27 April 2016

MUDAH & CEPAT!



Apartmen!
Waktu petang biasanya ada banyak masa yang terluang. Itu pun jika kawan-kawan tidak mengajak aku ngeteh di kedai Mamak, tentunya aku akan berkurung dalam bilik. Kekadang baca sikit-sikit novel, cerpen atau puisi tetapi yang lebihnya aku habiskan masa kepada kerja-kerja mengedit gambar menerusi PhotoScape[1]. Aku boleh membesarkan atau mengecilkan saiz gambar atau meletakan clip paper diatas sudut gambar misalnya. Melalui perisian PhotoScape, kerja-kerja mengedit lebih mudah & cepat!

Ya! Manusia abad ini sangat memerlukan alat bantu dan sokongan untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik, mudah, cepat tanpa kerja keras. Manusia yang dilahirkan mempunyai daya fikir yang kreatif, cuba sedaya upaya mencipta, menambah baik sesuatu idea, bahan atau produk-produk yang dikira boleh membantu manusia disamping dapat menjana pendapatan.


1- Ketika zaman hitam putih, gambar hanya boleh dirakam melalui kamera dan projector yang menggunakan filem. Waktu itu istilah filem jenama Kodak[2] sangat popular. Merakam perlu berhati-hati kerana selepas merakam, filem akan dicuci di kedai gambar. Tidak seperti sekarang. Gambar boleh dirakam melalui handpon, kamera digital, cctv atau dron. Pulaktu, fungsi kamera handpon hari ini, gambar  boleh diedit dan terus dikongsi dengan rakan serta keluarga menerusi WhatsApp, Instagram atau facebook misalnya.

Sebagai contoh, pengeluar dron DJI telah melancarka dron terbahru yang diberi nama Phantom4 dan kini telah menjadi kegilaan peminat dron di seluruh dunia. Bagi Phantom 4, ia sangat mudah digunakan tanpa mengawal secara terus kerana fungsi automatiknya membantu pengguna mendapatkan rakaman yang lebih baik dari pelbagai sudut. Dron ini sangat mengagumkan kerana ia mampu mengelak halangan dan berhenti daripada melanggar sesuatu halangan di hadapannya dengan secara automatik jika pengguna gagal mengawal dron tersebut.

Begitu juga dengan telepon. Awal tahun 70'an kita terpaksa menggunakan public phone[3]. Waktu itu, pondok-pondok telepon di-dirikan di tepi-tepi jalan dan mesti memasukkan wang silling sebelum mendail nombor yang hendak dihubungi. Tetapi lihatlah sekarang. Manusia-manusia yang kreatif itu telah melambakan pelbagai jenis dan fungsi telepon tangan di pasaran. Yang terbaru antaranya  hTC10 yang dilengkapi dengan kamera 12 megapiksel untuk kamera belakang. Ciri lain ialah fungsi Auto-HDR yang membolehkan rakaman beresolusi tinggi manakala Auto Selfie, Voice Selfie dan Live Make-Up untuk penggemar selfie.

Semuanya mudah dan cepat termasuk sistem pengankutan awan darat yang dahulunya hanya ada teksi, bas dan keretapi. Kini, jika kita ke Kuala Lumpur kita akan bertembung dengan pelbagai warna teksi serta perkhidmatan bas seperti RapidKL, GoKL, KL Hop-On Hop-Off[4]. Jika bas atau teksi di anggap lambat, kita boleh memilih untuk mengguakan perkhidmatan 'Klang Valley Integrated Rail System' [KVIRS] antaranya KTM Komuter, KL Monorail atau Star LRT. Ini tidak termasuk perkhidmatan untuk ke KLIA dengan menggunakan KLIA Ekpres.

Manusia-manusia yang berfikir di luar kotak sentiasa ingin mencipta benda baru bagi memudahkan tugas harian manusia. Seperti di bank. Suasananya tidak seperti pada zaman hitam putih. Kini sudah ada sistem peti atm yang membolehkan orang ramai memasukkan atau mengeluarkan tunai dengan cepat. Kad plastik pula digunakan sebagai penganti tunai seperti SmartTag atau Touch 'nGo. Kelihatanya semua urusan harian dilihat mudah dan cepat terutama di kauter-kauter atau di lorong-lorong tol di seluruh dunia.


