15 September 2017

ACAH-ACAH KOREA UTARA





                   Nota [1]

  • Di-ringkaskan, Korea Utara yang terletak di Asia Timur Semenanjung Korea itu terlalu memuja fahaman dan ideologi Stalin[1] lalu menjadikan  negara tersebut terasaing.  Korea Utara yang ibu negaranya adalah Pyongyang itu dikenali juga sebagai republik sosialis telah membentuk penyatuan yang terpaksa dibawah Parti Buruh dengan gagasan pemimpin terdahulu iaitu Kim II-Sug.


  • Tidak sebulu dengan Korea Selatan menyebabkan berlaku perang pada 25 June 1950. Perang hanya berhenti seketika apabila gencatan senjata pada 27 July 1953. Setelah kematian Kim Jong-il pada 19 Desember 2011, pemimpin Korea Utara telah diganti oleh Kim Jong-un iaitu anak kepada Kim Jog-il.


  • Pada pandangan Human Rights Watch dan Amnesty International, Korea Utara adalah salah satu negara yang brutal[2] telah mencatat 'hak asasi manausia terburuk'. Ini disebabkan beberapa undang-undang dan batasan yang ketat ke atas kebebasan politik, ekonomi dan sosial rakyat mereka.


  • Dahulu, penilaian badan-badan bebas itu juga melihat Korea Utara bagai dipenuhi perkampungan penjara bilamana ada antara penduduk Korea Utara yang menentang atau melangar perintah akan dipenjara. Malah kelakuan brutal itu ternyata benar bilamana pesalah  diseksa dengan kelaparan atau lain-lain kekejaman seperti perkosaan, pengguguran janin paksa dan yang terakhir barangkali pembunuhan.                          

                     Nota [2]             
  • Amerika Syarikat[AS] yang kononya pernah digelar polis dunia[3] tetapi bagaimana boleh terlepas pandang, membiarkan Korea Utara bebas membina peluru berpandu sehingga mampu mengheret dunia ke-kancah perang yang barangkali akan disebut orang sebagai 'Perang Dunia Ketiga [TWW]. Atau barangkali, Amerika Syarikat sengaja pandang sebelah mata akan aktiviti Korea Utara bagi tujuan tertentu. Apakah tujuan itu!

    Tentu kita masih ingat lagi, nasib negara Islam Iran, di mana Amerika sengaja menuduh Iran kononnya mempersiapkan senjata biologi berbahaya sedangkan Iran hanya membangunkan nuclear dibawah 'US atom for peace program'. Ketika program itu dilaksanakan, Iran telahpun menandatangani perjanjian [long-term nuclear] dengan Pakistan dan China antara tahun 1987 - 1990. 

    Meskipun tuduhan oleh 'US Intelligence Agencis' itu tidak benar, Amerika tetap menyerang Iran dengan menjadikan Iran sebuah negara 'padang jarak padang tekukur'. Malah, Saddam Hussein[4] yang waktu itu sebagai ketua nagara telah ditangkap dan akhirnya beliau dihukum bunuh atas kesalahan yang tidak dilakukan oleh beliau.


                     Nota [3]

    Hari ini, Korea Utara sudah berani mengacah-acah negara disekitar Asia Timur Laut yang meliputi negara seperti Korea Selatan, Jepun dan China. Acah-acah Korea Utara itu tentulah akan membabitkan kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Russia yang dengan sedirinya akan terjebak sama ke dalam kancah peperangan dunia nanti.

    Ketegangan yang berlaku kali ini bermula dengan tindakan daripada Korea Utara yang berjaya meningkatkan keupayaan peluru berpandunya melalui dua ujian hingga membolehkan bom tersebut boleh sampai ke tanah besar Amerika. Korea Utara juga mengancam untuk menenggelamkan Jepun kerana Jepun meyokong resolusi PBB[5] dalam sekatan terbaru ekoran ujian misil keenam dan paling kuat oleh Pyongyang pada 3 September lalu.

    'Acah-Acah Korea Utara' bukan sekadar mahu berlawak tetapi Korea Utara benar-benar telah tersepit apabila sekatan demi sekatan[6] akan dikenakan terhadap Pyongyang. Untuk membuktikan Korea Utara benar-benar bersedia menerima ancaman atau serangan, telah dimaklumkan kepada masyarakat dunia bahawa hampir 3.5 juta rakyatnya menyatakan kesediaan secara sukarela untuk menyertai angkatan tentera bagi memerangi Amerika Syarikat[AS].


                     Nota [4]

    Dunia semakin tua. Malah, bolehlah dikatakan dunia yang tua ini sedang berada di penghujung usianya. Ini kerana ada manusia yang sudah bosan dengan keamanan. Bagi mereka, untuk menegakan keadilan perlu pengorbanan dan pengorbanan itu mungkin kematian. Malah, ada pemimpin yang percaya bahawa hanya perang sahaja yang boleh menghentikan perang.

    Perang perlu dicipta[7]. Kerana dengan perang boleh melemahkan ekonomi, ketenteraan dan perpaduan manusia sejagat. Carilah alasan supaya boleh menyerang. Tanpa ada peperangan bagaimana mahu menguji kehebatan senjata. Tanpa perang, tentulah pelbagai jenis senjata yang dikeluarkan oleh kilang tidak boleh dijual. Jika senjata tidak terjual, kilang mungkin di-tutup. Ramai pekerja akan diberhentikan. Lalu terjadi huru-hara, disulami dengan tunjuk perasaan dan rusuhan.

                       Nota [5]

    Ketika  datangnya zaman perang, manusia dalam kegelapan. Ketika itulah perangai manusia sama tarafnya dengan keldai. Tidak ada peperangan yang menjanjikan kekayaan melainkan si penjual senjata. Perang! Yang menang jadi abu yang kalah jadi arang. Seperti semut, matinya demi manisnya gula, burung pula matinya kerana tercekik dedak dan manusia mati kerana berebutkan kuasa serta harta. - Wallahuaklam!







                    

No comments:

Post a Comment