30 December 2015

AkU, BaHa & KoTa MeLaKa





Petang
kian mengengsot. Matahari pelan-pelan tengelam, hilang dihujung Laut Selat Melaka. Di udara sekumpulan gagak terbang pulang, melintasi tongkang dan sampan-sampan nelayan di tepi pantai. Angin senja bertiup membawa waktu ke malam. Suasana malam di Pengkalan Balak yang hampir gelap itu segera digilir oleh rang bulan serta dipagari bintang-bintang. Rang bulan itu umpama bidadari dan bintang-bintang itu seperti pari-pari, mereka berkongsi cinta menerangi bumi.

Rang bulan menyuluh separuh sudut bumi. Sehingga bayang-bayangnya boleh dilihat jatuh digigi pantai. Riak air beralun, berkocak perlahan, kemudian menjadi kuat. Alun-alun itu berombak laju bergerak menghempas tepian pantai. Bayang rang bulan pecah berkecai.  Bintang-bintang kabur, terus sahaja menghilang. Tidak ada berita apa yang terjadi disana. Tahu-tahu, siang sudah menakluk malam.


                      >>>>><<<<<


Kota Melaka, 29 Disember 2015

Siang.
Menghampiri pukul 1030 pagi, aku dan Baha sudah terpacak di hadapan bangunan merah yang digelar The Stadthuys. Dalam sesak manusia, kami gerak mahu melintasi jambatan menuju Jongker Walk. Langkah kami terhenti di bahu jalan apabila tiang lampu tiga warna dihadapan kami sudah bertukar menjadi merah. Jalan dihadapan sesak dengan pelbagai kenderaan yang berjurutan[1]. Beca, motosikal dan kereta kelihatan cuba selit-menyelit dan menambahkan lagi  suasana haru-biru di situ.

Lampu bertukar hijau. Orang ramai termasuk pelancung yang patuh dengan arahan lampu, tergopoh-gapah melintas jalan, walhal tidak ada ribut pun akan berlaku malah sudah ditetapkan jangka-waktu untuk melintas. Budaya tergesa-gesa ketika melintas mungkin sudah terpalit barangkali kepada kebanyakan pelancung terutama dari negara China. - Cut!



Nota Lutut :
Tak dapat nak sambung. Ngantok sangatlah. Z-Z-Z-zzz!




BAYANG-BAYANG UMBAI










AkU MuSyKiL


ANGIN LAUT PENGKALAN BALAK










23 December 2015

BUNGA!


BuNgA!

Ketika aku di kebun, aku melihat taman-taman yang dipenuhi bunga meliar. Kata pujangga 'Bunga menarik kerana warnanya bukan kerana aromanya'. Sekuntum bunga yang cantik hanya sekejap cuma, jika ada manisnya hanya buat seketika sahaja. Aku pernah melihat rama-rama serta kumbang datang menumpang mencari madu, lalu bunga layu setelah musim berlalu. Benarkah, seperti apa yang dilantun dari bibir seorang pemikir 'Bunga itu ibarat cinta. Dalam cinta ada benci dan benci itu adalah racun tanpa disedari menyelinap masuk ke dalam pohun kehidupan'.

20 December 2015

LANGIT NOVEMBER




  • >>><<< Pagi November. Dia terjaga sebaik mendengar riuhnya burung-burung bercanda dibumbung teratak kecilnya. Sesekali, kedengaran anjing menyalak. Dia membuka jendela, melihat matahari sudah memanjat tinggi. Dia tidak pasti tadi malam kenapa kelopak matanya tidak mahu tertutup rapat. Tadi malam juga, dia rasakan malam merangkak terlalu perlahan ketika menuju siang. Dia merasa amat sepi. Ada ketikanya datang rasa kecewa, rasa sangsi, rasa benci dan kekadang ada rasa rindu yang menyusuk kalbu. Pelbagai imej yang melintas. Bayangan demi bayangan datang berbalam-balam, mahu bercakap-cakap, mahu berbicara itu dan ini tetapi berbelit-belit dan tersangatlah perit.

    Sepi dan rasa bosan tadi malam, datang bersama waktu yang panjang. Malam yang sejuk itu buat Johan bangun lalu membancuh secangkir kopi, mencapai sebatang rokok, membakar hujungnya lalu menghisap dengan rasa puas. Dia membelek buku 'Terima Kasih SiBabi Hutan' hasil tulisan Ismail Ariffin @Lepat, yang diterbitkan oleh DuBook Press. Dia menyelak helai demi helai muka surat tetapi dia gagal untuk memahami isi kandungannya. Fikirannya bercelaru. Berserabut seperti sabut kelapa kering yang berjuraian bilamana terkena besi tajam sewaktu di kupas.

