26 February 2014

ANDAINYA KEMARAU BERTERUSAN






I- Ketika ini,
panas bulan Febuari berterusan sehingga menukarkan warna rumput menjadi kuning. Daun-daun yang selalunya hijau, kini menjadi kering lalu berterbangan apabila ditiup angin. Angin itu membawa sekali berita kepada kita bahawa, parit, sungai, kolam dan tasik akan susut airnya andainya kemarau berterusan.

Menggikut laporan berita semalam, cuaca panas yang berterusan ini telah menggurangkan takungan air diempat negeri iaitu Empangan Semberong (Johor), Empangan Kemencheh (Negeri Sembilan), Empangan Padang Saga (Kedah) dan Empangan Timah Tasoh di Perlis.

Paras air diempangan empat negeri berkenaan merekodkan bacaan semakin merosot dan boleh dikelaskan sebagai memimbangkan. Catuan air mula dilaksanakan terutama di 71 kawasan di Negeri Selangor DE. Pada masa yang sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, mula tunduk pada desakan rakyat dan Kerajaan Persekutuan, apabila bersetuju  tanda tangan (Mou) Projek Loji Rawatan Air Langat Dua (Langat 2) yang tertangguh hampir enam tahun.

II- Di Kuala Lumpur!
Berbeza pulak dengan bahang panas Operasi Bersepadu 6P oleh KDN terhadap PATI. KDN terus buat serbuan, tidak kira pagi atau petang, siang atau malam. Sebahagian PATI terus dihantar pulang ke negara asal, sebahagian pula akan dihantar ke Depot Tahanan. Majikan yang melindungi mereka juga tidak terlepas kerana akan didakwa di Mahkamah.

Sarang tempat pekerja asing diserbu. Baik ditapak pembinaan, kondo, apartment, hostel, kilang, ladang, restoran, disko, bistro, rumah urut, rumah pelacuran dan permis judi internet semuanya di selongkar. Tak ada tempat nak menyorok atau main sorok-sorok lagi!

PATI yang sedang berura-ura hendak masuk secara haram,  diaorang tak ambik pot pasal krisis air, pasal Erra Fazira bercerai, pasal Op Bersepadu, pasal caj khidmat perubatan atau segala macam berita yang kononnya boleh melemahkan hasrat hati mereka untuk datang ke Semenanjung Tanah Melayu.

III- Ketika ini, di beberapa pekan kecil di Afrika, India, China, Bangladesh, Pakistan, Nepal, Myanmar, Indonesia dan juga di Vietnam, mungkin mereka sedang beratur di pejabat-pejabat Jual Orang. Mereka sedang berurusan jual beli, orang-orang yang hendak diseludup melalui lorong-lorong tikus.

Bakal-bakal (PATI) ini, sanggup menjual rumah dan tanah pusaka di kampung hanya untuk membayar wang pengeras ribuan ringgit kepada syarikat-syarikat sindiket jual orang. Bakal PATI nampaknya tak takut kalau ditipu atau mungkin akan menjadi mangsa perdagangan manusia.

Mereka, PATI ini telah disekolahkan atau lebih tepat udah dijaja cerita-cerita tentang kemewahan jika dapat bekerja diMalaysia. Kader-keder sindiket jual orang  pulak telah meracuni fikiran mereka bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang sangat mudah untuk mencari dan mengumpul wang. Jika goyang kaki pun boleh mas'yuk apatah lagi jika sanggup berjalan dan mengutip wang yang bertaburan di tepi-tepi jalan.

Goyang sahaja kaki di mesin jahit, pasti dapat wang. Begitu juga kalau sanggup berpanas dan muka tak malu, ada banyak tin-tin minuman, botol-botol air mineral yang dibuang oleh orang Malaysia dari kenderaan, bertaburan ditepi jalan, kutip dan jual pasti dapat wang.

Bakal PATI juga dapat maklumat dari kenkawan yang bekerja di Malaysia. Mereka dapat tahu setiap bulan, rakannya itu menghantar wang ke kampung halaman paling sikit pun RM1,000.00. Setelah dua tahun menghantar wang, maka terbinalah rumah baru dikampung halaman mereka. Memang jealous habislah rakan-rakan kat kampung.

IV- Dhaka, Bangladash!
Sesekali balik kampung, ramailah saudara-mara, jiran dan kawan datang berkumpul kerana hendak mendengar cerita dongeng tentang mewahnya kalau dapat bekerja di Malaysia. Selain mendengar cerita, mereka juga ditunjukan barang-barang yang dibawa dari Malaysia seperti Tv, radio, kamera, laptop atau setidak-tidaknya handpon keluaran terbaru. Meleleh air liur orang kampung Beb!

V- Abuja, Nigeria!
Waktu yang sama, disabuah pekan kecil berhampiran Abuja, beberapa pelajar sedang mendaftar, untuk menggikuti pengajian yang ditawarkan dibeberapa kolej swasta sekitar  Kuala Lumpur. Pelajar-pelajar ini adalah kumpulan yang terpilih untuk memasuki Malaysia bagi misi Cinta di Internet!

Setiap kumpulan dibahagi kepada enam orang, yang masing-masing pakar dalam ayat-ayat cinta dan kaki temberang. Modus Operandi (MO) mereka ialah mencari mangsa pompuan, berstatus andartu atau janda kaya di Internet. Bila udah dapat mengsa, dengan berbekalkan skrip ditangan, mangsa akhirnya jatuh cinta.