2-
Keupayaan berfikir secara kreatif dan inovatif untuk menghasilkan produk baru telah dilakukan oleh mereka-meraka yang mempunyai sifat tidak mengenal putus asa. Dari situ lahirlah rekacipta pelbagai jenama telepon nipis pelbagai fungsi yang boleh menghantar pesanan, merakam imej dan melayari internet. Malah telefon bimbit juga boleh digunakan sebagai alat kawalan keselamatan jarak jauh seperti cctv.

Dari sekecil-kecil produk seperti memory card, PenDrive, jam tangan, earphone, handphone, ipad dan laptop. Lahir pula produk sederhana besar seperti Microwave Ovens, Combi-Steamer dan Lcd Colour Tv. Produk dari  Micro Hifi System pula seperti Dvd Theaters, HiFi System, MP3 GoGear audio vedio player, DvD Player, CD Sound Machine dan Clock Radio pelbagai fungsi seperti mendengar radio, melihat kalender, wake up sound, USB dan SD card slot untuk photos, music dan video clip.

Tidak terhenti disitu, mereka mencipta pula motosikal, kereta, keretapi, boat dan kapal terbang yang boleh bergerak selaju yang boleh. Dari sehari kesehari kita melihat perkembangan 'Next Generation Technologi' itu dengan lahirnya Intelligent Network [INW] seperti Airport KLIA sebagai contoh. Ini termasuk rekaan inteligent di negara maju seperti Iteligent Cities, Medical, Sport Complex, Seaport, Highway System, Rapid Public Transport Systems, Multimedia Educational Network, Theme Parks dan juga Integrated Buildings serta Intergrated Power Satation.


3- Yang dikatakan RekaCipta Kreatif ialah seperti kapal terbang solar, yang menggunakan Solar Impulse2[5] [Si2] yang dipandu oleh Juruterbang Betrand  Piccard, yang telah meneliling dunia pada Mac 2015 dari ibu kota Emiriyah Arab Bersatu, Abu Dhabi dan melakukan hentian di Oman, Myanmar, China dan Jepun. Penerbangan ke Califonia adalah merupakan fasa  terakhir dalam kembara Si2 mengelilingi dunia.


Rekacipta lain termasuk rangkaian makanan segera dari luar negara yang mengamalkan sitem franchise[6] seperti Kentucky Fried Chicken [KFC], McDonald's Delivery Service, Kenny Rogers, Coffee Bean dan lain-lain. Se-ingat aku kalau di Malaysia - mereka yang kreatif merekacipta rangkaian makanan segera antaranya Sate Ria [awal 80'an], 1901 Hot Dog [era 90'an] dan Tuty Frutty [era tahun 2000]. Yang masih beroperasi sehinggi kini ialah jenama Tuty Frutty. Lain-lain jenama terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bersaing. Salah satu faktor adalah disebabkan  idea-idea baru yang tidak mampu dihasilkan oleh kumpulan pengurusan ketika 'Sidang Perah Otak'[7].


Oppps! Untuk mengambarkan tentang rekacipta baru yang berjaya tetapi gagal bertahan, kita perlu imbas kembali sejarah jenama Restoran Sate Ria sebagai contoh. Dikatakan [dari mulut ke mulut] idea asal untuk memperkenalkan sate ke peringkat antarabangsa datangnya dari Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri. Lalu idea itu dikembangkan oleh  pelajar-pelajar Itm Shah Alam. Setelah pelajar Itm berjaya memerah otak lalu diserahkan kepada Mara Holdings Sdn Bhd. Outlet pertama dibuka pada awal tahun 1983 di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur.


Setelah mendapat sambutan, outlet kedua di buka di Jalan Bukit Bintang berhadapan BB Plaza. Walaupun ketika itu pesaing-pesaing restoran makanan segara tumbuh bagai cendawan selepas hujan tetapi persaingan sihat itu telah meletakan Sate Ria sebaris dengan pemain-pemain F&B lainnya seperti A&W, Kfc, McDonald's, Pizza Hut, White Castle Burger dan Shakey's Pizza. Purata, pendapatan kedua-dua outlet Sateria ketika itu  mencecah rm90,000.00 sebulan terutama ketika musim cuti sekolah atau hujung tahun.


