05 May 2013

MELAWAT TOK SIDANG!


Assalamualaikum! Aku nak sambung story bercuti ke Pulau Pangkor. Pada 29 April 2013 pagi Isnin, selepas sarapan pagi di Uptown Beach Resort, kami berempat ke kauter penyambut tetamu untuk serah kunci bilik. Lepas tu aku minta tolong kat penyambut tetamu call teksi untuk ke jetty Pangkor.

Teksi! Tak sampai 5 minit menunggu teksi pong sampai. Kami berempat (Mj, Mawa, Majid dan Azahan) tergelak besar pasal driver teksi yang datang jemput kami tu ialah Apek semalam. Mau tak mau kami naik gak teksi Apek yang keras kepala dan berwajah garang tu. Mungkin pasal kes semalam kami tak nak naik teksi dia, Apek tu pandu teksi sedikit laju
(geram lah tu) meninggalkan kawasan pantai Pasir Bogak menuju jetty. Tak sampai 15 minit, teksi pun tiba di jetty dan aku bayar RM 10.00 serta ucap terima kasih.

Naik Boat! Sesampai kami kat jetty, boat udah menunggu. Kami adalah orang pertama yang memasuki boat untuk ke tanah besar Lumut. Sewaktu berada dalam perut boat, aku perhatikan kebanyakan yang memasuki boat adalah penduduk Pulau Pangkor.

Pekan Lumut! Boat bergerak perlahan-lahan meninggalkan jetty Pangkor menuju jetty Sungai Pinang. Ketika boat berhenti kat jetty, tambah ramai penumpang memasuki boat. Mereka ini mengkin ada urusan di tanah besar atau mungkin ada yang bekerja di Pekan Lumut. 


Boat bergerak meningalkan jetty dan sesekali terasa boat bergoyang ketika berselisih dengan boat nelayan. Lebih kurang 30 minit, boat yang kami tumpangi sampai di jetty Lumut. Kami terus bergerak menuju parking bertingkat yang terletak tidak jauh dari masjid Pekan Lumut. Keluar dari kawasan parking dan bayar RM 17.00 kepada kauter (parking ticket) atas nama Majlis Perbandaran Manjung.  


Bagan Da'Tok! Rancangan seterusnya, pagi ne ialah nak ge Bagan Datok atau ikut ejaan yang betul ialah Bagan Datoh
. Nak ge melawat Tok Sidang Hj Omar dan melawat rakan Majid. Ketika menghampri Bagan Datok, Majid call dulu rakan dia iaitu Aminuddin Khalid. Call pertama tak jawab, begitu gak call kali kedua. Sibuk sangat agaknya si Amin ne! Call kali ke tiga baru ada jawapan.

"Assalamulaikum Amin! Kami dah dekat nak sampai ne, ummah kau kat mana?". Jawapan si Amin tak jelas pasal aku duduk kat seat belakang. "Ok! Kami datang emapt orang ne, termasuk penyokong Pas. Boleh ker kami masuk markas BN?", soal Majid lagi. Selepas berbual kejap dengan Amin, Majid bagitau kami iaitu si Amin akan tunggu kami di simpang tiga, jalan arah ke rumah Datuk Zahid Hamidi.  


Jalan Simpang Tiga! Kereta yang dipandu Majid udah melepasi Selikoh dan seterusnya gerak mencari simpang tiga yang dijanjikan. Takut kami terlepas simpang, kereta berhenti apabila nampak sorang budak ditepi jalan. Aku turun dari kereta "Assalamualikum! Kat mana Jalan Simpang Tiga arah ummah Datuk Zahid Hamidi?". "Oh! Depan lagi... nanti nampak kilang sebelah kanan lepas tu beluk kiri bila nampak JKR. Itu lah jalan nak ge ummah Datuk Zahid", jawab budak tu. 



Parlimen Bagan Datoh! Kereta beluk ke simpang tiga dan berhenti di hadapan bangunan JKR. Tak lama kemudian Si Amin pun datang dengan menunggang motosikal. Aku, Majid dan Azahan turun dari kereta dan bersalaman dengan si Amin. Kemudian Amin ajak makan tengahari kat port BN tidak jauh dari ummah Datuk Zahid Hamidi. Kereta yang dipandu Majid mengekori motosikal yang di tunggang Amin. Di kiri kanan jalan, jelas kelihatan poster wajah calon BN  iaitu Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bagi Parlimen Bagan Datoh.


Makan Tengahari!
Motosikal si Amin beluk kiri dan masuk ke kawasan parking Sekolah Agama. Kereta kami pun ikut berhenti kat situ. "Ha! Kat sinilah kita makan tenghari." Kata si Amin sambil ajak kami berempat masuk ke dalam kawasan dewan terbuka. "Dewan ne baru buat", tambah Amin lagi sambil kami ikut Amin tarik kerusi plastic yang disediakan kat dewan tu.

Tak lama tu kami pun beratur ambik makanan iaitu nasi putih, ayam goreng, sayur campur dan air sejuk. Sambil makan sempat gak aku bertanya kat Amin "Mana satu ummah Datuk Zahid?". "Tuuu! Sebelah tempat parking kereta  Majid tadi tulah", kata si Amin perlahan.  




Rumah Tok Sidang! Selesai makan, kami minta Amin tunjukan ummah Tok Sidang Hj Omar pasal Majid udah lupa lokasi sebenar ummah Tok Sidang. "Eleh! Bukannya jauh, 100 meter lebih jer dari simpang tiga kat JKR tadi. Tapi takpe, aku tunjukan", Amin terus ge kat motor sikal dan gerak arah ummah Tok Sidang.


Saudara Belah Arwah Ayah
!
Kereta yang dipandu Majid ikut motosikal Amin masuk ke bawah rumah Tok Sidang. Majid bagi salam dan tak lama tu turun Tok Sidang Hj Omar yang hanya sempat menutup badan dengan tuala. Kami kenalkan diri dan bersalaman dengan beliau.

Nampak sihat dan susuh tubuh serta raut wajahnya mirip arwah ayah aku. Tok Sidang Hj Omar ne adalah saudara kami belah arwah ayah. Ada gah saudara belah arwah ayah yang tinggal di Bukit Pasir, Muar - tetapi udah terputus hubungan.



Kami diajak naik ke atas umah!
Lama tak jumpa tentulah panjang ceritanya. Aku sempat gak tanya usia beliau dan usia rumah antik ne. Kata Hj Omar, rumah beliau ini adalah turun temurun, dibuat tanpa paku dan udah berusia lebih 100 tahun. Aku tanya gak pasal adik perempuan beliau yang selalu datang zirah emak sewaktu kami tinggal di Gombak. "oh! Itu Cikgu Aloi, sekarang ne tinggal kat Batu Muda tak jauh dari Batu Cave. Dah pecen agaknya!". Lepas tu Hj Omar serahkan alamat Cikgu Aloi kepada Majid, manalah tau nanti satu hari kami boleh ziarah beliau.

Balik Kelompo! Setelah pekene secawan teh dan sepotong tembikai, kami bersalaman dan ucap selamat tinggal. Kereta dipandu Majid gerak tinggalkan Bagan Datoh, ikut laluan Sabak Bernam, Sungai Besar, Sekincan, Tg Karang, Kuala selangor dan masuk ke lebuh raya. Aku lihat si Azahan yang duduk dihadapan sebelah Majid udah hampir terlelap dan si Mawa pong sama gak. Zzzzzzzzz!


No comments:

Post a Comment