29 February 2012

UAN MAJID NIKAH!

Thousand Words!
Semuga Uan kekal hingga ke anak cucu...

26 February 2012

GIANT & Bulan Beralih Bulan!




Giant-Make Over!
Basikal Mtb jenama Giant model lama ne aku beli tak jauh dari kawasan perumahan aku. Masa nak beli dulu tak banyak pilihan-jadi aku samba jelah Giant Oren-Putih ne! Setakat ne tak de masalah ketika berkayuh (on road) waktu siang atau kayuh malam. Ada gak kengkawan ajak offroad tapi aku belum bersedia lagi. Kalu nak offraad aku kene make over Giant ne dulu.

Mula-mula nak tukar racing saddle warna putih. Lepas tu ganti handlebar lurus dan sedikit pendek. Ganti pedal warna oren dan tali break (groupset) warna oren. Barulah Giant aku ada gaya sikit. Tu belum lagi ganti suspension fork yang harganye RM1650.00 Harga fork ne boleh beli satu lagi Mtb! Macam-macam hal!


Dikalangan kengkawan aku ada yang beli basikal macam tukar baju. Bulan ne beli Mtb Xds, dua tiga bulan pulak jual dan beli GT. Lepas tu katanye GT ne tak ngam nak tukar Gt baru pulak. Beli dan jual dah jadi perkara biasa. Ada gak yang minat kumpul berbagai jenama basikal tapi kene modal besar. Minat atau minat giler tu aku taktau, sebab aku pong suka kumpul berbagai jenama helmet!




Apabila Bulan Beralih Bulan!
  • Ne nak story pasal bulan. Bulan February biasanye hanya ada 28 hari, tapi tahun ne terlebih satu hari pulak! Begitulah pusingan bulan beralih bulan. Dulu-dulu ketika aku kecil, Mak ada ajar mengira bulan cara kuno. Caranye gengam jari-jemari saperti penumbuk dan bukujari yang timbul itu ialah bulan yang mempunyai 31hari dan bukujari yang tengelam pulak ialah 30hari kecuali bulan February yang hanya 28hari. Hari ne tak perlulah tenguk penumbuk, pasal hampir setiap umah ada kelender kuda, walaupong tak kaki kuda atau kaki nombor ekor!

    Bercakap pasal bulan ne, aku pernah terbaca kat akbar sajak "Apabila Bulan Beralih Bulan".Aku bukannye bagus dalam hal puisi ne tapi aku tertarik bila baca baris kebaris. Walaupong pendek sajaknye tapi berisi. Jadi apakata kita kongsi baris-baris sajak ne dengan kengkawan walaupong ramai kawan aku tak minat sajak.

    "Apabila bulan beralih bulan, ada sesuatu yang
    harus difikirkan. Teman ketawa telah tiada, telah berhijrah ke alam baqa. Apabila bulan beralihbulan, barangkali kita akan beralih pembaringan. Hari ini berbaring dikamar, esok berbaringdalam kuburan".
    - Djazlam Zainal, Klang. Kumpulan puisi Kemala & Penyair Nusantara.


    Nota
    Lutut: Al' Fatihah buat arwah Ibu & Ayah serta Abang yang telah pergi ke alam Baqa. Juga kepada arwah-arwah yang terdahulu termasuk rakan rakanku - Razak Ali (Uda) dan Sazali (Sateria), Azmi (Cchkl). Semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh-roh mereka. Aminnn!


BICYCLE @LTdL!



23 February 2012

LTdL+Yellow Ride 2012!




Salam!

Pagi ne janji nak ge kayuh LTdL+Yellow Ride dan berkumpul kat Muzium Negara. Tunggu punye tunggu Azhar Thor tak gak muncul-mucul, rupanye Azhar tersembam ketika berkayuh menuju belakang hotel. Terpaksalah En Ahmad hantar Azhar balik umah pasal tulang bahu dia patah. Lepas tu kami kayuh terus menuju petrol pam kat Segambut. Rimba dan kengkawan lain udan menunggu kami dan dah tak sabar untuk mulakan kayuhan ke Muzium Negara.







15 February 2012

Hi-Tea Party!




Hey! Apa kabar kengkawan semua.
Bulan ne aku dah dapat beberapa kad jemputan undangan majlis perkahwinan. Salah satu undangan ialah resepsi perkahwinan putri Pn Aminah bt Ani iaitu Julia Idani dengan Mohd Zulkarnain, yang akan diadakan di Vista Subang, Petaling Jaya. Lepas tu menyusul pulak majlis resepsi pasangan Shila Majid dengan Ahmed Faez, yang akan berlansung di Wisma Sejarah - Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Yang terbaru, aku dapat call dari Uan Majid beritahu nak buat majlis resepsi gak!


Retro+relex!

Aku tertarik dengan cadangan dan gambaran yang diberitahu olih Uan mengenai gaya majlis, iaitu kosep terbuka di Taman Tasek Titiwangsa dengan hiasan taglong, lampu bulat, lilin serta mungkin belon yang berwarna warni. Majlis akan diadakan pada jam 0800 malam tu dengan tema retro+relex, sambil mendengar lagu-lagu dari P.Ramlee dan Saloma sebagai halua telinga. Untuk sesuaikan dengan konsep retro, aku cadangkan menu makanan yang lebih ringkas dengan membatasi jumlah kalori dan menikmati hidangan sihat iaitu konsep Hi-Tea Party!





