Mukadimah!
Hari Jumaat adalah hari yang paling utama daripada dua hari raya, sebabnya pada hari Jumaat diciptakanNya Nabi Adam dan hari tersebut juga Nabi Adam dikeluarkan dari syurga menuju bumi. Hari Jummat yang mulia itu juga adalah hari doa yang mustajab dan berlangsungnya hari kiamat.
Oleh kerana itu, setiap orang Islam yang memenuhi syarat adalah wajib solat Jumaat. Malah jika meninggalkan tiga kali solat Jumaat tanpa uzur [alasan], maka Allah akan mengunci [tidak menyanyanginya] orang-orang yang tidak bersolat Jumaat itu. - Hadis
Jumaat 17 Zulhijjah Pagi Jumaat. Usai memberi makan 16 ekor kucing, aku mencapai buku 'Kisah-Kisah Benar [3]' yang di terbitkan oleh Jasmin Enterprise. Aku membaca secara speed reading dan aku tertarik dengan kisah seorang alim yang mahu menunaikan ibadah haji tetapi tidak mendapat restu dari ibu beliau. Apakah agaknya yang akan terjadi kepada orang alim tersebut. Ikuti kisah selanjutnya!
*IBU TIDAK REDHA*
1- Pada suatu hari seorang alim yang sangat takwa kepada Tuhan berhasrat mahu pergi ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji. Sewaktu dia minta izin kepada ibunya, teryata perempuan tua itu sangat keberatan melepaskannya kerana merasa khuatir terhadap keselamatan anaknya. Lagipun orang alim itu sahaja satu-satunya anak yang hidup hasil perkahwinan dengan almarhum suaminya. Ibunya meminta hasrat tersebut di tunda ke tahun hadapan.
Orang alim itu sudah tidak dapat menahan keinginannya untuk menunaikanrukun Islam yang kelima. Meskipun tidak mendapat restu dari ibunya, dia berkemas lalu berabgkat menuju Tahah Haram. Jelas, keputusannya itu bertentangan dengan ajaran Nabi SAW iaitu 'Redha Allah bergantung kepada redha orang tua, begitu juga murka Allah terletak dalam murka orang tua'.
Dari jauh ibunya yang sudah tua itu tergopoh-gapah menyusul tetapi anaknya sudah terlalu jauh. Orang alim itu pula tidak mendengar suara ibunya dalam berlari itu memanggil-manggil namanya. Ibu yang sangat cinta kepada anaknya itu dengan perasaan marah menadahkan kedua tangannya dan berdoa:
"Wahai Tuhan, anakku satu-satunya telah membakar diriku dengan perasaan api perpisahan. Ku minta, balaslah dia dengan seksaan yang setimpal. Sebagai ibunya, aku sakit hati Ya Allah."
Bumi seolah-olah bergoyang mendengar doa ini. Namun orang alim itu terus juga berjalan. Orang alim itu berhenti pada sebuah kota kecil bagi tujuan melepaskan penat lelah. Menjelang Magrib, dia berangakat ke masjid dan sembahyang disitu sehingga waktu Isyak. Sesudah itu orang alim itu terus mengerjakan solat-solat sunnah dan wirid hingga jauh malam.
Pada masa yang sama, disatu sudut kota itu berlaku kegemparan dimana seorang pencuri telah memasuki rumah penduduk. Tuan rumah itu terjaga dan menjerit kepada pencuri itu. "Pencuri! Pencuri!" Dalam keadaan kelam-kabut itu kaki tuan rumah tersandung lalu jatuh dan pencuri itu sudah lari.
Seisi kampung, semuanya terbangun. Ketuk-ketuk dipukul bertalu-talu. Pencuri itu pula terus lari dengan sekuat tenaga kearah masjid lalu menyelinap ke-halaman masjid. Orang kampung terus mengejar kearah itu. Tetapi pencuri itu tidak ditemukan dihalaman, ditepi dan belakang rumah Tuhan tersebut.
"Kita sudah mencari disekeliling masjid, namun tidak ada kesan-kesannya sama sekali." Lapor salah seorang diantara mereka.
"Ah! Mana mugkin dia ditelan bumi. Aku yakin dia belum lepas dari sini. Jika diluar masjid tidak ada, mari kita cari ke dalam masjid. Barangkali dia bersembunyi disitu" ujar ketuanya.
Maka orang-orang pun berduyun-duyun memasuki ruang masjid. Betul! Kelihatan dekat mimbar ada seorang asing sedang duduk membaca tasbih. Tanpa bertanya-tanya lagi orang ramai mengheret keluar lelaki itu. Sebaik tiba dihalaman, lelaki alim itu dipukul sehingga terkulai dan pengsan.
