24 January 2015

DARI KL KE RENGIT!




"Esuk aku dan Majid nak Keluang, Joho.
Balik hari. Amacam nak ikut tak?"



Itulah ayat sms yang aku terima malam tu dari Sani. Tujuan Sani  ke Keluang kerana hendak menilai job baik pulih  taman permainan kat Pekan Keluang!


I- Pukul
9.30 pagi, aku dan Sani menunggu Majid di Restoran Deen, Taman Melawati-Kolompo. Majid tiba di workshop dan minta ganti minyak hitam. Pukul 10.00 pagi lebihkurang kami keluar dari Taman Melawati menuju lebuhraya Utara-Selatan.

Kereta Hilux dipandu Sani bergerak dilebuh raya dengan lancar. Singgah kejap di perhentian Nilai. Perjalanan diteruskan menuju Bandar Keluang melalui beberapa simpang, exit Air Keroh, Jasin-Merlimau, Tangkak-Muar, Pagoh, Yong Peng-Segamat dan pada pukul 12.30 tengahari kereta membelok  masuk ke Air Hitam. [Bayar tol RM32.00]

Sani
cadangkan makan tengahari dahulu sebelum solat Jumaat. Kami berhenti disimpang Lorong Hj Sulaiman, makan nasi berlaukkan ikan baung masak assam pedas. Bila assam pedas dihidang, kami bertiga terpinga-pinga kerana warna kuah assam pedasnya berwarna gelap dan sedikit likat. Apapun, itulah rezeki kami. Kami bedallah! [Makan tengahari RM52.00].

Usai
solat Jumaat di Air Hitam, kami gerak ke Bandar Keluang. Di kiri jalan menuju ke Keluang ini, kami boleh lihat ladang-ladang pertanian seperti Program Penanaman nenas, ladang ternakan lembu [Osis Unggul Sdn Bhd], termasuk Taman Pertanian Air Hitam seperti di Lancang, Pahang.


Kereta
berhenti ditepi jalan berhadapan taman permainan di Bandar Keluang. Si Sani meninjau disekitar taman. Mencatit dan merakam gambar peralatan yang rosak seperti pelastik yang warnanya pudar, besi berkarat, tempat duduk jongkang-jongkit yang tanggal serta lantai yang rosak teruk. Selesai urusan di taman, Majid ajak singgah di bengkel kereta kerana kereta Hilux, aircondnya kejap ada kejap takada. [Ahh! Udah macam iklan biskut pulak!]


II- Filter
air cond udah siap dipasang. Majid ajak ke Kampung Punggur, Rengit  untuk mengambil benih kelapa mawar di rumah Sallehudin. Dari Keluang ke Air Hitam, lalu Parit Raja, Senggarang dan short-cut ikut Parit Botak menuju Kampung Punggur. Jauh jugak jarak perjalanan dari Parit Botak ke Kampung Punggur. Kira lengguh tangan si Sani pegang stering!

Akhirnya
kami sampai di rumah Sallehudin yang ada papan tanda nama Baiah Bt Hj Abas [17] serta bendera negeri Joho.
Ali dan Din udah menunggu kami dihalaman rumah. Kami bersalaman dan bertanya khabar. Kami dijamu dengan air kelapa muda. Kemudian Ali memberikan kami beberapa biji buah sukun, buah chiku, lemon dan memetik sedikit pucuk  tengek burung untuk diberikan kepada kami sebagai ole-ole nanti. 


III- Pukul 5.30 petang kami diajak oleh Sallehudin ke Pantai Punggur untuk minum petang. Sambil berbual sambil pekena goreng pisang panas. Mula-mula berbual tentang tanah pertanian, benih dan baja. Lepas tu Den beritahu kami, Pekan Rengit selain terkenal dengan ikan fresh yang dijual kat pasar, terkenal gak dengan barang-barang terpakai yang dijual kat sekitar Kompleks Niaga Barang Terpakai Kg Orang Asli Rengit.


Udah nak senja. Pukul 6.30 petang kami tinggalkan Sallehudin, Ali dan Pantai Punggur menuju lebuhraya melalui Batu Pahat, Yong Peng dan singgah disurau berhampiran tol untuk solat magrib. Alhamdullilah! Kami selamat tiba di Taman Melawati, Kolompo jam 9.45 malam. [Ada rezeki, lain kalilah kita jenguk barang terpakai di Pekan Rengit!]. - Jumpa Lagi!









20 January 2015

ERIC, K-PoP & FENOMENA ALAM



I- Eric!
Ada lagi provokasi[1].
Kali ini dari seorang yang begelar peguam hak asasi yang membuat kenyataan berbau hasutan menerusi akaun Twiter. Kenyataan Pengarah Eksekutif Lawyers of Liberty, Eric Paulsen tidak berasas itu boleh mencetuskan  keresahan dan tidak puas hati orang Islam.


Aku hati panas, apabila baru-baru ini Eric mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malayis [Jakim] kononnya menyebarkan fahaman ekstremisme
[2] melalui khutbah solat pada setiap hari Jumaat. Provokasi yang agak ekstrem serta merbahaya ini jika ambil mudah dan dipandang sebelah mata oleh pihak berwajib akan merosakan ikatan masyarakat berbilang kaum yang udah terjalin sekian lamanya.

