26 September 2017

Photo [ofthemonth]


26 | Sept | 2017|

[1- Januari ke September]
Cantuman empat keping gambar menceritakan
aktiviti di Tanah Kebun antara Januari hingga September 2017].




[2- Nama Ku Tiger]

[3- Rebung dan Buloh]

[4- Tenang di Talian Letrik]

[5- Sebuah pondok  di Kebun Getah]

[6- Rezeki Selepas Hujan]

[7- Latihan ala' Parkour]

[8- Pondok Kayu Dua Tingkat]

[9- Hujan Sudah Berhenti]

[10- Merokok! Tidak Baik Untuk Kesihatan]

[11- Berlindung Dari Terik matahari]

22 September 2017

Murtabak Nangka dan Tuna Pizza


Jumaat| 22 Sept| 2017

Intro:
Murtabak, juga disebut orang martabak atau dalam bahasa Arab pula disebut mutabbaq[1] adalah sejenis pancake atau pan-fried bread. Murtabak boleh ditemui di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Yamen, Arab Saudi dan di India. Makanan [street food] ini juga sering kita temui di gerai-gerai tepi jalan, pasar pagi atau di restoran India Muslim.

Biasanya murtabak yang dijual di restoran mamak[2] ialah murtabak telur, daging, ayam dan murtabak kambing. Di hidang bersama kuah kari, jeruk bawang merah dan sedikit hirisan timun. Jika di Indonesia pula selain murtabak yang disebutkan tadi ada  satu lagi jenis murtabak iaitu murtabak manis. Murtabak manis itu juga dikenali oleh warga Indonesia sebagai 'Terang Bulan'[3] atau Murtabak Bangka.


Tanah Kebun.

1- Ketika ini di Tanah Kebun, tanaman utama ialah nangka madu[4]. Selain itu terdapat juga cempedak dan nanas. Sementara menunggu nangka dan cempedak berbuah, di tanam juga sedikit pisang tanduk dan beberapa pohon durian belanda, petai dan jambu batu. Apabila buah nangka sudah matang lalu di kutip dan di jual. Lebihan jualan buah nangka, di bawa balik, kekadang dimakan begitu sahaja atau sesekali kami buat manisan seperti pengat[5] gitu!

Bosan dengan pengat nangka, isteri aku cadangkan buat murtabak nangka dan murtabak daging. Pagi itu bermulalah kerja-kerja menyediakan inti murtabak. Inti yang pertama ialah nangka yang dipotong dadu dan dimasak bersama sebiji telur dan sedikit gula. Inti kedua pula ialah daging. Daging burger di potong dadu, dimasak bersama hirisan bawang merah, hirisan cili bangla, sedikit potongan cili api dan sedikit cili sauce.

Setelah itu panaskan pan atau kuali leper. Pada masa yang sama inti nangka atau inti daging diletakan di tengah-tengah kulit popia[6]
dan dilipat empat segi. Jika menggunakan pan yang mudah melekat, titiskan sedikit minyak sayur atau planta kemudian masak murtabak itu depan belakang. Begitu juga dengan inti daging. Setelah selesai, anda akan dapat merasa dua jenis murtabak iaitu murtabak nangka yang manis dan murtabak daging yang rasanya sedikit pedas.

Bercakap mengenai buah nangka, selain dimakan begitu sahaja, buah nangka boleh dibuat jem, jeli, acar, dodol, aiskrim, madu nangka, sirap nangka atau boleh juga dibuat sebagai manisan kering. Khasiat getah nangka, jika ada bisul anda boleh campurkan sedikit cuka dan sapu pada bisul[7] atau sapu pada bekas patukan ular. Air rebusan kayu nangka jika diminum baik sebagai rawatan sawan, tetapi tidak sesuai untuk wanita mengandung.



2- Minggu Lepas. Ya! Minggu lepas kami teringin untuk makan pizza. Outlet Pizza Hut pulak tidak ada di pekan Lancang atau bandar terdekat seperti Karak atau Mentakab. Kebetulan, ada stock lima keping ruti pitta lalu aku jadikan 'pizza base'. Panaskan oven dahulu. Sambil itu, sapu sedikit tomato sos atas permukaan ruti pita. Kemudian untuk 'topping' taburkan ketulan tuna dalam tin, potongan lada bagla warna hijau dan merah, hirisan bawang, hirisan tomato dan dibahagian atas letakan dua jenis keju siap parut[8] iaitu keju cheddar dan keju mozarella.

Jika anda tidak ada stok tuna tin, anda boleh menggunakan topping yang anda suka seperti hirisan fish cake, sausage, dada ayam, daging burger yang dipotong dadu, chicken salami, atau buah-buahan serta sayuran. Apa-apa sajalah!


Mengenai ruti pitta, selain digunakan sebagai 'pizza base' ruti tersebut boleh di pelbagaikan antaranya diberi nama sandwich poket pitta dimana ruti tersebut di potong dua kemudian dibakar sedikit menggunakan pan. Dibahagian dalamnya  diisi [intinya] dada ayam yang telah digaul dengan mayonise atau di isi dengan tuna mayonise bersama sehelai daun salad [lettuce], hirisan timun dan hirisan tomato.

Selain itu, poket pitta tersebut boleh juga di isi dengan makanan kegemaran anda seperti rendang misalnya atau pasta, salad dan lain-lain lagi. Jika anda sudah bosan makan pitta pizza atau sandwich poket pitta, ruti tersebut boleh dijadikan sebagai garlic bread. Untuk membuat garlic bread anda hanya perlu taip resipi di google search. Mudahkan!


[Nota Kaki : Ada, tetapi tak sempat taip].


15 September 2017

ACAH-ACAH KOREA UTARA





                   Nota [1]

  • Di-ringkaskan, Korea Utara yang terletak di Asia Timur Semenanjung Korea itu terlalu memuja fahaman dan ideologi Stalin[1] lalu menjadikan  negara tersebut terasaing.  Korea Utara yang ibu negaranya adalah Pyongyang itu dikenali juga sebagai republik sosialis telah membentuk penyatuan yang terpaksa dibawah Parti Buruh dengan gagasan pemimpin terdahulu iaitu Kim II-Sug.


