21 January 2018

Digital Arts | Januari 2018

 Untitled [1]
 Blue Wave
 Mimpi [1]

 Black September
 
 FullMoon

 Landscape [1]
 Perahu-Perahu
Red & Yellow

11 January 2018

KERETAPI MALAM [8]


Kami tiba di KTM Butterworth. Kami mahu membeli tiket keretapi untuk balik ke Kuala Lumpur pada esuk harinya. Tiket hampir habis. Kami terpaksa memebeli tiket ETS, Butterworth - KL Sentral yang dijadual berlepas pada pukul 8.00 malam dan di jangka tiba pada pukul 0015 pagi. Selesai berurusan di kauter tiket kami bergegas semula ke jetty terminal dengan menaiki bas shuttle. Bayar rm1.20 sebagai pengeras untuk menumpang ferry ke seberang. Ketika di dalam ferry, matahari mula terbenam. Sebaik sampai di Georgetown, kami sepakat berjalan kaki ke Medan Selera, Padang Kota untuk merasai pesembur dan sotong kangkung.



Negeri Pulau


1- Hari sudah senja ketika kami sampai di Medan Selera. Orang ramai sedang menikmati hidangan masing-masing. Kami juga tidak mahu ketinggalan. Malam itu kami menikmati pesembur, sotong kangkung dan kerang rebus. Usai menjamu selera, kami berjalan semula ke terminal bas di Georgetown. Kami menaiki bas rapid dengan membayar tiket rm2.70 seorang untuk ke Batu Feringgi.

Pukul 8.30 malam kami sampai di tempat penginapan kami. Mandi dan solat. Pukul 9.30 malam, aku dan Baha cadangnya hendak melepak di restoran mamak, manakala Idris dan Mahfol mahu berehat seketika di dalam bilik. Sementara Baha layan bola sepak, aku merayau-rayau di sekitar gerai yang bertaburan di sepanjang jalan. Aku berhenti di sebuah stall burger. Aku memesan dua hot dog. Hampir 10 minit aku menunggu barulah pesanana aku siap. Aku berpatah balik ke restoran mamak. Kelihatan Baha, Idris dan Mahfol sedang minum. Malam itu kami minum sambil berbual hingga larut malam.

2- Pagi Jumaat itu kami berempat sarapan di  Noor Ariyas Nasi Briyani House. Selepas sarapan, aku dan Baha serta Idris sepakat mahu berjalan-jalan ke pantai Batu Feringgi, manakala si Mahfol mahu berehat sahaja kerana sakit lutut. Setelah puas berjalan di pantai, kami menapak pula menyelusuri jalan raya, melihat-lihat orang berjualan. Akhirnya kami bertiga keletihan lalu kami berhenti minum di sebuah gerai berhampiran Beach Wing Holiday Inn.  


Kami meneruskan perjalanan ke Teluk Bahang dengan menaiki bas. Dari setesen bas di-Holiday Inn tadi ke Teluk Bahang, harga tiket cuma rm1.40 sahaja. Kami berjalan-jalan di sekitara jeti nelayan sambil merakam gambar. Lepas itu kami mendaftar di kauter untuk masuk ke Taman Negara. Kami hanya melakukan aktiviti junggle trecking selama 20 minit kemudian kami segera berpatah balik  kerana mahu menunaikan solat Jumaat.

Pukul 1245 tengahari kami sampai di Zahar Hotel tempat penginapan kami. Sepatutnya kami  check-out dari bilik pada pukul 1.00 tengahari. Memandangkan kami mahu solat Jumaat di Batu Feringgi, kami menambah bayaran bilik sebanyak rm40.00 untuk empat jam. Ini bermakna kami masih boleh tinggal di bilik sehingga pukul 5.00 petang.