Seperti yang disuarakan oleh Datuk Seri Khir Bahrom, Eric sewajarnya tidak melibatkan dirinya dalam perkara-perkara seperti itu, memandangkan khutbah merupaka rukun dalam solat Jumaat. Tuduhan yang dibuat Eric juga seolah-olah cuba campur tangan dalam hal ehwal agama penganut lain yang tidak sepatutnya berlaku.

Ekoran
dari kenyataan tersebut, PDRM telah menahan Eric dipejabatnya, di Brickfields kira-kira pukul 9.45 malam dan akan disiasat mengikut Akta Hasutan 1948. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penahanan itu penting demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat majmuk di negara ini.

Beliau juga memberi amaran kepada pihak-pihak tertentu agar tidak mempolitikan atau manipulasi isu berkenaan kerana dikhuatiri boleh menjejaskan keselamatan awam. PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang bagi menjaga hak serta kebebasan rakyat Malaysia untuk hidup aman dan damai tanpa dihasut oleh mana-mana pihak yang mempunyai agenda tersembunyi.[sumber dari M/S 5, Utusan Malaysia 14 Januari 2015].



II- K-PoP!
Pada
16 Januari 2015 tadi aku berada dalam dewan Masjid Amaniah Kepong untuk menunaikan solat Jumaat. Macam biasalah sebelum solat Jumaat, wajib[3] [bukannya mesti] mendengar khutbah yang teks khutbahnya disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [Jakim] kerana khutbah itu merupakan rukun dalam solat Jumaat.

Khutbah berkisar tentang insiden tidak senonoh antara kumpulan K-PoP[4] [BIA4] dengan beberapa peminat gadis Melayu  bertudung yang dicium dan dipeluk anggota kumpulan dari Korea Selatan tersebut, ketika membuat persembahan di pusat hiburan KL Live baru-baru ini.
 

Teks yang dibacakan lebih kepada memberi pesanan kepada jemaah untuk sentiasa menjaga kehidupan sebagai seorang muslim bukannya menyebarkan fahaman ekstremis kepada  orang ramai [jemaah] seperti yang didakwa oleh Eric Paulsen. Datuk Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jakim pula berkata insiden itu telah meninggalkan kesan memalukan kepada rakyat negara ini khasnya umat Islam apabila melihat  gadis Melayu Islam obses[5] terhadap artis berkenaan.
 

Ujar Datuk Othman lagi, ibu bapa seharusnya memantau dan mendidik anak-anak masing-masing dengan menasihati serta mengawal aktiviti mereka daripada terjerumus aktiviti tidak sihat. Sehubungan itu, katanya Jakim secara tegas melarang mana-mana acara yang bertentangan dengan moral, akhlak Islam, tatsusila dan budaya di negara ini. [Datuk Othman Mustafa]

[Perasaan
minat melampau kepada artis akan bertukar menjadi taksub[6] sehingga membawa kepada perkara yang tidak dingini seperti tindakan remaja pompuan yang merelakan diri dipeluk dan dicium dihadapan ribuan penonton, macamlah bagus sangat!

Ini kerana budak-budak pompuan tu teringin sangat nak bergambar dengan artis pujaan mereka dan akan banggalah kalau dapat memuat naik gambar bersama artis kesayangan diWhatsApp, Instagram, facebook atau Twitter siap dengan ayat "Bersam BIA4 di KL Live. Korang ada?"].




III- FENOMENA ALAM

 

Macam-macam yang udah kita dengar melalui berita tentang fenomena alam seperti gempa bumi, puting beliung, ribut taufan, tsunami dan banjir besar yang sebelum ne hanya berlaku diluar negara. Fenomena Alam ini berlaku mungkin kerana disebabkan perlakuan kejam manusia itu sendiri terhadap alam atau alam itu sudah bosan dengan tingkah-laku manusia.

Banjir,
sepatutnya udah menjadi perkara biasa kerana bermula pada bulan Oktober hingga Disember, hujan akan turun dengan lebatnya terutama sekitar Pantai Timur. Tetapi kali ini banjir diKelantan amat luar biasa, ini kerana air hujan itu membawa sekali lumpur pekat lalu menumbangkan pokok-pokok, merosakan jalan dan jembatan dan menyeret sekali rumah-rumah kedalam lumpur. Ia seakan-akan Tsunami!

Banyak komentar dan rencana ditulis semasa banjir dan tentulah lagi banyak analisis dan gambar-gambar banjir dari lenca kamera jurugambar ketika kejadian banjir yang dikatakan antara terburuk dalam sejarah negara terutama di negeri-negeri Pantai Timur. Dalam banyak-banyak rencana yang aku terbaca, aku tertarik dengan tulisan  dari penulis SELAK, Hassan Mohd Noor.

En Hassan Mohd Nor menulis iaitu banyak kawasan di Kelantan, negeri yang mendapat jolokkan sebagai negeri Serambi Mekah[7] itu dilanda banjir seperti Kota Bharu Bandar Raya Islam tenggelam, Stadium Sultan Muhamad IV yang pernah mencatat rusuhan ketika perlawanan bola sepak dan mencetuskan doa kontroversi akibat fahaman politik berbeza turut tenggelam. Stadium bertukar menjadi kolam.

