02 January 2018

Butterworth ke GEORGETOWN [2]


Pukul 1115 pagi bas berlepas dari Terminal Aman Jaya Ipoh dan di jangka tiba di Butterworth pada pukul 0130 tengahari. Dari Ipoh ke Butterworth bas yang kami tumpangi hanya berhenti sekali sahaja selama 10 minit di Hentian Sebelah untuk melepaskan hajat kecil. Dari Stesen Butterworth untuk menyeberang ke pulau perlu menggunakan feery. Kami ikut orang ramai menaiki bas shuttle. Bayar Rm1.20 di pintu masuk dan duduk sebentar menunggu kedatangan feery dari jety Butterworth atau ayat lain yang sering digunakan orang Penang ialah ferry dari Tanjung gitu!
                
                Negeri Pulau


1-
Kami berempat sangat gumbira sebaik kaki kami memijak tanah Negeri Pulau. Kami mengheret kasut buruk kami sambil mengendung backpack, berjalan di celah-celah orang ramai menuju perhentian bas. Seperti yang kami rancang sebelum ini, kami akan mencari bilik di hotel badjet sekitar Kompleks Tun Abdul Razak [Komtar]. Solat berjamaah di Masjid Kapitan Kling dan makan persembur di Medan Selera Padang Kota. Esuknya kami akan ke Batu Ferringhi dan seterusnya berjalan-jalan ke Teluk Bahang.





2- Kami menaiki bas Rapid Penang [Citys] secara percuma untuk ke Komtar. Bas Rapid yang di usahkan oleh subsidiary Prasarana Malaysia itu mula beroperasi pada tahun 2017. Ketika kami memasukki perut bas, semua tempat duduk telah di penuhi penumpang. Kami berdiri dan meletakan backpack kami di ruang orang kurang upaya atau lebih di kenali sebagai OKU.

Tidak lama, bas itu pun bergerak dan berhenti di stesen berikutnya.Ramai penumpang yang naik dan sedikit yang turun. Hampir setiap stesen bas berhenti mengambil penumpang. Kebanyakan penumpang terdiri dari pelancung warga asing. Besesak-sesak dalam bas ketika menaiki bas awam adalah perkara biasa lagi-lagi bas yang kita tumpangi itu percuma. Dalam hal ini kita sebagai pengguna harus menerima hakikatnya.


Akhirya bas rapid itu berhenti di hadapan bangunan Komtar. Kami segera turun. Mata melilau mencari papan tanda yang mencetak perkataan bank atau ATM. Si Baha sudah terpandang lambang kepala harimau. Kami melintas. Berjalan ke arah mesin atm. Setelah wang berada dalam dompet, hati pun senang dan perut pula minta di isi. Kami sepakat mahu makan tengahari nasi kadar negeri pulau, lalu kami berjalan menyusuri kaki lima rumah kedai ikut gerak hati.

Kami berjalan selangkah demi selangkah sehingga melepasi bulatan berhampiran Komtar. Kami berhenti tidak jauh dari bulatan kerana terlihat sebuah hotel seakan-akan hotel badget. Aku dan Baha masuk ke dalam hotel tersebut bertanyakan room rate bagi sebuah bilik. Setelah diberitahu harga sebuah bilik rm120.00 untuk dua orang dan sebuah lagi bilik rm180.00 untuk empat orang, kami pun mengucapkan terima kasih dan keluar.

Perut sudah lapar sangat. Restoran nasi kandar belum kelihatan bayangnya. Kami sepakat berpatah balik, naik tangga jejambat dan berhenti di tengah-tengah tiga simpang. Ketika itulah aku terlihat ada sebuah kedai yang papan tandanya tertulis Nasi Kandar Sempoi. Kami segera turun jejambat menuju restoran tersebut yang di sebelahnya ada restoran Melayu, menjual nasi campur.

3- Kami duduk di kakilima restoran. Makan nasi kandar dan mata pula memerhatikan kereta yang bertali arus sedang bergerak di jalan raya. Selesai makan kami berbincang pula mengenai tempat tinggal. Jika mahu tinggal di sekitar Komtar harga bilik mahal. Baha cadangkan kami ke Red Inn Cabana yang terletak di Lebun Leith. Mahfol tidak setuju kerana lokasinya jauh dan nanti terpakasa berjalan sedangkan lututnya masih sakit.

