30 January 2013

DI ATAS RUNTUHAN MASJID










Dalam buku Kenang-kenangan Abdullah Munsyi (2008), penulisnya Datuk Zahari A.Rashid ada menulis seperti berikut:

"Penulis pernah melihat sendiri sebuah lukisan yang dipamerkan di Military Museum, Lisbon dalam lawatan pada tahun 1970'an. Lukisan itu menggambarkan adegan pertempuran askar Portugis dengan hulubalang Melayu di kaki bukit Melaka. Pada latar belakang lukisan tersebut jelas kelihatan sebuah masjid yang dibina daripada batu. Rombongan kami telah ditunjukan juga sepucuk meriam yang luar biasa panjangnya yang telah diangkut balik oleh Portugis dari Melaka."

Jadi sesiapa yang berpeluang pergi ke Lisbon,  Portugal-cubalah cari muzium ini.

Justeru dapat dibayangkan bahawa sekurang- kurangnya masjid diMelaka pada zaman Kesultanan Melayu mempunyai bangunan batu yang kalau tidak dihancurkan, berkemungkinan ia dapat terus wujud dan menjadi bangunan bersejarah. 

Tetapi Portugis telah menghancurkan habis semua kesan-kesan kekal Kesultanan Melayu Melaka. Bayangkan betapa jika dalam pertempuran dangan Portugis itu, Melaka berjaya mempertahankan diri, maka Kesultanan Melayu Melaka akan terus wujud hingga ke hari ini seperti mana yang dinikmati oleh Raja-raja Siam dan Maharaja-maharaja Jepun.

Maka Melaka yang dapat dipertahankan itu menjadi negara besar Melayu Raya meliputi wilayah-wilayah yang kini menjadi Malaysia, Singapura, Brunei dan sebahagian daripada Thailand dan Indonesia.

Jika Melayu Raya ini berjaya masuk ke zaman moden dalam bentuk sebuah negara bangsa, ia mampu menjadi tapak temadun gemilang lebih-lebih lagi apabila khazanah keilmuan silam dapat dikekalkan dan dikembangkan.

Lihatlah Jepun. Apabila Commodore Perry dari Amerika Syarikat sampai ke nagara itu, Jepun berjaya bukan saja mengelakkan diri daripada  dijajah tetapi sebaliknya membangunkan negara dan bangsa hingga mampu menandingi dunia Eropah. Maharaja Mejji telah mengubah Jepun daripada temadun tradisional kepada kuasa moden. Begitu juga yang boleh berlaku pada Melaka jika dapat mematahkan serangan Portugis pada tahun 1511. 

Sebenarnya kesedaran mengenai keunggulan Barat bukan saja berlaku diJepun. Ia juga berlaku di Asia Tenggara, iaitu Siam dan diTanah Melayu sendiri. Raja Mongkut dan kemudiannya Chulalongkorn berjaya memodenkan negara mereka. Bukan saja mereka dapat mengelak daripada dijajah tetapi juga menjenamakan semula Siam untuk menjadi Thailand. 

Keetika Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) ditubuhkan, terdapat lima negeri lain yang masih merdeka iaitu Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor. Johor pula sebelum itu adalah negeri yang mewarisi Kesultanan Melaka.

Apabila Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sudah menerima penasihat Inggeris, Johor masih bebas. Maka pada masa mula pemerintahan Sultan Abu Bakar, kesedaran untuk memajukan tanah air ini timbul. Johor telah mengalami pembaharuan besar untuk mengukuhkan jadi dirinya sebagai negara moden.

Bendera dan lagu negeri dicipta. Istana dan msajid batu yang tersergam dibina dengan reka bentuk untuk mengukuhkan jati diri Johor sebagai sebuah negera yang merdeka dan berdaulat. Ibu negeri Johor berpindah ke Tanjung Puteri yang dinamakan Johor Bharu. Maka sekurang-kurangnya Johor berusaha untuk setanding dengan Britain sebagai negara Merdeka.

Maka tidak hairanlah Sultan Abu Bakar dikenali sebagai Bapa Johor Moden. Baginda adalah seangkatan dengan kesedaran yang turut berlaku di Jepun dan Siam pada zaman Maharaja Mejji dan Raja Mongkut. 

Walaupun kemudian Johor turut menerima penasihat Inggeris, tetapi dari pentadbiran tersusun inilah muncul Datuk Onn Jaafar yang mengorak langkah yang akhirnya membawa negara kepada kemerdekaan Tanah Melayu, dan kemudian penubuhan Malaysia.-Zin Mahmud. 