Kata
Hassan lagi, sama ada ia dianggap satu kemurkaan Allah untuk 'membasuh'[8] dosa atau sebagai bencana akibat kerakusan manusia terhadap alam, kita harus menerima hakikat sebagai ketentuan dan kehendakNya. Akhirnya kita terpaksa berserah kepada qada dan qadar[9]. Ingatlah, umat Melayu beragama Islam merupakan majoriti mangsa banjir ini. Anggaplah banjir ini ada hikmah! [Hassan Mohd Noor -hassan noor@utusan.com.my].
 


Ada Hikmah! Itu adalah pandangan penulis tentang banjir diPantai Timur. Begitu juga dengan rencana dari Al-Bayan [En Mohd Radzi Mohd Zin] iaitu selepas keadaan pulih di beberapa kawasan, bantuan datang mencurah-curah. Baik daripada kalangan umat Islam mahupun yang bukan Islam. Ini adalah satu daripada hikmah banjir yang melanda apabila masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik semuanya berganding bahu menghulur bantuan bagi meringankan beban mangsa banjir.

Bagi orang beriman, walaupun banjir itu disebut bencana alam namun di sebalik yang tersurat ia adalah peringatan daripada Allah agar kita kembali kepada-Nya. Dengan kata lain, bala yang diturunkan itu adalah sebagai kaffarah[10] untuk menghapus dosa-dosa yang kita lakukan.

Untuk itu, marilah sama-sama kita memohon keampunan daripada Allah SWT di atas segala kesalahan dan dosa sama ada yang kita lakukan secara sedar atau tidak. Orang beriman itu sifatnya akan semakin mendekatkan diri kepada Allah apabila berhadapan dengan ujian.


Inilah yang diperintahkan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud: "Dan mintalah pertolongan [kepada Allah] dengan sabar dan solat. Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat kecuali bagi mereka yang khusyuk[11]." [al-Baqarah:45].

 


Malangnya, ada di antara mangsa banjir yang lalai dan mengambil mudah bab solat fardu ini. Lebih dikesalkan mereka ini ditempatkan di masjid sebagai penempatan sementara pun tidak solat berjemaah apabila azan dikumandangkan. [Al-Bayan. Mohd Radzi Mohd Zin, rencana UM Jumaat 2 Januari 2015]. - Wallahuaklam!

18 January 2015

PONDOK SANI & Tanah Kebun!




Pukul sebelas pagi.


I- Langit Cerah. Sewaktu menyusuri Kampung  Paya Pelantar, terasa udaranya dingin dengan kehijauan pohon-pohon kelapa sawit dan pohon-pohon getah. Perlahan-lahan kereta Wira putih yang dipandu Abang Hj.Omar memasuki kawasan kebun Sani melalui pintu pagar yang terbuka. Aku dan Hj.Omar akan menumpang tido malam ini dipondok Sani.

Dihadapan
pondok. Si-Sani baru sahaja selesai menghidupkan unggun api menggunakan dahan dan ranting kering. Abang Hj Omar memberi salam kemudian berkenalan. Si-Sani mempersilakan kami duduk dikerusi kayu dihadapan pondok. Kami berbual. Sani memberitahu Hj.Omar iaitu pernah sekali melihat Hj Omar ketika datang berhari raya di Kampung Nakhoda satu ketika dahulu.


Pukul dua petang.

II- Usai
solat zohur kami bertiga gerak keluar dari pondok menggunakan kereta Hj.Omar menuju Mempateh untuk makan tengahari. Beginilah rutin harian aku ketika berada pada ambang tahun baru 2015. Aku akan turun ke-kebun bersama Sani, dua tiga hari dalam seminggu. Buat masa ne aku terpaksa berulang-alik dari Kolompo ke-kebun di-Lancang kerana cabin[1] dalam kebun, belum ada api dan air.

Kereta wira meluncur laju. Melalui Kg. Sempadan, Kg. Kuala Kaung, Kg.Jeragan, Kg. Dala, Kg.Punjung dan masuk ke simpang Lancang dan terus ke Mempateh. Disimpang Mempateh ini kereta berhenti. Kedai makan nasi berlauk baru sahaja ditutup. Terpaksalah kami minum teh panas dan pekene goreng pisang sebagai alas perut disebuah gerai, sebelum ke tanah kebun.

Pukul tiga petang.

III- Cuaca panas.
Kami sampai ditanah kebun. Satu daerah yang asing bagi Hj.Omar apabila melihat bukit-bukit dengan teres-teres yang menghijau dengan tanaman nangka. Dikaki bukit, berhampiran anak sungai pula ada pohon-pohon pisang yang  telah diselaputi pohon menjalar seakan terbiar. [Kebanyakan pemilik kebun disini mengusahakan tanaman kekal seperi nangka, kelapa dan pisang].

Dua buah cabin dikebun ini yang menyerupai kontena serta sebuah bilik air dan sebuah tandas adalah tempat tinggal pekerja. Berhampiran bilik air, ketika ini Sani sedang membancuh racun rumpai dan memasukkannya kedalam tong penyembur racun berwarna kuning. Sementara Hj. Omar meninjau-ninjau kawasan tanah kebun yang masih lagi kontang dengan tanaman, aku pula membersihkan bilik mandi dan bilik tandas.

Si Sani
sedang meracun saki baki lalang yang baru tumbuh. Mulut dan hidungnya dililit dengan kemeja-T. Lalang ini selepas diracun, daunnya akan kering dan kaku disitu tetapi akar-akarnya yang berada didalam tanah akan  menjalar dan terus menjalar untuk hidup. [Lalang ini ada dikaitkan dengan kehidupan manusia seperti 'Jangan jadi seperti Lalang' kerana lalang ne, apabila angin bertiup kekiri  ia akan lentuk kekiri, apabila angin bertiup kekanan ia akan kekanan juga].