Aku setuju cadangan si Baha manakala Idris ikut sahaja mana yang baik asalkan room ratenya di bawah rm200.00 untuk empat orang. Mahfol wajahnya sedikit muram. Baha memujuk. Setelah di pujuk rayu, Mahfol terpaksa setuju. Kami bertiga ceria semula. Lagi pun si Mahfol sudah pernah menginap di Red Inn Cabana ketika ikut kembara backpacker tiga tahun lalu dan telah mengetahui bahawa harga  sebuah katil cuma rm30.00 sahaja. Murah Beb!


Kami bangun dan bayar harga nasi kandar secara berasingan. Aku cuma membayar rm6.50[2] untuk sepinggan nasi kandar. Kami lantas memikul backpack dan meletakan di belakang,  melintas jalan ke-arah Jalan Penang. Baha dan Idris berjalan di hadapan sekali di ikuti rapat oleh si Mahfol. Aku pula berjalan perlahan di belakang Mahfol. Di tangan aku sudah siap sedia dengan kamera digital. Jika bebola mata aku terpandang objek kaku atau bergerak yang aku anggap ada seninya, lantas aku menekan punat kamera. Itulah salah satu tujuan aku ke negeri pulau. Hehehe!


Kami menapak menyelusuri jalan dan lorong demi lorong. Baha dan Idris telah berjalan jauh di hadapan. Malah, bayang-bayang mereka berdua tidak kelihatan. Aku dan Mahfol berjalan di hadapan Police Head Quarter. Di sebalik pagar belah kiri kelihatan Baha dan Idris sedang berhenti di sebuah warung bergerak yang menjual kueh India yang di kenali sebagai wade' atau vadai.


4- Masala vadai itu berasal dari India Selatan. Maksud masala itu sendiri ialah adunan rempah ratus. Itu sebab vadai yang berbentuk bulat dan mengerutu itu ada rasa rempah dan pedas sedikit. Sesuai sangat di makan waktu petang bersama teh tarik atau sekadar menguyah sambil berjalan-jalan menuju Red Inn Cabana. Selain menjual vadai Mamak Penang itu juga menjual karipap, cekodok dan lain-lain. Idris beli beberapa ketul vadai!

Kami berjalan sambil mulut menguyah kueh vadai. Melepasi beberapa buah simpang dan kami pun sampai di antara persimpangan Lebuh Chulia dan Lebuh Leith. Tidak jauh dari simpang tiga itu ada Masjid Jamek Banggali. Kami berjalan ke hadapan lagi, beluk kiri, kelihatan sebuah bangunan lama berwarna putih. Di situlah letaknya Red Inn Cabana. Baha dan Idris ke kauter mendaftar masuk. Harga sebuah bilik ialah rm120.00[3] termasuk sarapan pagi. Bilik itu mempunyai empat buah katil [double dacker]. Diluar bilik kami ada ruang rehat untuk menonton tv serta disediakan juga coffee and tea secara percuma. Oleh kerana kami menyewa bilik ala' asrama tentulah bilik airnya di luar. Aku tahu tu, Si Mahfol memang tidak suka bilik air di luar!
 

 

5- Bukan aku nak iklankan Red Inn Cabana nie tetapi kalau anda datang berkawan ke GeorgeTown ala-ala backpacker, ada baiknya menginap di sini. Walaupun bilik airnya di luar tetapi bilik tidur [double dacker] berada pada tahap yang baik. Selain menawarkan bilik harga murah, Red Inn Cabana juga menyediakan free Wifi dan Internet Pc serta pintu utamanya di buka 24 jam. Lokasinya juga berhampiran dengan kemudahan stesen bas dan teksi. - Cut!



Nota Kaki
: Red Inn Cabana. 22 Lebuh Leith Georgetown Penang, Malaysia. Tel : 604 - 262 1990. Email : info@redinncabana.com. Website : www.redincabana.com



No comments:

Post a Comment