26 April 2017

BiNgKa uBi & OvEn BuTtErFly




Di Tanah Kebun.
Petang itu isteri aku sedang sibuk di dapur. Katanya hendak buat bingka ubi[1] sambil mencuba oven yang baru dibeli dua minggu lepas. Semenjak kami kahwin, oven cap kupu-kupu[2] ini adalah pembelian oven yang  ketiga, dimana dua buah oven sebelumnya adalah menggunakan tenaga letrik. Saja-saja nak guna oven style lama, nostalgia sangat!

Sementara menunggu bingka ubi masak, aku melepak di bilik sebelah sambil menyelak-nyelak akhbar Kosmo! Antara berita yang menarik perhatian aku ialah kisah pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi[3] yang dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail [HSI], Johor Bharu selepas dipercayai didera oleh seorang pembantu warden asrama. Satu lagi berita tentang pelawak dan penyampai radio, Azizul Ammar Abu Hassan aka Amar Titan yang telah dihukum akibat terlebih lawak ketika bersiaran dalam program Sukan Tidak Sentral[4] terbitan Tv3.

2- Aha! Dari dapur ada bau[5] bingka ubi kayu. Tentu bingka ubi sudah masak. Perut terasa lapar lalu aku segera keluar menuju ruang dapur. Di atas meja, aku lihat seloyang bingka ubi kayu. Aku terus membancuh dua cawan kopi sementara isteri aku memotong bingka ubi yang kelihatan garing di atas dan lembab di bahagian dalamnya. Petang itu kami berdua minum kopi sambil menikmati[6] bingka ubi yang merupakan masakan yang diwarisi daripada nenek moyang.

Ketika menikmati bingka ubi kayu bersama secawan kopi, aku memang ada kenangan yang dikira nostalgia sangat. Kenangan ketika dibangku sekolah misalnya. Kebiasaan selepas Subuh, emak akan menyediakan sarapan yang berbeza setiap pagi, misalnya cucur bawang, lemping pisang, nasi goreng, kuih gulung, cekodok pisang atau sesekali emak buat ruti bom dan mertabak pisang. Di kantin sekolah pula, sering aku melihat kuih-muih tradisi seperti kuih lapis, kuih bom, kuih keria, kuih gulung, karipap dan bermacam kuih lagi. Masa dolu saiz kuihnya besar!


Walaupun masa lampau dan zaman oven butterfly sudah berlalu tetapi orang kita tetap menyediakan kuih-miuh tradisi yang enak seperti zaman bahari[7]. Yang menariknya, generasi hari ini tidak perlu bersusah payah mencari resepi atau mahu melihat images kuih kerana dengan sekali klik sahaja di google search, bermacam-macam resepi  akan ditemui. Malah, ramai blogger terutama wanita yang memeberi tunjuk ajar atau tips mengenai kaedah memasak kuih-muih tradisional.

3- Bercakap mengenai zaman lampau atau tabiat buruk[8], orang kita tidak boleh lari dari kelaziman iaitu suka mempersendekan orang lain. Biasanya, kita sering mendengar kanak-kanak yang masih berhingus mengejek rakan sebaya menggunakan ganti nama atau gelaran yang tidak sepatutnya, semata-mata kerana ingin memalukan atau sekadar mahu berlawak atau juga barangkali mahu membalas dendam.

Antara ejekan zaman dolu ketika aku di bangku sekolah rendah ialah seperti mengejek rakan sekelas kerana disebabkan rakan tersebut memiliki daging lebihan yang benjol di bahagian belakang kepala. Lalu mereka mengelarnya Si Benjol. Ada juga rakan aku yang diejek dengan gelaran seperti tembel[9], lompong, jinjang, toyol, bomoh, gilo, pacek, bangkai, panjang,  jawo, koling dan pelbagai lagi ganti nama yang sangat jelik gitu!

Apabila seorang rakan memanggil atau menjerit seperti gelaran tembel misalnya, ramai rakan lainya akan ketawa berdekah-dekah atau hampir pecah perut, mungkin mereka berangapan gelaran itu sangat sesuai dan paling lucu. Malah gelaran yang memalukan itu kekadang melekat hingga sampai ke tua. Sampai tualah lu![10]


4-
Begitulah yang terjadi keatas pengacara dan pelawak Amar Titan yang mungkin terleka sedikit apabila Amar mengembek seperti kambing ketika menyebut nama bekas jaguh pecut negara, Watson Nyambek[11] dalam rancangan Sukan Tidak Sentral. Maka Watson pun naik berang lalu membuat laporan polis. Malah, Watson juga sangat serius tentang isu tersebut lalu beliau mahu perkara itu dibawa ke peringkat seterusnya.

Di pihak tv3 yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ahmad Izam Omar dan Amar sendiri pergi ke Miri, Sarawak bagi membuat sidang akhbar serta bertemu dengan Watson bagi meminta maaf dan mahu menjernihkan suasana gitu! Seperti kata pujangga P. Ramlee: Buang yang keruh ambil yang jernih. Itupun jikalau air yang jerih itu belum bersatu dengan air yang keruh. Huhuhu!