Digambarkan juga, ketika itu [awal 1983] jika pelanggan hendak menjamu selera di outlet Bukit Bintang, pelanggan terpaksa berbaris panjang diluar pintu restoran. Masatu, kebanyakan warga Kolompo dan pelancung memang kemaruh
[8] hendak merasai sendiri rasa sate yang disajikan bersaiz besar dengan tiga jenis kuah beserta nasi himpit, timun dan bawang. Soalnya, jika pelanggan terpaksa beratur panjang, adakah itu boleh dipanggil makanan segera!

Seperti yang aku sudah katakan sebelum ini, Sate Ria tumbang bukan kerana pelanggan berbaris panjang diluar pintu restoran tetapi disebabkan tidak ada idea-idea baru yang lebih kreatif. Sepatutnya setelah setahun perniagaan berjalan, pasukan 'perah otak' dari Mara Holdings menukar plate [plastik berwara putih ala hospital] kepada kotak yang seakan-akan kotak take away. Ini kerana plate berwaran puith jika diguanakan terlalu lama akan luntur warnanya dan memang ada rungutan dari pelanggan kerana makan sate seolah-olah seperti berada di asrama atau di wad hospital.


Sewaktu pasukan 'perah otak' [PPO] memberi pendapat termasuk idea-idea bodoh atau tidak masuk akal, pasukan [ppo] perlulah mencatat kesemua idea, kemudian menilai mana-mana idea yang dianggap paling kreatif. Contonya menukar plate warna hitam atau menukar
appron warna hijau. Memperkenalkan menu baru misalnya 'Sate Chicken Wing Black Papper' atau 'Sate Ruti Pitta Dada Ayam' atau juga 'Sandwich Sate Daging Lembu' dan lain-lain idea termasuk menambah menu bavarage[9]  bagi menarik orang ramai datang ke Sate Ria. - Cut!


4- Sekarang kita sambung balik pasal manusia-manusia yang kreatif. Ada yang kreatif mencipta untuk kebaikan dan ada pula bertujuan sebaliknya kerana hendak mendapatkan hasil yang mudah dan cepat. Sebagai contoh, ayam ternakan terutama ayam daging akan disuntik dengan sejenis cecair[10] guna mempercepatkan tumbuhbesar, gemuk dan gebu gitu! Begitu juga dengan ikan yang diberi makanan peransang 'kuat makan' atau buah-buahan yang disuntik dan direndam dalam air bersama cecair rahsia bertujuan tahan lama, cantik dan berkilat.

Dari makanan dan minuman, ahli-ahli kimia yang kreatif itu akan membuka pula klinik penjagaan diri. Wajah hitam menjadi putih. Hidung kemek menjadi mancung. Punggung ciput boleh kembang seperti wanita Afrika dan bermacam-macam lagi kepandaian mereka. Sehinggakan untuk 'cepat lalok'[12] pun ahli kimia boleh merekacipta tablet-tablet yang cepat menghayalkan seperti pil eramin5 dan ekstasi. Ini termasuk serbuk putih heroin dan ciptaan 'WoW' seperti syabu berkualiti tinggi berbentuk kristal.
 

Saintis terus mencipta. Kali ini mereka mencipta senjata yang mudah digunakan dan cepat memberi kesan.  Dari sekecil-kecil senjata seperti yang dipamerkan pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia [DSA] kali ke-15 di PWTC baru-baru ini, ahli sains yang kreatif mencipta senjata dan peledak yang lebih power seperti menggunakan senjata bahan kimia, rocket system dari submarine, nuklear [bom atom] yang boleh digugurkan melalui pesawat atau dilepaskan dari kapal laut atau kapal selam.

Mengikut fakta dari Buku Konspirasi Yahudi[13] [Sabaruddin Hussein] bom atom yang digugurkan pada 6 dan 9 Ogas 1945 di Hiroshima dan Nagasaki itu menggunakan kapal terbang Enola Gay. Sebaik digugurkan, ia menghasilkan awan cendawan Fat Man akibat letupan yang mencecah 18km [11 batu, 60.000 kaki] ke langit dan hipopusat. Letupan dua biji bom atom itu mengakibatkan antara 200 hingga 300 ribu orang terkorban dan menjadikan Hiroshima dan Nagasaki 'padang jarak padang tekukur'.


Pssttt! Waktu dah dekat senja. Kena mandi dulu. Nanti aku sambung ye. - Jumpa Lagi!