    Udara malam, dinginnya sampai ketulang sum-sum. Hingus putih jernih mula keluar dari hidung. Aghhh! Selsema pulak bisik hatinya. Sudah hampir setengah kotak tissu digunakan untuk menyapu lendir hingusnya. Dia mengalah. Dia menelan sebiji tablet Zytec. Satelah 45 minit berlalu, matanya mula berbayang-bayang, berkilau-kilau, layu dan waktu menghampiri Subuh barulah dia diajak untuk beradu. Z-Z-z-z-z!


    >>><<< Johan masih tercegat ditepi kamar jendela, merenung jauh kekaki bukit, melihat kehijauan pohun-pohun pisang yang terpaksa bersahabat dengan lalang serta senduduk yang meliar. Dia melirik pula pada jam meja, di sudut pangkin[1] yang jarumnya sudah melintas ke angka 0935 pagi. Astagahfirullah! Lewat bangun. Rungutnya sendirian. Kemudian, dia memandang pula burung-burung pipit yang bersidai ditalian arus letrik. Nampak riang. Keriangan pipit-pipit itu mula mengamit rasa rindunya kepada masa silam yang hampir hilang, tenggelam bersama usia didasar ruang yang usang.

    Sudah hampir lima tahun Johan tinggal sendirian di teratak kecil itu tanpa anak tanpa isteri. Walaupun dia sudah berusia melebihi setengah abad, dia tetap rasa senang begitu. Bebas untuk membaca buku, bebas berbuat apa sahaja, tanpa gangguan. Tetapi, tadi malam ada yang menggangu jiwanya. Ya! Dia yakin yang menjelma dibenaknya tadi malam hanyalah fatamorgana.


    >>><<< Johan beredar dari kamar, keluar lalu melabuhkan punggungnya dikerusi kayu dalam kawasan laman courtyard[2] sambil membayangkan cita rasa awalnya untuk membina sebuah teratak ala' chalet di Cherating tidak kesampaian. Apapun, dia tetap bersyukur kerana teratak kecil yang dibina dari simen, pasir dan batu bata putih itu sudah cukup buat dia. Biarlah aku tinggal di sini dengan tenang untuk menghabiskan sisa-sisa hidup aku. Hatinya berbisik sayu!

    Johan masih duduk disitu sambil merenung kosong sekawan awan yang berarak. Di lihatnya awan-awan yang tergantung itu warnanya putih seakan kapas bergumpalan. Lama kelamaan kapas itu bertukar warna kelabu. Pada masa yang sama, angin dari kawasan berbukit pula datang, mengusap permukaan kulitnya yang semakin mengelap. Ketara benar kendur kulitnya terutama dibahagian pipi, dibawah kelopak mata dan kedut-kedut longgar di bahagian leher yang menjadikan dia nampak keriput[3] daripada usia yang sebenar.

    Sekali lagi Johan mendongak ke langit. Dilihatnya, langit mula muram. Kemuraman langit itu dimulai dengan tetes-tetes halus bak mutiara, jatuh sedikit demi sedikit. Dari tetesan halus, bertukar dengan simbahan yang mencuruh-curah, membasahi lantai laman, tanah, rumput dan pohun-pohun sekitarnya.

    Hujan pagi itu memaksa Johan bingkas bangun berdiri dan masuk ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi. Di tenggeknya pula cerek air yang sudah kelihatan sedikit hitam kerana lama tidak dibersihkan. Pagi ini dia hanya bersarapan dengan secawan kopi pekat bersama dua ketul bun kelapa yang dibelinya tiga hari lepas.


    >>><<<
    Diluar, deru angin dan hujan masih berterusan. Sedang Johan menghirup kopi, perlahan-lahan kenangan lampau menyelinap masuk kebenaknya. Dia teringat saat dia cuba memikat gadis ketika berada di sekolah menengah. Percubaan cintanya gagal. Mungkin itu yang dikata orang cinta monyet! Kemudian, sewaktu tahun akhir di ITM Shah Alam, dia jatuh hati pada gadis Batu Pahat. Ketika itu dia seperti orang bodoh kerana sering menghantar surat yang panjang berjela dengan ayat-ayat puitis yang di kutip dari buku-buku puisi, kemudian menganyam[4] dengan bait-bait indah, hanya sekadar untuk menyatakan tiga patah perkataan "Aku Cinta Padamu".

    >>><<<
    Hujan sudah sampai kepenghujung. Sejuk pagi membawa waktu ke tengahari. Usai solat Zohur, Johan melangkah keluar bersama parang tapek tersisip di pinggang menuju kebun pisang. Niat hatinya hendak mencatas daun-daun pisang yang sudah kuning dan layu. Sebaik sahaja dia menghampiri kebun pisang, tiba-tiba langit bocor lagi. Dia segera berlari  menuju tertak kecilnya untuk berlindung. Lariannya kali ini gagal apabila kaki kirinya tersangkut anak tunggul kayu, lalu tersembam dicelah perdu senduduk. Matanya berpinau. Dia mendongak ke langit, melihat lenggok hujan yang semakin menggila. Dalam kesakitan, dia mengumpul tenaga untuk bangun. Terhenjut-henjut dia melangkah dalam hujan bersama sebuku nasib.

