30 June 2012

BBQ@ BUKIT LAGGONG!



Salam kepada pembaca blog Kakiconteng!  Pada 30hb June 2012, aku bersama-sama geng kaki kayuh berkumpul kat tepi anak sungai  untuk acara BBQ@ Bukit Laggong. Idea sosial ne datang dari Saiful@Thor yang sabelum ne pernah berkunjung ke kebun durian Mahfol. Kebetulan plak dalam kumpulan ne ada chef Kuzai yang sanggup buat sauce dan marinate bahan mentah.


Bukit Laggong!
Ketika kami sampai kat Bukit Laggong cuaca nampak cantik. Keindahan alam semulajadi yang menghijau, di ikuti siulan burung dan bunyi air mengalir, membuat kami rasa tenang  dan cukup mendamaikan. Si Kuzai dan Saiful  mula menyalakan api untuk memanggang ayam, sausage dan ikan. Rakan yang lain plak basuh buah tembikai, ada yang menyusun pinggan, cawan,  dan ada yang cari daun pisang untuk buat alas. 

Senja mula melabuhkan tirai dan keadaan sekeliling mulai gelap. Malam tanpa bintang dan kedinginan mula dirasa. Walaupun cuaca sejuk kerana kami berkumpul berhampiran anak sungai, si Saiful, Rimbabara dan Kuzai kelihatan berpeluh. Memang sedikit panas bila bakar ayam dan ikan yang menggunakan arang. Sesekali si Kuzai menutup mata kerana kepedihan  terkene asap. Baru kene asap Beb!


Kamera!
Ketika menunggu makanan malam disiapkan olih sekumpulan chef, aku tak mahu masa berlalu tanpa membuat sesuatu. Aku mula ambil kamera dan bersedia untuk klik photo secara sepontan. Kali ne aku bawa kamera jenama Nikon Coolpix bagi memudahkan aku merakam photo di waktu malam. Kengkawan yang lain juga mula klik sana - klik sini menggunakan kamera handphone. Suasana yang tadinya sedikit tenang, mula kecoh dengan gelagat kengkawan yang berminat untuk menjadi model sambilan. Sambil bergaya di depan kamera, perlu juga berhati-hati - faham ajalah tempat macam ne! Manalah tau bila selesai  merakam gambar, nanti kelihatan pulak kaum lain yang tompang sekaki kat sebelah. Takutttttttttt!


Menu BBQ!
Cakap pasal menu, sabenarnya kengkawan udah serahkan tugas pada Chef Kuzai and The Gang. Malam ne diorang sediakan ayam, ikan, sausage, daging burger dan kerang bakar. Satelah kerja-kerja memanggang siap, acara makan pun bermula. Memang sedap Beb! Makan ayam yang udah disalut dengan rempah ratus, lepas tu cecak pulak dengan black pepper sauce. Wow! Terangkat Beb! Sayangnya aku hanya mampu makan saketul ayam dan dua sausage, pasal  nak jaga tali  perut. Kalu lelaki perutnya buncit sangat-nanti tak hensem!    


Waktu malam!
Jam kat handphone udah menunjukan kul 2200 malam. Waktu cam ne siulan burung  tidak kedengaran lagi pasal udah masuk sarang. Yang masih setia menemani kami tentulah sang nyamuk dan sang pacat. Kami mula berkemas. Sampah kene kutip dan buang kat tempat pembuangan sampah. Kami tidak mahu tempat ini kotor dan nantinya di datangi sang lalat dan tikus. Bila banyak sampah sarap, sang tikus memang happy untuk berak dan kencing.  Elakan penyakit kencing tikus. Penyakit ne boleh bawa maut Beb!


Geng!
Turut serta dalam acara sosial ne ialah Mahfol, Ahmad, Herlin, Hisham, Saiful, Khuzai, Amiroul, Rimba Bara, Mantoba, Resberry, Mj dan Ady Yusuf. Di kesempatan ini aku ucapakan temer kacik kepada Chef Kuzai dan Saiful serta tuan tanah kerana bagi kerjasama untuk jayakan acara BBQ. Begitu gak kepada otai Mahfol kerana bagi peluang sekali lagi untuk acara cari dan makan dorean. Pertemuan saterusnya untuk Geng Kakikayuh mungkin  diadakan pada bulan puasa.  Nak gak rasa Buffet Ramadhan Beb!