  • Tidak sebulu dengan Korea Selatan menyebabkan berlaku perang pada 25 June 1950. Perang hanya berhenti seketika apabila gencatan senjata pada 27 July 1953. Setelah kematian Kim Jong-il pada 19 Desember 2011, pemimpin Korea Utara telah diganti oleh Kim Jong-un iaitu anak kepada Kim Jog-il.


  • Pada pandangan Human Rights Watch dan Amnesty International, Korea Utara adalah salah satu negara yang brutal[2] telah mencatat 'hak asasi manausia terburuk'. Ini disebabkan beberapa undang-undang dan batasan yang ketat ke atas kebebasan politik, ekonomi dan sosial rakyat mereka.


  • Dahulu, penilaian badan-badan bebas itu juga melihat Korea Utara bagai dipenuhi perkampungan penjara bilamana ada antara penduduk Korea Utara yang menentang atau melangar perintah akan dipenjara. Malah kelakuan brutal itu ternyata benar bilamana pesalah  diseksa dengan kelaparan atau lain-lain kekejaman seperti perkosaan, pengguguran janin paksa dan yang terakhir barangkali pembunuhan.                          

                     Nota [2]             
  • Amerika Syarikat[AS] yang kononya pernah digelar polis dunia[3] tetapi bagaimana boleh terlepas pandang, membiarkan Korea Utara bebas membina peluru berpandu sehingga mampu mengheret dunia ke-kancah perang yang barangkali akan disebut orang sebagai 'Perang Dunia Ketiga [TWW]. Atau barangkali, Amerika Syarikat sengaja pandang sebelah mata akan aktiviti Korea Utara bagi tujuan tertentu. Apakah tujuan itu!

    Tentu kita masih ingat lagi, nasib negara Islam Iran, di mana Amerika sengaja menuduh Iran kononnya mempersiapkan senjata biologi berbahaya sedangkan Iran hanya membangunkan nuclear dibawah 'US atom for peace program'. Ketika program itu dilaksanakan, Iran telahpun menandatangani perjanjian [long-term nuclear] dengan Pakistan dan China antara tahun 1987 - 1990. 

    Meskipun tuduhan oleh 'US Intelligence Agencis' itu tidak benar, Amerika tetap menyerang Iran dengan menjadikan Iran sebuah negara 'padang jarak padang tekukur'. Malah, Saddam Hussein[4] yang waktu itu sebagai ketua nagara telah ditangkap dan akhirnya beliau dihukum bunuh atas kesalahan yang tidak dilakukan oleh beliau.


                     Nota [3]

    Hari ini, Korea Utara sudah berani mengacah-acah negara disekitar Asia Timur Laut yang meliputi negara seperti Korea Selatan, Jepun dan China. Acah-acah Korea Utara itu tentulah akan membabitkan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Russia yang dengan sedirinya akan terjebak sama ke dalam kancah peperangan dunia nanti.

    Ketegangan yang berlaku kali ini bermula dengan tindakan daripada Korea Utara yang berjaya meningkatkan keupayaan peluru berpandunya melalui dua ujian hingga membolehkan bom tersebut boleh sampai ke tanah besar Amerika. Korea Utara juga mengancam untuk menenggelamkan Jepun kerana Jepun meyokong resolusi PBB[5] dalam sekatan terbaru ekoran ujian misil keenam dan paling kuat oleh Pyongyang pada 3 September lalu.

    'Acah-Acah Korea Utara' bukan sekadar mahu berlawak tetapi Korea Utara benar-benar telah tersepit apabila sekatan demi sekatan[6] akan dikenakan terhadap Pyongyang. Untuk membuktikan Korea Utara benar-benar bersedia menerima ancaman atau serangan, telah dimaklumkan kepada masyarakat dunia bahawa hampir 3.5 juta rakyatnya menyatakan kesediaan secara sukarela untuk menyertai angkatan tentera bagi memerangi Amerika Syarikat[AS].


                     Nota [4]

    Dunia semakin tua. Malah, bolehlah dikatakan dunia yang tua ini sedang berada di penghujung usianya. Ini kerana ada manusia yang sudah bosan dengan keamanan. Bagi mereka, untuk menegakan keadilan perlu pengorbanan dan pengorbanan itu mungkin kematian. Malah, ada pemimpin yang percaya bahawa hanya perang sahaja yang boleh menghentikan perang.

    Perang perlu dicipta[7]. Kerana dengan perang boleh melemahkan ekonomi, ketenteraan dan perpaduan manusia sejagat. Carilah alasan supaya boleh menyerang. Tanpa ada peperangan bagaimana mahu menguji kehebatan senjata. Tanpa perang, tentulah pelbagai jenis senjata yang dikeluarkan oleh kilang tidak boleh dijual. Jika senjata tidak terjual, kilang mungkin di-tutup. Ramai pekerja akan diberhentikan. Lalu terjadi huru-hara, disulami dengan tunjuk perasaan dan rusuhan.

                       Nota [5]

    Ketika  datangnya zaman perang, manusia dalam kegelapan. Ketika itulah perangai manusia sama tarafnya dengan keldai. Tidak ada peperangan yang menjanjikan kekayaan melainkan si penjual senjata. Perang! Yang menang jadi abu yang kalah jadi arang. Seperti semut, matinya demi manisnya gula, burung pula matinya kerana tercekik dedak dan manusia mati kerana berebutkan kuasa serta harta. - Wallahuaklam!







                    

11 September 2017

#stopkillingrohingya



             [1] Pembuka Kata

Secara ringkas, negara Myanmar yang dahulunya dikenali sebagai Burma adalah negara yang pernah 'tutup pintu' kepada orang luar termasuk pelancung dan pengembara. Dihuni oleh pelbagai etnik kaum. Antaranya suku Rakhine, suku Kayan, orang Kokong, suku Shan, suku Karen, suku Khanu, suku Moken, suku Zomi dan etnik suku Rohingya.


Manakala Aung Sau Suu Kyi pula adalah satu nama besar di Myanmar kerana beliau pernah menerima penghargaan 'Nobel Keamanan' pada tahun 1991 atas perjungan perdamaian dalam  demokrasi dinegaranya tanpa menggunakan kekerasan dalam menentang rejem tentera.