    >>><<< Hujan kali ini bertambah garang. Curahannya hanya berhenti ketika waktu senja. Malamnya, bersambung hingga  ke subuh. Tiada siapa yang boleh menjangka, adakah esuk langit November masih berwarna biru dan awannya tidak kelabu. Titek!

05 November 2015

RENDANG NANGKA MUDA & MANDAI



Tuk! Tuk Tukkk!


Aku sedang berkemas dibilik bacaan bilamana kedengaran pintu apartment diketuk dari luar. Aku mendiamkan diri. Sudah menjadi kebiasaan aku jika pintu diketuk tanpa memberi salam atau tidak memperkenalkan diri kira bolayan![1] Kalau aku layan juga nanti panjanglah ceritanya. Selalunya yang mengetuk pintu tanpa salam terdiri dari wakil penjual Astro [pasal aku memang tak ada Astro], wakil jualan langsung, ada juga yang datang menjual makanan ringan dan paling membosankana aku ialah sebaik sahaja pintu dibuka nanti, tercegat dua-tiga remaja China yang tersengih-sengih[2] sambil menawarkan hadiah guris dan menang!

Assalamualaikum!

Tuk! Tuk! Tukkk!


Kali ini bunyi pintu diketuk tambah kuat. Aku menyambut salam sambil membuka pintu. Ohhh! Rupanya jiran aku datang menghantar sepiring rendang ayam. Nampak sedap, kebetulan pulak aku belum makan tengahari. Lantas sahaja aku membuka peti sejuk, mengambil periuk nasi yang nasinya masih berbaki. Aku senduk nasi sejuk sepinggan penuh dan panaskan dengan microwave oven[3].

Ya, Mikrowave jenama Elba ne dibeli ketika awal perkahwinan kami dan sudah berbelas tahun peti ajaib ini berbakti kepada kami.  Bukan sahaja dapat menjimatkan gas memasak tetapi memperceptkan tugas ketika berada di ruang dapur. Walaupun mikrowave yang kami beli ini adalah jenis convection iaitu boleh memanaskan air, buat popcorn, pizza, cake atau merebus kentang tetapi tak pernah pun kami gunakan kearah itu. Mikrowave ini hanya digunakan untuk memanaskan makanan sejuk dan mencairkan bahan makanan sejuk beku [frozen].


Trit! Tit! Tit!

Bunyi mikrowave. Nasi sudah cukup panas, siap berasap lagi. Aku mengaut dua sudu makan rendang ayam ka dalam pinggan. Makan dengan penuh selera. Sebaik rendang masuk ke dalam mulut. Ehhh! Bukan rendang ayam tetapi rendang nangka muda. Tipah tertipu[
4]. Aku senyum sendirian sambil menguis-nguis kuah rendang, manalah tahu kalau ada seketul dua daging ayam. Tak ada daging ayam Bai! Memang sah yang ini rendang nangka muda. Memang pandai jiran aku ne mengfusionkan[5] menu makanan,  hingga aku boleh habiskan nasi sepinggan hanya berlaukkan rendang nangka muda. Sedap Bai!



II-
Usai makan tengahari aku menyambung kerja dibilik bacaan. Sambil menyusun buku-buku yang sudah berhabuk dan memasukkan kedalam bekas pelastik. Sebahagian buku-buku tersebut akan aku bawa ke tanah kebun esuk pagi. Bagaikan satu mimpi. Pejam celik, pejam celik, sudah 10 bulan aku berada di tanah kebun. Aku memang suka mengembara. Aku juga suka pada alam semula jadi. Itu pasal, aku langsung tidak kekok ketika aku mula-mula menjejakkan kaki di tanah kebun.

Teringat aku. Satu malam selepas Magrib ketika berada di-tanah kebun, rakan adek aku bernama Awai dengan gigihnya memperoses sejenis makanan yang dikenali sebagai mandai[6]. Katanya, kalau malas nak membuat mandai, kita boleh beli kat pasar malam Sungai Buloh. Tetapi ujar si Awai lagi, buat mandai bukanlah susah sangat. Kulit cempedak bahagian luar dikupas. Buang bahagian dalam. Potong-potong, masukkan dalam bekas yang udah dibubuh air panas serta garam dan biarkan potongan kulit cempedak tersebut terendam selama dua-tiga minggu. Kira garam tersebut macam agent[7] pengawet gitu!