Nota: Koleksi keratan akbar ini adalah hasil tulisan Zin Mahmud (Untung Sabut Timbul)pada ruangan Rencana Mingguan Malaysia 9 September 2012.


26 January 2013

IZINKAN AKU TERUS MENCARI-MU


Tuhan,
pagi ini, tika kaki kurus ku
dibelenggu kesejukan embun
pinggir denai
kepayahan kehidupan
tiba-tiba ruang rasaku
diilus rasa rindu yang syahdu
aku teringat kepada-Mu
yang belum aku pasti
penemuanku sendiri.

Kutahu  Kau mengasihiku
segala onak dugaan Kaukaitkan
pada duri perasaanku
segala wangian Kau-palitkan
pada jasad keinsananku
segala pengertian diriku yang kerdil
Tuhan,
izinkan aku terus mencari-Mu
panjangkanlah usiaku.

JAIS SAHOK
Petra jaya
Januari 2013
Berita Harian

24 January 2013

BBQ PARTY!


Assalamualaikum kengkawan! Kami rancang nak buat Bbq kat Warisan Bernam Resort-Tg Malim. Isnin lepas udah jenguk lokasi untuk bbq. Tempat ne menyediakan kemudaan dewan terbuka, surau, bilik mandi dan persekitaran yang bersih. Tak jauh dari dewan ne nampak ler sungai Bernam yang kengkadang airnya keruh kalau  baru lepas hujan. 

Merancang menu! Taklah sukar sangat nak buat menu pada hari BBQ Party nanti. Perkara pertama yang perlu diketahui ialah jumlah peserta, lepas tu wang penggeras setiap orang. Udah tau, iaitu antara 12x hingga 15x orang - barulah merancang jenis menu. 

Cadangan! Oleh kerana lokasinya kat utan, bukan kat tepi pantai atau laman rumah- So! menu yang aku cadangkan adalah yang dikira paling ringkas. 

I- Menu BBQ, Lamb, Ayam, Udang, Sausage dan Burger. II-Others- Pasta, Nasi Lemak Bungkus, Tuna Sandwiches, Potato Salad, Baked Bean dan Green Salad. III-Dessert- Buah-buahan dan Sweet Corn. IV-Minuman Air 100 plus dan mineral water. V-Coffee Tea takde ke? Tenguklah kalau kutipan ada lebih bolehlah order kat Mr. Budi (Peyelia resot ne ler!).

BBQ Ayam-Basic! Jangan pening kepala nak bubuh bahan perapan (marinade) yang macam mana kat ayam tersebut. Gaulkan ajer ayam dengan bahan asas seperti kunyit serbuk, garam, white papper dan LP sauce. Lepas tu balut  atau masukan dalam plastik dan simpan semalaman dalam frezer.

Lamb Shoulder (basic) Gaulkan dengan minyak jagung, chop garlic, LP sauce, Oyster sauce, sedikit rosemary, pepper dan garam. Simpan semalaman dalam peti sejuk.

Tuna Sandwiches! Buatlah yang simple aja. Buang atau toskan minyak tuna dahulu. Lepas tu masukan ketulan tuna dalam bowl dan hancurkan. Perahkan sedikit air limau. Bubuh sedikit chop cili merah, chop bawang merah, garam dan white papper. Akhir sekali gaulkan dengan mayaonise. Udah tu, letakan kat roti bersama potongan timun, tomato dan daun salad (lettuce). Potong sandwich ikut gaya luorang!

Potatoes Salad! Ada macam-macam potato salad kalu nak dihidangkan kat tetamu. Aku lebih suka buat Potato Chicken Salad. Mula-mula kupas kentang, potong dan rebus. Toskan kentang dan rebus pulak 3x ketul dada ayam. Masukan kentang yang udah direbus tadi ke dalam bowl. Masukan chop onions, chop parsley (kalau ada) bersama potongan nipis dada ayam dan gaulkan dengan mayonnaise. Sedap Beb!

Pasta Spirals! Kalu ikut cara aku mudah aja. Rebus dahulu air, lepas tu bila air udah mendidih masukan pasta bersama sedikit butter atau minyak jagung. Bila pasta udah masak toskan dahulu. Lepas tu masukan pasta dalam bekas-gaulkan bersama hirisan cili bangla, bawang, serunding daging, hirisan sausage daging dan akhir sekali masukan sedikit garam dan serbuk perasa. - Selamat berparty!



Nota Kaki: Walaupong event ne kami bagi nama BBQ Party, tapi takde belon warna-warni, takde cake, takde joget lambak, free dari arak, dadah dan aji no moto! 
Dapur BBQ!
menanti rider datang...
Kerusi meja nampak klasik!
Boleh pesan cappucino bersama
chicken quiche...
Dewan yang luas!
Tapi kita guna untuk 12X raider aja.
Challet-Boleh 3x orang tido!
Yang atas bukit ne, boleh muat 6x dan bilik mandi ada kat dalam.

MAJLIS RE-SEPSI ANAK ENAL


Oren Bro! Itulah warna tema Majlis Resepsi anak lelaki kawan aku si Zainal Baharuddin. Ketika aku bersama isteri aku memasuki Dewan Beringin di Taman Seri Gombak, Zinal@ Nol bersama isteri beliau menyambut kedatangan kami dengan berpakaian sedon-don warna jingga kata istilah DBP.

Waktu Zainal jemput aku ke majlis ne melalui facebook, hati rasa gumbira bukan pasal nak makan nasi minyak, tapi sebab aku boleh berjumpa ramai kawan dan kenalan kat situ nanti. Jodoh, pertemuan, rezeki dan maut adalah urusan Tuhan. Kalu Tuhan nak pertemukan dengan kengkawan lama aku, tentu akan dipertemukan jugak nanti. 

Alhamdulliah! Bila udah berada dalam dewan ne, aku dapat bertemu ramai rakan lama dan kenalan lama. Aku sebut rakan dan kenalan kerana dua istilah ne adalah berbeza kalu kengkawan bukak kamus dewan. Hehehe!

Kat sini bukan sahaja aku jumpa rakan lama aku si Zainal tapi dapat bertemu Mahfol, Danny, Borhan, Hamzah, Apai, Bangau (maaf kerana aku gunakan nama samaran tahun 70'an),En Kassim Sotin dan isteri beliau Puan Azizah serta ramai lagi rakan dan kenalan yang aku udah lupa nama-nama mereka.

Kalu udah lama tak jumpa! Pastilah banyak cerita dalam ceriter. Ada yang sediakan buku untuk mancatit alamat dan nombor telepon, supaya senang nanti menghantar kad jemputan kahwin. Yalah! Bukan semuanya ada akaun facebook atau twitter kan!

Ramai gak kengkawan lama aku tak ada kat dewan ne. Bukan pasal si Zainal tak-nak jemput, tapi udah terputus hubungan berbelas malah ada yang berpuloh tahun lamanye. Sekadar menyebut beberapa nama sebagai contoh seperti Jabbar, Alam Nayan, Abu Bakar Samsuddin, Idris Baba, Hariri Zanzali, Kak Jah atau Kak Dila - mereka ne memang udah lost con-tek!

Berbalik kepada story rakan lama ne, aku lihat ramai kengkawan aku yang udah cukup dewasa, kelihatan matang dan punye tanggung jawab. Bila bertemu hanyalah chit-chat pasal   anak-anak dan kisah silam. Bila teringatkan kisah-kisah lama yang kelakar, kami pong ketawa! Inilah salah satu cara terapi yang berkesan iaitu ketawa. Tapi! Ketawa tu janganlah lebih-lebih, pasal kita ne-kan masih dalam majlis.

Puas udah! Klik sana, klik sini! Aku bersama Zainal, Mahfol dan Danny keluar dari dewan untuk sambung ceriter. Diluar dewan, buku  untuk mancatit alamat dan nombor phone kengkawan di teruskan, sambil tu sempat gak kami possing untuk kenangan bersama mu...

Kisahnya! Setakat ini sajalah story aku. Bila umur kita masih panjang dan sihat pulak tu, bolehlah kita bertemu lagi di dewan atau di bawah kemah majlis jemputan kahwin atau majlis Bbq. Salam sayang dari Mj dan As-Salam Maulidur Rasul!
Add caption

22 January 2013

TREK BERNAM/UPSI @TG MALIM


As'Salam! Pagi Isnin aku bersama Tengku Wong dan Otai Mahfol cadang ge Warisan Bernam Eco Resort kat Tg Malim. Nak tenguk chalet, lokasi bbq dan trek untuk event pada 2 Febuari 2013 nanti.

Kami plan nak gerak ke Tg Malim kul 0900 pagi tapi, Mahfol sangkut kat bulatan Batu Cave pasal banyak kereta besidai kat tepi MMR2 berhampiran kuil Batu Cave. Tengku Wong pong tersekat kat laluan Cheras sebab yang sama iaitu kaum India udah sibuk menuju kuil nak sambut hari Thai-pusum!


Last-last kul 1100 pagi baru nak gerak arah Tg Malim. Sempat lagi tu sarap kat RR Rawang! Masa kat highway pulak, sangkut gak pasal lorong laluan tinggal satu> ada kojer pembinaan jembatan melintasi lebuhraya. Hampir jam 1230 tengahari gak, baru  kami sampai berhampiran Upsi Tg Malim.


Kami kayuh arah Warisan Eco Resort! Sampai kat situ jumpa staff resort (Budi namanya) jenguk chalet dan kawasan bbq. Lepas tu kami mulakan berkayuh melalui tapak perkemahan, lintas jembatan dan masuk laluan permukaan jalan yang sedikit berbatu dan lecak.

Laluan ne ngam-ngam untuk tayar basikal. Kayuh melintasi deretan pokok buluh dan kekadang terpaksa tolak basikal pasal laluan udah mula mendaki.

Lepas melalui sedikit pendakian, terus kayuh melintasi anak sungai. Kayuh dan terus kayuh ! Take five kat titi berhampiran sungai. Tempat ne nanti kami nak jadikan R&R! Lepas tu perjalanan di teruskan dengan menolak basikal dilaluan bukit yang tanah merahnya nampak keras. Kalaulah terjatuh kat sini-sakitttttt!

Bukit merah tadi punyalah tinggi! Buat aku semput lapar dan dahaga sangat. Camana pong, sempat gak possing dengan muka kelihatan letih tapi puas. Lepas ne laluan curam menuruni bukit dan kayuh melintasi ladang kelapa sawit. 

Ketika berkayuh kat laluan ne, udah terasa air ujan mula menitik perlahan. Keadaan trek sedikit berair dan licin. Kayuh dan terus kayuh! Akhirnya kami keluar dari laluan off-road> menuju ke arah restoran mamak (mamak lagi!) berhampiran Upsi Tg Malim. Lapar Beb! 





DETIK - DETIK TERAKHIR









Subuh Isnin, suara Bilal mula kedengaran berkumandang di Masjid Nabawi, memanggil umat Islam untuk menunaikan solat subuh. Pada waktu yang sama di rumah Nabi Muhammad SAW, keadaan beliau makin tenat dan para sahabat sudah sangat cemas semenjak malam tadi.

Olih kerana Nabi belum hadir, Bilal lalu pergi ke rumah Nabi Muhammad SAW sambil berkata "Assalamualaika, ya Rasullulah!". Nabi tidak menjawab dan yang keluar dan menyambut salam ialah Fathimah. "Alaikas-salam. Jika ada hal datanglah lain kali kerana Rasullulah badannya sedang panas".

Bilal tidak faham akan kata-kata Fathimah tadi. Bilal kembali ke masjid menunggu kedatangan Nabi sehingga subuh mulai kuning. Sebelum waktu subuh hampir tamat, Bilal sekali lagi pergi ke rumah Rasullulah SAW. "Assalamu alaika, ya Rasullulah" teriaknya. "Para makmum sudah menunggu dan waktu subuh telah kuning" 

Nabi sedikit sedar dan dengan tersekat-sekat Nabi membalas salam Bilal sambil berkata "Ya Bilal, aku tahu fajar telah mulai tiba. Beritahu Abu Bakar supaya menjadi imam dalam sembahyang subuh pagi ini. Aku sedang tenat , tidak mampu bangun". 

Bilal menangis mendengar jawapan dari Nabi Muhammad SAW. Suara yang tersekat-sekat itu adalah petanda sakit yang amat parah. Dengan langkah longlai tetapi terburu-buru, beliau bergegas ke masjid. Pesanan Nabi disampaikan  maka Abu Bakar pun maju ke depan.

Abu Bakar tunduk menangis ketika melihat mihrab yang kosong. Mihrab itu biasanya tempat Nabi berdiri dengan gagahnya ketika menjadi imam. Di situ biasanya Rasullulah SAW mendengarkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan suaranya yang nyaring lagi fasih. Peribadinya yang agung, bangun tubuhnya yang berwibawa, terbayang semua pada saat itu. Kini mihrab itu kosong! Abu Bakar menangis sehingga suasana subuh hari itu dalam keadaan murung dan kehilangan. 

Hari semakin siang! Para sahabat berkumpul menanti berita dari rumah Rasullulah SAW. Akhirnya seorang sahabat berseru memanggil Ali dan Fadlal bin Abas. Sahabat dan yang lain-lainnya terasa cemas. "Jangan-jangan...".

Ali dan Fadlal cepat-cepat masuk ke rumah Nabi. Teryata Rasullulah minta dipapah untuk pergi ke masjid. Dengan langkah terseret-seret Nabi dipapah oleh kedua sahabat itu. Tiba di masjid, Nabi bersembahyang sunat dua rakaat, pendek saja solatnya kali ini. Sesudah itu Nabi menaiki mimbar. Kakinya berat sekali sewaktu mendaki tangga. Badannya lemah dan kedua tangannya menggigil. Ketika berada diatas mimbar, Nabi berkhutubah di hadapan sahabat-sahabatnya. Isinya singkat, namun meresap dan menggetarkan hati para hadirin. Air mata yang hadir, bercucuran tidak habis-habis!

"Wahai, umat Islam. Kita hidup di bawah kekuasaan Allah dan kasih sayang-Nya. Bertakwahlah kepada-Nya dan taatlah perintah-perintah-Nya". Itulah isi khutbah beliau, lalu Nabi turun dari mimbar. Ketika hampir sampai kebawah, Nabi nyaris terjatuh. Untunglah Ali dan Fadlal dengan cepat menahanya, lantas dipapahnya kembali ke rumah beliau. Selepas itu Nabi tidak bangun-bangun lagi.

Datanglah saatnya Malaikat Izrail diperintahkan turun oleh Tuhan. "Masuklah kalau kau diizinkannya. Kalau tidak, baliklah kemari," begitu pesan Allah kepada malakul-maut. "Berangkatlah dan muncullah dalam rupa yang sopan dan rapi". Maka sang pencabut nyawa turun sebagi seorang A'rabi, berpakaian putih dan baunya wangi. Tiba di rumah Nabi ia bersalam, "Selamat kepadamu, wahai penghuni rumah kenabian".

Nabi sedang kepayahan dan Fathimah yang menjawab, "Rasullulah sedang tidak ingat akan dirinya. Datanglah lain kali". Malakul maut kembali berkata, "Assalamualaikum ya Rasullulah-salam sejahtera untukmu selamanya. Bolehkah aku masuk?". Nabi membuka matanya apabila mendengar suara itu. Lalu beliau bertanya, "Anakku sayang, ada tetamu? Siapa yang dipintu, hai Fathimah?". Puteri itu menjawab, "Seorang lelaki A'rabi, orangnya bersih dan rapi. Ia memanggil-manggilmu dan meminta izin untuk masuk. Saya kata, Rasullulah sedang tenat. Saya minta untuk datang lain kali". 

Tiba-tiba Nabi memandang Fathimah dengan tatapan yang jauh. Di dalamnya nampak sinar kelabu yang pekat dan Fathimah tergetar hatinya sehingga menggigil seluruh tubuhnya. "Izinkan tamu itu masuk, wahai Fathimah. Tahukah kau siapa dia, anakku?". Fathimah menggeleng kepala, "Tidak" katanya. "Dia ialah penjemput kenikmatan, pemutus nafsu syahwat dan pemisah pertemuan. Dia adalah malikat-maut".

Fathimah menjerit, "Ya Rasullulah! Jadi bermula hari ini aku tidak akan lagi mendengar suaramu dan memandang wajah mu yang jernih?". Nabi Muhammad SAW, sebagai seorang ayah yang pengasih ikut larut dalam kesedihan. "Jangan menangis jantung hatiku. Engkau adalah keluargaku yang mula-mula akan bersama denganku pada hari kiamat".

Mendengar hal tersebut, barulah Fathimah nampak lega. Setelah itu malakul-maut pun masuk. Nabi bertanya "Engkau datang dengan tujuan apa?". Izrail menjawab "Saya datang mahu ziarah dan juga mahu mencabut nyawa kalau Tuan izinkan. tetapi kalau tidak, saya akan datang lagi".

Nabi tersenyum dan bertanya, "Engakau sendirian? Di mana kau tinggalkan Jibrail?". "Saya tinggalkan dia di langit dua, beserta malaikat-malaikat yang lainnya". "Panggil dia ke mari" kata Rasullulah SAW. 

Malaikat Jibrail pun turun dan duduk di sebelah kepala Rasullulah. Nabi memandang Jibrail dengan sayunya sambil berkata "Hai Jibrail! Mengapa berlambat-lambat? apa engakau tidak tahu bahawa saat yang dijanjikan itu sudah hampir tiba".

"Saya tahu, saya tahu" jawab Jibrail tergagap-gagap. "Beri aku berita bagaimana hakku di hadapan Allah kelak" kata Nabi. Jibrail menjawab "Pintu-pintu langit telah terbuka. Para malaikat berbaris, berlapis-lapis menunggu kehadiran rohmu. Seluruh gerbang syurga juga telah terbuka bagi tempat bersemayam nyawamu'. 

Mendengar berita ini, Nabi masih suram. Wajahnya tetap gelap dan gelisah. "Jibrail! Bukan itu yang kuinginkan. Beritahu aku, bagaimana keadaan umatku esok pada hari kiamat?" Tanya Nabi dengan perasaan cemas.

Jibrail menjawab "Wahai Rasulluah. Tuhan berfirman! Aku haramkan syurga dimasuki oleh para Nabi, sampai engkau Muhammad masuk lebih dulu ke dalamnya. Dan aku haramkan umat para Nabi masuk ke dalam syurga, sebelum umatmu Muhammad, masuk lebih dahulu ke dalamnya".

Barulah wajah Nabi kelihatan berseri-seri. Beliau merasa aman dan tenteram kerana teryata umatnya mendapat hak serta tempat istimewa di hadapan Allah. Mulutnya yang mulai memucat itu mengukir senyuman. Senyuman itu diberikan nya juga kepada malaikat maut, ketika beliau mempersilakan sang Pencabut Nyawa untuk melaksanakan tugasnya.




RESEPSI YUSMAN AFIQ


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh! Dengan rasa hormat dan penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kami sekelurga dengan sukacitanya mengundang ke Majlis Perkahwinan putera kami Muhammad Yusman Afiq Bin Lokman dan Nur Azianna Binti Abdul Ghani Pada hari Ahad, 20 Januari 2013 bersamaan 8 Rabiul Awal 1434H, Bertempat di Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur. (Bunyi   kad undangan yang aku terima).




Makasih! Kerana jemput aku makan nasi minyak. Aku doakan semuga Muhd.Yusman dan pasangannya hidup bahagia hingga keakhir hayat. As'Salam dari Mj dan jumpa lagi dientri terbaru!


19 January 2013

PELUKIS JALANAN



Aku baca entri pelukis Aris Aziz kat facebook. Kata beliau, kengkadang Dbkl rampas peralatan pelukis jalanan di Bukit Bintang. Nak cari makan sebagai pelukis pong susah. Lepas tu aku dapat tau, Dbkl nak bagi permit untuk pelukis jalanan. Lokasi yang dicadangkan ialah di Jalan Belanda.

"Janji di Tepati"! Tentu nanti meriah kat Jalan Belanda kan!, terutama pada hujung minggu. Seperti nota Dr.Siti Zainon Ismail kat facebook iaitu sekitar pertengahan tahun 70'an (Jalan Belanda) pernah menjadi Pasar Seni untuk warga kota. Ketika itu, pelukis seperti Tan Rahim, Raja Azhar dan beliau sendiri pernah berada di Jalan Belanda. 

Seingat aku, tahun 80'an, pelukis jalanan udah bertukar kat Jalan Melayu berhampiran Wisma Yakin. Pada tahun 1985, ekonomi dunia ketika itu gawat! Hujung minggu selalunya aku lepak kat sini pasal jobless. Masa nelah aku kenal pelukis jalanan seperti Johari Alis, Maamor Jantan, Burn, Salleh Dawam dan beberapa pelukis lain. 

Tahun 90'an pulak tiada pelukis jalanan. Kebanyakan pelukis udah ada tempat melukis seperti di Central Market @CM atau di Jalan Conlay. Sesekali ada gak aku ziarah kengkawan terutama Johari Alis dan Makmor Jantan di studio mereka kat Komplek Budaya Kraf, Jalan Conlay. Bila udah selalu ziarah kat sini, dapatlah aku berkenalan dengan pelukis lain seperti Kamaruddin Talib, Nizar Kamal Ariffin, Ahmad Shukri, Samsudin Mohamad, Yusof Gajah dan Hassan Ahmad. 

Pelukis Residen Conlay yang lain ketika itu seperti Ajis Mohamad, Amiruddin Ariffin, Haris Ribut, Ishak Sallehuddin, Kamal Ghany, Shima Abu Hashim, Sabrie Salleh, Zuliza Zain, M. Zaki Zakaria, dan Eliza hanya aku kenal nama diaorang ne melalui Conlay Group Exhibition pada tahun 1999.  

Walaupong aku story pasal pelukis jalanan tapi foto dioarang ne tak dapat aku siarkan. Tujuh keping foto yang aku paparkan kat sini pong> hanyalah foto yang aku klik ketika aku singgah kejap di Central Market, setelah aku selesai melawat pameran Taman Nurani di Galeri Petronas.

Berbalik pasal Jalan Belanda tadi, sesiapa yang bermiat nak turut serta silalah pm kat fb Pak Aris. Janganlah nanti, bila  tempat tu udah penuh dengan pelukis dan penghibur jalanan baru terhegeh-hegeh nak join!

17 January 2013

SAKIT SEBAGAI PENEBUS DOSA










Assalamualaikum! Aku baru balik dari klinik untuk dapatkan ubat kerana sakit mata. Ketika jumpa Doktor@Dr. macam biasalah, aku kene bagitau penyakit aku - pasal yang sakit aku bukan Doktor. Satelah Dr. bertanya beberapa soalan sambil mancatit keatas kad pesakit aku, Dr. arahkan aku ambik ubat di kauter farmasi. Hasilnya aku dapat ubat jenis chlorpheniramine maleate (untuk selsema/gatal/alah) dan ubat menthol inhalationu (berbentuk kristal).

Sakit! Semua yang begelar manusia pasti pernah merasa sakit. Apabila udah sakit pasti nak dapatkan rawatan. Sakit atau demam, kecil atau besar adalah takdir Allah yang mempunyai tujuan yang kita tidak ketahui.

Janganlah kita mudah melatah dan merasakan Allah tidak adil, atau menyalahkan orang lain kerana mendatangkan penyakit kepada kita. Penyakit yang aku dan kengkawan dapat, mungkin  satu ujian untuk melatih kita mendapatkan sifat-sifat terpuji seperti sabar, reda, tawakal, berbaik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah dan mendekatkan diri dengan Allah serta meminta pertolongan hanya kepada-Nya sahaja.

Sekiranya diri rasa berdosa! Sebagai contoh> Apabila aku telah banyak melakukan dosa serta lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepada aku berupa penyakit> agar aku tidak terus lemas dan tengelam dalam dosa dan noda.

Sakit juga bermaksud qias (pembalasan) ke atas dosa-dosa yang aku lakukan. Setiap perbutan dosa pasti menerima hukuman, samaada didunia atau di akhirat. Lainlah kalau aku udah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa aku.

Bagi hamba yang Allah kasihi, didunia lagi Allah menghukum kita> dan tidak menunggu hukuman di akirat. Allah akan datangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan,  kemiskinan,  tiada  sumber rezeki, penceraian, tiada zuriat, kemalangan jalan raya, ummah terbakar, kehilangan kuasa dan sebagainya. Sekiranya aku dan kengkawan diluar sana boleh bersabar dan reda, maka akan dapatlah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya, kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak reda> malah merungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan dosa kita.

Allah Yang Maha Pengasih! Kengkadang aku ditimpa kesempitan hidup. Allah udah takdirkan demikaian, kerana Allah sayang pada aku> asalkan aku boleh bersabar dan reda dengan takdir-Nya. Sekiranya aku atau kengkawan diluar sana dikurniakan harta yang banyak dan kesihatan yang berterusan> maka itu pong adalah ujian dari Allah.

Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah nak bagitau kita bahawa betapa susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. So! Lawatlah ibu bapak, adik-beradik, saudara atau kengkawan yang terlantar sakit di ummah atau disepital. Orang yang sedang sakit pulak, hatinya mudah terusik. Sesiapa yang datang ziarah dan memberi sedikit nasihat, Insya-Allah mudah diterimnya.

Begitulah! Sebenarnya Allah mahu agar aku dan kengkawan semua sentiasa beringat-ingat. Jika kita diberi ujain, sebagai hamba-Nya, hendaklah datang mengadu, mengharap, merintih, meminta belas ihsan dan sentisa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Janganlah meminta atau merintih kepada busut, kubur lama, bomoh palsu atau mengharap kepada tolong orang tipu orang (toto).



Terimlah! Segala ujian dan penyakit adalah sebagai satu didikan terus dari Allah. Andainya kita diuji lagi, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita. 


Nota Kaki: Sekiranya ada ayat aku silap atau kengkawan muskil, eloklah tanya ustaz. Jangan berdebat dengan rakan yang jahil pasal qada dan qadar! Salam sayang dari Mj!