Tengahari itu kami bersiap-siap untuk ke masjid. Berjalan kaki hampir satu kilometer untuk sampai ke masjid. Usai solat, kami gerak keluar berjalan menyusuri jalan raya yang ketika itu cuaca sedikit panas. Di pertengahan jalan kami berhenti di sebuah gerai menjual goreng pisang. Kami melepak di situ, minum sambil layan cekodok dan goreng pisang panas.

3- Pukul 5.15 petang kami sudah berada dalam perut bas rapid yang dalam perjalanan ke terminal bas di-Georgetown. Petang-petang begini ramai pulak kaum yang menaiki bas untuk ke Georgetown atau hendak ke seberang. Penumpang pula terdiri dari berbagai bangsa dan warna kulit. Aku perhatikan, paling ramai penumpang adalah pelancung Mat Salleh. Sepanjang jalan menuju terminal, bas tersebut terpaksa berhenti di setiap setesen. Ada sahaja penumpang yang naik sehingga bersesak-sesak macam sedang berada dalam tin sardin gamaknya.

Petang itu, sebaik bas yang kami tumpangi berhenti di terminal Georgetown, orang ramai pantas berjalan masuk ke dalam ferry. Hampir 20 minit berada di dalam ferry kami pun sampai di seberang. Dari situ kami menaiki bas shuttle untuk ke terminal Butterworth. Dari dalam bas, aku lihat Penang Sentral sedang dalam pembinaan. Khabarnya, Penang Sentral itu adalah hab berbagai jenis pengangkutan serta pusat komersial. Di bina diatas tapak terminal ferry Butterworth dan di jangka siap pada penghujung tahun 2018.

4- Senja telah menjadi malam. Di terminal Ktm Butterworth, kami berempat duduk menanti ketibaan tren Ets yang dijadual tiba pada pukul 8.00 malam. Ketika menunggu itulah perut aku mulai terasa lapar tetapi di terminal itu tidak ada cafeteria. Yang ada hanyalah sebuah stall menjual makanan ringan dan minuman untuk take away sahaja.

Ketibaan tren Ets 9107 telah diumumkan. Penumpang mula beratur untuk turun ke bawah. Pintu telah di-buka. Penumpang yang hendak turun ke bawah perlu menunjukkan tiket kepada petugas. Di bawah, lima minit lebih kurang menunggu lalu penumpang pun di benarkan masuk ke dalam tren. Kami masuk ke dalam coach E dan kami duduk berasingan. Setelah semua penumpang duduk di kerusi masing-masing, tren berwarna kuning itu pun bergerak meninggalkan Butterworth menuju KL Sentral. - Cut!



08 January 2018

Ke Padang Kota [6]


Di KTM Butterworth, kami membeli tiket Ets untuk esuk malam dari Butterworth - KL Sentral dengan harga Rm44.00 seorang. Tren akan berlepas dari Butterworth pada pukul 8.00 malam dan dijangka tiba di KL Sentral pada pukul 0015 pagi.  Usai urusan pembelian tiket kami berempat segera ke Pengkalan Sultan Abdul Halim dengan menaiki bas pengantara secara percuma. Tiba di terminal ferry, bayar Rm1.20 sebagai wang pengeras untuk menupang ferry ke Georgetown. Ketika berada di dalam ferry, matahari - cahayanya telah menghilang. Sebaik sampai di Georgetown waktu telah senja. Kami bercadang untuk ke Medan Selara Padang Kota bagi menikmati peSembur dan sotong kangkung. - [ Ke Batu Feringgi [5] 06 Jan 2018]









06 January 2018

Ke BATU FERINGGI [5]


Waktu pun berlalu. Senja telah menolak siang ke kaki langit. Malam menjelma. Kami hanya berehat di dalam bilik sambil berbicara tentang acara seterusnya. Pukul 1000 malam, perut mula terasa lapar. Kami berempat sepakat melepak di Restoran Line Clear yang lokasinya di Jalan Penang. Kami 'ngeteh' dan sekeping capati adalah makan malam kami kali ini. Kami juga sempat berbual dengan pelanggan sebelah meja kami tentang nasi kandar, kari mamak dan pesembur. Menghampiri pukul 1150 malam, pelanggan sudah berkurangan. Pekerja restoran mula memberi isyarat 'tutup kedai' dengan melipat meja dan menyusun kerusi yang sebelum ini diatur diatas siarkaki. Pukul 1155 malam kami beredar dari Restoran Line Clear setelah Idris melunaskan bayaran makan malam kami. - Ngeteh di Georgetown [3] 03 Jan 2018.