 

26 April 2016

CHIPTALAH PERANG!





Epilog
!
 

Ciptalah Perang. Kerana perang boleh melemahkan ekonomi, ketenteraan dan perpaduan manusia sejagat. Carilah alasan supaya kita boleh menyerang. Kita kucar-kacirkan negara-negara Islam dahulu. Kita momokan dengan ayat demokrasi. Kita gulingkan pemimpin-pemimpin yang tidak satu kepala dengan kita melalui rusuhan jalanan. Kita lagakan dua fahaman iaitu Syiah dan Sunni. Pada masa yang sama kita sediakan satu pasukan tentera rahsia yang kita gelar 'Islamic State'.



1-
Epilog diatas [mungkin] adalah sebahagian ucapan pertemuan pemimpin-pemimpin 'Kerajaan Agung Dunia'[1] ketika mereka bertemu pada sidang meja bulat dalam entri yang aku post bertajuk 'Langit Tidak Selalu Cerah' pada 15 April 2016. Episod  entri tersebut berkisar tentang kemungkinan  Perang Dunia Ketiga [3WW] akan terjadi kerana ada tangan-tangan hitam yang  cuba menimbulkan percikan api perang.

Ini dapat dilihat dan didengar melalui berita tentang pembunuhan beramai-ramai belah negara Islam di Timur Tengah. Di Eropah pula, ada yang sengaja melakukan konspirasi dengan menembak jatuh pesawat Mas [MH17] dan cuba menyalahkan negara-negara yang dimusuhi mereka. Di Asia pula, kes seperti perebutan pulau terumbu di Laut Cina Selatan. Korea Utara yang bermegah-megah dengan ujian peluru berpandu. Selatan Thailand yang sering bergolak dan kes-kes penculikan dari selatan Filipina misalnya.

Suasana kecoh belah  Asia Tenggara pula adalah isu tuntutan China terhadap Kepulauan Spratly yang tidak diiktiraf oleh negara-negara Asean termasuk Malaysia. Malah pada 2002, negara-negara Asean dan China sudah menandatangani Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan Laut China Selatan [DoC] bagi memastikan keamanan, kestabilan bagi mengelakkan ketegangan dan campur tangan kuasa besar seperti Amerika [AS].

Pun begitu, China tidaklah peduli sangat dengan Deklarasi DoC tersebut kerana China sudah berkira-kira untuk memulakan pembinaan kemudahan tentera di sebuah pulau yang terletak di kawasan zon eksklusif yang dituntut oleh Filipina. Dari sumber Tentera Pembebasan Rakyat China [PLA], kemudahan ketenteraan itu akan dibina di Beting Scarborough bagi memberi kelebihan kepada Beijing untuk melakukan pengawasan udara di kawasan Laut China Selatan.


Sementara itu di New York, Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu [UNSC] mengecam Korea Utara kerana mengadakan ujian peluru berpandu balistik yang dilancarkan dari kapal selam itu sebagai mencabuli resolusi PBB. Amerika [AS] dan Britain dilihat tidak mampu menghalang cita-cita Korea Utara, lalu meminta China  campur tangan supaya tekanan diberikan terhadap Pyongyang [Korea Utara].

Kini Korea Utara sudah pun memberi amaran, jika Amerika terus mencampuri urusan dalaman Korea Utara, Pyongyang sedia untuk menyerang Seoul dan Amerika. Jika mahu Korea Utara  menghentikan ujian nuklear, Amerika mestilah berjanji untuk menghentikan latihan ketenteraan bersama Korea Selatan.

"Jika konfrontasi ini berterusan, kesan buruk bakal menimpa bukan sahaja kepada Seoul dan Pyongyang, tetapi seluruh dunia" - [AfP/FP]


2-
Kecoh! Tangan-tangan hitam yang membuat havoc di Timur Tengah, Asia dan sekali-sekala buat hanky-panky kat Eropah telah mengelapkan pandangan masyarakat dunia terhadap rancangan rejim Zionis Yahudi untuk menjajah dan merampas sedikit demi sedikit tanah-tanah dibumi Plastin. Terbaru, Israel telah mengedarkan notis kepada penduduk Palestin di Kampung Jalud, yang terletak kira-kira 30 kilometer ke selatan Nablus, tentang rancangan rejim Zionis untuk mengambil alih tanah seluas 1,250 ekar di kampung itu.

