30 March 2011

BASIKAL UNTUK RIADAH



Hobi berbasikal
untuk riadah sudah lama dilakukan di negara maju. Di Malaysia kebanyakan yang menunggang basikal adalah pelajar sekolah terutama yang berada diluar bandar. Senario ini dilihat kerana masih ramai rakyat kita berada pada taraf hidup yang miskin. Kebanyakan pelajar hanya mengayuh basikal ketika sekolah rendah, apabila memasuki peringkat menengah mereka mula berjinak-jinak dengan motosikal cupcai.

  • Pelajar dari kaum Melayu luar bandar mula berangan-angan mahu memiliki sabuah motosikal berbanding pelajar kaum Cina yang terlebih dahulu mahu memiliki lesen kereta. Kebanyakan pelajar Melayu menunggang motosikal ke-sekolah tanpa lesen kerana masih di bawah umur. Meraka tidak lagi menunggang basikal ke-sekolah kerana basikal tersebut sudah buruk atau telah diberikan pula kepada adik yang bersekolah rendah. Penjaga mereka pula tidak mampu membelikan basikal baru, dan terpaksa meminjamkan motosikal untuk ke-sekolah.

  • Di-Kuala Lumpur pula, kebanyakan penunggang basikal adalah remaja dan orang dewasa. Remaja bawah 20 tahun lebih suka kayuh basikal Fixie yang berwarna-warni. Warna basikal tidak lagi gelap saperti dulu, tapi lebih garang dengan campuran warna yang aneh. Frame warna putih, tayar depan merah dan tayar belakang hijau. Rantai, jejari dan gears dicat pelbagai warna. Lampu belakang yang berkelip-kelip juga dipasang sebagai eksesori keselamatan. Harga sebuah basikal fixed ini lebih kurang RM700.00 hingg RM 900.00. Hujung minggu remaja ini akan berkumpul di sekitar Bukit Bintang yang di- kenali sebagai "Night Fixie Meet".



  • Penunggang dewasa pula akan berkayuh hujung minggu disekitar tasik, taman, trek BMX atau trek mountain bike. Ada juga yang berkayuh malam arah ke Bangsar, Hartamas atau sejauh Kajang bersama kelab masing-masing. Masa kini banyak basikal di reka lebih morden dan lebih ringan. Pebagai jenam telah memasuki pasaran di Malaysia saperti Andromeda, Pohyyon, Scott, Santa Cruz, Merinda, Konna, Xds, Basso, Look, BMC, Trek, Cevvelo, Ridley, Fixtway, Fuji, Silverback dan Fixie.





29 March 2011

GETARAN SENI


ANTARA SENIMAN & ARTIS KELKATU

Tertarik aku apabila membaca ruangan Getaran Seni dari penulis dan kaki komen iaitu Ku Seman Ku Hussain.

Ketika ini kalau disebut "seniman" maka terbayanglah kita kepada golongan penyair, novelis, pelukis atau pengukir. Apabila disebut "artis" pula ialah     pelakon dan penyanyi, malah juruhebah radio atau pengacara televisyen juga dikelaskan sebagai artis.

Antara seniman dan artis dipisahkan kasta- seniman adalah golongan yang tidak popular sementara artis mereka yang berada di pentas gemerlapan.

Hubungan antara kedua-duanya juga berjurang. Artis tidak memberikan penghayatan sepatutnya terhadap karya seniman. Sementara seniman pula seperti tidak dapat masuk dalam gemerlapan artis yang sebahagian besarnya tidak berisi. Artis kita lebih petah bercerita tentang hal remeh sekeliling mereka daripada bercakap tentang dunia seni yang dilayarinya. Maka artis itu senama dengan remeh-temeh.

Tetapi hal ini berbeza ketika kebangkitan Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) dan kemuncak filem Melayu di Singapura. Dunia filem, muzik dan sastera erat menjadi satu. Mereka saling memberikan penghayatan kepada karya daripada kelompok lain. Barangkali ketika itu semuanya dikelaskan sebagai seniman.

Karya-karya filem P.Ramlee misalnya dihayati oleh golongan sasterawan di Singapura. A. Samad Said, Usman Awang, Asraf misalnya mempunyai sudut pandangan tertentu terhadap karya-karya seniman filem seperti P. Ramlee. Ini terbukti apabila Samad dan Usman Awang misalnya menulis puisi mengenang pemergian P.Ramlee membuktikan mereka mempunyai hubungan yang rapat.

Semasa perasmian Pustaka Peringatan P.Ramlee pada 23 Mac 1986, Samad mendeklamasikan puisi Lagu Bunga II(1986). Saya rasa terhidu sendu sepi yang terturap dalam puisi itu. Ada rasa kehilangan tetapi bagi penyair, di- sebalik kehilangan itu ada rasa lain yang mengacau jiwa.

Dalam renyai hujan kota selepas senja di Jalan Derdap bertingkah dengan suara serak Samad, saya yang tidak mengenali P.Ramlee merasakan suatu yang luar biasa ada kepada seniman ini. Usman Awang pula membuat catatan puisinya beberapa hari selepas pemergian P.Ramlee 29 Mei 1973. Puisi yang disiarkan dalam Dewan Sastera Jun 1973 itu menyingkap bagaimana seorang sasterawan menerima berita duka perginya seorang rakan seniman seorang pengarah filem dan pencipta lagu.

Usman secara penuh kesyahduan merakamkan detik perpisahan dari alam seniman yang panjang dan tidak berkesudahan.Tetapi sekarang berapa kerat artis yang hadir ke acara sastera, mempunyai hubungan akrab dengan saterawan, kenal saterwan, kenal pelakon teater (bukan artis), hadir acara deklamasi puisi Kbuku tentang kesenian lain daripada bidang mereka?

Artis perlu keluar dari kepompong mereka dan mengambil sedikit usaha menghayati kerja seniman lain. Ini untuk kebaikan mereka. Artis tidak boleh berterusan menjadi kelkatu yang hanya mengerumuni lampu dan akhirnya sayap sendiri yang terbakar.

ku seman @yahoo.com
http://Kayangdailypost.blogspot.com