Cuaca
tambah panas. Aku berada ditengah-tengah tanah kebun, memakai topi bagi melindungi kulit muka dari sinaran matahari. Ditengah tanah kebun ini aku berdiri, melihat hijaunya lalang dan sesekali bunga lalang itu terbang melayang bersama angin petang. Tumbuh-tumbahan seperti lalang, pokok senduduk dan paku-pakis masih lagi tumbuh meliar terutama berhampiran anak sungai.

Bunga
lalang itu bila dirakam memang cantik. Begitu juga dengan bunga pokok senduduk. Bunganya berwarna bijik kundang, saling tak tumpah seperti bunga anggerik[2] tetapi takda pulak yang berminat untuk menanamnya dihalaman rumah. Berrrrrr! Bunyi seekor burung tekukur terbang keluar dari semak-samun apabila aku menghampiri kawasan tersebut. Kemudin sepasang burung puyuh juga seakan terkejut, berlari dan terus terbang menuju kawasan yang lebih selamat. [Tak ada pic burung pasal tak sempat nak rakam Bai!].


Sesekali
angin bertiup. Bunga lalang dan debunga senduduk terbang melayang-layang di-udara dan jatuh entah dimana. Sayup-sayup kedengaran bunyi enjin jentolak yang dibawa angin melalui celah-celah bukit. Jentolak itu bukannya menumbangkan pokok atau meratakan bukit tetapi sekadar menolak dan melenyek-lenyek pokok senduduk, lalang dan paku-pakis sehingga luyai[3].

Jika
jentolak itu bekerja ikut cara SoP[4] yang disediakan oleh orang-orang Cameron Highlands yang rakus, mungkin satu hari nanti tanah kebun ini juga murka. Masatu, kalau hujan turun, airnya akan membawa lumpur, lagi barbau serta kotor. Maka bermulalah protes alam yang tidak dijangka. 

Keliru!
Mulalah salah menyalahkan diantara satu dengan yang lain apabila melihat air yang menitis itu membawa sekali duka. Dimana gerangan pancurannya, sehingga kuyup satu daerah. Tiba-tiba jembatan dan jalan di-daerah itu hilang dalam sekelip mata. Air lumpur berwarna kuning itu bukan sekadar mencalit lumpur pada dinding dan lantai rumah tetapi mengheret sekali jiwa resah gelisah manusia apabila di timpa bencana. [Hargailah alam, bersimpati dan beriktibarlah!]

Pukul lima petang.

IV- Kami bertiga tinggalkan tanah kebun. Perut lapar. Kami singgah di Kampung Semantan, Lancang untuk mengisi perut. Abang Hj.Omar dan Sani memesan nasi goreng dan aku pulak meminta 15 cucuk sate ayam berserta tiga ketul nasi impit. Selesai makan kami gerak kearah Paya Pelantar. Aku menghela nafas lega sebaik sahaja kami sampai dihalaman pondok Sani.

Malam mula berputik. Mandi, solat dan berehat. Diluar, unggas mula berteriak, bersiul dan menyanyi. Cengkerik, burung wak-wak, burung murai batu sahut-menyahut. Jauh diseberang sungai, disebalik belukar, disebalik bukit bukau kedengaran ayam berkokok. Malam bertambah larut. Cut!

13 January 2015

KE LANCANG BERSAMA SANI


Pukul tiga petang.


I- Aku
dongak kelangit, melihat awan kelabu berarak.  Gumpulan-gumpalan  awan kelabu mula bertukar menjadi hitam bagaikan sekawan burung garuda mahu menyerang dan turun kebumi. Tidak lama kemudian angin bertiup, diikuti dentuman petir dan hujan lebat.

Sepanjang hujan turun, aku berlindung disebalik tiang. Mata aku pula memerhatikan pergerakan air hujan yang mula bertakung tidak jauh dari longkang. Air itu bergerak laju keluar dari takungan menuju longkang dan membawa sekali dedaun kering. Apabila air itu bertemu lubang kecil ia cuba masuk sambil berpusing disekeliling lubang lalu jatuh ke dalam longkang. Air, apabila hendak bergerak laluannya jangan cuba hendak dihalang!




Setengah
jam kemudian Sani tiba. Ketika kereta meninggalkan kawasan kejiranan aku, cuaca kelihatannya seperti senja sedangkan jam ditangan aku baru menunjukkan pukul 0335 petang. Kereta yang dipandu Sani bergerak laju melalui Tol Gombak, Genting Sempah dan berhenti di Pekan Karak.

"Kita berhenti kat sini. Petang ne ada pasar, boleh kita beli makanan untuk makan malam. Malamnya nanti tak payah keluar makan". Ujar Sani sambil kami gerak ke arah gerai-gerai yang didirikan kat kawasan lapang berhampiran masjid.

"Apa kata malam ne kita pekena sate. Aku payunglah[1]".

"Ok gak. Lu beli sate, gua beli sikit kuih"
balas Sani.

Walaupun
dipanggil pasar malam tetapi tidaklah sama pasar malam Jalan Kucing atau pasar malam diTaman Beringin kat Kolompo. Kat sini hanya ada lebihkurang 15 gerai. Lagipun, pekan Karak ne tidaklah sebesar mana kalau nak dibandingkan pekan Bentong atau Temerloh.