Sumber dari Majlis Perbandaran Jalud memaklumkan bahawa setakat ini rejim Zionis sudah membina penempatan haram di Adel Ad, Kodesh, Ahiya dan Kidah dikawasan berkenaan. Menurut Institut Kajian Gunaan Baitulmaqadis [ARIJ], rejim Zionis telah merampas tanah yang luas dekat Kampung Qaryout terletak 28 kilometer di tenggara Nablus sejak berpuluh-puluh tahun lalu untuk membina penempatan haram Yahudi dan dua pengkalan tentera.

Sudah sekian lama berlakunya aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi  atas tanah penduduk Palestin. "Ada aku kisah!" kata Presiden Amerika yang terdahulu atau yang ada sekarang [Presiden  Barack Obama], termasuk juga yang  bakal menjadi calon Presiden Amerika  iaitu Donald Trump. Malah, PBB [rubber stamp dunia] juga tidak mampu menghalang walaupun Presiden Palestin, Mahamoud Abbas mengesa PBB supaya meluluskan resolusi mengencam tindakan Israel memperluaskan aktiviti haram mereka.

Benar!
Atas kertas, Majlis Keselamatan [PBB] merupakan pihak yang paling berkuasa bagi menghalang aktiviti haram rejim Zionis. Perlu di-ingat, PBB ditubuhkan adalah bertujuan untuk merabunkan mata masyarakat dunia. Siapa yang berani bersura dalam PBB untuk menentang kedegilan serta kegilaan Zionis Yahudi. Malah, Presiden Amerika sendiri pun gagal untuk menjadi ketua polis dunia kerana calon-calon yang bakal dipilih menjadi Presiden Amerika telah dikuasi oleh pelobi-pelobi jutawan Yahudi.

Tidak mustahil, sebahagian rakyat Amerika sendiri tidak mengetahui siapa di belakang Presiden, Kongres, PBB termasuk pengawal media. Setiap kali Pilihan Raya Presiden, rakyat AS turun mengundi tetapi pilihan telah dirancang untuk menentukan siapa yang bakal menjadi Presiden Amerika. Ia hanyalah sekadar wayang yang dimainkan oleh pembiaya [pemodal] kaya raya [Zionis Yahudi] bersama ahli-ahli politik. Tak ubah seperti perlawan tinju atau perlawanan bola sepak yang telah diatur terlebih dahulu.

Di AS, wayang kali ini dilakonkan oleh tiga wakil parti Republikan iaitu Donald Trump, Ted Cruz dan John Kasich. Manakala parti Demokrat diwakli Hillary Clinton. Ted Cruz dan John Kasich bergabung bagi mengekang  seteru utama mereka, Donald Trump daripada dicalonkan sebagai Presiden Amerika. Pun begitu, Trump yang memperjuangkan isu  popular 'dasar ketakutan' [iaitu dasar yang mahu mengekang kemasukan orang Isalam ke AS ekoran serangan pengganas] mungkin dapat meraih sokongan rakyat. - AFP/REUTERS



3-
Trit! Trit! Trit! Cerek air berbunyi tanda air dah masak. Aku bangun, bancuh secawan Nescafe Blend & Brew, panaskan dua keping ruti canai [frozen] dan makan dengan susu pekat. Tak sambung dah entri 'Ciptalah Perang!'. Ya! Sepatutunya  episod ini diakhiri dengan sedikit story pasal  Islamfobia, kuasa veto, kepercayaan minda baru, pemujaan syaitan Illuminati, Imam Mahadi, Nabi Isa, Yakujud Makujud dan Dajal. Mungkin ada masa kita jumpa lagi. - Wallahuaklam!


Pssttt!
Esuk Khamis, nak ge Fistival Kreatif 2016 di Pusat Dagangan Putra [PWTC] yang bermula pada 27 April hingga 1 Mei 2016. Hari Jumaat pulak, ada Pesta Buku Antarabangsa KL [PBAKL] bermula 29 April hingga 9 May 2016 yang diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang [MAEPS].


15 April 2016

LANGIT TIDAK SELALU CERAH






Tanah Kebun @Lancang.


