Jumaat| 22 Sept| 2017
Intro:
Murtabak, juga disebut orang martabak atau dalam bahasa Arab pula disebut mutabbaq[1] adalah sejenis pancake atau pan-fried bread. Murtabak boleh ditemui di Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia, Thailand, Yamen, Arab Saudi dan di India. Makanan [street food] ini juga sering kita temui di gerai-gerai tepi jalan, pasar pagi atau di restoran India Muslim.
Biasanya murtabak yang dijual di restoran mamak[2] ialah murtabak telur, daging, ayam dan murtabak kambing. Di hidang bersama kuah kari, jeruk bawang merah dan sedikit hirisan timun. Jika di Indonesia pula selain murtabak yang disebutkan tadi ada satu lagi jenis murtabak iaitu murtabak manis. Murtabak manis itu juga dikenali oleh warga Indonesia sebagai 'Terang Bulan'[3] atau Murtabak Bangka.
Tanah Kebun.
1- Ketika ini di Tanah Kebun, tanaman utama ialah nangka madu[4]. Selain itu terdapat juga cempedak dan nanas. Sementara menunggu nangka dan cempedak berbuah, di tanam juga sedikit pisang tanduk dan beberapa pohon durian belanda, petai dan jambu batu. Apabila buah nangka sudah matang lalu di kutip dan di jual. Lebihan jualan buah nangka, di bawa balik, kekadang dimakan begitu sahaja atau sesekali kami buat manisan seperti pengat[5] gitu!
Bosan dengan pengat nangka, isteri aku cadangkan buat murtabak nangka dan murtabak daging. Pagi itu bermulalah kerja-kerja menyediakan inti murtabak. Inti yang pertama ialah nangka yang dipotong dadu dan dimasak bersama sebiji telur dan sedikit gula. Inti kedua pula ialah daging. Daging burger di potong dadu, dimasak bersama hirisan bawang merah, hirisan cili bangla, sedikit potongan cili api dan sedikit cili sauce.
Setelah itu panaskan pan atau kuali leper. Pada masa yang sama inti nangka atau inti daging diletakan di tengah-tengah kulit popia[6] dan dilipat empat segi. Jika menggunakan pan yang mudah melekat, titiskan sedikit minyak sayur atau planta kemudian masak murtabak itu depan belakang. Begitu juga dengan inti daging. Setelah selesai, anda akan dapat merasa dua jenis murtabak iaitu murtabak nangka yang manis dan murtabak daging yang rasanya sedikit pedas.
Bercakap mengenai buah nangka, selain dimakan begitu sahaja, buah nangka boleh dibuat jem, jeli, acar, dodol, aiskrim, madu nangka, sirap nangka atau boleh juga dibuat sebagai manisan kering. Khasiat getah nangka, jika ada bisul anda boleh campurkan sedikit cuka dan sapu pada bisul[7] atau sapu pada bekas patukan ular. Air rebusan kayu nangka jika diminum baik sebagai rawatan sawan, tetapi tidak sesuai untuk wanita mengandung.
2- Minggu Lepas. Ya! Minggu lepas kami teringin untuk makan pizza. Outlet Pizza Hut pulak tidak ada di pekan Lancang atau bandar terdekat seperti Karak atau Mentakab. Kebetulan, ada stock lima keping ruti pitta lalu aku jadikan 'pizza base'. Panaskan oven dahulu. Sambil itu, sapu sedikit tomato sos atas permukaan ruti pita. Kemudian untuk 'topping' taburkan ketulan tuna dalam tin, potongan lada bagla warna hijau dan merah, hirisan bawang, hirisan tomato dan dibahagian atas letakan dua jenis keju siap parut[8] iaitu keju cheddar dan keju mozarella.
Jika anda tidak ada stok tuna tin, anda boleh menggunakan topping yang anda suka seperti hirisan fish cake, sausage, dada ayam, daging burger yang dipotong dadu, chicken salami, atau buah-buahan serta sayuran. Apa-apa sajalah!
Mengenai ruti pitta, selain digunakan sebagai 'pizza base' ruti tersebut boleh di pelbagaikan antaranya diberi nama sandwich poket pitta dimana ruti tersebut di potong dua kemudian dibakar sedikit menggunakan pan. Dibahagian dalamnya diisi [intinya] dada ayam yang telah digaul dengan mayonise atau di isi dengan tuna mayonise bersama sehelai daun salad [lettuce], hirisan timun dan hirisan tomato.
Selain itu, poket pitta tersebut boleh juga di isi dengan makanan kegemaran anda seperti rendang misalnya atau pasta, salad dan lain-lain lagi. Jika anda sudah bosan makan pitta pizza atau sandwich poket pitta, ruti tersebut boleh dijadikan sebagai garlic bread. Untuk membuat garlic bread anda hanya perlu taip resipi di google search. Mudahkan!
[Nota Kaki : Ada, tetapi tak sempat taip].
No comments:
Post a Comment