Beliau sebelum itu adalah seorang aktivis prodemokrasi Myanmar telah ditahan, Dibebaskan secara resmi pada 13 November 2010 setelah menjadi tahanan rumah selama 15 tahun. Pada 6 April 2016, Suu Kyi yang berumur 72 tahun itu telah menjawat jawatan sebagai 'State Counsellor' yang jawatan tersebut setara jawatan Perdana Menteri.

Mengenai bangsa Rohingya pula, mojoritinya adalah beragama Islam dan sedikit sahaja yang beragama Hindu. Mereka yang berkulit hitam manis itu adalah dari keturunan Indo-Aryan, kacukan Bengal, Chittagong, Afghanistan dan Arab. Mereka  telah lama tinggal dan beranak-pinak di utara negeri Rakhine, yang terletak di barat Burma [Myanmar]. Jumlah populasi etnik Rohingya pada tahun 2016 kira-kira 1.4 juta orang.  

Menurut Amnesty Internatinol, bangsa Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusian oleh junta tentera Myanmar sejak tahun 1978, akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti ke Bangladesh. Mereka didiskriminasi hanya kerana wajah, pertuturan dan agama yang berbeza.

Dari dolu lagi, bangsa Rohingya telah menghadapi pelbagai bentuk penindasan, pemerasan, percukaian, penyitaan tanah, pengusiran paksa dan pemusnahan rumah. Malah, kebanyakan mereka dipaksa menjadi buruh dalam kerja-kerja pembinaan jalan raya dan kem-kem tentera. Akhirnya bangsa Rohingya itu dinafikan hak sebagai warganegara Myanmar.

Pada tahun 1978 juga, dianggarkan seramai 200,000 orang telah melarikan diri ke Bangladesh berikutan operasi yang digelar Naganin [Raja Naga] oleh tentera Myanmar. Kempen ketenteraan itu disasarkan terus kepada orang awam, mengakibatkan pembunuhan, rogol serta pemusnahan rumah dan masjid. Titik!
       

            [2] Imbas Kembali [2016]


Sejak tercetusnya rusuhan kaum di wilayah Arakan pada 2012, ribuan etnik Rohingya telah melarikan diri dari wilayah yang mereka duduki. Penganiyaan terancang terhadap minoriti Islam itu telah meningkat di seluruh Myanmar sejak Oktober 2016. Serangan demi serangan dilakukan oleh tentera yang  ditaja oleh kerajaan  Myanmar, bertujuan menghapuskan etnik Rohingya. Pada 13 Oktober 2016, seramai 26 orang terbunuh apabila pasukan keselamatan Myanmar melancarkan serang balas terhadap penduduk Rohingya yang didakwa menjadi dalang pembunuhan sembilan[9] anggota polis di Rakhine.

Pada 19 Oktober pula, beberapa wanita etnik Islam Rohingya disebuah kampung terpencil di barat laut negara itu mendawa dirogol dan diserang secara seksual oleh tentera Myanmar yang menyerbu kediaman mereka. Tentera Myanmar juga mengusir kira-kira 2,000 penduduk dari kampung mereka di Maungdaw pada 23 Oktober 2016. Etnik Rohingya itu terpaksa berkumpul di sawah padi tanpa sebarang pelindungan selama dua malam berturut-turut.

Peralihan dari rejim tentera kepada demokrasi yang diperjuangankan oleh Suu Kyi itu telah membenarkan kekejaman  kepada monoriti Islam dimana seramai lapan[8] orang terbunuh dalam pertempuran antara tentera Myanmar dengan etnik Rohingya yang kononnya disyaki sebagai militan di utara Rakhine yang berlaku pada 12 November 2016.

Malah imej satelit yang disiarkan oleh Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia, Human Rights Watch [HRW] menunjukkan lebih 400 bangunan dibakar di tiga perkampungan Rohingya yang menjadi lokasi pertempuran dengan tentera Myanmar. Rakaman satelit pada 10 November itu menunjukan api dan sisa kebakaran yang kebanyakan dilakukan secara sengaja.

Pada 14 November 2016, 22 individu didakwa sebagai penyerang bersenjatakan parang dibunuh berhampiran Kampung Dar Gyi Zar selepas mereka dikatakan menyerang pasukan tentera. Begitu juga seterusnya, operasi penghapusan etnik terus dilancarkan bilamana tentera mengempur beberapa buah kampung di utara Maungdaw pada pukul 6.30 pagi. Mereka dipaksa keluar dan rumah-rumah mereka ditembak dengan meriam. Sebanyak 700 buah rumah di Kampung Dar Gyi Zar musnah sepenuhnya.


              [3] Penaja Keganasan


Badan bebas, Burma Human Rights Network mendakwa pembersihan etnik itu di sokong oleh kerajaan Myanmar dan kumpulan pelampau ultra-nasinonalis. Dari sumber lain yang boleh dipercayai, mereka mendapat dana secara langsung melalui pakatan pemerintah terdahulu dibawah bekas Presiden, Thein Sein dan partinya USDP. Sebahagian dana datang dari kumpulan yang menjadi kroni kepada pihak atasan junta termasuk Buddha, Hindu dan Cina di Myanmar.

Kumpulan serta individu yang berpengaruh di seluruh Myanmar telah terlibat secara langsung membiayai pelampau seperti yang pernah mereka lakukan terhadap etnik Khmer dibawah Khmer Rouge dahulu. Tidak mustahil juga ada penglibatan komuniti Yahudi yang tinggal di Myanmar turut menyemarakan Islamophobia selepas kejadian 11 September dan krisis di Asia Barat.

             
              [4] Skrip Kehidupan


Skrip kehidupan etnik Rohingya yang berlaku di Myanmar adalah plot yang berulang iaitu mereka di usir dari rumah, suami di tangkap, ibu kehilangan anak, remaja perempuan di rogol, rumah dibakar dan mereka terpaksa melarikan diri menempuh hutan tebal, sungai, bukit bukau bersama orang tua yang uzur serta anak-anak yang masih kecil.

Cerita sedih itu terus berlaku. Mereka terpaksa berjalan kaki selama 15 hari sehingga ke sempadan antara Myanmar-Bangladesh. Untuk sampai ke kem Kutupalong yang terletak di Coxs Bazar, Bangladesh itu, mereka harus meyeberangi Sungai Naf utuk melepasi sempadan dan ada anak-anak kecil yang maut kerana kelemasan.