Geroge Town
Pukul 08.00 pagi kami keluar dari sarang di Red Inn Cabana untuk bersarapan. Berjalan beriring-iringan di sepanjang jalan, sambil bebola mata memerhatikan kalau-kalau ada orang menjual nasi lemak atau ruti bakar. Dari Lebuh Leith kami melangkah ke Jalan Penang dan terus ke Jalan Hutton. Kami melihat ramai orang sedang bersarapan di simpang Hutton lalu kami pun berlabuh di situ.

Kami berempat sarapan ruti bakar dan telur setengah masak[1]. Usai sarapan, Mahfol minta izin untuk balik ke bilik kerana sakit perut. Kami bertiga pula berjalan-jalan, melihat orang berjualan di sekitar pasar pagi yang terletak di Lebuh Keng. Kami terus berjalan melalui Lebuh Kangsar, Lebuh Campbell dan terus ke Lebuh Culia. Di Lebuh Culia itu ada lorong dan dinding bangunannya dipalit dengan beberapa ilustrasi kreatif.



2-
Pagi itu kami serahkan kunci bilik hotel di kauter Red Inn Cabana. Kami gerak keluar sambil mengendong backpack menuju stesen bas untuk ke Batu Feringgi. Menunggu bas rapid di station 7 sambil melihat jam yang jarumnya baru menunjukkan pukul 1005 pagi. Hampir 10 minit menunggu bas tidak juga muncul. Seorang lelaki Cina tempatan datang menghampiri kami lalu bertanya.

"Encik semua tunggu bas mahu ke mana?"

"Kami hendak ke Batu Feringgi". Segera di jawab oleh si Baha.

"Sampai malam pun encik tidak akan tiba di Batu Feringgi"

"Kenapa?" soal Baha pendek.

"Bas ke Batu Feringgi tidak lalu jalan ini. Encik kena tunggu di station 8, dekat dengan Seven Eleven".

"Ohhh! Ya ke! Terima kasih Encik" ujar si Baha.

Aku, Idris dan Mahfol juga mengucapkan terima kasih kepada lelaki Cina tersebut sambil bergerak ke arah station 8. Masih ada  orang yang baik hati di pulau ini, kalau tidak sampai besuk pun kita tak sampai ke Batu Feringgi ujar si Mahfol termengah-mengah kepenatan sebaik kami tiba di station 8.



Batu Feringgi
3- Di Station 8, ramai orang sedang menunggu. Tidak lama bas pun tiba. Kami bayar tiket rm2.70[2] setiap seorang. Bas itu melalui Bagan Jermal, Tanjung Tokong, Tanjung Bunga dan berhenti di hadapan Golden Sand Resort Batu Feringgi. Kami turun. Baha dan Mahfol bergegas ke Station Petronas, hendak ke tandas kata si Mahfol. Aku dan Idris duduk berehat disalah sebuah kerusi sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Di sebelah petrol pam itu aku lihat ada outlet Mc'D. Tidak jauh dari petrol pam itu ada deretan rumah kedai. terdapat juga outlet KFC. Malah, banyak gerai-gerai makan di-dirikan disepanjang Jalan Sungai Emas yang jalannya berakhir entah di mana.


Di simpang tiga, antara Jalan Batu Feringgi dan Jalan Sungai Emas, kami berehat di salah sebuah gerai, minum sambil berbincang untuk mendapatkan bilik harga murah. Kami bergerak dari satu hotel ke satu hotel badjet yang terdapat di deretan rumah kedai. Kami mengambil keputusan untuk tinggal di bilik yang harganya rm150.00[3] untuk empat orang. [Kami bayar rm200.00 termasuk deposit rm50.00 sahaja].


Tengahari itu kami turun makan nasi[4] di gerai kaki lima berhampiran Mutiara Apartment. Si Baha memang berselera jika makan tengahari itu dengan kari kapala ikan. Lalu di-mintanya seketul kari kepala ikan yang harganya cuma rm12.00 sahaja. Apa lagi, kami bertiga pun menumpang secubit dua kari kepala ikan tersebut. Memang terbaiklah. Perut pun sudah kenyang. Kami hanya mampu baring-baring di dalam bilik sebentar sebelum kami keluar semula ke Butterworth untuk membeli tiket tren Ets, Butterworth - KL Sentral.


Petang itu cuaca sekitar Batu Feringgi sedikit panas. Walaupun panas kami berempat tetap gumbira kerana telah sampai di perhentian bas di hadapan Golden Sand Resort. Kami menaiki bas rapid yang penuh sesak dengan penumpang. Bayar tambang rm2.70[5]. Bas itu bergerak menuju terminal bas Georgetown. Di dalam bas yang sesak itu kami hanya berdiri di-ruang Oku. Aku lihat seorang pemuda sedang duduk di kerusi yang di khaskan untuk orang kurang upaya, orang tua, orang buta dan perempuan mengandung. Pemuda yang sihat tubuh badan itu hanya memerhati seorang perempuan tua dengan enam buah beg  bergayut dihadapannya.



Bas yang kami tumpangi itu  berhenti di setiap perhentian bas. Penumpang bertambah ramai, bersesak-sesak berlaga bahu seperti menaiki bas mini era tahun 80'an di Kuala Lumpur. Akhirnya bas itu sampai juga di terminal Georgetown. Kami turun, berjalan di celah-celah orang ramai menuju ferry yang sedang menunggu penumpang. Di dalam ferry, aku tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar anatarnya gambar yang aku rakam ialah jambatan Pulau Pinang.

Di Ktm Butterworth, kami beli tiket Ets untuk esuk, dari Butterworth - KL Sentral dengan harga rm44.00[6] seorang. Tren akan berlepas pada pukul 8.00 malam dan dijangka tiba di KL Sentral pada pukul 0015 pagi esuknya. Usai urusan pembelian tiket kami bergegas semula ke Pengkalan Sultan Abdul Halim, bayar rm1.20[7], untuk menumpang ferry ke Georgetown. Ketika berada di dalam ferry, matahari telah menghilang. Sebaik sampai di seberang nanti kami bercadang ke Medan Selera Padang Kota, untuk merasai pesembur dan sotong kangkung. - Cut!

Nota Kaki : Perbelanjaan Hari ke-3
[1]Sarapan Pagi Rm4.50 [2]Tiket bas ke Batu Feringgi Rm2.70 [3]Bilik Rm37.50 seorang. [4]Makan Tengahari Rm5.00 [5]Tiket bas ke Georgetown Rm2.70 [6]Tiket Ets Butterworth-KL Sentral Rm44.00 [7] Tiket Ferry Rm1.20. Jumlah satakat ini ialah Rm99.60.



05 January 2018

Sarapan pagi di Hutton Lane [4]



                           Negeri Pulau

Sudah tiga tahun kami tidak datang ke pulau menjenguk orang Tanjung yang berumah di bandaraya Metropolitan. Sudah tiga tahun  kami meninggalkan jejak di lorong-lorong yang dinding bangunannya ada palitan illustrasi kreatif. Sudah tiga tahun jugalah kami tidak bersolat di Masjid Kapitan Kling atau setidak-tidaknya berjemaah di Masjid Jamek Banggali. Yang paling terkesan tentulah sudah tiga tahun kami tidak merasa nikmat nasi kandar, pesembor, ruti bakar dan sop kambing yang terkenal di Negeri Pulau ini. - Mj