22 May 2011

APA KATA SITI JARUM!


Siti Jarum tulis! Aku tukang salin...
" Ada orang kata, artis dan kemewahan ibarat isi dengan kuku. Tapi tidak semuanya mewah, yang kelihatan itu dibuat-buat mewah. Diperagakan supaya kelihatan mewah, lebih-lebih lagi diatas karpet merah. maka bermimpilah peminat yang tak tahu hujung pangkal, artis mereka setaraf Hollywood.

Selalunya artis mempamerkan kereta mewah, rumah mewah, perabut mewah dari luar negara. Tapi berapa banyak rumah artis kita yang dihiasi dengan rak buku misalnya. Yang banyak rak cakera padat. kenapa agaknya? Apakah bukan artis namanya kalau tidak hidup mewah? Siti teringat seorang artis yang dapat hadiah kereta kerana populariti
nya. Dia melompat sampai ke siling kerana gembira. Dia gembira bukan kerana memberikan suatu yang bermutu, tapi gembira kerana mendapat kereta, duit dan macam-macam lagi. Tentu dia tidak tahu bahawa hadiah itu hanya bernilai kepadanya dan tidak kepada orang lain yang mahukan lebih daripada populariti.

Barangkali dalam kepala sebahagian besar artis kita ialah kemewahan. Penglibatan mereka dalam bidang yang ditakrifkan sebagi seni hanya batu loncatan. Bab mutu artis kita tak tiru pula artis Barat. Mereka tiru artis Barat bab pakaian dan perangai buruk. Mereka kene tanya bagaimana pelakon seperti Jodie Foster misalnya yang berjay
a sebagai pelakon. Mereka hanya meniru Lady Gaga ".

Siti Jarum-
Makan ulam pegaga.Ahad 22 Mei 2011


KakiConteng : Tesengeh aku sorang-sorang apabila membaca tulisan dari Siti Jarum. Pedihnye macam tercucuk jarum berkarat...Hehehe! Sebahagian artis ne tak pong baca tulisan Siti Jarum, pasal diorang memang tak suka membaca. Dahlah tak suka membaca
untuk menambah ilmu, sombong bodoh plak tu! Macam kata Ku Seman Ku Hussain, artis ne Ku Seman gelar Artis Kelkatu. Faham-faham ajelah camner kalkatu kalu nampak cahaya! Masing-masing berebut rebut nak dekat dengan cahaya, akhirnye kepanasan dan jatuh lesu terus kaku.

Sekarang ne ramai bebudak Melayu nak jadi artis. Stesen TV pong seronok buat acara misalnye Idola Kecil. Mak bapak bebudak tu plak tumpang sekaki kalu anaknyer dapat masuk rancangan Idola Kecil. Nanti kalu jadi juara ta
kpayah lagi belajar, pasal dari nyanyi pong boleh hidup mewah. Aku tak taulah semewah mana yang diaorang dapat dari menyanyi! Sepatut nyer kalu nak jadi artis perlu ada ilmu,  masuklah kelas menyanyi atau berlakon. Ini tidak! Tiba-tiba je jadi penyanyi - lepas tu tengelam- timbul! Memang patut digelar artis mee segera. Huhuhu...

Macam kata Siti Jarum, nampak je artis hidup mewah tapi mi
skin ilmu. Lihat saja rumah- rumah artis yang dipaparkan dalam majallah atau di kaca TV. Hiasan dinding hanya tergantung gambar-gambar artis itu sendiri yang diambil dari akbar dan majallah. Dalam alamari plak penuh dengan hadiah kemenangan dan hadiah dari peminat. Kalu betul mewah dan berilmu tentu artis tu mengantung sebuah lukisan, tapi bukannyer lukisan cetak semula dari IKEA beb!

Artis yang berilmu saja yang beli lukisan. Dia tau nilai sebu
ah lukisan! Lukisan ne ibarat barang antik, lagi lame lagi berharga. Tak macam beli kereta atau perabut, makin lama nilainye makin menyusut. Tak payahlah angan-angan nak beli lukisan dari pelukis Picasso misalnye, nak beli lukisan dari pelukis seperti Ibrahim Hussein, Yusuf Ghani, Latiff Mohidin atau lukisan dari pelukis Jalani Abu Hassan pong xmampu. Kalau tak mampu beli lukisan dari pelukis yang punye nama besar, boleh beli dari pelukis lain misalnye Ahmad Shukri Elias, Mohd Fuad Hassan, Ahmad Zakii Anwar, Tajudin Ismail, Bayu Utomo Radjikin, Yusof Gajah, Raja Azhar Idris dan lain-lain.