5-
Lepastu kita dikejutkan dengan berita kematian pelajar tahfiz al-Quran, Mohamad Thaqif pada petang Rabu lalu dimana sepatutnya menjalani pembedahan bagi memotong tangan di hospital, namun disebabkan keadaan jantungnya tidak setabil, pembedahan itu terpaksa ditanggungkan.
 

Walaupun Mohamad Thaqif sudah meninggal dunia namun cerita malang itu sepatutnya dijadikan iktibar buat kita semua termasuk penjaga, guru atau masyarakat sekelilingnya. Janganlah kita merotan budak kerana ikut nafsu amarah[12] tetapi rotanlah mereka dengan perlahan dengan perasaan kasih sayang bersama satu tujuan iaitu pengajaran!

Cerita tentang bingka ubi, oven butterfly, berita si Amar Titan dan kisah sedih pelajar tahfiz al-Quran, tergantung begitu sahaja bilamana isteri meminta aku menghantar sepiring bingka ubi ke pondok kayu dua tingkat. - Noktah!


Nota Lutut:
[1]Bingka Ubi: Dikenali juga sebagai bengkang ubi kayu [belah Pantai Timur]. Kuih tradisi ini hanya menggunakan bahan seperti ubi kayu yang disegat [diparut], santan kelapa, gula pasir, daun pandan, sedikit garam dan sedikit minyak sapi.

[2]Oven Butterfly: Jenis Oven cap kupu-kupu  dikira oven antik kerana masih menggunakan tenaga gas [gas oven]. Harga di pasaran antara RM120 hingga RM180 sebuah. Sekiranya anda melawat di 11street.my harga sebuah oven antik cuma RM120.00 sahaja.
[3]Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi [4]Sukan Tidak Sentral [5]Bau [6]Menikmati [7]Zaman Bahari [8]Tabiat Buruk [9]Tembel [10]Sampai tualah lu! [11]Watson Nyambek [12]Nafsu Amarah.

 



08 April 2017

GAJAH di KUALA GANDAH


Kuala Gandah

Ini kali ke 4 aku datang ke tempat perlindungan gajah yang terletak di Kuala Gandah, Lancang Pahang Darul Makmur.  Dikenali sebagai Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan[1] yang dahulunya adalah kem bagi unit gajah yang telah menjalankan program pemindahan gajah sejak dari tahun 1974.

Untuk sampai ke sini, perlu melalui Lebuhraya Pantai Timur [KL - Kuantan Highway]  exit di Tol Lancang dan beluk ke kanan. Dari situ perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 25 minit dengan melalui beberapa buah kampung yang pemandangannya memang menarik. Kepada mereka-mereka yang gemarkan suasana hutan waktu malam, bolehlah tinggal di chalet atau campsite yang disediakan oleh Kuala Gandah Forest Park[2] yang lokasinya bersebelahan Pusat Konservasi Gajah.


Setibanya dilokasi, pelawat di minta mengisi borang pendaftaran dan tiada bayaran masuk di
kenakan tetapi pelawat boleh memberi sumbangan derma ke dalam Tabung Amanah Gajah yang telah ditubuhkan oleh Jabatan Perhilitan. Antara tujuan tabung amanah ialah bagi mempertingkatkan kemudahan sedia ada termasuk kerja-kerja kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan gajah serta rawatan berterusan kepada anak-anak gajah yang di tinggalkan oleh kumpulan dan ibu-ibu gajah.


Pelawat juga digalakkan menyertai aktiviti yang disediakan seperti dokumentari tentang proses pemindahan semula gajah liar, sesi bergambar serta memberi gajah makan sewaktu lunch hour[3] bagi gajah-gajah tersebut. Pelawat juga boleh mandi bersama anak gajah dan aktiviti mandi dan mengosok badan anak gajah ini hanya terhad kepada 100 orang sahaja secara bergilir-gilir.



2- Seperti yang tercetak dalam pemplet Perhilitan[4] bertajuk Gajah Asia yang dikategorikan sebagai spesies yang kian terancam dengan anggaran kurang daripada 1,200 ekor gajah liar di Semenanjung Malaysia. Melindungi gajah Asia secara langsungnya membantu melindungi ribuan jenis spesies lain yang terdapat dalam lingkungan habitat gajah tersebut. Gajah membuka denai-denai dan menumbangkan pohon-pohon  [menjadi sumber makanan semula jadi] yang sangat diperlukan oleh haiwan yang lebih kecil.


Ujar Perhilitan lagi, disebabkan kawasan habitat makin  mengecil, gajah kini terpaksa mencari makanan di kawasan pinggir hutan disebabkan kawasan habitat gajah telah bertukar rupa menjadi kawasan perladangan dan penempatan manusia. Pencerobohan kawasan gajah menyebabkan berlakunya konflik dan kerugian pihak terbabit. Tambah Perhilitan lagi, sekiranya gajah-gajah tersebut tidak dipindahkan dengan kadar segera, kerosakan akan bertambah dan kemungkinan gajah tersebut akan mati samaada ditembak atau diracun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
- Wallahuaklam!





