30 October 2012

PETANG SENIN DI FRIM


Sabtu dan Ahad masih dalam mood raya  korban! So petang Senin baru boleh  keluarkan peluh dengan berkayuh basikal. Petang camne memang kengkawan tak ramai kayuh pasal ada yang masih belum balik kojer. Aku, En Mat dan Mahfol mulakan kayuh   kul 1700 petang dari pos kawalan Frim menuju track jogger. 

Untuk beriadah! Lokasi yang paling hampir dengan umah aku ialah Tasek Metro dan Frim. Kalau nak jauh sikit, aku berkayuh arah ke Empangan Batu atau jalan lama Gombak. Masa mula-mula berbasikal dulu, memang aku suka kayuh malam arah ke pusat bandar. Sekarang ne udah lama aku tak kayuh malam, takut kene selsema.

Bercakap pasal kayuh ke Frim ne! Aku nampak ada sedikit perubahan yang dilakukan olih pengurusan Frim. Kat tempat pakir diluar Frim, kerja-kerja pembesaran jalan dan tempat pakir kereta sedang dijalankan. Kat Pusat Pendidikan Alam Sekitar pulak, sebuah surau sedang dalam pembinaan. Begitu juga rumah staff yang sedang diubah suai. Sesuai sangatlah dengan peredaran masa. Yang tak menarik bagi aku ialah pintu masuk/pos pengawal yang masik style lama. Cuba ubahsuai sikit, ada pintu gerbang macam Legoland!

Motosikal atau basikal kene pakai topi!

Treck off road

Tong sampah tiga warna

Surau baru dalam pembinaan?
Tempat cuci basikal lepas off road
Rumah staff Frim dinaik taraf


Kawasan tasik untuk berehat

28 October 2012

KURSI P. RAMLEE


Salam dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha! Aku menyambut Hari Raya Korban kat kampung dalam suasana damai,  dan harapan aku penduduk Islam di Selatan Filipina dapat gak menyambut Aidiladha dengan sedikit tenang dengan tercapainya perjanjian damai MILF dengan kerajaan Filipina pada 15 Oktober lalu. 

Menarik buat aku nak story pasal P. Ramlee ne ialah  sekeping foto dalam akbar mengenai sekolah rakyat di Selatan Filipina. Dalam foto tu kelihatan bebudak sekolah sedang belajar sambil duduk bersila atas lantai. Kat luar pulak, ramai orang dewasa sedang memerhatikan sambil menggikuti sistem pembelajaran yang diajar olih guru tersebut.


Gambaran macam kat sekolah rakyat di Selatan Filipina tu udah di ceritakan olih P. Ramlee dalam filem sekitar tahun 60'an. Udah berpuluh tahun tapi kat Selatan Filipina masih ada sekolah rakyat macam tu! 

Berbalik pasal entri Kursi P Ramlee ne, aku kutip sedikit tulisan dari Mazlan bin Mahmud. "Pakaian, remos rambut dan dialog sentiasa menjadi ikutan kepada peminat-peminat tegar P. Ramlee sehingga ke hari ini. Jenaka sedih, marah, simpati adalah perasaan yang di bawa oleh P. Ramlee kepada penonton dalam filemnya. Pada 18 Oktober lalu, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Dato' Sri Utama Dr. Rais Yatim telah melancarkan Kerusi P. Ramlee yang dipertanggung    jawab-kan kepada Aswara.

Penjelmaan kursi ini bertujuan untuk mencapai kecemerlangan seni melalui penyelidikan, kecemerlangan dan kesarjanaan artistik di mana ia akan menempatkan Program Pasca-Siswazah peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di Aswara.

Sudah sampai masanya kajian mengeni ikon seni negara ini dikitabkan sebagai rujukan temadun seni untuk pengaji yang seterusnya. Hasil kajian Krusi P. Ramlee juga kelak akan menjadi pencetus kepada kajian ikon-ikon seni negara yang lain khususnya dan amnya kajian kesenian budaya bangsa yang bertemadun".

Di pendekan sikit "Kursi P. Ramlee hasil idea cetusan Dr. Rais ini dilihat akan merubah kelaziman pemahaman terhadap P. Ramlee dan karya itu sendiri. Seperti harapan beliau semasa pelancaran Kursi P. Ramlee, agar kajian seharusnya lebih mendalam baik dari aspek psikologi mesej di dalam karya berserta   watak dan pengaruh sosiologi kepada masyarakat harus diselami dengan lebih halus sehingga ke saraf dan nadi karya tersebut. Ia memerlukan akal, pancaindra dan ilham untuk menjejaki pemikiran P. Ramlee. Itulah cabaran kerusi P. Ramlee". - Mazlan bin Mahmud.