Apabila putik-putik percintaan berbunga, maka mangsa diberitahu akan mendapat hadiah mahal. Hadiah tu pulak sangkut kat pejabat Kastam dan memerlukan sejumlah wang untuk mengambilnya. Mangsa akan dipujuk untuk memasukan wang kedalam satu akaun kerana kononnya hadiah tersebut hanya boleh dilepaskan oleh pihak Kastam selepas sejumlah wang dibayar.

VI- Medellin, Columbia! Tiga lelaki, salah seorang berbadan gemuk dan saorang pompuan berkulit hitam manis, sedang bersiap-siap menuju ke airport, untuk menaiki pesawat. Mereka adalah kumpulan penyeluk saku (pencopet) yang udah terlatih. Destinasi mereka ialah Kuala Lumpur. Di Kelompo nanti, mereka akan tinggal di sabuah kondo sekitar Bukit Bintang, siap dengan kereta dan seorang pemandu lelaki tempatan.

Lagak mereka seperti ahli perniagaan. Geng Columbia ini selalu berada di balai ketibaan KLIA untuk mencuri beg sandang, beg tangan atau beg pinggang. Sekiranya mereka gagal mencuri atau mencopet di airport, mereka akan mengekori mangsa hingga ke lobby hotel atau ketika mangsa bersarapan di coffee house.

VII- Musim
kemarau bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi berlaku juga dibeberapa negara termasuk negara India. Untuk terus hidup, segelintir petani di sekitar Jaipur beralih kerja di kilang-kilang pembungkusan milik sindiket pengedaran dadah.

Dadah sudah di bungkus kemas seakan-akan tepung beras. Diluar kotak  siap  tertulis Flour Rice for Tose dengan gambar sawah padi dan logo halal. Dadah ini akan diseludup masuk melalui lorong-lorong tikus disempadan Thailand.

VIII- Negara China sangat luas. Bukan setakat negaranya luas tetapi mempunyai penduduk pompuan paling ramai didunia. Di Gluyong misalnya, pompuan-pompuan yang dikira cantik, dikumpulkan oleh bapak-bapak ayam pada satu tempat khas. Mereka dilatih bekerja sebagai pelayan restoran, dijanjikan akan mendapat gaji dan tips yang lumayan.

Pompuan-pompuan Cina ini kebanyakan berasal dari kampung dan tidak mengetahui tujuan sebenar mereka dibawa ke Kuala Lumpur. Mereka dibawa masuk atas tiket sebagai pelancung. Bila tiba di Kelompo, mereka akan diserahkan pulak kepada ibu ayam di rumah-rumah urut, spa serta pub dan bistro. - Titik!

Nota Kaki : Entri '
Andainya Kemarau Ini Berterusan' hanyalah rekaan semata-mata.  Yang pastinya jika kemarau berterusan, mereka yang tinggal di kota atau didesa akan terjejas kehidupan akibat terputusnya bekalan air. Sebagai umat Islam, kita digalakan berusaha memohon pada Allah agar menurunkan hujan. Cara terbaik ialah melaksanakan solat sunat Istisqa yang bermaksud meminta hujan. - Wallahuaklam!


Glosari

Sarang         - Tempat atau lokasi
persembunyian.
Kader-kader    - Anggota sindiket yang telah dilatih.
Kaki Temberang - Percakapan, umumnya tidak benar. Omong kosong.
Andartu        - Gelaran yg bermaksud anak dara tua.
Pencopet       - Penyeluk saku (pick pocket).
Tose           - Makanan India yg dibuat dari tepung beras.
Ibu Ayam       - Perempuan yang memperdagangkan pelacur.


24 February 2014

MENGISI MALAM SEPANAS INI


I- Aku!
Seperti kebanyakan jiran, lebih suka mengisi malam sepanas ini di dalam rumah sahaja. Bersantai diruang tamu, mendengar berita Tv9 yang baru sahaja tamat siarannya. Antara berita menarik ialah MCA sedia terima pelbagai jawatan dalam Kerajaan Pusat, 17,000 penerima tolak BRIM 3.0, krisis air, juruwang maut ditikam, misi India ke planet Marikh, parlimen Ukraine singkir Presiden Viktor Yanukovych dan tunjuk perasaan di Bangkok.

Suara muazzin dari surau mula kedengaran melaungkan azan, tandanya udah masuk waktu Isyak. Aku bangkit dari kerusi malas sambil menutup Tv. Surau yang letaknya diblok E itu, menjadi tumpuan sebahagian penduduk. Selalunya waktu Magrib dan Isyak, adalah lebih sedikit penduduk yang turun bersembahyang, berbanding waktu solat subuh, zuhur dan asar.

Selesai solat Isyak berjemaah, aku balik ke rumah, cadangnya malam ne aku nak layan siri Arrow di Tv3. Ah! Aku malam ne terpkasa keluar, apabila tadinya ketika membuka handpon, terpapar sms dari Farid.

"Salam Man, ko free ke mlm ne. Jom lepak kat Ali Maju kul 1000 mlm. Bakar dan Azman ada skali nanti".

Ali Maju Restoran!
Ketika aku sampai, Farid, Bakar dan Azman nampaknya begitu relex lepak kat restoran mamak. Dibandingkan dengan sebelum nelah, diorang ne dolu bukan main lagi kerek, selalu melepak kat Kopitiam, Starbuck atau setidak-tidaknya di McDonalds.