Nota Lutut
:

[1] Pusat Konervasi Gajah Kebangsaan : Sekiranya anda ingin tahu lebih lanjut mengenai pusat ini sila hubungi Ketua Pusat Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Jabatan Perhilitan Kuala Gandah, 28500 Lancang Pahang Darul Makmur, Malaysia. Sila e-mail, pos atau telepon di nombor 09-2790391  Fax: 09-2790398. E-mail : www.wildlife.gov.my [Dibuka  setiap hari dari jam 09.00 pagi hingga 05.00 petang].

[2] Kuala Gandah Forest Park : Lokasinya bersebelahan Pusat Konservasi Gajah. Menyediakan kemudahan chalet dan campsite utuk backpacker. Lain-lain aktiviti ialah jungle treking, sukan memanah serta aktiviti lasak seperti atv dan 4x4. Sila hubungi melalui no 019-9306328, Email:gandahforestpark@gmail.com dan fb: Gandah Forest Park Centre.

[3] Lunch Hour
  :  Waktu rehat  iaitu sesi bergambar dan memberi gajah makan.

[4] Perhilitan : Sebuah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.




03 April 2017

APRIL DATANG LAGI




Kalender!
Bulan April 2017 adalah bersamaan dengan bulan Rejab dan  pada 24 April pula ialah hari Israk dan Mik'raj yang jatuh pada 27 Rejab. Manakala pada 28 April pula  bermulanya bulan Syaban dan juga  Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung di Dewan Tun Razak 3, PWTC.


1-
Pada bulan Rejab, umat Islam disaran melakukan amal ibadat sunat seperti berpuasa sunat dan akan ditambah ganjaran pahala yang berlipat ganda jika dikerjakan pula  solat-solat sunat pada siang dan malam harinya. Solat-solat sunat itu termasuklah solat sunat bulan Rejab dan solat sunat lainnya seperti Tahajjud, Tasbih, Hajat, Isyraq, Dhuha, Taubat dan lain-lain lagi[1].


2-
Pada 27 Rejab pula ialah hari Israk dan Mik'raj. Tentulah bukan aku yang layak untuk  membicarakan tentang Israk dan Mik'raj ini. Apapun, aku salin syair dari Imam al-Bushiri[2] seperti berikut:


"Di gulungnya bumi dalam perjalananya. Lapisan langit habis didakinya. Di suatu malam yang sangat berkatnya, Nabi pilihan menunggang Buraqnya
[3]. Buraq mendaki membawa Nabi, hampir ke tempat dijunjung tinggi. Ke kemuncak kemuliaan yang sangat dicintai. Tiada seorang pun yang sampai ke sana lagi. Nabi tergesa-gesa membicarakan kaumnya. Tanda kesyukuran atas kurnia Tuhannya. Mencabar keraguan setiap peragunya. Tetap pendirian meskipun ribut menentanmgnya"



3-
Bulan Sya'ban pula
bermula pada 28 April dimana umat Islam terus mengerjakan amal ibadat kerana bulan Sya'ban juga bulan penuh dengan keberkatan dan kebaikan, termasuk fadilat dan kelebihannya. Oleh kerana setiap orang Islam mengharapkan agar amal ibadah masing-masing yang diangkatkan ke hadrat Allah SWT pada bulan Sya'ban itu diterima, maka sewajarnya kita memperbanyak lagi amal ibadah dengan penuh tawadhu', ikhlas dan taqwa kepada-Nya. Jika Allah SWT dapat menerima amal salih kita, maka sesungguhnya Allah SWT akan menaikkan darjat kita dalam kehidupan dunia dan juga akhirat[3].



4-
Pada 28 April hingga 27 Mei 2017 pula akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa KL yang diadakan di Dewan Tun Razak 3, PWTC. Pastinya, mereka-mereka yang memang ulat buku akan memenuhi gerai-gerai pameran dan jualan yang berlangsung selama 30 hari. Seperti yang pernah aku cerita dalam entri 'Di Pesta Buku Antarabangsa KL' bertarikh 4 May 2014 ...


5-
Nota Lutut :
[1]Bulan Rejab : Perengan ini diambil dari buku Kelebihan Amalan susunan Haji Johari Haji Alias yang diterbitkan oleh Darul Nu'Man, Wisma Yakin, jalan masjid India, Kuala Lumpur dengan cetakan ketiga pada tahun 1998.
[2]Syair Imam al-Bushiri : Syair dari Imam al-Bushiri disalin daripada buku Isra' Dan Mi'raj [satu analisa baru] m/s39 oleh Abdul Halim Mahmud. Buku ini dicetak pada 1981 dan 1985. Diterbitkan oleh Pustaka Nasional Pte Ltd Singapura.
[3]Bulan Sya'ban : Bab ini disalin dari buku Kelebihan Amalan, m/s 24 hasil tulisan Haji Alias Haji Alias.