Kita adalah apa yang kita makan!

Selalunye apabila kita datang ke sesuatu majis perkahwinan, yang terbayang diminda kita ialah makanan. Makan aje apa yang terhidang kat depan mata. Makan tanpa menikmati makanan dikira sedikit rugi. Kalu kita suka makan banyak, kita akan kelihatan gemuk atau istilah sekarang obes! Kalu kita memilih untuk makan hidangan sihat, kita akan kelihatan sihat.


Menu Hi-Tea!
Untuk menyediakan menu sihat pada satu-satu majlis bukanlah susah sangat, janji ada ongkosnye Pak! Apakata aku turunkan contoh menu separuh sihat untuk majlis resepsi Uan, semuga kengkawan diluar sana dapat berkongsi citrasa makan untuk sihat!


Pilihan I
Malay Kuih, Egg Sandwiches, Crisp Pitta Bread, Slice Cake, Fruit Jell
y and Assorted Fresh Fruit.
Green Garden Salad, Potatoes Chicken Salad * Mushroom Soup * Chicken Lasagne, Chicken Wing, Cocktail Sausage, Speghetti Bolognise, Chicken & Mushroom Pies ( tanpa pastry), Nasi Goreng Cina. Minuman : Fruits Punch, Coffee & Tea.

Pilihan II
Slice Cake, Malay Kuih, Garlic Bread and Fresh Fruit * Green Garden Salad, Crip Coleslaw, Potato Wadges * Chicken Soup * Slice Chicken Chop, Pasta with Chicken, Tuna Frittata *Biscuits, Pulut Kuning, Beff Ball dan Sambal Ikan Bilis. Minuman : Cordial Drink & Coffee/Tea.


Pilihan III
Malay Kuih, Slice Cake, Cup Cake, Sticky Apple Pudding, Biscuits, Muffins, Bread & Butter Custard * Bean Salad, Rice Salad * Eggplant Soup * Beef Pasta, Chicken Nugget, Sausage, Pulut Kuning & Sambal Ikan Bilis. Minuman : Sirap Laici & Coffee/Tea.

07 February 2012

Teman Baru!



Hai Kengkawan!

Kemarin jam 0530 petang kami ketemu lagi di Tasik Metro @Layang-layang. Kali ne yang berkayuh, ikut nama kat fb : Azhar Thor, Lengkuas Rabak, Herlin Narviana, Amiroul Nergal, En Ahmad Rokymee Mad. Kengkawan yang tak berkayuh pasal ada hal lain ialah Mahfol Azizah, Rimba Bara, Mantoba Alaikum, Ajoi GT, Hisham Ab Hamid dan Imin Kamin.


Berkayuh kat tasik dengan bertemankan basikal baru memang best! Lengkuas Rabak dengan Xds-24 spd (warna biru), Amiroul bersama Gt warna putih dan paling baru basikal En Ahmad dari jenama Xds-27spd (warna hitam-jingga). Petang kemarin gak kami berkayuh dengan kawan baru iaitu Herlin Narviana dengan basikal Giant warna putih. Pusing-pusing keliling tasik sambil menghirup udara separuh segar! Separuh udara segar yang kami sedut adalah dari tumbuhan hijau sekitar tasik dan separuh udara yang tercemar kami sedut adalah dari asap motosikal yang juga mengeliling tasik dengan tujuan suka-suka aje!




Kebiasaan bagi kami, salepas berkayuh akan berhenti kat gerai untuk caj betri. Sambil minum ada jer kisah yang membuat kami senyum dan gelak ketawa. Berkayuh dan gelak ketawa adalah dua perkara berbeza, tetapi kedua-duanya adalah terapi untuk menghilangkan stres! Sabenarnye senyuman mampu mengencangkan kulit wajah kerana ketika kita senyum dan ketawa, banyak otot pada wajah akan bergerak. Saperti bersenam, otot-otot ini akan perlahankan proses penuaan.

Untuk menghindarkan wajah lebih tua dari usia sebenar, bukan sekadar senyum atau senaman. Kita juga perlu menjaga pemakanan dengan mengambil protein, karbohidrat, sayur dan buah. Kalu kita kekurangan zat makanan (gizi), tentulah kita akan kelihatan lebih tua kerana tubuh menjadi lesu dan kulit ku-reng bercahaya. Maksud kureng bercahaya tu macam kulit kering, kusam atau kulit udah mengelupas! Waktu tido kene jaga gak beb! Kalu waktu tido kita kurang enam jam atau kualiti tidur menurun, pun takleh gak. Sebab waktu kita tido, tubuh akan menjalani proses pemulihan dan pembaikan sel kulit dan otak. Kureng tido buat kita nampak lesu, mudah penat, sukar fokus dan mudah jatuh sakit.

Nak kayuh, senyum, gelak ketawa dan makan perlu ada kawan beb! Kalau kita dah ada ramai kawan bagilah sikit hormat pada mereka. Jangan cepat marah! Marah akan memberikan kesan buruk jika kita selalu lakukan-nya. Sifat marah akan memperceptkan proses penuaan, malah boleh juga menimbulkan stres dan menurunkan kesihatan tubuh. Kenapa mesti cepat marah? Hadapilah kenyataan, nikmatilah kehidupan saperti kita menikmati "icecrem" sabelum icecrem cair!