Alhamdulillah! Segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahuwata'ala,  kerana dengan izinNya jua, air yang bertakung di dada langit turun mencurah-curah membasahi rumput, pohon-pohon di sekitar Tanah Kebun. Bukan aku sahaja yang gumbira apabila melihat tetes-tetes air menyirami anak-anak benih tanaman seperti nangka, cempedak, petai, jambu, nenas dan kelapa malah sekawan burung layang-layang juga kelihatan sedang terbang, menari-nari kegumbiraan!

 

1- Aku ketika ini sedang membaca sebuah karya lama Hamka bertajuk 'Merantau ke Deli'[1]. Sebaik mendengar tetes-tetes air jatuh dibumbung pondok serta siulan dari sekawan burung layang-layang, aku tinggalkan bilik bacaan, membuka pintu, menarik sebuah kerusi lalu aku duduk merenung hujan. Aku mendongak ke dada langit. Langit masih cerah. Nun! Jauh disebalik bukit bukau, warna langit keruh berwarna kelabu, bertompok gelap bagai sekawan gajah yang sedang mencurahkan air sedikit demi sedikit ka muka bumi.

Angin dari arah barat itulah yang telah membawa hujan penuh barakah[2], menjadikan rumput kuyup dan pohon-pohon menggigil kedinginan. Itulah kebesaran Tuhan yang Maha Esa. Walaupun daerah aku langitnya cerah, tanda hujan tidak akan turun tetapi dengan izinNya jua air hujan itu sampai didaerah ini. Kalau menggikut hukum akal, hujan tidak sepatutnya turun disini tetapi siapalah aku untuk menjadi peramal akan kuasa Ilahi.
 

Hujan lebat sudah reda dan yang tinggal hanyalah rintik-rintik yang gugur ke bumi. Aku bangun lalu menuju ruang dapur. Membancuh secawan kopi pekat Alicafe. Kopi segera yang bercampur dengan Tongkat Ali dan Ginseng ini adalah salah satu minuman harian aku. Walaupun pada dasarnya kita disaran oleh pakar kesihatan untuk lebih banyak minum-minuman air mineral atau kurangkan aktiviti diluar rumah bagi mengelak terkena strok haba[3] tetapi saranan itu tentunya bukan ditujukan kepada petani dan pekebun seperti aku.

Aku menghirup kopi panas. Kemudian mencapai naskah Kosmo! Menyelak helai demi helai muka surat. Retina aku tertumpu pada berita tentang Sultan Johor [Sultan Ibrahim Sultan Iskandar] yang mencadangkan agar kerajaan negeri menubuhkan 'Bank of Johor' bagi memudahkan rakyat membuat simpanan tabungan dan pelaburan. Cadangan tersebut dibuat berikutan ramai rakyat Johor masih tidak dapat memiliki kediaman masing-masing kerana kegagalan mendapatkan pinjaman bank. - Bagi aku, cadangan itu adalah dikira baik. Semuga 'Bank of Johor' menjadi kenyataan  satu hari kelak.


Selak pulak berita luar negara. Perihal polis dunia, iaitu Amerika Syarikat yang menguji sistem peluru berpandu jarak jauh di ruang udara Filipina pada satu latihan tentera bagi mempamer kekuatan pakatan antara Washington-Manila kerana AS melihat Beijing semakin agresif di Laut Cina Selatan. Menurut berita, latihan tersebut dibayangi pertikaian antara Filipina dan China, berhubung tuntutan sebilangan pulau terumbu di perairan Laut China Selatan.


Sementara itu di Seoul, Parti Minjoo [parti pembangkang utama] memperoleh kemenangan mengejut dalam pilihan raya umum kemarin, sekali gus menamatkan penguasaan parti pemerintah [Parti Saenuri] selepas 16 tahun. Parti Saenuri yang dipimpin oleh Park Geun-hye [Presiden] terpaksa menerima hakikat akan kekalahan tersebut kerana rakyat kecewa dengan masalah kelembapan ekonomi serta dibayangi ancaman nuklear Korea Utara.

Wah! Masing-masing begitu galak menunjukkan taring. Hampir saban minggu, dunia dihidangkan dengan berita kekuatan tentera, kecanggihan senjata serta teknologi ketenteraan seperti negara China, Amerika atau Korea Utara. Adakah hal seperti ini memberi isyarat kepada dunia bahawa Perang Dunia Ketiga semakin hampir.

Tidak mustahil tercetusnya nanti perang besar, berpunca perebutan pulau terumbu di Laut China Selatan atau kedegilan Korea Utara yang sentiasa menjadi duri dalam daging yang terlalu  berminat kepada peperangan. Mungkin keangkuhan Korea Utara itu disebabkan bayangan Rusia yang sedia menyokong dan seterusnya menjadi sekutu Korea Utara nanti.

Banyak perkara tersembunyi yang boleh membakar nafsu perang di kalangan kuasa-kuasa besar seperti Amerika, China dan Rusia. Jika tercetusnya Perang Dunia Ketiga,  yang paling gumbira pastinya Zionis Yahudi kerana berjaya mencapai matlamat mereka dalam gerakan Illuminati[4] bagi menguasai seluruh dunia di bawah pemerintahan mereka. Cut!


2-
Kita toleh sekejap kebelakang. Melihat sejarah lama, bagaimana sebuah Empayar Islam Uthmaniah boleh hancur akibat wayang Zionis Yahudi selaras dengan Protokol Zionis[5] iaitu "Kita hanya mempunyai dua pilihan sama ada meruntuhkan sistem yang ada atau membina sistem yang baharu". Maka sistem yang sedia ada ketika itu yang dimiliki oleh kerajaan Uthmaniah di Turki telah diruntuhkan oleh Zionis Yahudi lalu digantikan dengan Republik Turki. Salah satu punca kejatuhan kerajaan Uthmaniah kerana bermain api dengan menjalin hubungan erat dengan Zionis Yahudi yang ketika itu berpusat di London dan Paris.

Setelah kejatuhan Empayar Uthmaniah, maka perang Dunia Pertama pula tercetus kerana kerakusan dan nafsu tamak haloba Zionis Yahudi. Ini terbukti apabila Perang Dunia Pertama tamat, Zionis Yahudi dapat menguasai Palestin dan mengimpikan pula sebuah negara bangsa Yahudi di Palestin. Begitu juga dengan Perang Dunia Kedua dimana sudah dirancang sekian lama sebelum ia bermula.
 
Kisahnya bermula di Asia. Dimana pada penghujung tahun 1920-an, Jepun telah menemui satu medan minyak yang membolehkan harga minyak diturunkan kerana ketika itu Standard Oil[6] milik jutawan Yahudi yang diberikan lesen oleh kerajaan China telah menjual minyak pada harga yang sangat tinggi kepada China. Namun, syarikat Standard Oil berpakat bersama China untuk membolot medan minyak dan Standard Oil mengarahkan  kerajaan China menghalau Jepun.

Jepun marah dan berasa tertipu. Jepun melancarkan perang ke atas China pada tahun 1939 dan memusnahkan segala harta yang dimiliki oleh Standard Oil sebagai tindakan balas. Amerika masuk campur dan mahu Jepun segara berundur dari Indo-China dan Mancuria. Bagi menekan Jepun, Amerika membekukan aset dalam negara dan membatalkan perjanjian perdagangan. Jepun menawarkan perbincangan dan rundingan tetapi Amerika menolak.

Akhirnya pada pagi 7 Disember 1941, tentera udara Jepun dengan berbekalkan skuadron 350 buah pesawat juang telah menyerang Pearl Harbour. Serangan itu memusnahkan 17 buah kapal perang dan membunuh lebih 1000 tentera Amerika serta mencederakan kira-kira 2200 orang awam.

Begitu juga yang berlaku di Eropah. Bilamana Jerman melihat Rusia cuba memperluaskan empayar komunisnya. Jerman dibawah pimpinan Adolf Hitler[7]  mengerakkan bala tenteranya ke Rhineland. Selepas menduduki zon bebas Rhineland tanpa tentangan maka Jerman menakluk pula Austria pada 12 Mac 1938. Apabila Hitler mahu menakluki Czechoslovakia, barulah Great Britain dan Perancis cemas kerana Hitler disifatkan sebagai pemimpin gila kuasa yang bercita-cita menakluk Eropah bersama-sama sekutunya  iaitu Jepun di Asia dan Itali di Eropah. - Cut!


3-
Begitulah sedikit gambaran punca berlakunya peperangan dunia pertama dan kedua kerana sifat bermuka-muka, cemburu, dengki, tamak  segelintir manusia  yang digelar pemimpin. Walaupun mereka mengetahui perang itu membawa sekali kemusnahan dan kemelaratan tetapi mereka tetap mencipta perang kerana mahu meruntuhkan sistem sedia ada dan membina sistem yang baharu.