Nota Kaki: Story dan photo- pic BBQ kat Bukit Laggong, boleh gak kengkawan sekodeng di fb Pahat Berbunyi dan blog Kakikayuh di http://Bankbooks.blogspot.com

Bakar ikan, ayam, sausage dan bugger!
Kata ada jagung bakar! Mana ?
Resbbery, Herlin dan Ahmad...
Saiful, Rimbabara,Herlin, Chef Kuzai dan Mahfol
Bila nak makan ne...
Dah masak dah ne!
Amirol dan Ahmad - sempat lagi possing!
Makan Time! Semua senyap...
Ady Yusuf dan Hisham
Last pose sabelum bersurai! Dari kiri ke kanan: Ahmad, Mantoba, Ady Yusuf, Mahfol, Rimbabara, Hisham, Azhar@Thor dan depan sekali si Herlin.

29 June 2012

PICTURE+COLOURFUL


Tembikai!

Salam kepada peminat Fotografi!
Sebagai penutup bagi bulan June 2012, aku hidangkan photo pic yang aku klik menggunakan kamera+handphone Sony Ericsson (Walkman) di sekitar Bukit Laggong. Semua photo ne aku sudah edit menggikut selera aku. Ada tiga keping photo yang di klik dalam bangunan saperti buah tembikai, tunggu punye tunggu dan dua tiga kucing berlari.

Sacar jujurnya, aku bukan pandai sangat pasal fotografi. Apa yang aku klik, aku anggap sebagai sebuah karya  melalui pemikiran mentah aku. Bukan mudah untuk memahami sesebuah karya sekiranya aku sendiri tidak berminat untuk menerokai sudut kreatif. Aku memang suka picture colourful! Bermula dari suka-suka untuk memenuhi entri blog aku, kini aku udah jatuh hati untuk menerokai rahsia fotografi. 


Buat masa ne aku udah gantung berus! Kos yang mahal untuk membeli kenvas dan warna buat aku beralih minat kepada klik-klik. Hanya dengan peralatan asas iaitu kamera handphone, aku udah boleh berkarya menggikut cara pemikiran aku. Biarlah aku bermula dari bawah dan pada masa yang sama, aku cuba mempelajari rahsia fotografi. Sekiranya peminat fotografi memutuskan bahawa 8x keping gambar yang aku paparkan ini sebagai foto murahan - terpulanglah!

Tunggu punye tunggu!
Dua tiga kucing belari...
Laluan sukar!

Mulut Tempayan!
Hati hati!
Jangan di kenang...

24 June 2012

HARI BALAI TERBUKA


Selamat Berhujung Minggu!
1- Pagi semalam aku ge jemputan 'Hari Balai Terbuka' sempena sambutan 'Hari Polis ke 205 Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur'. Kad jemputan tu sebenarnya untuk boss aku, tapi sebab boss tak dapat datang-akulah gantinya!


Ada  pameran dan makan-makan. Bermacam  peralatan yang dipamerkan termasuklah peralatan anggota polis yang selalu buat roadblok. Ketika aku melihat-lihat beberapa peralatan yang dipamer, teringat aku akan satu story mengenai saorang penunggang motosikal ditahan ketika sekatan jalan raya. Sebaik motosikal berhenti anggota bertanya:

"Tolong bagi kad pengenalan dan lesen motor encik!"


Lalu penunggang motosikal itu menghulurkan  kad pengenalan.

"Mana lesen motor?" sergah anggota.

"Aku baru saja beli ini motosikal di kedai Cina tu. Tapi bila aku mahu beli lesen motosikal, Cina tu kata, dia tak jual lesen, dia hanya jual motosikal. Aku pun bawalah ini motosikal balik rumah" jawab si penunggang motosikal.

"Encik jangan main-main. Tunggang motosikal mesti ada lesen memandu. Encik nak balik mana?" soal anggota polis tersebut.


"Itu! Kan ada alamatnya di dalam kad itu. Kg Orang Asli Bukit Laggong" selamba saja di-jawab oleh penunggang tersebut. Terdiam sekejap anggota polis. Terus bersuara dengan nada marah "Jalan-jalan". 


[Ini hanyalah cerita pendek  yang aku dengar melalui perbualan anggota yang pernah bertugas buat sekatan jalan raya]. 

Sesiapa yg terjumpa benda ne, sila hubungi balai terdekat!
Anggota polis trafik bersiap sedia untuk buat show "menunggang motosikal berirama"
Mayat dalam Defender!
Salah satu pameran...
Wah! Ne kereta peronda baru ne...

"Balai Polis Bukit Kepong kene serang!"
Sedang asyik dengar penerangan dari Jab Forinsik!
Apa yang di bincangkan tu Bro!


2- Tengahari tu orang memang ramai. Ada yang sedang menjamu selera, ada yang sekadar melihat-lihat sahaja.  Cuba kenkawan perhati betul-betul. Dalam ramai-ramai pengunjung ne ada tak yang sedang bertugas kira macam under cover gitu. Siapa? Aci yang pakai sari hijau merah ne ke atau Minah yang memakai kemeja T hitam bersama baby. Kalau korang nak masuk jadi mata-mata gelap, kena peka dengan gaya penyamaran. Nantinya tentu korang kata:

"Tentulah Minah yang berkemeja-T bersama baby".

Bagaimana kalau aku katakan yang sedang under cover tu ialah Aci baju hijau merah! Tentu korang  tak percaya kan!- Wassallam!



 
Nota Lutut: Kalu tak nak masuk  penjara jangan buat jahat! Bukan aku kata tapi polis yang kata. Pesanan Hang Tuah "Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Jumpa lagi!

Gimik Perasmian!

19 June 2012

OLE - OLE dari JB


Salam! Kali ne aku story pasal ole-ole atau hand fruits. Istilah biasa yang kita selalu gunapakai  ialah buah tangan. Kat Johor ne memang terkenal dengan buah nenas, durian belanda, keladi, pisang tanduk dan mangga. Begitu juga dengan makanan ringan saperti candy kelapa, pisang salai dan kerepek pisang. Tak lupa juga dengan menu makanan orang Johor saperti assam pedas, mee bandung, nasi padang dan otak-otak. 
Assam Pedas Batu Pahat

Masakan assam pedas dan mee bandung memang terkenal kat Muar, tapi kat Batu Pahat pun apa kurangnya. Begitu juga kat Stulang Laut, nak makan mee rebus, mee bandung atau rojak Singapore, semua ada kat sini. Pulak tu, lepas makan boleh shopping kat outlets bebas cukai kat Zone Mall. Kalu nak rasa sup, otak-otak, nasi lemak malam - bersama teh tarik, boleh gak singgah kat gerai-gerai sekitar lorong berhampiran Citrus Hotel.

Makan -makan!
Otak-otak di Lorong JB
Check - out!
Kota Iskandar
Pekene teh tarik!
Pasar malam bandar JB!


14 June 2012

JOHOR PREMIUM OUTLETS



As Salam!
Salam sejahtera kepada rakan blogger yang terkelik blog aku! Saperti yang aku janjikan iaitu nak story pasal lawatan ke Johor Premium Outlets atau nama singkatnya JPO kata orang di Kulaijaya. Lokasinya jauh dari pusat bandar JB tetapi mudah untuk sampai ke JPO kerana terletak tidak jauh dari lebuh raya. Pertama kali aku menjejakan kaki di sini, terasa saperti berada di luar negara kerana JPO adalah pusat beli-belah jenama terkenal.  


Walaupun setiap kedai menawarkan potongan harga sahingga 60%, tapi aku masih tak mampu untuk membelinya. Pun begitu aku masih berminat untuk keluar masuk hampir setiap outlet kerana ingin melihat baju dan kemeja T dari pereka saperti Ralph Lauren, D&G, Tommy Hilfige, Guess, Burberry atau melihat kasut buatan kilang dari Nike, Adidas atau Puma.

Kali ne aku masuk kedalam outlet Adidas. Banyak rekaan terbaru yang dipamerkan atas rak-rak yang  disusun olih pekerja yang kebanyakan dari kaum Melayu. Aku bergerak dari satu rak ke-satu rak dalam outlet Adidas dan akhirnya aku sampai ke satu sudut rak kasut yang tertulis pig skin. Alamak! Kasut Adidas kulit babi pun ada dijual kat sini. Mungkin ramai udah terpegang kasut kulit babi tersebut kerana tidak perasan nota yang tertulis dalam bahasa Inggeris " pig skin" itu ialah kulit babi

Bagaimana pula pekerja  lelaki dan wanita Islam yang bekerja disitu? Hari-hari mungkin memegang kasut kulit babi dengan alasan udah terpaksa kerana tugas. Diaorang ne kalau terpegang atau sengaja memegang kasut kulit babi, adakah diorang kene samak! Takkan hari-hari pekerja ne kene samak setiap kali tamat tugas? Nak cakap lebih-lebih pasal 'samak' ne, bukanlah aku orangnya. - Aku memang jahil pasal part samak menyamak ne!. 




Nota Lutut : Bercakap pasal kulit babi ne, teringat aku satu kes yang disiarkan dalam akhbar mengenai seorang juruwang wanita Islam yang dimarahi oleh pelanggan kerana memegang daging babi dengan berlapikan plastik. [Wanita tersebut bekerja di salah satu pasaraya diTaiping].

Ketua kepada
juruwang [wanita Islam] tersebut memberi amaran, sekiranya beliau masih menggunakan pelapik pelastik ketika memegang daging babi, beliau akan di berhentikan kerja. Aku tak tau - Adakah wanita Islam itu masih bekerja di pasaraya tersebut!  - Wallahuaklam!






13 June 2012

KE BUKIT LAGGONG!


Apa kata kita rest kejap story pasal percutian ke Johor Bahru! Bila kengkawan tahu aku udah ada kat KL, diorang pun ajak aku berkayuh ke Bukit Laggong. Bukan setakat berkayuh tetapi Mahfol ajak  makan durian sambil menikmati suasana malam di kebun durian. Jam 0530 petang kami berkumpul di stesen Shell Selayang dan mulakan kayuhan menuju Bukit Laggong.

Cuaca sekitar Selayang memang panas. Kami singgah beli air, walaupun aku udah bawa satu botol air masak - masih tak cukup Beb! Ketika memasuki kawasan Bukit Laggong, cuaca sedikit redup. Kami kayuh sahingga melepasi penempatan orang asali, lepas tu berpatah balik arah kebun durian Mahfol. Sempat gah singgah kat sungai dan bersihkan basikal. Sampai kat kebun durian cuaca mulai gelap. Mahfol sebagai tuan umah pasang lampu dan bakar unggun api. Sabakul durian udah tersedia untuk tetamu, tunggu apa lagi!


Kami menikmati buah durian sambil berbual pasal trip berkayuh ke Taiping. Kami bersetuju  iaitu trip ke Taiping  pada awal bulan Oktober 2012. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Kita hanya boleh  merancang dan Tuhan yang menentukan!


Masa terus berlalu - Jam 0930 malam kami mula meninggalkan kebun durian di Bukit Laggong. Cuaca nyaman dan kayuhan malam yang sangat santai. Kami singgah sekejap kat Mydin Selayang untuk pekene teh tarik! Jika kengkawan berminat untuk membaca story bergambar kayuhan ke Bukit Laggong - Kengkawan boleh juga layari blog Geng Kakikayuh di http://Bankbooks.blogspot.com!

Panasssss! Kita minum dulu...
Udah tersedia sebakul durian. Tunggu apa lagi?
Possing kat Shell Selayang sebelum mula berkayuh
Kalau terus berkayuh, jalan ne boleh sampai ke Taman Templer, Rawang.
Sempat gah basuh basikal! hup tu tak masuk air ke?