"Assalamualaikum! Wah! Baru balik kayuh ke?" sambil aku berjabat tangan sambil aku menarik sebuah kerusi plastik warna merah. "Yalah Bro, kami kayuh malam kat Bukit Kiara" jawab Farid. "Bila nak join kami kayuh kat Kiara?" Soal Azman pulak! "Mana boleh gua join luorang. Luorang bolehlah, masih muda, bujang pulak tu dan tenaga pong ada lebih. Hehehe!" Aku ketawa dan mereka bertiga juga turut ketawa.


II- Malam semakin larut!
Kami berempat masih lagi di Ali Maju, berbual pelbagai isu. Makin malam makin ramai penggunjung datang. Sibuk betul pekerja-pekerja restoran melayan  pelbagai kereneh pelanggan. Tentu taukehnya senyum sampai kat telinga bila nampak wang mas'syuk kedalam cash register.

Inilah tabiat orang Kelompo. Tabiat melepak di kedai mamak yang juga semacam udah menjadi satu budaya orang Malaysia. Poket berisi atau kering bukanlah masalah besar bagi mereka yang tinggal di kota metropolitan seperti Kelompo ini. Mereka sebenarnya tak ambik kisah langsung pasal kenaikan kos sara hidup.

Satu hal yang buat aku keliru ialah sikap orang Kelompo yang suka membazir. Bila kos sara hidup naik diorang bising. Bila barang naik diorang lagi bising tapi diorang tetap berbelanja setiap hari tanpa kawalan. Bila hujung bulan, mall, shopping komplek, pasaraya pasti penuh dengan pengunjung. Itu belum lagi kalau ada 'grand sale'.

Berasak-asak, tolak menolak di shopping mall macam esuk dunia nak kiamat. Lepas shopping, ge pulak makan di restoran berjenama, biar orang nampak gaya mewahnya. Makan pulak tu tak habis, kononnya gaya klise orang Kelompo masa kini.

Pernah aku terbaca perihal makanan yang dibazirkan oleh orang Kelompo iaitu kira-kira 3,000 tan sehari, antara 10 hingga 15 peratus makanan tidak dimakan, kerana sebenarnya mereka tidak boleh makan terlalu banyak. Selalunya makanan yang berbaki didalam pinggan akan menjadi sampah apabila mereka menggunjungi restoran mewah, majlis perkahwinan atau makan ala'buffet di hotel-hotel yang menawarkan harga murah.

III- Sudah
hampir dua jam kami disini mengisi malam dengan berbual. Dari isu-isu panas hinggalah kepada isu remeh-temeh artis dan orang politik bercerai, seperti berita Erra Fazira dengan Engku Emran, Nurul Izzah dengan Raja Ahmad dan yang terbaru Liza Abdullah dengan Zolkefli Abdul Rahman.

Berita-berita artis yang remeh-temeh tu telah mengaburi sedikit berita pasal perbicaraan pasangan Malaysia di Sweden misalnya, berita penemuan fossil dinasour di Pahang atau pasal manusia nak tinggal di Planet Marikh.

Sesekali
ada hembusan angin berkongsi, mengisi malam ini. Aku mengintai jarum jam didinding restoran, jarum jam itu sudah menunjukkan pukul 1155 malam. Dua biji mata Farid juga menjeling jam didinding restoran.

"Wey! Dak kul 1200 ne, gua kene balik. Besuk gua kene masuk awal Bro" Ujar Farid.

"Yelah, Mamak sini kasi kira" Si Azman bangun sambil mengeluarkan note limapuloh.

"Semua kira ka?" Pekerja restoran bertanya. Dari raut wajahnya, aku lihat pekerja ne bukanlah keturunan India Muslim (mamak), tetapi lebih kepada India Hindu yang di import dari negara India. "Ya! Kira semua!".


"Thanks Azman, belanja aku makan malam..." Bakar bersura. Hubungan Bakar dengan Farid dan juga Azman dari dolu memang rapat. Tetapi sejak kene kutuk tempuh hari, si Bakar mula mengasingkan diri apabila diajak berkayuh atau lepak kat kedai mamak.

"Lain kali lu lah pulak belanja Bakar" 

"Takde hal! Bila-bila pun gua boleh belanja luorang, asal luorang jangan lagi kutuk gua lebih-lebih...".
Bakar melepaskan geram dan sakit hatinya selama ini.

"Oh! Jadi lu merajuklah sejak dua-menjak ne ya Bro. Patutlah tak nampak batang hidung. Udahlah tu. Macam kata P Ramlee, kita buang yang keruh ambik lak yang jernih. Hehehe".

"Hahaha...hahaha...haaaha", Kami ketawa serentak.  Berjabat tangan dan bergerak meninggalkan Restoran Ali Maju bersama malam yang semakin menghampiri pagi. - Tamat!
Glosari
Relex  - Santai. Bebas dan bermalas malas.
Kerek 
- Lagak atau berlagak sombong.
Tabiat
- Perangai. Perbuatan yang selalu dilakukan.
Klise 
- Gaya atau perkataan yang tidak istimewa lagi.
Fossil
- Hal purba. Gigi atau tulang binatang purba.
Kutuk  - Mengkeji. Mengatakan perbutaan tersebut adalah buruk.





23 February 2014

MATAHARI MULA MENGINTAI



Subuh sudah berlalu.
Matahari pagi mula mengintai melalui celah-celah jendela. Ketika ini didapur, isteri aku sedang mengadun tepung beras untuk buat kueh apam.
Resipi apam kali ini disalin dari blog adek Misah iaitu blog Senang-Senang Singgahlah!