               
                [5] Tentera Arsa


Cubaan penghapusan etik Rohingya itu telah melahirkan sebuah pasukan tentera yang dikenali sebagai Tentera Keselamatan Arakan Rohingya [Arsa]. Kerajaan Myanmar dibawah Pusat Counter Terrorism, mendakwa bahawa tentera Arsa itu adalah  kumpulan pengganas yang berpengkalan di Pakistan dan Timur Tengah.

Kumpulan Arsa yang diketuai oleh Ata Ullah, warga Rohingya dilahirkan di Pakistan dan dibersarkan di Arab Saudi itu telah muncul dalam beberapa video yang disiarkan di Internet, menyeru warga Rohingya bangun untuk berjihad di Arakan. Pastinya kemunculan Arsa sejak enam bulan lalu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pemimpin pro-demokrasi, Aung San Suu Kyi.
- Wallahuaklam! 



          [6] Majlis Keselamatan [PBB]


Negara-negara yang terjebak dalam kebanjiran pelarian etnik Rohingya membuat rayuan supaya pemimpin dan juga aktivis hak asasi manusia, Aung San Suu Kyi bersuara dalam isu kekejaman tentera Myanmar terhadap  moniriti Islam Rohingya. Begitu juga dengan gesaan setiausha PBB, Antonio Guterrs yang mahukan Myanmar mengambil 'langkah segera' menghentikan kempen ketenteraan bagi menamatkan keganasan.

Baik Suu Kyi atau Antonio Guterrs yang mewakili PBB hanya mampu bersuara dan tidak lebih dari itu. Masing-masing mahu menjaga 'periuk nasi' mereka tanpa usaha bersunguh-sunguh untuk menghentikan pembunuhan etnik Rohingya. Bak kata pepatah 'Cakap Tidak Serupa Bikin'. Walaupun PBB ada kuasa untuk membuat satu resolusi bagi menghantar tentera pengaman PBB ke negeri Rakhine bagi tujuan melindungi keselamatan etnik Rohingya atau boleh juga mengenakan sekatan ekonomi tetapi itu hanyalah angan-angan Mat Jenin.

                  [7] Penutup


Dunia mungkin terlalu mengharap kepada bantuan PBB bagi menghentikan pembersihan monoriti Islam Rohingya. Sayangnya PBB bukanlah apa yang kita bayangkan. Seperti yang pernah aku story pada entri 'Ciptalah Perang' bertarikh 26 April 2016 dan 'Khianat, Pakatan & Dunia Arab' pada 24 June 2015, PBB itu hanyalah rubber stamp bagi mengkaburi masyarakat dunia.

Jika ada resolusi dari PBB sekalipun, untuk menghalang aktiviti kekejaman tentera Myanmar, ia hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga. Ini kerana ketua dalam PBB mempunyai kuasa veto yang boleh membatalkan sebarang ketetapan yang dipersetujui dalam sesuatu sidang atau difikirkan perlu.

Bolehlah dianggap bahawa tentera Buddha-Myanmar itu sama kelakuannya seperti tentera rejim Zionis-Yahudi yang  merampas sedikit demi sedikit tanah-tanah di bumi Plastine. Perbezaannya, Buddha-Myanmar terlalu benci dengan etnik Islam Rohingya yang mereka anggap sebagai orang pendatang manakala Zionis Yahudi pula mahu menguasi keseluruhan bumi Palestine.  Baik Zionis-Yahudi atau Buddha-Myanmar, mereka sudah mengetahui lebih awal lagi bahawa  PBB tidak mampu berbuat apa-apa. - Noktah!


 





07 September 2017

IBU TIDAK REDHA

                   Mukadimah!

Hari Jumaat adalah hari yang paling utama daripada dua hari raya, sebabnya pada hari Jumaat diciptakanNya Nabi Adam dan hari tersebut juga Nabi Adam dikeluarkan dari syurga menuju bumi. Hari Jummat yang mulia itu juga adalah hari doa yang mustajab dan  berlangsungnya hari kiamat.


Oleh kerana itu, setiap orang Islam yang memenuhi syarat adalah wajib solat Jumaat. Malah jika meninggalkan tiga kali solat Jumaat tanpa uzur [alasan], maka Allah akan mengunci [tidak menyanyanginya] orang-orang yang tidak bersolat Jumaat itu. - Hadis

                

Jumaat 17 Zulhijjah
Pagi Jumaat. Usai memberi makan 16 ekor kucing, aku mencapai buku 'Kisah-Kisah Benar [3]' yang di terbitkan oleh Jasmin Enterprise. Aku membaca secara speed reading dan aku tertarik dengan kisah seorang alim yang mahu menunaikan ibadah haji tetapi tidak mendapat restu dari ibu beliau. Apakah agaknya yang akan terjadi kepada orang alim tersebut. Ikuti kisah selanjutnya!



              *IBU TIDAK REDHA*

1- Pada suatu hari seorang alim yang sangat takwa kepada Tuhan berhasrat mahu pergi ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji. Sewaktu dia minta izin kepada ibunya, teryata perempuan tua itu sangat keberatan melepaskannya kerana merasa khuatir terhadap keselamatan anaknya. Lagipun orang alim itu sahaja satu-satunya anak yang hidup hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya.  Ibunya meminta hasrat tersebut di tunda ke tahun hadapan.


Orang alim itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikanrukun Islam yang kelima. Meskipun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas lalu berabgkat menuju Tahah Haram. Jelas, keputusannya itu bertentangan dengan ajaran Nabi SAW iaitu 'Redha Allah bergantung kepada redha orang tua, begitu juga murka Allah terletak dalam murka orang tua'.

Dari jauh ibunya yang sudah tua itu tergopoh-gapah menyusul tetapi anaknya sudah terlalu jauh. Orang alim itu pula tidak mendengar suara ibunya dalam berlari itu memanggil-manggil namanya. Ibu yang sangat cinta kepada anaknya itu dengan perasaan marah menadahkan kedua tangannya dan berdoa:

"Wahai Tuhan, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan perasaan api perpisahan. Ku minta, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku sakit hati Ya Allah."

Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini. Namun orang alim itu terus juga berjalan. Orang alim itu berhenti pada sebuah kota kecil   bagi tujuan melepaskan penat lelah. Menjelang Magrib, dia berangakat ke masjid dan sembahyang disitu sehingga waktu Isyak. Sesudah itu orang alim itu terus mengerjakan solat-solat sunnah dan wirid hingga jauh malam.


Pada masa yang sama, disatu sudut kota itu berlaku kegemparan dimana seorang pencuri telah memasuki rumah penduduk. Tuan rumah itu terjaga dan menjerit kepada pencuri itu. "Pencuri! Pencuri!" Dalam keadaan kelam-kabut itu  kaki tuan rumah tersandung lalu jatuh dan pencuri itu sudah lari.

Seisi kampung, semuanya terbangun. Ketuk-ketuk dipukul bertalu-talu. Pencuri itu pula terus lari dengan sekuat tenaga kearah masjid lalu menyelinap ke-halaman masjid. Orang kampung terus mengejar kearah itu. Tetapi pencuri itu tidak ditemukan dihalaman, ditepi dan belakang rumah Tuhan tersebut.


"Kita sudah mencari disekeliling masjid, namun tidak ada kesan-kesannya sama sekali." Lapor salah seorang diantara mereka.

"Ah! Mana mugkin dia ditelan bumi. Aku yakin dia belum lepas dari sini. Jika diluar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Barangkali dia bersembunyi disitu" ujar ketuanya.

Maka orang-orang pun berduyun-duyun memasuki ruang masjid. Betul! Kelihatan dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang ramai mengheret keluar lelaki itu. Sebaik tiba dihalaman, lelaki alim itu dipukul sehingga terkulai dan pengsan.

Pengusaha hukum di kota malam itu memutuskan satu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang sedang marah. Hukumannya ialah diikat pada tiang dan badannya dicambuk [dipukul]. Orang alim itu dituduh menodai masjid kerana bersembunyi didalamnya. Malah berpura-pura bersembahyang dan berwirid. Jelas, hukuman itu menyalahi ajaran Nabi SAW iaitu 'Bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki [siasat] sesuatu perkara dan tidak boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan hawa nafsu".


2-
Seawal pagi, penduduk kota itu sudah berkumpul dipasar, menyaksikan hukuman kisas dijalankan. Orang-orang pun bersorak apabila melihat si alim dipukul dengan teruk. Darah memercik keluar. Orang alim itu pengsan dan orang ramai pula terus bersorak dalam keadaan puas nampaknya. 

Matahari sudah segalah. Orang bertambah ramai berkumpul, menonton sambil meludahi pencuri yang terkutuk itu. Orang alim itu mulai sedar dari pengsan. Dalam menanggung kesakitan yang amat sangat, orang alim itu mendengar salah seorang penduduk berteriak:

"Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!" sambil diludahinya muka orang alim itu.

"Tolong, jangan katakan demikaian. Lebih baik umumkanlah bahawa saya ini adalah hamba Allah yang mahu beribadah haji tetapi tidak mendapat restu dari orang tua." Jawab si alim dengan suara yang tersekat-sekat lantaran menahan kesakitan yang amat sangat.

Mendengar suara yang keluar dari bibir si alim, orang ramai jadi terkejut. Mereka terpinga-pinga dan menayakan siapakah dia yang sebenarnya. Orang alim itu membuka rahsianya dan masyarakat menjadi gempar lalu melaporkan hal tersebut kepada penguasa hukum.

Pengusaha hukum datang ke-pasar dimana orang alim itu sedang diikat pada sebuah tiang lalu memberitahu kepada orang ramai perkara yang sebenar. Orang ramai sangat menyesal. Ada diantara mereka memang kenal nama orang alim yang soleh itu kerana kuat beribadah tetapi tidak pernah mengetahui akan wajah beliau. Ibu-ibu dan orang-orang tua bila mendengar perihal orang alim itu, ada yang tidak dapat menahan diri kesedihan. Sudah terlambat. Seperti bak pepatah 'Bubur sudah menjadi kerah, nak buat apa lagi!'.


3-
Malamnya, atas permintaan orang alim itu, beliau dibebaskan dan dihantar ke rumah ibunya. Kebetulan, si ibu yang ketika itu berada di rumah sedang berdoa:

"Ya Allah, andaikata anakku sudah mendapat balasannya, kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya."

Sebaik selesai doa si ibu, beberapa orang yang membawa si alim itu pun sampai dan orang alim itu minta didudukkan didepan pintu rumah ibunya dan meminta para penghantarnya pergi. Sesedah mereka pergi, orang alim itu pun berseru dengan suara yang parau:

"Asalamualaikum"

Salam dijawab dari dalam rumah. Bergetar hati orang alim itu bila mendengar suara ibunya.

"Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya ruti dan air dingin." ujar orang alim itu dalam samarannya.

"Dekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tangan mu melalui celah pintu"

"Maaf Ibu, saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya amat kaku. Juga saya tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu kerana tangan saya sedang sakit."

"Habis bagaimana? Antara kita ada pemisah yang tidak boleh kita langgar. Engaku lelaki yang tidak saya kenal dan saya, meskipun sudah tua, saya adalah seorang perempuan." keluh si ibu.

Jangan khuatir Ibu, Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih. Jadi saya tidak akan memandang ibu."

Mendengar jawapan itu, si ibu pun keluar membawa sepotong ruti dan segelas air dingin. Sebaik merasakan akan kehadiran ibunya, orang alim itu tidak mampu lagi menahan diri. Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambi menangis.

"Ibu, saya adalah anak ibu yang durhaka."

Ibunya memandang orang cacat di depannya itu dengan terkesima lalu ibunya menjerit. Dipeluk ananknya. Mereka bertangis-tangisan. Ibu itu segera menadah tangan dan berdoa:

"Ya Allah, kerana keadaan telah menjadi begini, saya sungguh menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri. Ampunilah dosanya, ampunilah dosa-dosa orang yang menyiksanya dan ampunilah juga dosa saya, kerana kami semua telah disesatkan oleh godaan iblis bersama nafsu amarah." - Sekian!

