membawa kebahagian kepada keluarga. Perjalanan hidup berumahtangga mestilah berpandukan ajaran Islam dan dijadikan tempat untuk merealisasikan ajaran tersebut secara menyeluruh.

Suami Isteri + Mertua!
Bila dah berkahwin, kene gah berkongsi kehidupan dengan mertua serta ipar-duai. Mertua yang baik boleh dijadikan sumber penting untuk mendapatkan panduan dan nasihat berhubung dengan soal rumahtangga. Mertua kita ne udah terlebih dahulu makan asam-garam kehidupan berumahtangga. Mertua juga boleh menjadi sumber mendapatkan bantuan kewangan. Kos sara hidup yang tinggi terutama yang tinggal di kawasan bandar, memerlukan
banyak perbelanjaan. Jika hubungan pengantin baru dengan mertua sangat baik, tentulah takde masalah mertua menghulurkan bantuan kewangan demi kebahagian anak-anak mereka walaupun tanpa diminta. Ingatan kepada pasangan pengantin, janganlah buruk sangka kepada mertua. Tunjukanlah sikap tolakansur dan layanlah saperti ibu bapa sendiri. Akhir kata kepada Ahmed Faiz dan Shila Majid - "Selamat Pengantin Baru" muga anda hidup bahagia hingga ke-anak cucu!


26 January 2012

In the studio with Krista Harris



Salam malam Jumaat!

Lama gak aku tak story pasal lukisan. Rindu sangat aku kepada warna dan kanvas. Waktu cam ne, kul 1245 pagi aku masih lagi melayari Studio Krista Harris di Southwest Colorado. Gaya Krista Harris yang bersahaja bila melukis buat aku cemburu. Menjadi aje setiap tarian berusnye ke atas kenvas. Gaya sapuan dan tarian berusnye yang bebas hampir sama dengan gaya aku. Tapi tak sama Beb! Krista ne bukan calang-calang pelukis. Belajar Painting & Printmaking di East Carolina University, Gveenviile NC. Dah banyak lukisannye yang dibeli olih peminat seni lukis. Banyah gak si Krista ne buat pameran solo dan terima awards.

Teringin jugak aku nak berjaya macam si Krista Harris ne. Punya studio sendiri dan peralatan melukis. Tahun demi tahun aku cuba nak ada studio sendiri, tapi belum menjadi. Melukis dibilik yang sempit memang berbeza dengan melukis didalam studio! Kalu aku melukis didalam studio, tentu mood aku lebih teransang untuk terus melukis. Bila dah mula melukis, nanti malas pulak nak kayuh basikal! Hehehe...

Melukis dan mengayuh basikal adalah kegemaran aku. Jika di beri pilihan tentu aku lebih suka melukis kerana setiap lukisan boleh dipamer dan dijual. Melukis juga boleh menjadi sumber
rezeki jika hasil lukisan diminati olih pencinta seni. Entah bila aku boleh memiliki studio sendiri.
Kalu ikut perancangan, tahun ne aku dah mula melukis dan memiliki studio kecik. Sayangnye rancangan tu tak menjadi pulak. Biasalah kan, kalu jenis tak berduit, (mana-kan mungkin boleh bukak studio). Kene cari penaja kot!

15 January 2012

Kayuh Malam Lagi Beb!


Salam! Aktiviti berkayuh diteruskan.
Berkumpul seawal 08.30 malam - Berkayuh malam secara berkumpulan memang menyeronokan. Melalui Taman Kok Doh dan terus ke Segambut.
S
edang kami berkayuh tiba-tiba Amiroul yang berkayuh dibelakang sekali hilang dari pandangan. Aku terpaksa patah balik untuk mencari Amiroul. Dari jauh nampak le si Amiroul menolak basikal. Katanye tayar dah pancit. Aku hulurkan pam dan lepas tu bolehlah kayuh buat sementara. Kengkawan yang udah kayuh melepasi kami sedang menunggu kat petrol pam. Kami berhenti kat petrol pam dan rakan baru kami (Dr B'sikal) memberi bantuan untuk menukar tiup! Pantas betul dia ne. Kejap aje dah selesai kerja-kerja tukar tiup. Apa lagi, sambung kayuh lah Beb!
