Bagi pemimpin-pemimpin yang bermuka-muka  seperti Amerika [AS] misalnya, sering melaungkan slogan demokrasi tetapi disebalik kelunakan slogan tersebut mereka mempunyai agenda tersembunyi. Lihatlah bagaimana propaganda Amerika terhadap negara Islam selepas serangan 9/11 keatas Pusat Dagangan Dunia [WTC] di New York. Amerika memberitahu dunia bahawa berlakunya Arab Spring[8] kononnya sebagai kebangkitan rakyat menuntut demokrasi.

Disebabkan terpersona dengan istilah demokrasi, maka terjadilah konflik politik dibeberapa negara Islam seperti Libya, Tunisia, Yemen, Iraq, Mesir dan Syaria. Akhirnya negara-negara Islam itu jatuh tersungkur. Dalang[9] yang mencipta skrip kisah sejarah memalukan umat Islam itu tentulah Amerika dan dibelakangnya pula adalah bayang-bayang Zionis Yahudi. Ini kerana hampir kesemua Presiden Amerika yang memenangi pilihan raya menjadi Pak Turut[10] disebabkan sudah termakan budi dari pelobi-pelobi jutawan Yahudi. - Cut!


4- "Ciptalah Perang! Kerana perang boleh melemahkan ekonomi, ketenteraan dan perpaduan manusia sejagat. Carilah alasan supaya kita boleh menyerang. Kita kucar-kacirkan negara-negara Islam dahulu. Kita momokan dengan istilah demokrasi. Kita jatuhkan pemimpin-pemimpin yang tidak satu kepala dengan kita melalui rusuhan jalanan dan kita lagakan dua fahaman mereka iaitu Syiah dan Sunni[11]. Pada masa yang sama kita sediakan  satu pasukan tentera rahsia yang digelar Islamic State".


"Kita hantar agen-agen rahsia kita ke Eropah dan Asia melalui NGo. Kita serapkan juga  sukarelawan kedalam kumpulan-kumpulan agama. Kita cari kelemahan mereka. Kita hulur bantuan senjata secara sulit kepada pemberontak dan penganas. Setelah mereka menghadapi konflik dalaman, barulah kita [AS] campur tangan. Maka bermulalah Perang Dunia Ketiga".


Mungkin itulah yang dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin Amerika dan Zionis Yahudi [A+ZY] pada persidangan rahsia meja bulat. Walaupun mereka yang rakus merancang untuk memulakan Perang Dunia Ketiga [3WW] tetapi rancangan mereka masih gagal. Kegagalan itu dapat dilihat apabila dunia Arab hanya melihat dari jauh setelah Iran difitnah dengan isu senjata nuklear, padahal sebahagian dari  nuklear itu untuk kegunaan sosial dan bukan ketenteraan.

Jika Amerika boleh mengancam Iran dengan mengguakan kuasa Majlis Keselamatan PBB dan gabungan ketenteraan di bawah NATO atas tiket  nuklear kenapa Amerika tidak melakukan perkara yang sama keatas Korea Utara. Buat masa ini Amerika hanya berani bersuara atau sesekali buat latihan ketenteraan bersama Korea Selatan. Malah kes nuklear yang mengancam Korea Selatan itu hanya dipandang sebelah mata kerana Semenanjung Korea tidak termasuk negara yang boleh menghalang cita-cita gelap mereka.


Perang Dunia Ketiga [3WW] masih belum bermula walaupun Amerika sudah menghancurkan banyak negara Islam melalui bantuan senjata secara sulit untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat. Setelah berusaha keras untuk memulakan percikan api perang belah Timur Tengah tetapi tidak menjadi, kini pandangan mereka mungkin beralih kepada negara Islam seperti Turki, Pakistan, Indonesia dan tidak terkecuali negara Malaysia.  Fullstop!


Nota Lutut :
Jika berlaku Perang Dunia Ketiga, bukanlah berita gumbira buat kita atau warga dunia. Sama ada menang atau kalah dalam peperangan yang musnah adalah peradaban manusia yang mendokong keamanan. Seperti pepatah Melayu 'Yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu". - Wallahhukalam!