16 January 2013

TENGAHARI DI SABAK BERNAM


As'Salam! Kepada rakan blogger dan pembaca yang terkelik blog aku. Maaf kerana lewat sikit aku update blog pasal aku sakit mata (gatal dan berair). Mungkin sakit mata ne berpunca dari cahaya skrin ketika berjam-jam mengadap komputer.

Tengahari di Sabak Bernam! Jam 1030 pagi, Majid ambik aku kat ummah. Kali ne ikut serta ke Sabak Bernam ialah rakan Majid. Setelah  take five minum kat sekitar Sungai Buloh, perjalanan di teruskan melalui lebuhraya menuju Kuala Selangor.

Kereta terus meluncur laju (walaupong jalan sedikit berombak) melalui pekan Tg. Karang dan seterusnye ke-pekan Sekincan. Singgah ummah Ali dan nampak kat dinding tergantug lukisan cat air. Lukisan ne adalah hasil   buah tangan anak sulong Ali si Hashime yang masih belajar kat U diSerawak. Berminat gak budak ne!

Sampai udah di pekan Sabak Bernam. Tujuan datang kat sini ialah nak tenguk lokasi Sabak Bernam Waterfront, manalah tau kalu Majid dan rakannya berminat nak uruskan Waterfront ne. Sebetulnya iklan untuk penyawa yang berminat nak kendalikan tempat ne udah disiarkan bulan lepas, tapi baru kali ne ada kesempatan nak jenguk. 

Ketika kami sampai kat sini kelihatan rumpun tidak dipotong dan dinding tandas kene conteng. Nampak terbiar tempat ne! Dulu mungkin waterfront ne salah satu projek dibawah kerajaan Barisan. Bila Selangor diambik alih olih pembangkang, tempat ne tak dapat diuruskan dengan baik kerana (mungkin lagi!) tak de peruntukan.

Majid buat keputusan! Tak berminat pasal tak ramai pelancung nak datang ke sini walaupong ada disediakan chalet, foodcourt, menara tinjau dan jetty. Pulak tu! Air sungainya ada masa pasang surut, susahlah kalu nak bawa pelancung naik boat (river crusing) ketika waktu pagi atau tengahari.

Kami berempat tinggalkan pekan Sabak menuju Sungai Panjang short-cut ikut Bagan Terap. Yang jadi penujuk arah ialah SiAli, pasal laluan ne memang tak pernah Majid ikut. Pemandangan kat sini ialah hijaunya sawah padi dan sesekali nampak sekawan bangau terbang. Kereta beluk kiri arah keSepong dan berhenti kat masjid. Ziarah kubur arwah ayah!

Lepas tu nak singgah ummah Kak Timah! Perut mula keroncong dan ternampak longgokan durian digerai tepi jalan. Berhenti kejap beli durian kampung. Buahnya taklah besar sangat tapi ada rasa. Lepas tu singgah gerai jual nasi untuk makan tengahari. Selesai makan, Majid beli pisang dan manggis. Kebetulan pulak, manggis tu baru aja di kutip dari kebun - kata Mak Cik tulah! 

Ziarah ummah Kak Timah! Masa kami sampai, hanya mereka berdua saja kat ummah. Anak-anak Kak Timah semuanya tinggal dan bekerja sekitar Kelumpo. Begitulah putaran roda kehidupan. Sunyikan! Yalah dari saat demi saat, minit dan jam berdetik. Hari demi hari terus berlalu mengejar minggu ke bulan. Bulan bertemu bulan dan akhirnya kita akan dimamah usia senja.

Bertanya kabar! Ketika usia semakin dikira dan ada masa bertanyalah kabar, nampak mereka berdua masih sihat walaupun suami kakak (Abang Ali) udah ada penyakit tiga serangkai terutama darah tinggi. Diajak makan buah durian, katanya takut pasal manis tapi sempat gak habiskan tiga ulas.

Langit nampak mendung! Setelah bersalam-salaman, kami tinggalkan ummah Kak Timah. Gerak menuju Sekincan dan singgah sekali lagi ummah Ali. Dari Sekincan, kereta gerak menuju Tg. Karang dan Kuala Selangor. Sepanjang perjalana ne, aku lihat gerai-gerai orang kita menjual makanan antaranya sup belud, sup kaki ayam dan kari ikan keli. Lebih menarik lagi ialah gerai mantarang bakar, air kelapa bakar dan cendol bakar. Lepas ne nanti ada pulak kot tempe bakar atau tapai bakar. Hehehe! Jangan marah - gurau aja!