Kayuhan diteruskan melalui Jln Sultan Salehuddin, Jln Cendrasari, Daya Bumi dan rehat di Dataran Merdeka. Lepas tu kayuh ikut Jln Bukit Nanas, Jalan Raja Chulan, beluk ke Jln Pinang dan berhenti kat Jalan Ampang. Kat sini kami bergambar ! Selesai sesi bergambar, kami teruskan kayuh melalui Jln Yap Kwan Seng, Jln Tun Razak dan lalu ke Tasik Titiwangsa.























Lepas melalui Tasek Titiwangsa, kayuhan diteruskan melalui Jln Pahang, Setapak dan lepas tu
kami berpisah ketika melalui laluan berbukit. Kami bertemu semula kat kedai mamak di Tmn
Kok Doh. Info: Jika kengkawan nak join berbasikal ke Kuala Kubu-Bukit Fraser (April) dengan Kelab OGKL, sila hubungi : crew@ogkl.com.my atau laman sosial http://Groups.to/ogkl/



10 January 2012

Album Kaki Kayuh!

Salam Tahun Baru!
Dah dua minggu aku tak menaip kat blog ne. Rasa rindu gak nak masukan entri baru, tapi takde story yang cantek! Kalau banyak sangat story pasal kayuh nanti kengkawan pulak yang bosan. Apapun aku terpaksa taip gak story minggu lepas, ge berkayuh ke Tasek Metro, Sri Hartamas dan kayuh ke pusat bandar-bertemu rakan-rakan baru.













Aku seronok menaip pasal ada blogger yang singgah kat blog aku. Kaki blog ne singgah kejap ke
atau tenguk photo aje ke-aku tak kisah sangat. Selalunye yang rajin singgah kat blog aku, pasti
dari Tai-pei (Taiwan 4.6%), Mountain View-California (United States 6.9%),Negara Brunei 2.3%,
Indonesia 1.4% dan dari Russian Federation serta pelawat terbaru dari Lebanon.

Berbalik kepada cover story kali ne, Album Kaki Kayuh! Aku bertemu rakan baru yang sama
minat iaitu Hisham, Fazzull Ali, Man Toba dan Rimba Bara. Adalah kelainan sikit bila dah jumpa
rakan baru. Taklah asyik watak-watak lama saperti Mahfoul, Amiroul, Lengkuas, Azhar Thor
dan Ahmad. Minggu lepas diorang layan mtb kat trek frim Kepong! Dengar cerita dan tenguk
photo pic yang diaorang ambik, memang nampak menarik dan happy.























Tahun 2012 adalah tahun paling meriah kepada pengemar basikal. Banyak kedai basikal udah
dibuka disekitar Kuala Lumpur dan Lembah Kelang. Macam-macam jenama basikal berada di
pasaran tempatan. Sekarang, basikal bukit mempunyai ramai peminatnya berbanding dengan
basikal road. Walaupong begitu, kebanyakan kakikayuh memiliki dua jenis basikal iaitu mtb dan basikal road. Siapa sangka, termasuk aku Beb! Berbasikal menjadi aktiviti utama penduduk
Malaysia, terutama yang tinggal di bandar.


Info: Jenama basikal mampu beli bawah RM1,500.00 saperti Xds, TRs, Giant, GT, Exitway, Hasa, Polygon Cozmic CX1.0, Mongoose, Rockbike dan ada macam-macam lagi! Hehehe........
Apapun Mj ucapkan selamat berkayuh dan semuga satu hari nanti di Kuala Lumpur ada lorong
khas basikal!