KakiConteng!
23 May 2011

18 May 2011

MERONG MAHAWANGSA!


Cuaca pagi ne terasa dingin.
Aku paling suka mengadap PC dengan secawan kopi Dewa Mahkota!
Bila dapat meneguk sedikit kopi, badan rasa segar dan mata plak terbeliak!

Pada hari Selasa 17 Mei aku ada baca mengenai kritikan pedas dari forum anjuran Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) yang bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa Daripada Sastera Klasik Kepada Filem. Beberap tokoh seni dalam industri perfileman dan pencinta sastera mengatakan rasa kurang senang sebaik sahaja menonton filem garapan anak muda Yusry Abdul Halim.

Mereka yang hadir terdiri daripada Pengkaji Sastera Klasik, Prof. Datuk Dr. Siti Hawa Salleh, Dr. Mahadi J. Murat, pensyarah dari Universiti Teknologi Mara, Kamil Ahmad Mohd Othman (MDeC), Pengarah Filem, Ahmad Ibarahim atau Mat London, turut serta pengarah filem Bukit Kepong, Tan Sri Jins Shamsudin, dan pelakon terkenal Sofea Jane. Mereka memberi pandangan bahawa tiada unsur Melayu dalam filem tersebut. Seperti pendapat atau kritikan Mat London "Mana Melayu dalam filem ini? Sudahlah pelakon utamanya bukan orang Melayu dan penggunana bahasa Inggeris terus jauh membenamkan nilai dan budaya Melayu". Prof Siti hawa pong sokong plak pendapat Mat London. Kata Prof Siti Hawa watak Puteri China tu xterselah kecinaannya. Lagi kata beliau, kajian teks kelasik filem tersebut dari segi sejarah dilihat begitu longgar. Jins Shamsudin plak kata, teknik CGI akan membuatkan penonton kurang berkeyakinan dengan aksi yang ditunjukan kerana ia bukan aksi yang sebenar. Sofea Jane plak komen pasal mutu lakonan yang gagal menonjolkan karakter pada watak yang didukung. Hanya seorang ahli penal iaitu Kamil Ahmad berpendapat bahawa filem tersebut sekurang-kurangnya menjadi pembuka jalan atau eye opener kepada pengiat seni yang lain dalam penggunaan teknik imej janaan komputer (CGI).


Conteng : Filem Merong Mahawangsa aku anggap sebagai filem kelas B yang berjaya di-pasaran tempatan dan luar negara. Jangan kita samakan plak dengan filem Bollywood, Hong Kong atau Hollywood yang berkelas A. Tak perlu lah mencari di mana budaya Melayu! Melihat filem tersebut kita sudah tau iaitu Semenanjung Emas bermaksud Semenanjung Tanah Melayu. Bagi pendapat aku filem Merong Mahawangsa bukan filem Melayu era 50'an tetapi filem Malaysia era 2000. Pada masa ini jarang sekali ada pembikin filem buat filem Malaysia. Kebanyakannya hanya buat filem Melayu untuk tontonan Melayu. Ramai sangat ke makluk yang bernama Melayu?

Kita patut keluar dari kotak pemikiran! Keluar dari dunia katak yang hanya berumah dibawah tempurong kelapa. Kekadang bila dah berteduh dibawah tempurung, malas plak nak keluar cari makanan. Buat forum memang bagus. Kita boleh dengar pendapat orang lain! Tapi kenapa tak bincangkan filem-filem Melayu yang gagal dipasaran tempatan? Macam filem Cinta 100 Ela, Anu Dalam Botol atau filem Dua Alam!

Tak banyak komen yang aku dengar dari penonton satelah menonton Merong Mahawangsa. Hanya mereka kata kebanyakan pahlawan Melayu ketika itu kurus kering, dan nampak plak wajah China berpakaian tentera Rome! Mungkin xcukup crew...Huhuhu! Kepada KRU, teruskan usaha anda! Bikinlah filem Malaysia yang ada wajah Melayu, China, India, Iban & Kadazan.