Selepas tiga minggu, aku ambil tiga ketul kulit cempedak untuk dibawa balik ke Kulompo. Kulit cempedak yang dikenali sebagai mandai itu dihiris halus dan digoreng garing oleh isteri aku. Kemudian digoreng pula sedikit ikan bilis, hirisan tempe, hirisan cili kering dan sedikit hirisan bawang merah. Gaulkan semua bahan tersebut dengan hirisan lada hijau serta hirisan halus spring onion [daun bawang] bagi nampak menarik. Lepastu, aku bagilah rasa sepiring mandai yang difusionkan ke pada jiran aku. 



Nota Lutut
.
Puas juga aku menyelak helai demi helai [muka surat] Kamus Dewan edisi baru yang istilah mandai itu lebih kepada maksud sejenis tumbuhan [pokok] tetapi bukan sejenis  makanan. Memang tak ada dalam Kamus Dewan kerana mandai ini adalah makanan yang dipelopori oleh kaum Banjar. - Wallahuaklam!

15 October 2015

BILA USIA KITA BERTAMBAH



Semalam adalah Awal Muharam. Semalam jugalah bermulanya tahun baru iaitu  Hijrah 1437 dimana usia aku bertambah berpandukan angka dan aku mula merasakan masa silam yang panjang dan masa depan yang tinggal sedikit. Aku juga tidak dapat meneka dengan tepat berapa banyak lagi usia yang berbaki kerana ia menjadi rahsia Allah SWT.

Mungkin kita berpendapat bahawa usia hanyalah angka dan kehidupan mestilah diteruskan. Dari usia baby, kanak-kanak, remaja, dewasa dan akhirnya kita sampai ke usia tua. Yang di katakan tua itu pula berapakah usianya. Adakah kita nanti seperti ubi, makin tua makin berisi atau seperti keladi, makin tua miangnya makin menjadi. Macam dalam filem Musang Berjangut[1] gitu!

Ya! Yang dikatakan tua, baik lelaki atau perempuan itu mungkin pada usianya 50-an atau lebih apabila suatu hari anak-anak buah kita memanggil Uncle atau anak jiran kita memanggil isteri kita sebagai Mak Cik. Kita akhirnya mulai sedar yang kita ini semakin tua apabila  mata mulai kabur, gigi pulak sebatang demi sebatang gugur, kulit dolu tegang udah menjadi kendur dan uban kat kepala banyak berterabur.

Kekadang tu, belum lagi usia kita melewati 40-an, ada juga diantara kawan kita yang telah terkena pelbagai penyakit. Ini mungkin berpunca dari perut, kerana perut  dikatakan sebagai merkas, pusat gerakan segala anggota manusia. Oleh sebab itu, dalam memelihara perut, hendaklah dipastikan perut tidak diisi dengan makanan atau minuman yang haram, makanan yang halal tetapi diperolehi dari sumber yang haram dan juga makanan halal tetapi diambil secara berlebihan.

Jika diawal 50-an pulak, ada diantara kawan-kawan aku masih sihat dan jarang-jarang sakit tetapi lupa untuk menjaga perut dari sakit. Dari pagi, perut di isi dengan pelbagai inti[2] seperti ruti canai, nasi lemak dan teh tarik. Tengahari pulak makan nasi berlaukan kari kepala ikan dan minum sirap bandung. Petang, minum teh tarik lagi kekadang makan ruti canai. Salepas Magrib pulak, keluar makan digerai Tom Yam, pekena pulak nasi putih, ikan tiga rasa, telur dadar, kangkung belacan. Malah, setiap perbuatan untuk memadatkan perut, disertakan pula dengan pemanis mulut[3] [bagi lelaki] iaitu merokok!

Aku memang sudah mengetahui, lama dah! Bahawa merokok itu tidak baik untuk kesihatan tetapi aku tetap mahu merokok kerana sudah sebati dengan diri aku. Ada kalanya teringin juga hendak berhenti merokok kerana harga rokok naik dan terus naik, tetapi apakan daya, candu rokok itu lebih kuat magnetnya dari harga rokok atau dari bercita-cita hendak berhenti merokok.

Nak dijadikan sebab musabab agaknya, suatu hari aku menerima sms dari anak rakan aku yang memberitahu bahawa ayahnya ditahan kat pusat tibi. Ketika aku melawat di Hospital Tibi Jalan Pahang, aku lihat rakan aku tu dikira sudah teruk kerana dijangkiti kanser paru-paru akibat menghisap rokok. Satelah lebih kurang tiga bulan bertarung nyawa, akhirnya rakan aku tu meninggal dunia gak!

Bertarung nyawa kerana kanser rokok buat aku takut dan aku berniat untuk berhenti merokok  tetapi bagaimana! Alih-alih, satu hari ketika berada di Kota Kinabalu,  aku berjumpa Dr gigi, minta bersihkan gigi. Lepas bersihkan gigi aku ke kedai untuk perkena teh tarik tetapi tidak jadi. Aku hanya pesan ais kosong sahaja. Fuhhh! Sebaik ais kosong terkena gigi, punyalah ngilu[4].

