31 December 2017

KL | IPOH | BUTTERWORTH


Kuala Lumpur

1- Pagi itu matahari Desember mula kelihatan di celah-celah bangunan ketika aku berjalan menuju stesen lrt Titiwangsa. Aku tiba di kauter, top-up kad Touch'nGo. Pada masa yang sama bunyi call ringtone. Ohhh! Sohaimi call. Aku memberitahu pada Sohaimi iaitu kami akan berlepas dari KL Sentral pada pukul 1035 pagi dan dijangka tiba di Stesen Ipoh pada pukul 1305 tengahari gitu.

Aku bergerak masuk lorong lalu mengimbas kad Touch'nGo dan berjalan sambil mengendong backpack dari jenama FreeBase berwarna hijau tua, menuju stesen Monorail. Empat gerabak Monorail sedia menunggu penumpang. Aku masuk dan duduk di kerusi paling belakang. Tidak lama, pintu Monorail itu pun tertutup secara automatik dan Monorail bergerak meninggalkan stesen Titiwangsa menuju KL Sentral.

KL Sentral
Pukul 8.30 pagi aku sudah terpacak di KL Sentral. Sementara menunggu kedatangan Baha, Idris dan Mahfol, aku melangkah keluar, menuruni tangga escalator, berjalan melalui deretan rumah kedai, melepasi Restoran Putri milik pelakon Rubiah Suparman, beluk ke kiri, melintas jalan dan aku masuk ke dalam Restoran Hj Shahol. Aku memesan teh tarik.

Aku telah menghantar sms kepada Baha, memberitahu lokasi pertemuan pagi ini ialah di Restoran Hj Shahol.  Sms itu juga aku forward kepada Idris dan Mahfol. Aku baru sahaja selesai menghabiskan sebungkus nasi lemak bilamana Idris, Baha di ikuti si Mahfol tiba di meja tempat aku menunggu. Kami berbual sambil bersarapan ala' kadar.


Usai si Idris membayar harga sarapan pagi[1], kami berjalan menuju tempat menunggu tren Ets di hadapan pintu pelepasan Gate C. Ketika kami menghampiri kawasan Gate C kelihatan ramai para penumpang sedang beratur menunggu tali Gate C di buka. Pukul 1022, penumpang yang hendak ke Ipoh dikehendaki turun ke bawah. Kami berempat juga turun ikut orang ramai melalui tangga escalator dan menunggu seketika di situ. Sebaik mendapat kebenaran, para penumpang segera masuk ke dalam perut Ets.

Tren Ets sudah meninggalkan KL Sentral. Tiket[2] juga sudah di periksa oleh Master. Aku cuba melelapkan mata. