Kami tiba di KTM Butterworth. Kami mahu membeli tiket keretapi untuk balik ke Kuala Lumpur pada esuk harinya. Tiket hampir habis. Kami terpaksa memebeli tiket ETS, Butterworth - KL Sentral yang dijadual berlepas pada pukul 8.00 malam dan di jangka tiba pada pukul 0015 pagi. Selesai berurusan di kauter tiket kami bergegas semula ke jetty terminal dengan menaiki bas shuttle. Bayar rm1.20 sebagai pengeras untuk menumpang ferry ke seberang. Ketika di dalam ferry, matahari mula terbenam. Sebaik sampai di Georgetown, kami sepakat berjalan kaki ke Medan Selera, Padang Kota untuk merasai pesembur dan sotong kangkung.
Negeri Pulau
1- Hari sudah senja ketika kami sampai di Medan Selera. Orang ramai sedang menikmati hidangan masing-masing. Kami juga tidak mahu ketinggalan. Malam itu kami menikmati pesembur, sotong kangkung dan kerang rebus. Usai menjamu selera, kami berjalan semula ke terminal bas di Georgetown. Kami menaiki bas rapid dengan membayar tiket rm2.70 seorang untuk ke Batu Feringgi.
Pukul 8.30 malam kami sampai di tempat penginapan kami. Mandi dan solat. Pukul 9.30 malam, aku dan Baha cadangnya hendak melepak di restoran mamak, manakala Idris dan Mahfol mahu berehat seketika di dalam bilik. Sementara Baha layan bola sepak, aku merayau-rayau di sekitar gerai yang bertaburan di sepanjang jalan. Aku berhenti di sebuah stall burger. Aku memesan dua hot dog. Hampir 10 minit aku menunggu barulah pesanana aku siap. Aku berpatah balik ke restoran mamak. Kelihatan Baha, Idris dan Mahfol sedang minum. Malam itu kami minum sambil berbual hingga larut malam.
2- Pagi Jumaat itu kami berempat sarapan di Noor Ariyas Nasi Briyani House. Selepas sarapan, aku dan Baha serta Idris sepakat mahu berjalan-jalan ke pantai Batu Feringgi, manakala si Mahfol mahu berehat sahaja kerana sakit lutut. Setelah puas berjalan di pantai, kami menapak pula menyelusuri jalan raya, melihat-lihat orang berjualan. Akhirnya kami bertiga keletihan lalu kami berhenti minum di sebuah gerai berhampiran Beach Wing Holiday Inn.
Kami meneruskan perjalanan ke Teluk Bahang dengan menaiki bas. Dari setesen bas di-Holiday Inn tadi ke Teluk Bahang, harga tiket cuma rm1.40 sahaja. Kami berjalan-jalan di sekitara jeti nelayan sambil merakam gambar. Lepas itu kami mendaftar di kauter untuk masuk ke Taman Negara. Kami hanya melakukan aktiviti junggle trecking selama 20 minit kemudian kami segera berpatah balik kerana mahu menunaikan solat Jumaat.
Pukul 1245 tengahari kami sampai di Zahar Hotel tempat penginapan kami. Sepatutnya kami check-out dari bilik pada pukul 1.00 tengahari. Memandangkan kami mahu solat Jumaat di Batu Feringgi, kami menambah bayaran bilik sebanyak rm40.00 untuk empat jam. Ini bermakna kami masih boleh tinggal di bilik sehingga pukul 5.00 petang.
Tengahari itu kami bersiap-siap untuk ke masjid. Berjalan kaki hampir satu kilometer untuk sampai ke masjid. Usai solat, kami gerak keluar berjalan menyusuri jalan raya yang ketika itu cuaca sedikit panas. Di pertengahan jalan kami berhenti di sebuah gerai menjual goreng pisang. Kami melepak di situ, minum sambil layan cekodok dan goreng pisang panas.
3- Pukul 5.15 petang kami sudah berada dalam perut bas rapid yang dalam perjalanan ke terminal bas di-Georgetown. Petang-petang begini ramai pulak kaum yang menaiki bas untuk ke Georgetown atau hendak ke seberang. Penumpang pula terdiri dari berbagai bangsa dan warna kulit. Aku perhatikan, paling ramai penumpang adalah pelancung Mat Salleh. Sepanjang jalan menuju terminal, bas tersebut terpaksa berhenti di setiap setesen. Ada sahaja penumpang yang naik sehingga bersesak-sesak macam sedang berada dalam tin sardin gamaknya.
Petang itu, sebaik bas yang kami tumpangi berhenti di terminal Georgetown, orang ramai pantas berjalan masuk ke dalam ferry. Hampir 20 minit berada di dalam ferry kami pun sampai di seberang. Dari situ kami menaiki bas shuttle untuk ke terminal Butterworth. Dari dalam bas, aku lihat Penang Sentral sedang dalam pembinaan. Khabarnya, Penang Sentral itu adalah hab berbagai jenis pengangkutan serta pusat komersial. Di bina diatas tapak terminal ferry Butterworth dan di jangka siap pada penghujung tahun 2018.
4- Senja telah menjadi malam. Di terminal Ktm Butterworth, kami berempat duduk menanti ketibaan tren Ets yang dijadual tiba pada pukul 8.00 malam. Ketika menunggu itulah perut aku mulai terasa lapar tetapi di terminal itu tidak ada cafeteria. Yang ada hanyalah sebuah stall menjual makanan ringan dan minuman untuk take away sahaja.
Ketibaan tren Ets 9107 telah diumumkan. Penumpang mula beratur untuk turun ke bawah. Pintu telah di-buka. Penumpang yang hendak turun ke bawah perlu menunjukkan tiket kepada petugas. Di bawah, lima minit lebih kurang menunggu lalu penumpang pun di benarkan masuk ke dalam tren. Kami masuk ke dalam coach E dan kami duduk berasingan. Setelah semua penumpang duduk di kerusi masing-masing, tren berwarna kuning itu pun bergerak meninggalkan Butterworth menuju KL Sentral. - Cut!
No comments:
Post a Comment