Aku pula sudah berada dimuka pintu untuk keluar rumah. Siap dengan sebuah basikal Mtb warna jingga, bersarung tangan, bertopi keledar jenama Moon dan sebuah beg pack yang di isi dengan Deep Rup (salap untuk melegakan sakit otot), Burnol plus (antiseptic cream),
first-aid plaster dan sun glass.

Sebelum melangkah keluar ada baiknya aku berdoa terlebih dahulu "Ya Allah, Sesunggunya aku memohun kepada Engkau, kebaikan memasuki rumah ini dan kebaikan keluar dari rumah ini. Dengan nama Allah, kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah, Tuhan kami, kami serahkan diri kami."

Pagi ini
aku berkayuh menuju ke Taman Tasik Metro, dimana si Mahfol akan menunggu aku berhampiran pintu masuk kedua. Tidak sampai 3o minit berkayuh, aku sudah berada dikawasan yang dijanjikan. Berbual sebentar dengan Mahfol sambil tu mata kami memerhatikan dua pasukan bola sepak sedang bermain diatas padang rumput kering yang berwarna kuning.

Kami mula berkayuh. Ramai jogger sedang berlari dan ketika itu kedengaran sorak-sorai, bersatu dengan bunyi muzik. Sorak-sorai itu semakin kuat kedengarannya apabila kami menghampiri kemah-kemah yang didirikan disitu.

Oh Ya! Baru aku ingat, pagi ne ada majlis Hari Wilayah, patutlah riuh-rendah bunyinya kat sini. Ada beberapa acara yang sedang berlagsung seperti acara pertandingan melukis, tarian dan permainan untuk kanak-kanak. Yang paling riuh tentulah suara dari ibu bapa yang menjerit, mungkin memberi sokongan moral pada anak-anak mereka yang sedang bertanding. Wallahhuaklam!

Belum sarapan!
Aku ajak Mahfol sarapan nasi lemak sekitar Taman Beringin. Kami tinggalkan tasik, berkayuh keluar melalui rumah panjang yang kelihatan usang. Di rumah panjang ini kebanyakan penghuninya dari kaum India dan ada sedikit dari kaum Cina.
Sebahagian rumah panjang ini telah dirobohkan dan penghuninya udah dipindahkan dibeberapa penempatan baru seperti PPRT.

Kami berhenti disebuah gerai di Jalan Miri, Taman Beringin. Aku pesan Teh O dan nasi lemak paru goreng. Mahfol pulak minta milo panas dan nasi lemak sotong. Sambil makan sambil berbual perlahan mengenai berita terkini kisah Tragedi di Sungai Muar, dimana lapan remaja mati lemas.

Melihat papan tanda Jalan Miri, aku teringatkan Bandar Miri. Kali pertama aku menjejakkan kaki di Miri ialah pada 14 August 1992, iaitu sebelum aku meneruskan perjalanan ke Kuala Belait, Brunei Darulsalam. Selepas tu, setiap kali offday pasti Miri menjadi port aku untuk window shopping atau lepak-lepak di fastfood restaurant dan juga di gerai kegemaran aku iaitu Gerai P Ramlee.

Dolu kat Kuala Belait, aku kojer kat Syarikat Serikandi yang menjalankan perniagaan catering service antaranya di BLNG, Rest House dan Brunei Shell Club. Kalau offday aja aku akan menyeberangi sempadan Immigration Sg Tujuh untuk ke Miri, kekadang dengan teksi tetapi selalunya aku guna bas, kononnya nak jimat duitlah!

"Hoi! Jom gerak"
tiba-tiba Mahfol menyergah aku dan tangannya segera menyarungkan halmet kekepala. Aku memandang Mahfol sambil tersenyum dan kenangan silam
  itu terus hilang dari ingatanku.

"Kali ne aku belanja! Biasalah Bro, aku baru dapat duit Brim. Hehehe!" Seloroh Mahfol sambil bangun membayar harga sarapan pagi.

"Eh! Cantiklah tu kalau lu mau belanja. Minggu depan boleh belanja lagi. Apa kata kita kayuh ke Gombak, boleh pekene sate".

"Ops! Minggu depan ke? Aku ingat nak ge Pasar Selayang, nak beli ayam, ikan dan sayur. Kalau dah ge pasar, kira selamatlah duit Brim ne"
Serious aja muka si Mahfol.

"Bro! Gua gurau aja. Lain kali kita ngeteh, gualah payung pulak". "Yalah!" Sambil si Mahfol capai basikal dan kami berdua kayuh semula arah ke Tasik Metro. - Sekian!









21 February 2014

MALAM PUN SEMAKIN LARUT!


Malam
pun semakin larut. Hanya sesekali kedengaran bunyi enjin kereta dan salakan anjing. Mungkin ramai penghuni dikejiranan aku mulai tidur. Panas diluar dan bahangnya terbawa ke dalam mimpi. Mimpi mengharap, esok akan turunya hujan agar tidak terjadi 'krisis air' yang semakin kritikal terutama penduduk di Lembah Klang.

Aku cuba melelapkan mata tetapi gagal. Wap panas yang terkurung didalam bilik tidur dan sesekali bunyi anjing menyalak, telah menggangu aku. Kelopak mata masih terbuka. Ketika ini terasa sepi, seperti aku dibiarkan  berkhayal. Ah! Ruginya kalau berkhayal. Tetapi apalagi yang hendak aku buat, melainkan menggadap komputer.

