11 September 2017

#stopkillingrohingya



             [1] Pembuka Kata

Secara ringkas, negara Myanmar yang dahulunya dikenali sebagai Burma adalah negara yang pernah 'tutup pintu' kepada orang luar termasuk pelancung dan pengembara. Dihuni oleh pelbagai etnik kaum. Antaranya suku Rakhine, suku Kayan, orang Kokong, suku Shan, suku Karen, suku Khanu, suku Moken, suku Zomi dan etnik suku Rohingya.


Manakala Aung Sau Suu Kyi pula adalah satu nama besar di Myanmar kerana beliau pernah menerima penghargaan 'Nobel Keamanan' pada tahun 1991 atas perjungan perdamaian dalam  demokrasi dinegaranya tanpa menggunakan kekerasan dalam menentang rejem tentera.

Beliau sebelum itu adalah seorang aktivis prodemokrasi Myanmar telah ditahan, Dibebaskan secara resmi pada 13 November 2010 setelah menjadi tahanan rumah selama 15 tahun. Pada 6 April 2016, Suu Kyi yang berumur 72 tahun itu telah menjawat jawatan sebagai 'State Counsellor' yang jawatan tersebut setara jawatan Perdana Menteri.

Mengenai bangsa Rohingya pula, mojoritinya adalah beragama Islam dan sedikit sahaja yang beragama Hindu. Mereka yang berkulit hitam manis itu adalah dari keturunan Indo-Aryan, kacukan Bengal, Chittagong, Afghanistan dan Arab. Mereka  telah lama tinggal dan beranak-pinak di utara negeri Rakhine, yang terletak di barat Burma [Myanmar]. Jumlah populasi etnik Rohingya pada tahun 2016 kira-kira 1.4 juta orang.  

Menurut Amnesty Internatinol, bangsa Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak kemanusian oleh junta tentera Myanmar sejak tahun 1978, akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti ke Bangladesh. Mereka didiskriminasi hanya kerana wajah, pertuturan dan agama yang berbeza.

Dari dolu lagi, bangsa Rohingya telah menghadapi pelbagai bentuk penindasan, pemerasan, percukaian, penyitaan tanah, pengusiran paksa dan pemusnahan rumah. Malah, kebanyakan mereka dipaksa menjadi buruh dalam kerja-kerja pembinaan jalan raya dan kem-kem tentera. Akhirnya bangsa Rohingya itu dinafikan hak sebagai warganegara Myanmar.

Pada tahun 1978 juga, dianggarkan seramai 200,000 orang telah melarikan diri ke Bangladesh berikutan operasi yang digelar Naganin [Raja Naga] oleh tentera Myanmar. Kempen ketenteraan itu disasarkan terus kepada orang awam, mengakibatkan pembunuhan, rogol serta pemusnahan rumah dan masjid. Titik!
       

            [2] Imbas Kembali [2016]


Sejak tercetusnya rusuhan kaum di wilayah Arakan pada 2012, ribuan etnik Rohingya telah melarikan diri dari wilayah yang mereka duduki. Penganiyaan terancang terhadap minoriti Islam itu telah meningkat di seluruh Myanmar sejak Oktober 2016. Serangan demi serangan dilakukan oleh tentera yang  ditaja oleh kerajaan  Myanmar, bertujuan menghapuskan etnik Rohingya. Pada 13 Oktober 2016, seramai 26 orang terbunuh apabila pasukan keselamatan Myanmar melancarkan serang balas terhadap penduduk Rohingya yang didakwa menjadi dalang pembunuhan sembilan[9] anggota polis di Rakhine.

Pada 19 Oktober pula, beberapa wanita etnik Islam Rohingya disebuah kampung terpencil di barat laut negara itu mendawa dirogol dan diserang secara seksual oleh tentera Myanmar yang menyerbu kediaman mereka. Tentera Myanmar juga mengusir kira-kira 2,000 penduduk dari kampung mereka di Maungdaw pada 23 Oktober 2016. Etnik Rohingya itu terpaksa berkumpul di sawah padi tanpa sebarang pelindungan selama dua malam berturut-turut.

Peralihan dari rejim tentera kepada demokrasi yang diperjuangankan oleh Suu Kyi itu telah membenarkan kekejaman  kepada monoriti Islam dimana seramai lapan[8] orang terbunuh dalam pertempuran antara tentera Myanmar dengan etnik Rohingya yang kononnya disyaki sebagai militan di utara Rakhine yang berlaku pada 12 November 2016.

Malah imej satelit yang disiarkan oleh Pertubuhan Pemantau Hak Asasi Manusia, Human Rights Watch [HRW] menunjukkan lebih 400 bangunan dibakar di tiga perkampungan Rohingya yang menjadi lokasi pertempuran dengan tentera Myanmar. Rakaman satelit pada 10 November itu menunjukan api dan sisa kebakaran yang kebanyakan dilakukan secara sengaja.

Pada 14 November 2016, 22 individu didakwa sebagai penyerang bersenjatakan parang dibunuh berhampiran Kampung Dar Gyi Zar selepas mereka dikatakan menyerang pasukan tentera. Begitu juga seterusnya, operasi penghapusan etnik terus dilancarkan bilamana tentera mengempur beberapa buah kampung di utara Maungdaw pada pukul 6.30 pagi. Mereka dipaksa keluar dan rumah-rumah mereka ditembak dengan meriam. Sebanyak 700 buah rumah di Kampung Dar Gyi Zar musnah sepenuhnya.