Pengusaha hukum di kota malam itu memutuskan satu hukuman yang berat kepadanya atas desakan masyarakat yang sedang marah. Hukumannya ialah diikat pada tiang dan badannya dicambuk [dipukul]. Orang alim itu dituduh menodai masjid kerana bersembunyi didalamnya. Malah berpura-pura bersembahyang dan berwirid. Jelas, hukuman itu menyalahi ajaran Nabi SAW iaitu 'Bahawa seorang hakim seharusnya menyelidiki [siasat] sesuatu perkara dan tidak boleh menjatuhkan hukuman berdasarkan hawa nafsu".
2- Seawal pagi, penduduk kota itu sudah berkumpul dipasar, menyaksikan hukuman kisas dijalankan. Orang-orang pun bersorak apabila melihat si alim dipukul dengan teruk. Darah memercik keluar. Orang alim itu pengsan dan orang ramai pula terus bersorak dalam keadaan puas nampaknya.
Matahari sudah segalah. Orang bertambah ramai berkumpul, menonton sambil meludahi pencuri yang terkutuk itu. Orang alim itu mulai sedar dari pengsan. Dalam menanggung kesakitan yang amat sangat, orang alim itu mendengar salah seorang penduduk berteriak:
"Inilah hukuman yang setimpal bagi pencuri yang bersembunyi di dalam masjid!" sambil diludahinya muka orang alim itu.
"Tolong, jangan katakan demikaian. Lebih baik umumkanlah bahawa saya ini adalah hamba Allah yang mahu beribadah haji tetapi tidak mendapat restu dari orang tua." Jawab si alim dengan suara yang tersekat-sekat lantaran menahan kesakitan yang amat sangat.
Mendengar suara yang keluar dari bibir si alim, orang ramai jadi terkejut. Mereka terpinga-pinga dan menayakan siapakah dia yang sebenarnya. Orang alim itu membuka rahsianya dan masyarakat menjadi gempar lalu melaporkan hal tersebut kepada penguasa hukum.
Pengusaha hukum datang ke-pasar dimana orang alim itu sedang diikat pada sebuah tiang lalu memberitahu kepada orang ramai perkara yang sebenar. Orang ramai sangat menyesal. Ada diantara mereka memang kenal nama orang alim yang soleh itu kerana kuat beribadah tetapi tidak pernah mengetahui akan wajah beliau. Ibu-ibu dan orang-orang tua bila mendengar perihal orang alim itu, ada yang tidak dapat menahan diri kesedihan. Sudah terlambat. Seperti bak pepatah 'Bubur sudah menjadi kerah, nak buat apa lagi!'.
3- Malamnya, atas permintaan orang alim itu, beliau dibebaskan dan dihantar ke rumah ibunya. Kebetulan, si ibu yang ketika itu berada di rumah sedang berdoa:
"Ya Allah, andaikata anakku sudah mendapat balasannya, kembalikanlah dia kepadaku agar aku dapat melihatnya."
Sebaik selesai doa si ibu, beberapa orang yang membawa si alim itu pun sampai dan orang alim itu minta didudukkan didepan pintu rumah ibunya dan meminta para penghantarnya pergi. Sesedah mereka pergi, orang alim itu pun berseru dengan suara yang parau:
"Asalamualaikum"
Salam dijawab dari dalam rumah. Bergetar hati orang alim itu bila mendengar suara ibunya.
"Saya adalah musafir yang terlantar. Tolonglah beri saya ruti dan air dingin." ujar orang alim itu dalam samarannya.
"Dekatlah engkau ke pintu. Hulurkan tangan mu melalui celah pintu"
"Maaf Ibu, saya tidak boleh mendekati pintu kerana kedua kaki saya amat kaku. Juga saya tidak dapat menghulurkan tangan melalui celah pintu kerana tangan saya sedang sakit."
"Habis bagaimana? Antara kita ada pemisah yang tidak boleh kita langgar. Engaku lelaki yang tidak saya kenal dan saya, meskipun sudah tua, saya adalah seorang perempuan." keluh si ibu.
Jangan khuatir Ibu, Saya tidak akan membuka mata kerana kedua mata saya sangat pedih. Jadi saya tidak akan memandang ibu."
Mendengar jawapan itu, si ibu pun keluar membawa sepotong ruti dan segelas air dingin. Sebaik merasakan akan kehadiran ibunya, orang alim itu tidak mampu lagi menahan diri. Ia memeluk kaki ibunya dan menjerit sambi menangis.
"Ibu, saya adalah anak ibu yang durhaka."
Ibunya memandang orang cacat di depannya itu dengan terkesima lalu ibunya menjerit. Dipeluk ananknya. Mereka bertangis-tangisan. Ibu itu segera menadah tangan dan berdoa:
"Ya Allah, kerana keadaan telah menjadi begini, saya sungguh menyesal atas kemarahan saya kepada anak sendiri. Ampunilah dosanya, ampunilah dosa-dosa orang yang menyiksanya dan ampunilah juga dosa saya, kerana kami semua telah disesatkan oleh godaan iblis bersama nafsu amarah." - Sekian!
|
No comments:
Post a Comment