                  

                      
Pukul 0445 petang.

II- Usai
membeli sate, sedikit kuih dan teh panas, kami gerak tinggalkan Pekan Karak menuju Paya Pelantar. Melalui Jambu Rias lalu ke Kampung Lengkong dan terus ke pondok Sani yang terletak didalam kebun Paya Pelantar.

Keluar sahaja dari perut kereta, kaki memijak tanah lembut lagi basah kerana hujan baru sahaja berhenti disini. Kenalah memilih laluan yang tanahnya keras sedikit supaya tapak kasut tidak mudah terbenam. Sambil berjalan menuju pondok, berpuloh-puloh ekor nyamuk mengejar, berpusing-pusing dan cuba membenamkan jarumnya kat sekitar tengkuk aku. Aku cepatkan langkah menuju pondok!


Dipondok,
SiSani sedang menyalakan lingkaran penghalau nyamuk atau mudahnya disebut ubat nyumuk. Setiap satu lingkaran berkesan untuk menghalau nyamuk selama 8 jam bagi bilik berukuran 60m. Walaupun likaran ubat nyamuk dipasang tetapi ada gak beberapa ekor nyamuk yang berani meredah asap nyamuk kerana laparkan darah. Aku pula kebilik air untuk mandi dan kemudiannya solat Magrib.

Senja pun membawa waktu ke malam. Kami menikmati sate yang sudah sejuk sambil ditemani suara katak, siput babi, cengkerik dan burung tukang. Seperti sebuah orkestra gamaknya, berkicau, bersiul, sahut menyahut tanpa rasa jemu, rasa cemburu atau  suaranya akan ditiru. Mereka hidup bebas sebab itu mereka digelar binatang!

Malam
tiada bulan tiada bintang. Si Sani, selepas makan sate layan pulak sebatang rokok. Badannya disandarkan ke-tiang dinding. Tenang saja wajahnya. Aku pula cuba menghabiskan saki-baki air teh yang udah sejuk. Mata mengintai ke-luar, menyuluh ke ranting pokok jering, kalau-kalau ternampak sang tupai  mengupas buah. Malam ne tupai tidur awal agaknya!

Angin
malam membawa waktu dinihari[2]. Esuk paginya kami hendak ke-kebun yang jarak antara pondok diPaya Pelantar ke Mempateh diLancang lebih kurang 45 minit masa perjalanan. Malam yang dingin membuatkan kami tidur lena. Z-Z-Zzzz!

                          
Pukul lapan pagi.


III- Aku dan Sani udah sampai  disimpang Mempateh. Pagi ne cadangnya hendak sarapan ruti canai tetapi kedainya tutup. Kami ke seberang jalan. Minum disebuah gerai kecil kepunyaan seorang wanita, yang ketika itu hanya ada seorang pelanggan sahaja sedang bersarapan. Kami sarapan nasi lemak bungkus. Seorang pelanggan lelaki bertubuh kecil masuk dan duduk mengadap kami berdua. Lelaki itu hanya duduk sambil sengih-sengih[3]. Aku sebagai orang luar kenelah beradab sikit lalu menegur lelaki tersebut.

"Minum Bang"
 

Lelaki itu hanya mengeleg-gelengkan kepala sambil merenung aku. Risau gak aku, apahal Mamat ne sengih tak habis-habis. Bercakap tidak, bisu agaknya. Aku bersuara lagi.

"Makan nasi lemak Bang"
 

Senyap gak. Sengih lagi tapi kali ini ibu jari dan jari telunjuk kanannya bergerak, di-digeselkan diantara satu sama lain sebagai memberi isyarat. Ohhh! Baru aku tau, Mamat ne minta duit. Si Sani juga baru perasan yang Mamat ne bukan nak minta belanja minum tetapi nak duit. Untuk memuaskan hati Mamat ne aku huloklah dua hengit.

Mamat bertubuh kecil itu berlalu. Tidak lama kemudian seorang lelaki tua berjangut, berpakaian lusuh, masuk ke-gerai dan terus menghampiri kami berdua.

"Belanja minum boleh?"

"Boleh, Mintaklah" Jawab aku pendek.


"Teh Ice" pintanya. Fuhh! Pakcik ne lagi berutal
[4] Tak ada salam-salam nak mintak belanja, pulak tu pagi-pagi dah minum iced, macam Mat Sallehlah pulak.

"Kat sini ramai gak yang wa'yer short
[5] ya!"  Sani bercakap perlahan seakan-akan berbisik. Tangannya mencapai sebatang rokok lalu membakarnya. Menyedut dan melepaskan asapnya ke-ruang udara.

"Ah! Dia ne memang macam ne. Dalam sehari tu kekadang minum teh ais sampai lapan gelas. Semua orang belanja, kekadang Kakak pun bagi free je bila dia nak". Tiba-tiba tuan kedai [pompuan] bersuara dengan te'lor[6] pekat Pahangnya. Mungkin telinganya mendengar bisikan Si Sani tadi.

"Kak, nak tanya! Kenapa ada ramai orang macam ne kat sini? Hari tu, ada dua tiga orang yang minta rokok kat saya. Tenguk gayanya macam orang terbiar. Sorang tu nampak macam ok tetapi pagi-pagi udah menyanyi sambil mundar - mandir, macam tak betul". Soal Sani panjang lebar kepada tuan kedai.

"Tak ramailah, adalah lima enam orang. Yang Pakcik minum teh ais ne adek beradik dengan lelaki yang pakai baju hitam sepasang diluar tu!" Sambil jari Kakak tu menunjukkan seorang lelaki yang rambutnya kusut masai sambil ke hulu sekejap, kehilir sekejap tanpa tujuan mungkin!

"Ohhh gitu. Kesian!".

Aku dan Sani bangkit dan terus membayar harga 2 gelas teh tarik, satu gelas teh ais dan dua bungkus nasi lemak lalu hendak beredar.

"Rokok sebatang!".

Sani menghulurkan sebatang rokok, tolong mencucuhkan apinya sekali. Lelaki teh ais tu senyum, menghisap rokok dan melepaskan asapnya perlahan-lahan tanda puas! Kami gerak meninggalkan
Mempateh menuju Taman Pertanian Kekal. - Jumpa Lagi!

 

       





11 January 2015

LANGKAWI KE KOLOMPO [8]


30 Disember 2014


Jam 0800 pagi di dalam bilik Motel Warisan Siti, kami bertiga [aku, Baha dan Saiful] bersiap-siap untuk keluar sarapan. Ketika perpusing-pusing[1] sekitar rumah kedai di-Dayang Business Centre, belum banyak lagi kedai yang dibuka. Oleh kerana tiada pilihan akhirnya kami singgah untuk bersarapan di restoran mamak yang terletak di-coner lot rumah kedai. [Ah! Mamak lagi]

Sambil
minum kami berbual. SiSaiful bagitau kami, nanti setibanya di-Kuala Perlis, Saiful hendak balik Kolompo memalui perkhidmatan bas ekspres Kuala Perlis ke Kuala Lumpur. Aku dan Baha pula merancang untuk balik ke Kolompo menggunakan tren Ipoh-KL atau KTM Senandung Langkawi. Maknanya, kami akan berpisah dengan SiSaiful sebaik sahaja tiba di jetty Kuala Perlis.

Walaupun
siSaiful macam tergesa-gesa hendak balik Kolompo pagi ne, tetapi pada masa yang sama mengajak kami ronda-ronda dahulu ditepi pantai berhampiran foodfourt [stall] yang disediakan oleh Majlis Bandaran Langkawi [Municipal Council Langkawi].

Pukul 1030 pagi lebihkurang, barulah kami check-out dari bilik penginapan. Masa siSaiful berurusan dengan staff Motel Warisan Siti, aku pulak ambik kesempatan membeli tiga helai kemeja-T yang tertera logo Starbuck Coffee Langkawi dan Langkawi Island. [Harga 3 helai kemeja-T  RM40.00].

Untuk
sampai ke jetty, kali ini kami [aku, Baha dan Saiful] menapak[2] ikut tepi pantai sekitar Taman Lagenda Langkawi. Sepanjang menyusuri taman ini aku lihat ada beberapa ekor ketam gergasi, buaya dan rama-rama dijadikan sebagai art deco bagi mengindahkan lagi landskap Taman Lagenda Langkawi.


Menapak
ikut short-cut Taman Lagenda Langkawi ne memang berbaloi. Ketika kaki melangkah ikut trek yang disediakan, mata pulak layan  panorama pagi dimana terdapat banyak boat dan kapal layar yang berlabuh berhampiran Jetty Kuah. Dari jauh udah kelihatan titik tumpu[3] diDataran Lang iaitu sekor burung helang yang bersedia untuk terbang. [Jika berjalan hanya 15 minit kalau ikut Taman Lagenda Langkawi, jarak antara Dayang Business Center ke Jetty, hanya kira-kira 1 kilometer sahaja].

Jetty Point Complex.
Kami sampai dikompleks lebih kurang pukul 1145 pagi. Beli tiket ferry dengan harga RM18.00 seorang. Ferry akan gerak dari terminal pada jam 1300 tengahari dan dijangka tiba di-terminal Kuala Perlis pada pukul 1430 petang.  Ada masa lagi kalau kami hendak makan-minum atau ke tandas untuk melepaskan hajat.

Kaum[4]
memang ramai kat sini terutama pelancung Mat Salleh. Kami bertiga memilih untuk lepak kat luar kompleks siar kaki berhampiran medan selera. Baha dan Saiful layan nasi lemak dan aku pulak masih kenyang. Masa yang terluang[5] lebihkurang satu jam akan aku habiskan dengan mencuci mata disekitar kompleks. Aku tinggalkan Baha dan Saiful disitu.

Sibuk.
Orang ramai mundar-mandir disini. Aku buat hal akulah, jenguk itu-ini dan gerak dari satu kedai ke satu kedai. Memang takada niat pun hendak membeli souvenirs walaupun kat sini ada Duty Free Shopping Centre gitu! Terdapat dua buah shopping mall kat sini. Kebanyakan outlet menjual pakaian, accessories, cosmetics, minyak wangi, barang-barang kulit, pakaian sukan, emas, kamera, kasut dan chocolates. [Teringat choklat, meleleh air liur Bai!]

Selain
dept. store terdapat gak outlet Kenny Rogers Roaster, Bakeries Cafe, Starbuck Coffee dan juga outlet KFC. Kira, kat sini adalah satu-satunya shopping mall yang terbesar diPulau Langkawi. Kalau korang nak datang pulau lagenda ne bawaklah modal banyak sikit. [Boleh shopping sakan Bai!]

Jom Gerak!
Ada baiknya kita berada berhampiran feery 15 minit lebih awal. Orang ramai mula bersesak-sesak apabila pintu ferry dibuka. Kami duduk diseat 210, 211 dan 212. Tepat jam 1300 tengahari ferry pun gerak meninggalkan pulau lagenda menuju jety Kuala Perlis.


Kuala Perlis.
Cuaca nampaknya baik. Jam 14.45 ferry yang kami tumpangi sampai dengan selamat. Sebelum kami meneruskan perjalanan [menapak] ke bus terminal, kami singgah disebuah restoran untuk makan tengahari. Usai makan, kami gerak ke bas terminal. Aku dan Baha memebeli tiket bas ekspres Arwana ke-Ipoh dengan harga RM27.50 seorang. [Sementara siSaiful akan menaiki bas ekspres ke Kolompo pada jam 1600 petang].

Pukul 15.05 petang baru bas yang aku dan Baha tumpangi bergerak meninggalkan terminal menuju Bandar Kangar. Bas gerak perlahan ketika memasuki Bandar Kangar dan berhenti pulak diterminal hampir 40 minit lamanya kerana menunggu kalau-kalau ada penumpang. Masa bas berhenti disini, siBaha ambik kesempatan untuk solat Zuhor sementara aku menunggu didalam bas.

Bas Arwana Ekspres mula gerak menuju Terminal Shahab Perdana diAlor Setar. Perlahan sungguh pergerakan bas ketika menyusuri jalan yang dikiri kanannya kelihatan sawah padi yang sedang menghijau dan saujana mata memandang. [Kalau macam nelah, mungkin kami terlepas tren laju Ipoh-KL pada jam 2100 malam].

Adus!
Pukul 17.15 petang baru bas nak gerak ke Butterworth setelah berhenti selama 15 minit di Terminal Shahab Perdana. Sampai diTerminal Penang Sentral Butterworth pulak, cuaca udah gelap. Mana tak gelap, masa ne jarum jam tangan aku menunjukkan pukul 1900 malam. [Memang udah terlepaslah ekspres Ipoh-KL. Terpaksalah kami guna KTM Senandung Langkawi Bai!].

Akhirnya
bas yang kami tumpangi sampai di-Ipoh Terminal. Terminal bas kat sini pulak jauh teramat sangat dengan pusat bandar dan stesen KTM Ipoh. Nak tak nak terpaksalah kami naik teksi dengan kos sebanyak RM30.00 hengit bagi perjalanan ke Stesen KTM Ipoh Mali[5].

Sebaik
keluar sahaja dari perut teksi, kami bergegas ke-kauter tiket kalau-kalau ada perjalanan keretapi sebelum jam 2200 malam. Mana ada Bai! Jadi kami belilah tiket KTM Senandung Malam yang akan bertolak dari Ipoh pada jam 01.48 pagi dan dijangka sampai kat Kolompo jam 05.40 pagi. [Kira oklah tu, kami sampai pagi kat Kolompo. Bolehlah sarap dulu Bai!]



Nota Lutut: Belanja hari terakhir backpacker ialah Sarapan pagi RM2.50. Beli Kemeja-T 3 helai RM40.00. Tiket ferry RM18.00. Makan tengahari RM3.50. Tiket bas RM27.50. Tambang teksi ke KTM Ipoh RM15.00. Tiket KTM Ipoh-KL RM22.00. Makan malam RM5.00. Beli jajan dan sedekah musafir RM13.50. Sarapan pagi RM8.00. Jumlah semua : RM155.00]. - Backpacker kami tamat disini!










10 January 2015

DAYANG BUSINESS CENTRE [7]


29 Disember 2014


[Sambungan story backpacker ke Utara]
I- Macam
yang aku cerita sebelum ne dimana kami bertiga [aku, Baha & Saiful] cuba mendapatkan bilik harga murah disekitar Dayang Business Centre [DBC]. Mula-mual kami nampak papan tanda Cosy Inn dan singgah untuk bertanya room rate. Kemudian cuba pulak Island Time Motel dan 71 Motel, semuanya udah penuh. Akhirnya kami mendapat bilik di Motel Warisan Siti dengan kadar bayaran RM75.00 semalam.


Bilik
yang kami tumpangi mempunyai ruang yang terhad. Di-isi dengan satu katil bujang dan satu katil besar serta sebuah almari pakaian. Bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin, air panas dan sebuah peti tv 14" [buntut besar] yang digantung hampir mencecah siling. [Ah! Apa ada kisah, janji kita dapat meluruskan kaki, mandi, solat dan tido!]

Petang.
Hujan mula turun dengan lebatnya. Dingin mula terasa  sebaik sahaja aku selesai mandi. Jika hujan berhenti nanti kami bercadang untuk ke Pusat Bandar Kuah untuk membeli-belah. Khabarnya, chocolate Hj Ismail Group memang terkenal dan udah menjadi salah satu aktiviti 'mesti' apabila pelancung  datang ke bandar ini. Apapun, aku terpaksa pergi ke Atm dahulu kerana aku udah kehabisan wang tunai. 

Diluar
hujan masih lagi belum reda. Kami cuba juga keluar dari bilik untuk meredah hujan. Baha dan Saiful membalut badan dengan baju hujan pakai buang [emergency poncho] yang baharu sahaja dibeli kat kedai serbaneka sebentar tadi. Aku pulak memang ada membawa rain coat warna hitam jenama FILA.