              [3] Penaja Keganasan


Badan bebas, Burma Human Rights Network mendakwa pembersihan etnik itu di sokong oleh kerajaan Myanmar dan kumpulan pelampau ultra-nasinonalis. Dari sumber lain yang boleh dipercayai, mereka mendapat dana secara langsung melalui pakatan pemerintah terdahulu dibawah bekas Presiden, Thein Sein dan partinya USDP. Sebahagian dana datang dari kumpulan yang menjadi kroni kepada pihak atasan junta termasuk Buddha, Hindu dan Cina di Myanmar.

Kumpulan serta individu yang berpengaruh di seluruh Myanmar telah terlibat secara langsung membiayai pelampau seperti yang pernah mereka lakukan terhadap etnik Khmer dibawah Khmer Rouge dahulu. Tidak mustahil juga ada penglibatan komuniti Yahudi yang tinggal di Myanmar turut menyemarakan Islamophobia selepas kejadian 11 September dan krisis di Asia Barat.

             
              [4] Skrip Kehidupan


Skrip kehidupan etnik Rohingya yang berlaku di Myanmar adalah plot yang berulang iaitu mereka di usir dari rumah, suami di tangkap, ibu kehilangan anak, remaja perempuan di rogol, rumah dibakar dan mereka terpaksa melarikan diri menempuh hutan tebal, sungai, bukit bukau bersama orang tua yang uzur serta anak-anak yang masih kecil.

Cerita sedih itu terus berlaku. Mereka terpaksa berjalan kaki selama 15 hari sehingga ke sempadan antara Myanmar-Bangladesh. Untuk sampai ke kem Kutupalong yang terletak di Coxs Bazar, Bangladesh itu, mereka harus meyeberangi Sungai Naf utuk melepasi sempadan dan ada anak-anak kecil yang maut kerana kelemasan.

               
                [5] Tentera Arsa


Cubaan penghapusan etik Rohingya itu telah melahirkan sebuah pasukan tentera yang dikenali sebagai Tentera Keselamatan Arakan Rohingya [Arsa]. Kerajaan Myanmar dibawah Pusat Counter Terrorism, mendakwa bahawa tentera Arsa itu adalah  kumpulan pengganas yang berpengkalan di Pakistan dan Timur Tengah.

Kumpulan Arsa yang diketuai oleh Ata Ullah, warga Rohingya dilahirkan di Pakistan dan dibersarkan di Arab Saudi itu telah muncul dalam beberapa video yang disiarkan di Internet, menyeru warga Rohingya bangun untuk berjihad di Arakan. Pastinya kemunculan Arsa sejak enam bulan lalu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pemimpin pro-demokrasi, Aung San Suu Kyi.
- Wallahuaklam! 



          [6] Majlis Keselamatan [PBB]


Negara-negara yang terjebak dalam kebanjiran pelarian etnik Rohingya membuat rayuan supaya pemimpin dan juga aktivis hak asasi manusia, Aung San Suu Kyi bersuara dalam isu kekejaman tentera Myanmar terhadap  moniriti Islam Rohingya. Begitu juga dengan gesaan setiausha PBB, Antonio Guterrs yang mahukan Myanmar mengambil 'langkah segera' menghentikan kempen ketenteraan bagi menamatkan keganasan.

Baik Suu Kyi atau Antonio Guterrs yang mewakili PBB hanya mampu bersuara dan tidak lebih dari itu. Masing-masing mahu menjaga 'periuk nasi' mereka tanpa usaha bersunguh-sunguh untuk menghentikan pembunuhan etnik Rohingya. Bak kata pepatah 'Cakap Tidak Serupa Bikin'. Walaupun PBB ada kuasa untuk membuat satu resolusi bagi menghantar tentera pengaman PBB ke negeri Rakhine bagi tujuan melindungi keselamatan etnik Rohingya atau boleh juga mengenakan sekatan ekonomi tetapi itu hanyalah angan-angan Mat Jenin.

                  [7] Penutup


Dunia mungkin terlalu mengharap kepada bantuan PBB bagi menghentikan pembersihan monoriti Islam Rohingya. Sayangnya PBB bukanlah apa yang kita bayangkan. Seperti yang pernah aku story pada entri 'Ciptalah Perang' bertarikh 26 April 2016 dan 'Khianat, Pakatan & Dunia Arab' pada 24 June 2015, PBB itu hanyalah rubber stamp bagi mengkaburi masyarakat dunia.

Jika ada resolusi dari PBB sekalipun, untuk menghalang aktiviti kekejaman tentera Myanmar, ia hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga. Ini kerana ketua dalam PBB mempunyai kuasa veto yang boleh membatalkan sebarang ketetapan yang dipersetujui dalam sesuatu sidang atau difikirkan perlu.

Bolehlah dianggap bahawa tentera Buddha-Myanmar itu sama kelakuannya seperti tentera rejim Zionis-Yahudi yang  merampas sedikit demi sedikit tanah-tanah di bumi Plastine. Perbezaannya, Buddha-Myanmar terlalu benci dengan etnik Islam Rohingya yang mereka anggap sebagai orang pendatang manakala Zionis Yahudi pula mahu menguasi keseluruhan bumi Palestine.  Baik Zionis-Yahudi atau Buddha-Myanmar, mereka sudah mengetahui lebih awal lagi bahawa  PBB tidak mampu berbuat apa-apa. - Noktah!


 





No comments:

Post a Comment