Oleh kerana gigi baru dibersihkan, aku tidak merokok hari itu. Jika mulut tidak disumbat dengan rokok salepas minum, berjalan-jalan atau masuk ke tandas misalnya, terasa macam ada yang tak kena. Jadinya, mulut aku sentiasa aku sumbat dengan gula-gula Hacks.

Esuknya, ketika bangun pagi - aku nekad untuk berhenti merokok. Baki rokok Gudang Garam yang biasa aku hisap aku campak ke dalam tong sampah. Ketika di tempat kerja, aku tidak merokok saperti kebiasaannya. Kawan aku tetap hulurkan sebatang rokok dan aku ambil, aku selit kat bibir tanpa membakarnya. Begitulah seterusnya.

Akhirnya kawan aku tidak lagi menghulurkan rokok dan aku pula berjaya berhenti dari ketagih menghisap rokok. Salepas itu aku kurangkan aktiviti di kedai kopi kerana aku tidak boleh terhidu bau rokok. Sekiranya aku hendak minum kopi aku hanya memilih kedai atau cafe yang ada tanda Di Larang Merokok!

Hampir 15 tahun aku sudah berhenti merokok. Rupanya angka lima belas itu bukanlah jaminan untuk aku tidak menjamah rokok lagi kerana ketika aku bekerja di Kuala Belait, Negara Brunei, aku menghisap rokok semula. Aku  tidak pasti apakah sebabnya tetapi sebaik rakan setugas aku yang baru aku kenali bernama Siswantoro [budak Jakarta] menghulurkan sebatang rokok keretek, aku ambil dan aku hisap. Walaupun awalnya terbatuk-batuk ketika menghisap rokok, aku teruskan hingga sampai kepuntung[5].

Esuk, lusa, tulat dan seterusnya, budak Jakarta itu bersama rokok kereteknya menjadi teman rapat aku. Aku sudah pandai membeli. Mula-mula sekotak sehari, lama-kelamaan aku  hisap rokok keretek jenama Gudang Garam sebanyak dua kotak sehari. Jika ada rakan yang menghulurkan rokok dari jenama lain, aku tak ambil sebab rokok tersebut tidak ada rasa 'kick'[6] seperti  rokok keretek.

Dua tahun aku di Kuala Belait. Dua tahun juga saluran kerongkong aku, paru-paru aku sudah ditar saperti siraman minyak tar di lebuh raya gamaknya! Hujung tahun aku pulang ke Kulompo untuk bercuti. Ketika bertemu rakan-rakan mereka ketawa, mungkin lucu atau kelakar sangatlah bila diaorang tenguk aku hisap rokok semula.

Di Kulompo aku terpaksa pergi ke Kampung Bahru untuk mendapatkan rokok keretek seludup kerana rokok yang sah dijual kat kedai tidak sama rasanya. Aku pun hairan juga kenapa rasanya tidak sama. Yang diseludup itu lebih kaw[7] lebih kick dan lebih memuaskan tekak. Mungkin rokok seludup tersebut diaorang taruk lebih candu, lebih itu dan ini. Kira tak ikut piawaian[8] antarabangsa gitu!


Aku tidak menyambung kontark di Brunei. Aku meneruskan kehidupan aku di Kulompo dengan berniga secara kecil-kecilan sambil ditemanai rokok keretek. Sehinggalah satu hari ketika bangun pagi aku mendapat batuk teruk. Batuk yang keluar bersama kahak[8] berwarna hijau pekat. Mual-mula aku sangka batuk biasa sahaja. Untuk meredakan batuk aku minum Breacol tetapi batuk tidak berhenti. Akhirnya aku kalah. Aku terpaksa pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat batuk yang lebih power!

Masa yang sama, jodoh untuk berumah tangga juga makin hampir. Tentunya nanti bakal isteri aku tidak suka bau dan asap rokok. Sejak itu aku sekali lagi berhasrat untuk terus berhenti merokok. Caranya, aku mesti berhenti membeli rokok. Jika terasa ingin merokok, aku hanya perlu minta sebatang dua dari kawan-kawan tetapi rasanya ngak enak seperti keretek!


Aku masih ingat, hari ketika aku hendak bernikah itulah aku mengakhiri zaman ketagihan menghisap rokok keretek. Kini, sudah hampir 18 tahun aku tidak merokok. Mungkin  paru-paru aku tidak lagi hitam seperti dolu atau setidak-tidaknya tidak ada lagi lendir hijau pekat yang barbau busuk keluar dari kerongkong aku, dengan izin Allah SWT.




Nota Lutut: Benarkan aku memetik kata-kata dari Rasulullah SAW, iaitu "Sebaik-baik manusia ialah orang yang panjang umurnya dan baik perbuatannya. Seburuk-buruk [jelek] manusia ialah orang yang panjang umurnya tetapi buruk perbuatannya". - Wallahuaklam!