Jam 2400! Di bilik bacaan ketika ini, aku sedang kemaskini facebook. Facebook ini mungkin boleh menjadi teman maya yang baik dan boleh juga menjadi teman yang jahat. Untuk melayan mata aku yang masih terbeliak, aku klik music Bad Company. Lepas tu klik Spotify dan tertera perkataan Related Artists, Biography dan Music Popular.

Letak headphones kat telinga, layan lagu Rock Steady, Ready For Love dan lagu Bad Company. Lagu-lagu lama seperti Boney M, Elvis Presley, Tom Jones, ABBA, The Beatles, BeeGees dan lain-lain juga boleh kita dengar di facebook tanpa perlu pergi jauh hingga ke YouTube.

Facebook memeng giler!
Semuanya mahu dikuasai oleh si Mark Zuckerberg. Hanya bermula dengan status, photos, video, friends, like, comment dan share, lepastu ada Timeline, Google dan Spotify pulak. Dolu, facebook beli Google Inc dengan harga sebanyak AS$12.5 bilion atau RM41.42 bilion dari syarikat peralatan komunikasi Motorola Mobility. Kini, cerita terbaru pulak  ialah facebook mengumumkan pembelian sistem penghantaran mesej yang sangat popular di dunia iaitu WhatsApp!

WhatsApp!
Sistem yang membolehkan orang ramai menghantar teks, gambar dan video menerusi telefon bimbit itu kini mempunyai 450 juta pengguna di seluruh dunia. Khabarnya, facebook membayar sebanyak AS12 bilion dalam bentuk saham dan AS$4 bilion  lagi dalam bentuk wang tunai.

Agensi berita AP melaporkan, iaitu Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif WhatsApp, Jan Koum, 37, akan menjadi anggota pengarah facebook selepas pembelian itu selesai nanti. Koum menubuhkan perkhidmatan tersebut bersama seorang lulusan sains komputer dari Universiti Stanford, Brian Acton, 42, pada tahun 2009. [Koum pula merupakan seorang imigran Ukraine yang tidak meneruskan pengajian di sebuah kolej].


Wow!
Aku nak cakap ayat apa lagi ya kalau bukan ayat Wow! Sama macam dailog dalam filem P Ramlee, ketika salah seorang pelakun sedang mengira duit. Si Zuckerberg dan Jan Koum pasti juga sebut Wow gitu! Banyaknya duit diorang hingga berbilion-bilion. Kekayaan mereka berdua ne aku kiralah, hampir sama dengan kemiskinan suku bahagian penduduk dunia.

Bercakap pasal facebook ne, ada seorang gadis Syria, dijatuhi hukuman rejam sampai  mati kerana membuka akaun laman facebook. Menurut satu laporan hari ini, Mahkamah Syariah di bandar al-Raqqa, menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Fatoum al-Jassem, selepas didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral kerana memiliki akaun laman web itu.

Si Fatoum dibawa ke mahkamah oleh militan kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Laman web berita, examiner.com menjelaskan, mahkamah tersebut berada dibawah penguasaan ISIS turut menjatuhkan hukuman sama terhadap kesalahan zina. Penduduk wanita pula diarah untuk menutup aurat. Mereka juga dilarang bertemu dengan doktor lelaki dan dilarang meninggalkan rumah tanpa ditemani saudara lelaki. [ISIS merupakan kumpulan yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan ditubuhkan pada April, 2013]. - Allahuaklam!

Masa Berlalu! Aku berhenti menaip apabila jam dinding sudah menunjukkan pukul 0210 minit pagi. Aku menggesek-gesek mata walaupun mata aku belum mengantuk. Aku keluar dari bilik bacaan, aku kene paksa tidur kerana pagi ne aku kene temankan isteri aku berjogging. - Sekian!




17 February 2014

CERITA SEMALAM!


Apartment!
Aku mengintai melalui jendela, suasana pagi yang hiruk-piruk dengan bunyi deruan enjin kereta dan motosikal. Sudah lama aku tidak merasa sejuknya embun pagi, kokok ayam jantan, siualan burung pipit dan melihat terbitnya sinar matahari pagi. Entah kenapa pagi itu bayangan lama tiba-tiba bermain dalam memori aku.

Pagi Ahad, ada angin masuk melalui jendela yang terbuka, menghantarkan sedikit kesegaran dan mengeluarkan udara yang terkurung semalam. Aku bersama Mawa bersiap-siap untuk melakukan aktiviti hujung minggu, berjalan dan sedikit berlari di Taman Tasik Metro, Kepong.

Taman Tasik! Aku bersama Mawa menyusun langkah demi langkah diatas jalan tar, kemudian menyusuri laluan jogger menggelilingi tasik. Sesekali angin pagi bertiup dari kawasan bukit, membawa sekali bau busuk yang tajam. Bau itu datangnya dari permukaan tasik, kelihatannya ada beberapa ekor bangkai ikan keli, terapong dengan perut kembung.

Taman Jasa - Ketika sarapan pagi, aku buat call pada adek Misah tetapi tidak berjawab. Mungkin handpon Misah dioffkan kerana itulah cara yang terbaik ketika mengecas betri talipon. Apapong kami bercadang untuk singgah rumah Misah dan ketika lalu dihadapan rumah, pagar rumah itu berkunci.