03 September 2017

HUJAN di LUAR MUSIM


Tik Tok! Tik Tok! Tik Tok!
Bunyi jam berwarna putih yang tergantung di dinding, setia mengetuk tabir malam. Malam pun segera menidurkan sebahagian unggas dan binatang tetapi tidak kepada anjing, babi hutan, katak dan cengkerik. Malam yang dingin itu cepat benar mendewasakan aku. Dari alam remaja yang terpaksa, berpindah ke-alam dewasa dan mengharungi sisa kehidupan sambil mengutip sedikit rezeki dari persisiran tanah kebun. - [Mj] 3 Sept. 2017 Tanah Kebun.




1- Tuhan Maha Berkuasa. Matahari yang keluar di waktu pagi itu tugasnya mahu memanaskan bumi. Jika cuaca terlalu panas  seperti tahun-tahun sebelumnya, kebanyakan dari mereka mengeluh. Ini kerana cuaca yang digelar fenomena 'El Nino' itu akan mengeringkan sungai, tasek, ladang-ladang dan kebun-kebun lalu menimbulkan perasaan gelisah, kalau-kalau mereka  tidak dapat memperolehi hasil dari ladang dan kebun seperti biasa.


Mereka berdoa meminta hujan. Tuhan menurunkan hujan membasahi ladang-ladang dan menyiram kebun-kebun. Tetapi kali ini hujan  turun di luar musim tidak seperti tahun-tahun lalu. Ada kalanya hujan turun diwaktu malam dan berhenti menjelang pagi. Ada juga hujan yang mencurah-curah diwaktu petang hingga membawa ke tengah malam. Tidak seorang dari mereka itu mampu membaca isyarat dari Tuhan.


2-
Menghampiri waktu tengahari, aku menerima panggilan dari Rodi Pilus yang katanya beliau ontheway dari Kuala Trengganu ke Kolumpo. Ujar Rodi, beliau bersama isteri akan singgah dan berehat sekejap di Mempateh. Aku segera mengajak adek Ali ke kebun untuk memetik sebiji-dua buah nangka untuk diberikan kepada Rodi sebagai ole-ole dari tanah kebun gitu.

Di Mempateh kami bertemu. Berbual sebentar dihadapan enam buah pintu kedai yang kebanyakan pintunya masih tertutup rapat kerana sambutan Aidil Adha. Sebelum Rodi dan isterinya beredar, aku menyerahkan buah nangka, manakala isterinya memberi aku ole-ole dari Kuala Trengganu iaitu ketupat palas dan 'Kepok Ganu'.  

Rodi Pilus menunggang motosikal, manakala isterinya memandu kereta. Mereka berdua gerak ke arah tol Lancang. Aku dan adek Ali pula gerak ke pekan Lancang. Tujuan ke pekan Lancang ialah untuk membeli makanan kucing dan jika ada gerai atau kedai kopi yang sudah beroperasi bolehlah kami singgah menikmati teh tarik.

Banyak-banyak gerai dan kedai hanya sebuah sahaja kedai kopi yang beroperasi. Kedai tersebut terletak berhampiran pasar raya Mempaga dan mengadap jalan yang dihadapannya kawasan perumahan dan deretan rumah kedai. Kedai itu orang Lancang panggil restoran Mamak sebab tauke restoran tersebut mengantung ayat-ayat al-Quran di belakang kaunter juru wang. Aku pula ada sedikit keliru kerana wajah-wajah mereka terutama juru wang dan penebar ruti canai itu tidak menunjukkan mereka itu keturunan mamak atau India Muslim.

Aku dan adek Ali tidak ada pilihan. Ketika memasukki ruang restoran, aku lihat ramai pelanggan terutama orang Melayu sedang layan teh tarik dan ruti canai. Kami mengambil tempat dibelakang sekali dan memesan dua cawan teh tarik. Tidak lama kemudian seorang lelaki Melayu separuh umur, memakai kemeja-T putih, senyum dan duduk berhampiran kami kerana semua meja sudah dipenuhi pelanggan.

Lelaki itu juga hanya memesan teh tarik kerana ruti canai sudah habis. Kami menghirup teh tarik sedikit-sedikit supaya kami dapat duduk lama dalam restoran. Kami berbual tentang hujan di luar musim. Jika sekadar hujan tidak mengapa tetapi biasanya setiap kali hujan di luar musim membawa sekali lumpur dan setiap kali juga mereka mengeluh.


3-
Sesungguhnya seluruh alam ini milik Tuhan. Baik dilangit mahupun di planet bumi. Tuhan sahaja yang mengetahui tentang hujan yang di turunkan. Ada negara dalam planet bumi ini, Tuhan turunkan air hujan yang banyak dan ada negara yang hujannya hanya sedikit.

Lihatlah hujan yang Tuhan turukan di rantau Asia Selatan. Melepasi angka seribu jiwa yang terkorban akibat banjir di India, Nepal dan Bangladesh. Manakala hujan lebat bersama kilat dan petir yang digelar 'Taufan Hato' telah meragut 16 nyawa di Macau dan  China. Malah taufan yang membawa sekali angin kecang dan ombak besar dengan kelajuan 155 kilometer sejam itu juga telah melanda Hong Kong.

Begitu juga di Texas  dimana 'Taufan Harvey' yang anginnya berkelajuan sehingga 215 kilometer sejam membadai pantai. Presiden AS, Donald Trump membenarkan Gabenor Texas, Greg Abbott untuk mengisytiharkan Texas sebagai zon bencana besar. Ratusan ribu penduduk telah meninggalkan rumah mereka selepas Pusat Taufan Nasional AS mengeluarkan amaran tentang ancaman taufan tersebut.

4-  Tuhan Maha Adil. Ada  kawasan di dunia ini mendapat taburan hujan yang sedikit. Ada pula negara yang terpaksa menghadapi kemarau sepanjang tahun. Begitu juga di Malaysia, pernah dilanda fenomena El Nino pada tahun 2016 sehingga mengakibatkan paras air dibeberapa buah empangan susut ekoran kekurangan taburan hujan.

Hujan di luar musim yang membawa sekali ribut ini juga pernah melanda dibeberapa daerah dan negeri di Malaysia. Kesan daripada ribut itu telah menyebabkan banyak pokok tumbang, tanah runtuh, jalan raya ditakungi air, bekelan eletrik terputus dan paling memilukan ialah hujan itu membawa sekali air yang berlumpur yang warnanya tak ubah seperti teh tarik yang kami sedang minum. Noktah!