 


12 October 2015

BUKU RISALAH AMAL



Selasa, 13 Oktober 2015


Alhamdulillah! Kita bertemu semula di entri Buku Risalah Amal dengan pertukaran template blog iaitu dari Awesome Inc kepada Dynamic Views. Pada awalnya memang ada sedikit kesukaran untuk aku menggunakan template Dynamic Views kerana udah terbiasa dengan template lama yang backgroundnya ada  semburan watercolour. Pertukaran template ini juga tentunya akan mengingatkan aku kepada tahun bahru [Awal Muharam 1437H] yang jatuh pada petang ini [sabelum Magrib] Selasa, 13 Oktober 2015.

Buku Risalah Amal ini dikarang oleh Hj Mohd Daud Alyatimie aka Matlub yang dicetak pada tahun 1969 dan sahingga tahun 1995 udah diulang cetak sebanyak 19 kali, kira antara buku terlaris gitu! Ikut kata Matlub pada muka surat 15 - Kata Penyusun iaitu kandungannya telah dikumpul sejak beberapa lama dahulu, hasil daripada pelajaran dan bacaan beberapa buah buku serta kitab-kitab.

Kandungan buku tersebut bermula dengan membicarakan tentang Agama Islam, Iman serta Rukun Iman dan Rukun Islam. Seterusnya tentang Pelajaran Sembahyang, Rukun Wudhu, Wirid dan Doa-Doa Selepas Sembahyang, Puasa, Zakat,Talqin Mayat, Doa Akhir Tahun Hijrah [dolu dieja Hijriyah], Amalan Sebelum Tidur dan bermacam-macam wirit dan bacaan ketika menghadapi darurat atau rusuhan termasuk gak bacaan pendinding kene tembak, doa ketika menghadapi musuh, doa menundukkan musuh, doa menjauhkan permusuhan misalnya serta lain-lain amalan.

Jika aku nak diceritakan tentang wirid dan doa ne memanglah banyak. Macam-macam tajuk buku tentang wirid dan doa ada dijual tetapi yang sukarnya ialah mengamalkannya. Sama seperti kita membeli sahelai jacket. Satelah kita beli, jacket tersebut kita akan gantung. Lama udah tergantung sehinggalah satu hari kita hendak memakainya kerana mahu mengahdiri satu majlis keramaian. Alih-alih ketika kita menyarung sambil menyelok poketnya, kedua-dua poketnya udah berlubang kerana ditebuk lipas. Pasal apa ditebuk lipas, sebab kita jarang-jarang memakainya Bai!

Daripada aku bercerita tentang wirid dan doa ada baiknya aku berkongsi dengan pembaca diluar sana mengenai tulisan Matlub yang berkisar pasal orang-orang Melayu yang gemar bacakap kosong seperti tin kosong. Matlub juga ada menulis tentang sebab-musabab kejatuhan orang Melayu dan agama Islam. [Ini kerana beliau memiliki sifat rasa tanggungjawab untuk membantu orang Melayu melalui penulisan]. Mungkin kesederan beliau timbul, satelah melihat orang Melayu cuba diaibkan kali kedua, ketika terjadinya rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969.


Bercakap Kosong!


Penulis  yang dikenali sebagai Matlub ini meluahkan isi hatinya dengan berkata iaitu kebanyakan orang Melayu daripada pelbagai peringakat, bila mendengar cakap-cakap mereka - dimana sahaja, seolah-olah semuanya tahu dan pandai dalam banyak perkara. Semua tahu itu dan ini, serta teringinlah sangat mencari kesenangan, semuanya bersemangat kebangsaan, hanya pandai menyalahkan orang lain, tetapi apabila diteliti hampir semua orang yang bercakap itu tidak berbuat seperti apa yang dicakapkannya. Kira, cakap tak serupa bikinlah!

Sambung penulis lagi, seperti kata-kata hendak menolong ahli-ahli perniagaan Melayu sebagai contoh, tetapi seumur hidupnya langsung tidak membeli di kedai Melayu. Cakap sahaja hendak menolong tapi habuk pun tarak! Malah, kalau ada sedikit kesalahan pada peniaga-peniaga Melayu, kesalahan itulah diperbesarkan sehingga bertahun-tahun. Inilah salah satu sebab mengapa bangsa Melayu hari ini gagal, kegagalan bangsa Melayu itu sebenarnya udah sangat lama, sejak bangsa Melayu diaibkan oleh Portugis di Melaka pada 1511.