Tengahari! Mawa berada diruang dapur. Menyediakan makan tengahari iaitu Pecal. Makanan jenis ini adalah dalam kelompok salad, yang terdiri dari pucuk ubi, kacang panjang dan kangkong. Ditambah dengan tau'hu goreng dan telur rebus. Bahan-bahan tersebut digaul dengan kuah kacang (ready made) yang dibeli di Pasar Behrang, Tg Malim-Perak.

Lepas Waktu Asar, kami keluar menuju rumah adek Misah. Tiba dirumah Misah, kami ditunjukkan dua buah beg besar warna biru, kepunyaan Mawa dan emak mertua yang akan menunaikan ibadah Umrah dan Ziarah pada pertengahan bulan Mac 2014, dengan izin Allah!

Sedang kami berbual, adek Majid sampai dan membawa enam lagi beg besar dan beberapa buah buku, dari Syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. Beg dan buku tersebut akan diberikan kepada peserta umrah iaitu Ismail, Hamisah, Athirah, Hamidah, Norlela dan Amirul @Boy.

Umrah dan Ziarah kali ini juga akan disertai Abdul Majid, Mohd Ariff, Razemi, Jamilah,  Mohamed Ali, Fatimah, Ali Japri, Muhammad Ammar, Nor Shafinas, Noor Shahiza, Mohd Irwan, Norfadilah, Hannah Nadwah, Ahmed Faiz, Noor Shila dan Ayra Dania.

Selepas Magrib! Adek Misah call bagitau iaitu abang Omar telah dimasukkan ke wad kecemasan di Hospital Sungai Buloh. Majid cadang untuk melawat abang Omar selepas waktu Magrib. Ketika kami dalam perjalanan menuju Hospital Sg Buloh, si Nazren (anak abang Omar) bagitau iaitu abang Omar udah dipindahkan kad wad biasa kerana denggi.

Tak dapatlah kami jenguk abang Omar kerana waktu melawat untuk wad pesakit biasa tamat pada jam 0900 malam. Kereta yang di pandu Majid masuk kelaluan Seri Damansara dan patah balik ke arah Kepong. Kami singgah di kedai untuk minum bersama Majid, Hamisah, Athirah dan Ammar. - Sekian!

14 February 2014

SEPOTONG CHICKEN QUICHE



Intro!
Petang
itu terasa panas, rumput hijau bertukar kuning dan daun-daun mula berguguran apabila di tiup angin. Tetapi angin yang bertiup itu membawa sekali wap kering, mengapong di celah-celah bangunan batu, besi dan kaca.

Ketika bunyi handpon aku berdering, aku sedang menggadap screen komputer, melukis menggunakan tetikus. Aku sekadar bereksperimen dengan titik, garis, warna dan ruang. Aku memang berminat untuk mengetahui tentang Art Digital, kerana itu sahaja yang termampu aku lakukan.

1 - Di tempat yang dijanjikan, disebuah cafe pinggir badar, dua rakan aku si Farid dan Azman sedang menunggu kedatangan aku dengan sabar. Ketika itu aku lihat, sudah terhidang diatas meja, Iced Lemon Tea, Iced Cappucino dan sepotong Chicken Quiche. Aku pula minta pada cafe crew, Iced Lemon Tea dan Turkey Sandwich.

Di sini (cafe) udaranya sedikit sejuk kerana dilengkapi penghawa dingin. Si Azman dari tadi leka bermain jari diatas screen handpon dan Farid sedang menyedut sedikit Ice Lemon Tea. Aku pula menikmati sandwich yang dibalut dengan ruti pita black papper, dua keping hirisan turkey, daun salad, hirisan tomato, hirisan bawang dan sedikit palitan mayonise.

Si Azman yang tadinya asyik bermain handpon, bersura tentang cuaca panas ketika ini. Si Farid pula berbicara tentang kisah Indonesia yang menamakan kapal perang dengan nama Usman-Harun. Sambung Farid lagi, Kerajaan Singapura pulak terasa hati kerana nama (Usman-Harun) itu pernah melakukan kesalahan dan dihukum mati di Singapura pada tahun 1968. Usman Harun pernah melancarkan serangan bom di Orchard Road yang mengorbankan tiga orang dan 33 lagi cedera.

"Ah! Itu kisah lama Beb!"
kata Azman sedikit keras.

Pot pet! Pot Pet! Kami bertiga masih lagi berbual dan kali ini kisah berkisar pada Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputih. Si Teresa bersama tiga rakannya telah menimbulkan kemarahan orang ramai (orang Melayulah!) apabila muncul dengan lawak bodohnya didalam klip video berdurasi 11 minit 39 saat.

Teresa bersama rakan subahatanya Lim, Ah Kok dan sorang pompuan gemuk gedempol bernama Lim Ching Miau, telah dikecam kerana dilihat cuba membuat fitnah dan penghinaan terhadap Perdana Menteri serta kerajaan. Lagi pulak, Teresa memperlekehkan isu keselamatan negara khususnya di Sabah.

Tekedu aku bila mendengar ulasan-ulasan pedas, keras dan beremosi dari Farid dan Azman. Mereka berdua ne kalau bercakap memang ikut sedap mulut, pasal lidah pulak memang tidak bertulang. Sesekali pelanggan dikiri kanan kami menoleh mungkin kerana sedikit terganggu. 


Turkey Sandwich, Chicken Quiche udah habis dimakan. Si Farid pula sedang menghabiskan sisa-sisa Iced Lemon Tea. Sedutannya meninggalkan sekeping lemon yang lusuh dan beberapa ketul ais didalam gelas. Kali ini Farid mengulas pasal perletakan jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waaythamoorthy.