14 May 2011

KARYA SENI DI LELONG!

New York 11 Mei -
Firma lelongan Sotheby's berjaya meraih AS$128 juta (RM382) dalam lelongan seni kontemporari dan pasca perang di Manhattan semalam, sekali gus melebihi sasaran AS$121 juta (RM361 juta).

Lukisan Andy Warhol, Sixteen Jackies hanya berjaya dijual AS20.24 juta (RM60.4 juta) termasuk komisen dan karya Jeef Koons, arca ikonik Pink panter pula hanya dijual pada harga antara AS20 juta hingga AS$30 juta, tidak termasuk komisen 12 peratus.

Ketua seni kontemporari Sotheby's, Tobias Meyer berkata, pihaknya berpuashati dengan hasil lelongan ini kerana menyifatkan beberapa sasaran jualan yang dibuat terlalu tinggi untuk pasaran yang masih dalam pemulihan daripada kemelesetan ekonomi ketika ini. Namun dengan 85 peratus daripada 58 barangan lelongan berjaya dijual, ia menunjukan satu kejayaan kepada firma lelongan itu dalam mengurangkan koleksi mereka - Rauters

11 May 2011

KANTOI CINTA INTERNET!



Hai Blogger! Aku nak sambung entri pada 23 April 2011 mengenai "Tipu Punyer Orang". Cerita terpedaya cinta di Internet dengan suspek warga Nigeria dan Bangladesh.

"Kelicikan lapan suspek termasuk empat wanita tempatan memperdaya seorang mangsa dari negeri ini melalui cinta Internet sehingga kerugian kira-kira RM1.1 juta awal tahun ini, terbongkar dengan penahanan kesemuanya di ibu negara, Jumaat lalu.

Modus operandi digunakan adalah dengan mencari kenalan diInternet sehingga membuatkan mangsa wanita jatuh cinta dan kemudian menawrkan hadiah kepadanya. Bagaimapun, apabila hadiah itu hendak dihantar, timbul banyak masalah termasuk kononnya hadiah ditahan pihak Kastam. Oleh itu memerlukan sejumlah wang untuk membawa keluar hadiah tersebut. Suspek cuba memujuk mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam satu akaun dengan alasan hadiah terbabit hanya boleh di- lepaskan oleh Kastam selepas sejumlah wang dibayar.

Disebabkan terlalu mabuk cinta dan terpedaya dengan kata-kata manis, mangsa memasukan wang kedalam akaun suspek. Mangsa hanya tersedar ditipu dan membuat laporan polis selepas beberapa kali memasukkan wang ke dalam akaun tersebut sehingga mencecah jutaan ringgit".


Kakiconteng
: Kes terbaru ini berlaku di Kota Kinabalu!
Moral dari cerita dan berita ini adalah, manusia mudah percaya kepada kata -kata manis. Kalau kata-kata tersebut ditambah dengan ayat-ayat cinta, tentulah dengan mudah Tipah tertipu! Aku angkat topi kepada Mamat Niger dan Bangla ne. Dia orang boleh reka skrip yang sama kepada mangsa-mangsa wanita yang kesunyian. Aku pong diorang nak cuba perdaya jugag! Huhuhu....

06 May 2011

LUKISAN CLAUDE MONET


New York - 5 Mei 2011
Sebuah lukisan pokok hasil karya Claude Monet dijual pada harga AS$22.5 juta (RM67.5 juta) di syarikat jualan lelong Christie di sini semalam. Sebuah lukisan Maurice de Vlaminck turut dijual pada harga AS$22.5 juta, yang merupakan rekod jualan bagi artis tersebut. Kedua-dua lukisan itu merupakan antara jualan terbaik semasa jualan lelong lukisan musim bunga yang mencatat
jualan berjumlah AS$156 juta (RM486 juta), merosot berbanding jangkaan pra- jualan keseluruhan.

Lukisan Monet bertajuk Les Peupliers yang dilukis pada tahun 1891 dijangka dijual pada harga antara AS$20 hingga AS$30juta., manakala satu lagi lukisannya bertajuk Iris Mauves pula dijangka dijual pada harga antara AS$15 dan AS$20 juta, namun kedua-dua lukisan itu tiada pembeli - AFT


Nota: Photo diatas hanyalah hiasan.