Hujan
mula reda sebaik kami menghampiri jembatan berdekatan bandar Kuah. Hanya tinggal titis-titis air yang jatuh membasahi jalan tar. Kami gerak melalui rumah kedai. SiSaiful singgah dikedai menjual barang-barang kraf, aku dan Baha pula ke mesin Atm.

Lepas tu aku dan Baha singgah membeli sedikit chocolate dikedai Hj Ismail Group. Kami merayau pulak kat kawasan kemah-kemah putih yang ditegakkan dikawasan lapang. Kebanyakannya menjual pakaian, kasut, barang souvenir dan gerai makanan. Aku sambarlah sehelai kemeja-T corak batik [warna terang] dari P-Haris  Made in Thailand dengan harga RM28.00.



Senja
udah berlabuh di-Bandar Kuah. Tidak ada lagi titis-titis hujan. Aku dan Baha lepak kat gerai makan, pekene teh panas dan seketul kuih bahulu sambil call siSaiful. Usai minum, kami berdua gerak ke kedai menjual minyak wangi dimana siSaiful sedang tawar-menawar dengan tauke kedai tersebut. [Wah! Banyak gah siSaiful membeli minyak wangi, mungkin nak bagi sebotol-dua kat buah hati kot!].

II- Dayang Business Centre [DBC].
Jam 2100 malam lebihkurang gitu, kami keluar dari bilik kerana perut udah lapar. Di DBC, udah banyak kedai menutup pintu terutama kedai menjual pakaian, kedai souvenir dan kedai menjual pinggan mangkuk. Kedai yang masih beroperasi disini ialah pusat hiburan, kedai runcit, restoran mamak dan steakhouse restaurant.

Malam
ne kami cadang makan malam disebuah restoran yang kelihatan dari luar, hiasan dalamannya sangat memikat hati kami. Ketika kami masuk ke Mafioso Steakhouse Restaurant, terdapat enam orang pelanggan sedang menikmati makan malam. Sebaik restaurant crew  menghampiri kami, siSaiful memesan Seafood Pizza dan secawan Nescafe, Baha pula meminta Beef Burger dan Watermelon, aku memesan Caesar Omerta Salad bersama 100 Plus. [Makan malam RM17.00]

Sambil
menunggu makan malam dihidangkan, mata kami bergerak memerhati lukisan dinding [wall art] dari satu lukisan kepada satu lukisan yang khabarnya dilukis oleh adik kepada restaurant owned. Kebanyakan lukisan dinding disini, mengambarkan aktiviti kumpulan Mafia Itali seperti dalam pilem Hollywood gamaknya. Sesuai sangatlah dengan nama Mafioso dan menu yang disediakan disini.

Tidak lama menunggu, Caesar Salad aku pun dihidangkan. Menarik persembahanya dengan meletakan helaian lettuce segar diatas pinggan empat segi warna putih. Lettuce  ditabur sedikit serbuk parmesan cheese, diiringi hirisan bawang, cerry tomato, sliced beef bacon, sliced chicken salami, cut bread dan caesar dressing. [Saesar Salad ne, asalnya [kira original gitu!] dihidangkan oleh  restaurant owned Italian Chef bernama Caesar Cardini di Tijuana, Mexico pada sekitar tahun 1920an].

Seafood Pizza
siSaiful sampai, kemudian Beff Burger bersama kentang goreng dan fresh salad juga udah dihidangkan. Pizza yang sederhana besar itu memang cukup buat makan malam siSaiful. Kami menikmati makan malam dengan suasana tenang. SiSaiful meletakan sepotong [tigasegi] pizza kat atas pinggan aku. Sedap pizzanya! Kemudian aku mencubit sedikit daging burger siBaha. Sedap gak, sebab burgernya diaorang buat sendiri. [Maksud aku, diaorang tak guna frozen burger Bai!]

Usai makan,
kami sambung melepak kat luar [siar kaki] restoran pulak. Si-Saiful pesan nescafe, aku pesan black coffee. SiBaha hanya duduk sambil menghisap rokok. Kami layan lagu-lagu lama yang dipasang oleh  restaurant crew melalui peti suara yang terpasang disudut tiang restoran. Kami layan hingga jarum jam menghampiri pukul 2350 malam. [Belanja beli coklat RM45.00. Beli Kemeja-T RM28.00. Minum RM2.00 dan makan malam RM17.00. Jumlah RM92.00]


Nota Kaki:
Dayang Business Centre [DBC] mempunyai sebuah blok bangunan yang menempatkan hotel, jabatan kerajaan serta menyediakan stall-stall untuk peniaga bumiputra yang diselia oleh Majlis Bandaran Kuah, Langkawi. Selain itu terdapat shop lot Naza Motor, peniaga hotel bajet, kedai hiburan, kedai runcit kedai pakaian, kedai pinggan manggkuk, menjual souvenir, restoran dan cafe.

*Bintang: Mafioso Steakhouse Restaurant [Mafioso] yang terletak dalam kawasan Dayang Business Centre ini aku bagi 4 bintang berdasarkan hiasan dalaman, pakaian seragam, food presentation, rasa makanan [sedap], bahan mentah dan kebersihan. Kalau korang ge Pulau Langkawi singgahlah kat
Mafioso!