Hujah Farid,
Si Moorthy tu letak jawatan yang kononnya Perdana Menteri bolayan dengan permintaan Hindraf atas masalah sosioekonomi kaum India. Kata Farid lagi, Jika benar si Moorthy ikhlas hendak memperjuangkan kaum India, kenapa tidak mahu berjabat tangan dengan MIC.

"Yang peliknya kenapa kaum India tidak bersatu untuk menyelesaikan masalah mereka" ujar Azman sambil membetulkan gaya duduknya.

"Yang lagi kelakar tu! Ingat si Moorthy, kalau letak jawatan bolehlah dapat simpati dari kaum India. Silap haribulanlah! Berita perletakan jawatan beliau hanya suam-suam kuku pasal ada berita lagi hebat" Kata Farid.

"Ekeleh! Berita siapa lagi kalau bukan berita peletakan jawatan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud" cepat saja si Azman mencelah.

2-  Aku tiba-tiba teringat sebuah buku berkulit hitam yang aku beli pada 22 Disember 2008. Buku tersebut bertajuk Hindraf Satu Konspirasi hasil tulisan Ruhanie Ahmad. Buku tersebut pernah aku baca secara fast reader kerana prolog buku tersebut semacam kisah dongeng Sang Nila Utama, siap dengan mentera Beb!

Seingat aku pada Bab Satu muka surat 21, Datuk Ruhanie Ahmad ada menulis tentang satu-satunya rujukan yang boleh didapati pasal Hindraf ialah di Wikipedia.

[Terjemahan: Hindraf adalah satu gabungan 30 NGO Hindu yang komited kepada usaha mengekalkan hak-hak serta warisan komuniti Hindu di Malaysia yang sekular. Kumpulan ini telah mengetui penentangan terhadap apa yang disifatkan sebagai "dasar tidak resmi mengenai pemusnahan kuil" dan juga prihatin terhadap encroachment undang-undang syariah.]

Wikipedia
juga mencatatkan bahawa antara personaliti yang menjadi penggerak utama kepada Hindraf adalah sekumpulan lima orang peguam muda. Mereka adalah P. Waythamoorthy, P. Uthayakumar, M. Manoharan, K. Ganghadaran dan S. Ganapathi Rao.
 



3-
Jam didinding cafe jarum besarnya menunjukan pukul 0725! Sinar matahari merah telah hilang di sebalik bangunan-bangunan batu, besi dan kaca. Ketika ini mungkin, matahari itu sudah terbenam dikaki langit. "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" Kedengaran seruan dari Muazzim (Bilal) melaungkan azan menandakan masuk waktu solat fardu Magrib. Aku, Farid dan Azman bergegas bangun, bayar harga makanan dan kami beriringan menuju ke Masjid. - Sekian!

 



10 February 2014

ABSTRAK EKSPRESIONIS & MAJALAH!



Sekitar awal tahun 2000, aku mula mengumpul majalah suasana kediaman dan landskap seperti Impiana, Ruang, Deco Glam dan sesekali membeli majalah Trends dan The Edge. Majalah ini aku langgan kerana ada ruang Portfolio pelukis seperti Awang Damit, Tajuddin Ismail (TJ), Yusof Ghani, Shukri Elias, Asmawi Ismail dan lain-lain.

Artwork pelukis tersebut lebih bersifat abstrak - ekspresionis surealis seperti pelukis Awang Damit dalam siri Alun-Alun Ke Marsita, Siri Tari dari Yusof Ghani  atau seperti pelukis A Latif Mohidin yang terkenal dengan siri Pago-Pago dan Gelombang.

Untuk mengetahui serba sedikit mengenai lukisan jenis abstrak ini, ada baiknya aku meminjam sebahagian tulisan daripada Rasdan Ahmad ruangan Lukisan Pancawarna (Ahad 09/02/14). Beliau mengulas: Seni abstrak itu adalah salah satu jenis kesenian kontemporari yang tidak mengambarkan sesuatu objek dalam dunia realiti. Lukisan jenis ini menggunakan warna dan bentuk dalam cara non-representasional (luar pemikiran).

Seni abstrak mempunyai dua pendekatan. Pertama, seni abstrak diciptakan tanpa merujuk secara langsung pada bentuk-bentuk realiti dan pendekatan. Kedua, ia berupa ciptaan yang diadaptasi melalui unsur-unsur alam semula jadi.

Sebelum ini istilah non-objective digunakan untuk menunjukkan lukisan yang sukar difahami. Istilah ini kemudian ditinggalkan oleh para pejuang seni dan sejarawan. Mereka lebih memilih istilah seni abstrak daripada seni non-objective.

Wassily Kandinsky pelukis ternama Rusia menyatakan, lukisan abstrak ada persamaan dengan muzik. Memahami lukisan abstrak boleh diibaratkan seperti kita mendengar muzik instrumental. Kita boleh merasai keindahan nada muzik itu tanpa dibebani dengan unsur-unsur lain.

Semua unsur estetika dikembalikan pada bentuknya yang paling baik.Dalam muzik, semua unsur nada mewakili nada itu sendiri manakala seni lukis, warna mewakili warna, garis mewakili garis, demikian pula dengan unsur-unsur visual lainnya.