"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami, jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, jangnalah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak snggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunlah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Nota Kaki: Doa ini ialah doa untuk kita terpelihara daripada segala bencana. Dari surah Al-Baqarah: 286.


01 September 2017

LANGIT PAGI SEPTEMBER



Tanah Kebun 
[10 Zulhijjah 1438H]


Di dapur, isteri aku baru sahaja selesai menyediakan juadah raya. Satu periuk lontong[1].  Warna kuah lodehnya kekuningan, lemak dan sedikit pekat. Lontong itu di masak bersama sayur-sayuran[2] seperti kacang panjang, karrot, terung panjang, tempe, fucuk, soo hoon dan cili merah.   Juga terhidang diatas meja enam biji telur rebus, semangkuk kecil kuah kacang, sambal tumis dan nasi impit.

Sebaik adek Ali masuk ke ruang dapur, aku mencedok lontong dan memasukkan ke-dalam dua buah mangkok. Kami bersarapan dahulu sebelum pergi menunaikan solat hari raya. Malam tadi ada anak buah aku si Ammar yang belajar di pondok mengajak aku solat di Madrasah Paya Siput[3] tetapi aku hanya mahu solat di Masjid Kampung Teris sahaja.

Ketika aku keluar dari pondok di tanah kebun, aku sempat mendongak ke langit. Warna langit September tidak biru seperti pagi semalam. Kabus kelihatan mengepung puncak-puncak bukit. Burung-burung berterbangan meriuhkan pagi di Idul Adha. Dalam perjalanan menuju masjid yang jaraknya lima kilometer dari tanah kebun, aku teringat sebuah buku[4] yang aku pernah baca mengenai solat sunat hari raya.

Dalam buku itu ada memberitahu bahawa solat sunat hari raya adalah sunat[muakkad] yang dituntut secara berjemaah dan pula ia lebih utama daripada solat sunat muakkad bersendirian. Ai'id [boleh dieja Eid] pula ertinya hari gumbira yang berulang setiap tahun. Ada dua hari raya yang disyariatkan dalam Islam iaitu Idul Fitri pada pagi satu Syaawal bagi membersihkan diri dari dosa dan Idul Adha pada pagi 10 Zulhijjah, selepas wukuf di padang Arafah yang juga melebur dosa manusia.

Sebelum ke masjid umat Islam disaran mandi pagi, memakai pakaian yang indah lagi baru, memakai perhiasan dan wangi-wangian. Kanak-kanak juga digalakkan supaya dipakaikan perhiasan dengan sebaik-baiknya kerana merekalah yang sebenarnya bergumbira.

Kemuncak kepada hari raya ialah mendirikan solat hari raya yang istimewa, iaitu dimulakan dengan tujuh takbir pada rakaat pertama  dan lima takbir pada rakaat kedua. Usai solat, mendengar pula khutbah hari raya. Dalam khutbah itu ada sembilan lafaz takbir dalam khutbah pertama dan tujuh takbir dalam khutbah kedua. Selesai khutbah aku bersalaman, bertegur sapa lepas itu barulah boleh gerak balik ke tanah kebun.


2- Di pondok, aku bersama isteri menikmati semangkuk lagi lontong bersama segelas air oren. Kemudian aku ke bilik sebelah mahu membaca risalah lama[5] mengenai maksiat dan dosa siri syarahan oleh Dato' Ustaz Yazid Jaafar yang dicetak sekitar tahun 80-an.
             
                 Maksiat | Dosa

"Kita selaku manusia biasa sama ada sedar atau tidak sentiasa melakukan dosa. Tegasnya, tidak ada seorang manusia pun yang hidup di muka bumi ini yang bersih dirinya dari maksiat dan dosa walaupun seorang ahli ibadah. Janganlah sekali-kali kita anggap diri kita ini orang yang sangat bersih. Apatah lagi kiranya kita terasa apabila mati kelak akan masuk syurga.

Jangan sekali-kali terasa begitu kerana selangkah sahaja kita melangkah, sudah kita melakukan dosa. Malah menuju tempat ibadah sekalipun kekadang bukan dapat pahala, kerana kita melihat yang haram, orang laki-laki melihat perempuan  dan orang perempuan pula melihat laki-laki.

Ohhh! Kalau begitu jauhilah daripada memandang, pejam, tunduk berjalan, nanti berlaga pula dengan steam roll, bengkak dahi kita kerana perempuan itu banyak, bersepah-sepah kata orang Perak. Macam barang lelong, jual murah selonggok sekupang, maka terpaksalah juga kita melihatnya, maka berdosalah kita. - Ujar Ustaz Yazid Jaafar
[6].

Sama sekali kita tidak dapat mengelak kerana kita terpaksa keluar rumah untuk mencari rezeki. Dalam hal ini, bukan laki-laki sahaja yang haram melihat perempuan tetapi perempuan juga adalah haram melihat laki-laki, tetapi setengah perempuan menganggap tidak haram melihat laki-laki. Sebab itulah dolu ada diantara anak-anak  gadis lari naik rumah apabila melihat laki-laki tetapi setelah itu diintainya pula laki-laki tersebut melalui celah-celah dinding rumahnya.

Maknanya kita ini banyaklah dosa. Sekiranya saya [Ustaz Yazid Jaafar] ditanya pendapat  tentang menaiki bas, jawapan saya adalah haram. Ini hanya pendapat bukan fatwa. Jika ingin tahu pasal fatwa, tanyalah pejabat Agama. Ohhh! Kalau begitu jangan naik bas. Bila pula kita nak sampai tempat yang dituju jika tidak naik bas.

Maka terpaksalah juga kita menaikinya. Eh! Bukan kah naik bas [zaman bas mini]
[7] itu haram. Siapa pula yang berani mengatakan bahawa duduk dalam bas itu tidak haram. Kita duduk bertindih-tindih, berempuh riuh, hangat pijau, shout karan, duduk sebangku. Bas sengit ke kanan kita banyak ke kanan. Bas sengit ke kiri kita banyak juga ke kanan. Terperoyok hamba Allahtu ke tepi.

