Tik Tok! Tik Tok! Tik Tok!
Bunyi jam berwarna putih yang tergantung di dinding, setia mengetuk tabir malam. Malam pun segera menidurkan sebahagian unggas dan binatang tetapi tidak kepada anjing, babi hutan, katak dan cengkerik. Malam yang dingin itu cepat benar mendewasakan aku. Dari alam remaja yang terpaksa, berpindah ke-alam dewasa dan mengharungi sisa kehidupan sambil mengutip sedikit rezeki dari persisiran tanah kebun. - [Mj] 3 Sept. 2017 Tanah Kebun.
1- Tuhan Maha Berkuasa. Matahari yang keluar di waktu pagi itu tugasnya mahu memanaskan bumi. Jika cuaca terlalu panas seperti tahun-tahun sebelumnya, kebanyakan dari mereka mengeluh. Ini kerana cuaca yang digelar fenomena 'El Nino' itu akan mengeringkan sungai, tasek, ladang-ladang dan kebun-kebun lalu menimbulkan perasaan gelisah, kalau-kalau mereka tidak dapat memperolehi hasil dari ladang dan kebun seperti biasa.
|
Mereka berdoa meminta hujan. Tuhan menurunkan hujan membasahi ladang-ladang dan menyiram kebun-kebun. Tetapi kali ini hujan turun di luar musim tidak seperti tahun-tahun lalu. Ada kalanya hujan turun diwaktu malam dan berhenti menjelang pagi. Ada juga hujan yang mencurah-curah diwaktu petang hingga membawa ke tengah malam. Tidak seorang dari mereka itu mampu membaca isyarat dari Tuhan.
|
|
2- Menghampiri waktu tengahari, aku menerima panggilan dari Rodi Pilus yang katanya beliau ontheway dari Kuala Trengganu ke Kolumpo. Ujar Rodi, beliau bersama isteri akan singgah dan berehat sekejap di Mempateh. Aku segera mengajak adek Ali ke kebun untuk memetik sebiji-dua buah nangka untuk diberikan kepada Rodi sebagai ole-ole dari tanah kebun gitu.
Di Mempateh kami bertemu. Berbual sebentar dihadapan enam buah pintu kedai yang kebanyakan pintunya masih tertutup rapat kerana sambutan Aidil Adha. Sebelum Rodi dan isterinya beredar, aku menyerahkan buah nangka, manakala isterinya memberi aku ole-ole dari Kuala Trengganu iaitu ketupat palas dan 'Kepok Ganu'. |
|
Rodi Pilus menunggang motosikal, manakala isterinya memandu kereta. Mereka berdua gerak ke arah tol Lancang. Aku dan adek Ali pula gerak ke pekan Lancang. Tujuan ke pekan Lancang ialah untuk membeli makanan kucing dan jika ada gerai atau kedai kopi yang sudah beroperasi bolehlah kami singgah menikmati teh tarik.
Banyak-banyak gerai dan kedai hanya sebuah sahaja kedai kopi yang beroperasi. Kedai tersebut terletak berhampiran pasar raya Mempaga dan mengadap jalan yang dihadapannya kawasan perumahan dan deretan rumah kedai. Kedai itu orang Lancang panggil restoran Mamak sebab tauke restoran tersebut mengantung ayat-ayat al-Quran di belakang kaunter juru wang. Aku pula ada sedikit keliru kerana wajah-wajah mereka terutama juru wang dan penebar ruti canai itu tidak menunjukkan mereka itu keturunan mamak atau India Muslim.
Aku dan adek Ali tidak ada pilihan. Ketika memasukki ruang restoran, aku lihat ramai pelanggan terutama orang Melayu sedang layan teh tarik dan ruti canai. Kami mengambil tempat dibelakang sekali dan memesan dua cawan teh tarik. Tidak lama kemudian seorang lelaki Melayu separuh umur, memakai kemeja-T putih, senyum dan duduk berhampiran kami kerana semua meja sudah dipenuhi pelanggan.
Lelaki itu juga hanya memesan teh tarik kerana ruti canai sudah habis. Kami menghirup teh tarik sedikit-sedikit supaya kami dapat duduk lama dalam restoran. Kami berbual tentang hujan di luar musim. Jika sekadar hujan tidak mengapa tetapi biasanya setiap kali hujan di luar musim membawa sekali lumpur dan setiap kali juga mereka mengeluh.
3- Sesungguhnya seluruh alam ini milik Tuhan. Baik dilangit mahupun di planet bumi. Tuhan sahaja yang mengetahui tentang hujan yang di turunkan. Ada negara dalam planet bumi ini, Tuhan turunkan air hujan yang banyak dan ada negara yang hujannya hanya sedikit.
Lihatlah hujan yang Tuhan turukan di rantau Asia Selatan. Melepasi angka seribu jiwa yang terkorban akibat banjir di India, Nepal dan Bangladesh. Manakala hujan lebat bersama kilat dan petir yang digelar 'Taufan Hato' telah meragut 16 nyawa di Macau dan China. Malah taufan yang membawa sekali angin kecang dan ombak besar dengan kelajuan 155 kilometer sejam itu juga telah melanda Hong Kong.
Begitu juga di Texas dimana 'Taufan Harvey' yang anginnya berkelajuan sehingga 215 kilometer sejam membadai pantai. Presiden AS, Donald Trump membenarkan Gabenor Texas, Greg Abbott untuk mengisytiharkan Texas sebagai zon bencana besar. Ratusan ribu penduduk telah meninggalkan rumah mereka selepas Pusat Taufan Nasional AS mengeluarkan amaran tentang ancaman taufan tersebut.
4- Tuhan Maha Adil. Ada kawasan di dunia ini mendapat taburan hujan yang sedikit. Ada pula negara yang terpaksa menghadapi kemarau sepanjang tahun. Begitu juga di Malaysia, pernah dilanda fenomena El Nino pada tahun 2016 sehingga mengakibatkan paras air dibeberapa buah empangan susut ekoran kekurangan taburan hujan.
Hujan di luar musim yang membawa sekali ribut ini juga pernah melanda dibeberapa daerah dan negeri di Malaysia. Kesan daripada ribut itu telah menyebabkan banyak pokok tumbang, tanah runtuh, jalan raya ditakungi air, bekelan eletrik terputus dan paling memilukan ialah hujan itu membawa sekali air yang berlumpur yang warnanya tak ubah seperti teh tarik yang kami sedang minum. Noktah!
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami, jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, jangnalah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak snggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunlah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." Nota Kaki: Doa ini ialah doa untuk kita terpelihara daripada segala bencana. Dari surah Al-Baqarah: 286. |
No comments:
Post a Comment