Dipendekkan cerita! Lukisan abstrak juga dapat dianalisa berdasarkan klasifikasi warnanya. Warna dapat diklasifikasikan dalam beberapa kelompok iaitu warna panas, dingin, senada dan harmoni. Warna panas terdiri daripada unsur-unsur warna merah, kuning dan jingga manakala warna dingin terdiri daripada unsur-unsur warna hijau, hijau muda dan biru. - Oleh Rasdan Ahmad.

Bercakap
pasal pelukis ne, ada gak majalah Fantasi, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Impiana dan majalah Ruang, yang berbicara tentang pelukis lain umpamanya pelukis Mohas - Galeri Seni, dalam majalah Fantasi November 1986. Begitu juga dengan pelukis Ibrahim Hussein, majalah Fantasi, Oktober 1990. Dalam majalah Impiana pula, memperkenalkan portfolio pelukis Rafiee Ghani, Khairul Amir Shoib aka Meme, Zaim Durulaman, Muhd Fauzul Yusri, Nizar Kamal Ariffin, Jamil Mat Isa, RadziBedu, Fuad Arif, Daud Rahim dan sorang artis pompuan iaitu Susyilawati Sulaiman aka Shooshie.

Lepas tu aku perhatikan, majalah Impiana dan Ruang tidak lagi berminat menulis rencana tentang pelukis dan seni lukis. Semenjak tu, aku tidak lagi melanggan majalah tersebut. Aku beralih kepada majalah seperti Roda Pantas dan Cycling Malaysia. - Jumpa lagi dilain entri dengan izin Allah!

07 February 2014

BILA ELEKTRIK TERPUTUS


Di Luar Apartmen!
Sayup-sayup kedengaran bunyi siren ambulance diselang-seli dengan salakan anjing liar. Malam terasa amat panas bila bekalan elektrik terputus. Hampir seluruh penghuni dikawasan kejiranan aku mengeluh kepanasan.

Beberapa saat waktu malam berlalu, aku  mula merasa pahitnya kehidupan di kota jika tiada bekalan elektrik. Aku dan manusia lainnya yang tinggal di kota ini sangat bergantung dengan elektrik untuk menerangi rumah, buat kipas berpusing atau setidak-tidaknya mahu menonton rancangan kegemaran di televisyen.

Ramai jiran-jiran aku turun ke bawah, mengharap datangnya angin. Sambil menanti bekalan elektrik dibaik-pulih, mereka bercerita tentang insiden perlawanan bolasepak pusingan kedua Piala FA yang tertunda kerana pasukan T-Team enggan meneruskan permainan babak kedua, setelah berlaku pergaduhan di dalam terowong ke bilik persalinan dengan pasukan JDT.

Mereka masih dibawah apartmen, terus bercerita tentang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, tentang Teresa Kok, tentang Taib Mahmud letak jawatan, tentang PKNS memecat 23 kakitangan PHSB, tentang kadar tol dan cerita pasal Scomi Group Bhd yang bertaraf global kerana berjaya memperoleh projek Monorel Mumbai bernilai RM1.8 bilion.

"Horee! Horee! Api dah ada" Kedengaran budak-budak bersorak gembira. Wajarkah bebudak yang tidak mengenal erti kesusahan itu bersorak Horee! Siapa agaknya yang menceritakan kepada bebudak yang masih berhigus itu tentang Horee. Kenapa dari kecik lagi bebudak tersebut tidak diajar tentang ayat Alhamdulillah!

Tik tok! Tik Tok!
Bunyi jam dinding mnegetuk tabir malam. Aku masuk ke bilik bacaan dan diatas meja komputer, ada baki air LA Coffee. Mata masih lagi segar bugar. Aku melihat beberapa buku yang belum habis dibaca. Antara buku tersebut ialah Meniti Lautan Gelora dari Said Zahari, Cendol Pulut Santan Lebih tulisan Abd. Jalil Ali, Setengah Berisi-Setengah Kosong  dan buku hasil tulisan Taufik Rahman: Obama-Antara Islam, Israel & Amerika.

Kipas siling ligat berpusing. Kali ini naluri aku lebih cenderung untuk mengadap screen komputer berbanding untuk membaca buku. Photo-photo yang tersimpan di dalam album, hampir kesemuanya aku conteng dengan menggunakan Photoscape. Inilah rutin malam aku. Aku melukis bukan menggunakan berus tetapi tetikus. Hasil daripada contengan tersebut, lahirlah seni digital melalui Reflection dan Illusion Series yang seakan-akan saring sutera.

Seminggu Berlalu! Sambil jari jemari aku melarikan tetikus kekiri, kekanan dan kekadang keatas dan kebawah, teringat aku akan aktiviti yang berlaku minggu lalu. Bermula dengan memenuhi jemputan Majlis Perkahwinan anak kepada pasangan Mazli Ujang dan Rokiah Majid yang diadakan pada hari Sabtu, bertempat di Taman Permata Fadason.

Lepas tu! Petang hari pulak, hantar  Mak Mertua balik kampung. Tengahari Ahad balik semula ke Kelompo. Ada beberapa tugasan yang kene buat. Bersihkan akuarium ikan di yard, menyusun buku dan majallah, menukar sarung kusyen serta buat susun atur baru diruang tamu yang terhad.

Begitulah
sebahagian aktiviti aku minggu lepas. Jika ada kelapangan, aku akan membaca, melukis atau menulis (menaip) supaya minda aku terus boleh berfikir dengan baik. Meminjam kata-kata Profesor DiRaja Ungku Aziz "Minda  mesti dicabar setiap hari. Use it or you lose it". Maksud Pak Ungku ialah gunakannya atau anda akan kehilangannya.