Nota Kaki: Penulis (Mazlan bin Mahmud)  ialah bekas Setiausaha Politik  Mentri Penerangan. Tulisan penuh beliau boleh di baca pada ruangan Advertorial muka surat 32-Utusan Malaysia, Khamis 25 Oktober2012. Maksih kerana membaca!

23 October 2012

PIC OF THE DAY

 Berakhir disini

Di Sebalik Kisah P.Ramlee
Wajah Terakhir Tok Batin
 
 Peeweet! Begetah...
 

Cayalah!

21 October 2012

@KEBUN BHG KETIGA


Cuaca pagi yang redup dengan diiringi okestra dari kumpulan pelbagai spesies unggas  yang terbang bebas di sekitar hutan simpan kat sini. Jam kat handpon menunjukan kul 0930 pagi. Kami baru balik dari jungle trecking untuk keluarkan peluh. Sesampai kat kebun, hidupkan unggun api untuk kurangkan nyamuk.

Kami berbual megenai masa depan. Aku juga ada impian untuk memiliki rumah yang mengadap sungai. Sungai yang dalam, ada jeti dan sabuah sampan dengan enjin sangkut.  Sesekali boleh merayau dengan sampan sambil menikmati pemandangan hijau, melihat burung berterbangan dan sesekali boleh gak memancing ikan.

Rumah dalam kebun mengadap sungai! Ada pokok durian, manggis, rambutan, ciku, cempedak dan nangka udah cukup.  Pulak tu aku pelihara dua ekor ayam belanda dan dua ekor itek angsa sebagai pengawal rumah. Boleh gak pelihara itek dan lepaskan kat sungai. Rumah pulak buat satu setengah tingkat dan di bahagian atas ada beranda dan boleh buat studio lukisan.


Bila umur kita udah menghampiri senja, memang tak sesuai tinggal dibandar seperti kat Kelumpo. Banyak hal dan banyak bunyi yang saban hari kita lihat dan kita dengar kebanyakan mengenai kepincangan masyarakat bandar. Manusia yang kurang bijak dikatakan sering melakukan kesilapan dalam hidup mereka. Tetapi ada gak segelintir manusia yang terlebih bijak begelar ahli politik, peguam, doktor dan ketua jabatan melakukan jenayah. Mereka ini dilihat lebih cenderung kepada rasuah, salah guna kuasa dan tidak amanah.




Lupakan impian dan kepincangan masyarakat bandar! Jam udah menunjukan kul 1230 tengahari. Kami berkemas untuk balik umah. Melalui  Karak dan terus ke pekan Bentong untuk berhenti makan tengahari. Selesai makan- kereta bergerak laju melalui lebuhraya dan akhirnya sampai kat umah. Sekianlah story aku kali ini. Kepada kengkawan diluar sana, jangan jemu sekodeng entri lama dan baru dari Mj.



20 October 2012

KEBUN+EMPANG BHG DUA


Selamat Pagi! Aku udah terjaga  jam 0630  dan keadaan sekeliling masih gelap. Bunyi cengkerik masih lagi kedengaran dengan diselang seli bunyi katak dan burung belatuk (aku agak aja!). Jam 0700 pagi kami bangun dan keluar untuk sarapan.

Lepas sarapan kami balik semula ke kebun. Pusing-pusing sekitar  kebun melihat buah-buahan seperti durian, manggis, ciku, cempedak, nangka, rambutan termasuk limau nipis dan jering. Kata Sani, pokok jering ne adalah  pokok asal kat kebun ne. Kebanyakan jering mungkin dimakan olih tupai dan buah cempedak pula tak sempat masak kerana menjadi makanan monyet yang menginap berhampiran hutan paya.

Olih kerana kebun ne berhampiran  anak sungai dan paya, banyak gak binatang yang mencari makan kat sini termasuk babi hutan. Selain tu tentulah ada ular yang  nak jadikan katak sebagai makanan. Lepas ne Sani ajak junggle trecking arah ke tasik Empang Poh.

Kami berdua berjalan melalui kebun getah dan lepas tu  melalui kebun manggis. Di penghujung kebun manggis, kami ikut treck laluan kaki pancing. Pemandangan disebelah kanan adalah tasik buatan manusia, manakala sebelah kiri adalah hutan simpan. Menyusuri tasik sambil snap foto, pacat dan nyamuk pulak ambik kesempatan untuk mencuba merasai darah kami berdua. Walaupun kebanyakan kita tidak suka pacat dan nyamuk, tapi janganlah sampai memaki hamun kerana binatang kecik tu juga adalah makluk Tuhan.