Kejatuhan orang Melayu khasnya dan orang Islam amnya, dimana sahaja sekarang ne adalah salah orang-orang Melayu itu sendiri. Sebab kejatuhannya ialah tidak berpegang teguh pada ajaran dan kehendak-kehendak  agama Islam. Mereka tidak mempunyai iman yang kuat, malah sifat hasad dengki sentiasa bermaharaja-lela, bercakap tidak jujur, tidak bertimbang rasa, bersikap sombong, mementingkan diri sendiri, bermuka-muka, mengejar pangkat dan hidup mewah, mengejar segala puji-pujian, mengejar segala gelaran-gelaran, tidak berfikiran panjang akan nasib bangsanya sendiri, tidak percaya kepada bangsa sendiri. Kalau hendak membantu bangsa sendiri, hanya seperti melepas batuk ditangga.


Penulis buku Risalah Amal, meminta orang Melayu bersatu, terutama kepada pemimpin-pemimpin, pimpinlah dengan jujur. Sering-seringlah mengadakan perbincangan, bertukar-tukar fikiran, berdailog dengan semua lapisan masyarakat dengan rasa telus ikhlas serta tanggung jawab untuk memajukan bangsa Melayu kerana ketika ini orang Melayu belum lagi mendapat tempat yang selayaknya. Janganlah berpuas hati selagi belum 100% berjaya, ujar penulis Matlub diakhir penulisan beliau. - Wallahuaklam!


Nota Lutut: Tulisan Matlub [Hj Mohd Daud Alyatimie] ini ditulis sekitar tahun 1969 dalam tulisan jawi. Dicetak dan terbitkan oleh

Pustaka Muda [ISBN 983-869-002-3], No 38, Jalan Tun Perak - Malaysia. Ketika aku menaip pasal rencana tulisan Matlub ini, ada beberapa ayat atau tata bahasa yang aku ubah bagi memudahkan pembaca faham, terutama genarasi why! Akhir sekali, aku ucapkan selamat menyambut tahun bahru 1437 Hijrah!

10 October 2015

BUDU, CENCALOK & MANGO PICKLE


                 

  • Ahad, 11 Oktober 2015
     


    I- Apartment. Aku sedang merehatkan diri diruang tamu sambil membaca akhbar UtusanMalaysia. Pagi tadi ketika bersarapan bersama isteri di Karak, aku hanya sempat membaca tajuk-tajuk berita muka satu. Salah satu berita menarik ialah penemuan 2 daripada 7 murid Orang Asli yang hilang di hutan Pos Tohoi, Gua Musang. Penemuan 2 murid itu dianggap satu keajaiban kerana mereka mampu hidup dalam tempuh 47 hari didalam hutan belantara.

    Sambil menghirup Nescafe Oh So Creamy iaitu kopi campuran [premix coffee], aku menyelak lembaran akhbar muka 29 Luar Negara dimana ketika ini aktivis Palestin  mengisytiharkan intifada atau kebangkitan ketiga bagi menentang penindasan dan kekejaman Isreal di Tebing Barat.

    Begitu juga tentang berita empat peluru berpandu Rusia yang dilancar dan disasarkan terhadap kedudukan kumpulan militan Negara Islam [IS] di Syria, tersasar pulak dan terhempas kat Iran. Peluru berpandu itu dipercayai sebahagian daripada yang dilancarkan serentak oleh Rusia dari kapal perangnaya di Laut Kaspia.

    Lain halnya di Sydney Australia, bilamana satu penganjuran protes anti-Islam dirancang selepas seorang remaja Islam berusia 15 tahun, Farhad Khalil Mohammad Jabar ditembak mati oleh polis kerana menembak mati seorang akauntan polis, Curtis Cheng di ibu pejabat polis di Sydney, baru-baru ini. Apapun, PM Australia, Malcolm Tumbull membidas tindakan penganjuran protes anti-Islam yang disifatkan beliau sebagai memecah-belah perpaduan dinegara tersebut.

                   


    II- Di Ruang Dapur.
    Aroma ayam berempah kari yang sedang digoreng oleh isteri aku berapongan bersama asap yang masuk ke ruang tamu. Aku menutup akhbar, bangun lalu menambah kelajuan kipas sebagai tanda meminta asap yang berkumpul di dalam,  keluar segera melalui jendela yang terbuka.

    Nasi udah masak. Begitu gak dengan ayam goreng serta hirisan timun, tomato, bawang dan hirisan cili hijau. Sekiranya tidak ada  sambal belacan, budu atau cencalok kira masih tidak lengkap. So! Aku buka peti sejuk, ambil sebotol kicap sebagai penganti kuah dan mango pinkle penganti sambal belacan.

    Bercakap pasal resepi ayam goreng rempah kari ne, mudah je! Ayam yang udah dipotong dan dibersihkan hanya digaul dengan sedikit garam, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, sedikit serbuk lada sulah [white paper] dan serbuk kari serta taburkan juga sedikit daun kari. Kemudian ayam yg udah digaul boleh digoreng bersama dengan daun kari sekali.