Kadang-kadang ada juga laki-laki yang hatinya baik. Tempat duduknya diberikan kepada perempuan, dia pula terpaksa berdiri disebelah perempuan itu, bergayut macam kelawar. Sayangnya, mata laki-laki itu meleret ke bawah, mengintai celah-celah baju, saluran dada perempuan tersebut.

Sambung Ustaz Yazid Jaafar lagi. Ada ungkapan atau kata-kata dari seorang pemimpin Ikhwan Muslimin iaitu Al Syahid Hassan Al Banna berkata:

"Daripada kamu berjalan di belakang seorang perempuan, lebih baik kamu berjalan di hadapan seekor singa".

Pendapat saya pula, perempuan itu adalah lebih bahaya daripada letrik. Sebab letrik, bila kita menghampiri kita akan diberi ingat dengan perkataan 'Dont Touch' - merbahaya gitu. Tetapi berbeza dengan perempuan. Setengah batu jaraknya sekali pun, kalau kita lihat sudah shock karannya. Sebab itu sekali lagi saya katakan, iaitu selagi kita ini manusia biasa, selagi itulah kita sentiasa melakukan maksiat dan dosa". - Begitulah sedikit kisah dari Ustaz Yazid Jaafar.



3-
Aku menjeling jam digitl disudut kanan screen komputer. Jam digital itu menunjukkan pukul tiga petang. Aku bangun menuju ruang dapur. Membancuh secawan kopi mahkota dewa. Ketika aku mahu masuk semula ke bilik sebelah, aku lihat langit muram dan kelabu. Menjelang pukul tiga setengah, langit September berduka lalu hujan merembes membasahkan tanah, rumput dan pohon-pohon.

Hujan petang itu berhenti ketika jarum jam melangkah ke angka lima. Sedang aku asyik mengetuk abjad di papan kekunci, kedengaran diluar ada orang memberi salam. Ohhh! Si Ammar rupanya. Salam disambut lalu si Ammar menghulurkan dua bungkus daging korban[8] yang dibawanya dari Madrasah tempat Ammar belajar. Aku mempelawa Ammar makan lontong tetapi Ammar menolak dengan baik kerana mahu segera mengutip beberapa biji buah nangka untuk dibawa balik ke Kolumpo petang nanti, ujar si Ammar.

Trak pick-up yang dipandu Ammar terus sahaja berjalan keluar melintasi kabin dan menyusuri jalan tanah merah yang bercampur batu kerikil itu. Aku masuk semula ke bilik, menyambung hobi aku, mengetuk abdjat di papan kekunci. Menaip sebaris perkataan, kemudian menjadi satu perenggan. Bermula dengan satu perenggan itulah ada cerita pendek, ada  rencana dan yang terbaru dalam tulisan, aku selitkan unsur-unsur puisi gitu.

Jika di selak semula entri yang aku post dalam blog ketika mula-mula bertaktih pada tahun 2009 memang kelakar. Masatu ayat tunggang langang. Tujuan asal aku menaip di blog ialah aku hendak bercerita tentang lukisan dan masakan konon. Dengan berkongsi cerita di blog buat otak aku bekerja. Malah, aku juga boleh belajar istilah lama dan baru. 

Lama kelamaan entri yang aku post hilang arah. Ini kerana untuk bercerita tentang lukisan, aku kena banyak ilmu dan kena sentiasa melukis. Jika hendak bercerita tentang masakan pula kena banyak modal. Bukan sekadar cilok recepi dan ambil gambar dari buku masakan kemudian post. Itu namanya blog photocopy!

Sudahnya untuk meneruskan aktiviti otak, aku post macam-macam cerita, kira macam aku minum ABC gitu. Ada kacang merah, jagung manis, kacang, cendol, susu cair, gula sirap dan ais. Abdjat ABC itu tentulah bermaksud 'Air Batu Campur' tetapi ABC juga mengambarkan betapa eratnya perpaduan gabungan bentuk, warna dan rasa dalam se-mangkok ABC.

Semangkok ABC itu juga barangkali adalah gambaran sebuah negara iaitu #NegaraKu! Negara kita yang baru semalam menyambut ulang tahun kemerdekaan dengan tema 'Sehati Sejiwa' itu seperti gabungan masyarakat pelbagai bangsa, warna kulit, tutur kata serta kepercayaan yang berbeza. Walaupun berbeza, masih ada nilai-nilai murni di kalangan masyarakat di-negaraku Malaysia.


4-
Hujan petang itu telah lama berhenti. Di tanah kebun air bertakung di lopak dan paya, sejuk dan mendamaikan. Katak-katak mula berendang, berzikir, barangkali madah terima kasih kepada hujan yang di turunkan oleh Tuhan. Dalam keriuhan katak, burung-burung pulang ke-sarang, angin semilir berpuput bagai tidak tidak terasa, aku cuba mencari apa yang tiada di sini.

Angin yang berpuput perlahan itu membawa waktu ke senja. Senja yang setia itu datang setiap hari, menolak siang lalu malam bertandang. Aku menutup laptop. Mandi dan solat. Malam pun semakin dinihari. Aku cuba melelapkan mata. Mata aku masih cengkang. Terbanyang-bayang insiden di Palestin yang sering kali berulang. Malah konflik yang berlaku di Selatan Thailand, Myanmar Barat serta Selatan Filipina telah menjadi 'blackzone' yang kawasannya tidak selamat kerana sering berlaku ketegangan.

Jam dinding berwarna putih mengetuk takbir malam. Malam itu segera menidurkan sebahagian binatang seperti burung-burung tetapi tidak kepada anjing, babi hutan, katak dan cengkerik. Malam itu semut hitam dan kelakatu keluar mencari cahaya. Malam yang dingin itu cepat mendewasakan aku, dari remaja ke alam dewasa mengharung sisa hidup sambil mengutip sedikit rezeki dari persisiran tanah kebun.  - Titik!


[Nota: Salam merdeka, salam sayang dari Mj Kakiconteng. Jika kita panjang umur, masih sihat dan mahu terus melakukan aktiviti otak dengan menulis dan membaca, jangan jemu untuk menyelak entri-entri lama tentang cerita pendek dan puisi yang aku post sebelum ini. Jumpa lagi. Wallahuaklam!]