Kami take five kat atas jembatan papan ne! Sambil menikmati pemandangan indah dan meneropong beberapa spesies burung yang terbang bebas berhampiran tasik. Ada beberapa ekor burung hinggap kat pokok yang aku lupa namanya-mungkin dari spesies bangau. (Paruh panjang dan kaki panjang macam burung wak-wak). Menarik dan terbaik pemandangan kat sini, mengalahkan hutan simpan Taman Negara kat Sungai Tembeling. 


Tak dapat aku post foto beberapa jenis burung yang bermain kat sini pasal aku hanya gunakan kamera Nikon Coolpix. Camanerpun, hati puas dan sambil tu dapat gak keluarkan peluh. 

Bercakap pasal aktiviti riadah atau nak keluarkan peluh, ada baiknya kita menilai dahulu kemampuan diri kita. Sekiranya kengkawan kat luar sana ada masalah jantung, ada baiknya tidak melakukan aktiviti seperti maraton atau offroad yang melampau.  

Untuk melakukan senaman ringan, buatlah aktivit berjalan kaki atau kayuh basikal keliling tasik. Senaman yang teratur menjamin hidup yang lebih sihat. Selamat beridah! 



BERMALAM DI KEBUN



Hari Jumaat! Lepas sembahyang aku buka handphone dan terima sms dari Sani. Ajak ge bermalam kat kebun untuk kutip durian dan akan gerak jam 1500 petang. Aku siapkan barang asas yang perlu dibawa seperti baju panas, lampu suluh, pisau, mancis, lilin, first aid seperti plaster, panadol actiFast, antiseptic cream, ubat gigi dan moustique lotion.


Jam 1455, Sani datang jemput aku dan kami gerak ikut lebuhraya. Ketika dalam perjalanan aku lihat langit mendung. "Langit kekadang mendung-bukan langit tidak sempurna". Begitu juga kehidupan kita, kekadang happy dan kekadang beremosi. Kita sangka panas hingga kepetang, rupanya ujan di tengahari.


Sampai kat pekan Karak! Sani singgah beli kopi, cerek dan ubat nyamuk. Aku pulak beli goreng pisang untuk minum petang. Lebihkurang 10 kilometer dari Karak, kereta membeluk masuk ke Kg. Lengkong dan menuju kebun. Jam 1715 petang kami sampai di kebun dengan keadaan tanah yang sedikit becak.

Perkara pertama yang perlu dibuat ialah cari kayu api untuk masak air. Sukar sedikit untuk hidupkan api pasal kayu basah. Apapun, lama kelamaan api marak dan air pun masak. Kami minum kopi sambil mendengar kicauan burung wak-wak, tiong, pipit dan enggang. 

Senja udah! Nyamuk mula banyak. Masa nelah pulak sang nyamuk nak hisap darah. Asap dari unggun api tidak menakutkan nyamuk. (Pasal nyamuk ne, aku ada baca sedikit fakta dari  Profesor Dr. Jerry Butler. Menurut beliau, beberapa eleman pada tubuh manusia mengeluarkan akses kimia pada permukaan kulit dan itu menarik perhatian nyamuk. Sasaran nyamuk ialah pada mereka yang mempunyai lebihan asid urik dan kepekatan steroid atau kolesterol yang tinggi pada kulit. Selain itu, serangga pembawa penyakit itu turut mendapat isyarat melalui pergerakan dan haba tubuh selain pelepasan karbon dioksida seseorang).

Keadaan sekeliling mula gelap! Langit tiada bintang pasal baru lepas ujan. Bunyi burung - kuang! kuang! kuang! Di ikuti bunyi cengkerik dan sesekali disambut suara sang katak.  Sani kata bunyi-bunyian tu macam kumpulan okestra sedang buat persembahan kepada kami. Terima kasih burung! Terima kasih katak dan cengkerik kerana temankan kami pada malam ini...

Jam lebihkurang 0030 malam! Suara burung tambah kuat, macam ada perlawanan diantara jantan dan betina. Mungkin juga ada bunyi burung pungguk yang sedang rindukan bulan. Unggun api udah hampir padam dan langgit sedikit cerah. Aku yang sedang duduk seperti di menara tinjau, dapat melihat banyak bintang bertaburan dilangit. Allah jua yang maha berkusa dan bijaksana, mengantung langit tanpa tiang dan menugaskan matahari diwaktu siang dan bulan bintang diwaktu malam...