    Berbeza sedikit dengan resepi ayam goreng berempah sebenar dimana kita terpaksa mengiling rempah-ratus atau memblender bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, serai, ketumbar, jintan manis, jintan putih, halia, lengkuas, kunyit hidup sedikit gula dan garam. Kemudian bahan-bahan yang udah digiling halus digaulkan dengan ayam. Lepastu kena rebus dahulu separuh masak sebelum digoreng. - Cerewet sikitlah kojernya tetapi hasilnya memang terbaek Bai!


    Ada gak kawan aku bagitau, kalau nak makan mesti ada kuah atau setidak-tidaknya sup kosong, jika tidak...makan rasa tak puas katanya. Tetapi aku bab kuah ne tak kisah sangat, janji beras yang ditanak menjadi nasi yang lembut, sedikit berkanji dan berbau harum. Kemudian ada kicap, sambal belacan atau sambal tumis pun udah cukup. Yalah! Kekadang dek kekangan masa atau malas nak menumbuk cili buat sambal jadinya budu atau cencalok pun udah dikira menyelerakan Bai!


    Bukan semua orang boleh makan sambal belacan, budu atau cencalok Bai! Ada gak yang alah dengan makanan laut lagi-lagi makanan laut tu udah diperoses seperti budu misalnya. Budu dibuat dari ikan, disimpan [pekasam] dalam tempayan. Begitu gak cencaluk yang dibuat dari udang geragau [udang halus] yang diasinkan dengan air garam lalu diawet yang memakan masa sedikit lama.

    Jika
    kita alah dengan sambal belacan, budu dan cencalok, kita masih ada pilihan  iaitu kita boleh menjamah sedikit mango pickle sebagai penambah selera. Acar atau pickle ini boleh didapati di kedai-kedai runcit tetapi diaorang tak jual kat kedai 24 jam Seven'E. Selain mango, terdapat juga olive pickle yang rasa kedua-duanya hampir sama iaitu sedikit masam.

    Kita makan sebab kita lapar. Bila udah kenyang kenalah berhenti. Jangalah disebabkan ada ayam goreng berempah ditambah pulak dengan adanya sambal belacan atau budu, kita lupa dunia. Ya! Kita hidup bukan untuk makan semata-mata tetapi nikmatilah makanan yang terhidang didepan mata dengan penuh kesyukuran kerana kita makan bertujuan untuk terus hidup.

                 
    Seperti
    yang pernah aku baca dalam buku Halal & Haram susunan Mustaffa Suhaimi iaitu 'Dasar hukum Islam mengenai makanan dan minuman adalah paling mudah. Setiap yang baik adalah halal, tetapi yang buruk yang membawa bencana diharamkan'. Allah SWT berfirman:

    Maksudnya 'Wahai manusia! Makanlah apa yang ada di bumi yang halal dan baik dan jangan kamu ikut jalan syaitan kerana syaitan itu musuh kamu yang jelas' - [Al-Baqarah, ayat 167

                          

    III- Masa
    bebudak dan ketika meniti zaman remaja, aku hanya makan apa yang disajikan oleh arwah ibu aku. Salah satu menu yang menjadi kemestian ialah pucuk ubi rebus bersama sambal belacan. Kemudian, aku pernah cobak merasa cencalok ketika melawat Melaka dan mencuba Budu ketika berada di Dungun, Terengganu.


    Baik sambal belacan, budu atau cencalok - ketiga-tiga penambah selera ini tidak lagi aku jamah kerana allergy. Jika aku termakan gak, kulit akan menjadi kemerah-merahan dan gatal. Untuk mengatasinya, aku terpaksa menelan sebiji Zyrtec yang boleh didapati kat kauter farmasi.

    Jelaskan Bai! Yang sedap itu kekadang memudaratkan. Yang membawa bahaya dan mudarat itu hukumnya haram, sebaliknya yang memberi menafaat itu hukumnya halal. Seperti tumbuhan, asal hukumnya segala jenis tumbuhan yang boleh dimakan adalah halal kecuali jika zatnya berubah hingga membawa bencana kepada pemakannya.

    Misalnya, gandum, tamar dan anggur asalnya halal tetapi menjadi haram bila berlaku perubahan zatnya hingga menjadi arak dan memabukan. Begitu gak dengan binatang, menurut ulama tafsir, binatang yang diharamkan pada umumnya ada empat jenis iaitu khinzir [babi], darah, bangkai dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah.



    Nota Lutut:
    Jangan pembaca salah faham pulak tentang sambal belacan, budu dan cencalok. Makanan tersebut masih boleh dimakan selagi tidak mendatangkan mudarat atau bahaya kepada manusia. Sebarang hukum sama ada halal atau haram hanya ditentukan oleh Allah SWT kerana Dia sahaja yang berhak menentukanya. - Wallahuaklam!

BIARLAH GAMBAR YG BICARA!