Nota Kaki }Jumpa lagi di entri Bermalam diKebun bahagian kedua! Aku akan story pasal waktu pagi yang indah, pic buah-buahan dan junggle trecking kat Empang Poh. Salam dari Mj!

Add caption

17 October 2012

RUMAH PANJANG & TASIK METRO


Salam! Lama gak aku tak berkayuh ke tasik. Selalunya kalau aku nak ke tasik aku ikut laluan belakang. Aku kayuh melalui kawasan perumahan kaum Cina dan lepas tu kayuh melalui kawasan rumah panjang. Kebanyakan penghuni rumah panjang ne terdiri dari kaum India dan sedikit dari kaum Melayu dan Cina. Aku tak tahu kenapa di panggil rumah panjang. Selama  ne pun kita setuju dengan panggilan tu. Rumah panjang di Malaysia Barat tentulah tidak sama dengan rumah panjang di Malaysia Timur. Kenapa gunakan istilah yang sama! Adakah Bahasa Melayu kekurangan istilah atau kekurangan pakar bahasa.



Sambil kayuh keliling tasik bersama Mahfol, sambil tu aku perhatikan aktiviti diaorang kat sini. Berkayuh melalui padang, nampak diaorang sedang main layang-layang, bebudak pulak main buaian, ada yang berjogging, kayuh basikal, memancing, pasangan remaja lepak kat pondok (buat apa diaorang tu!) dan sesekali motosikal cupcai ronda-ronda sambil melepaskan asap beracun.


Ada peniaga jual layang-layang. Selalunya yang berniaga layang-layang ne kaum Cina. Diorang buat layang-layang yang murah dan mudah dikendalikan. Kita pun tau, orang Melayu pandai gak buat layang-layang. Wow! Layang-layang orang Melayu memang hebat, hinggakan ada iklan kat kapal terbang dan  jual di pasar budaya (CM). Kat Tasik Metro ne layang-layang buatan Melayu takde jual. Maaf ye dik!

Lupakan pasal layang-layang! Aku tenguk sekitar tasik ne ada pembaharuan. Pagar keliling tasik udah di naik taraf. Kira ada klas  gitu! Lorong-lorong tikus yang di buat olih manusia udah di tutup. Rasa selamatlah sikit kalu beriadah kat sini. Dulu pagar banyak kene potong. Dioarang nak masuk ikut belakang - potong je pagar. Lama-kelamaan, banyaklah pintu masuk haram yang ditebuk diaorang. Pic kat bawah ne ialah laluan masuk ke tasik ikut pintu rumah panjang.


Rumah panjang! Tidaklah panjang mana pun. Kalau kita pandang dari tasik, memang tak cantik. Mungkin kedudukan rumah panjang ne udah tidak sesuai lagi berada berhampiran tasik. Sekarang ne pun, sebahagian rumah panjang tu udah dirobohkan. Ketika aku  melintasi bekas tapak rumah panjang yang udah dirobohkan, nampak hampir 15 ekor anjing berkeliaran. Nanti apabila penghuni rumah ne dipindahkan ke kawasan perumahan dbkl, janganlah bawa sekali anjing liar ne ya!


Udah roboh! Pic kat bawah ne ialah sebahagian rumah panjang yang udah dirobohkan. Tentulah penghuninya juga udah mendapat rumah baru. Udah bersediakah diorang ne tinggal dikejiranan baru. Persediaan dari segi mental, perubahan sikap dan tanggungjawab. Adakah pihak dbkl atau pemaju perumahan memberikan buku panduan, cara-cara  atau gaya untuk tinggal dikejiranan baru. Takleh lah bawa budaya rumah panjang Bro! Perlu ada perubahan dalam gaya hidup. Di perumahan baru ada lift, ada bilik hos bomba, ada pakir tempat letak kereta-motor, tong sampah disediakan, ada pekerja pembersihan dan ada tangga kecemasan. 

Sebelum berpindah, ada baiknya emak-bapak sekolahkan anak-anak tentang sampah jangan dibuang dari tingkat atas, jangan jadikan dinding lift macam facebook, jangan bermain disiarkaki(coridor), dan jangan kuatkan bunyi radio atau tv bila menjelang malam. Bila udah bagi sikit ceramah kat anak-anak, mungkin diorang kurenglah menjadi mangsa kejutan budaya! Jumpa lagi dientri akan datang. Sayang dari Mj!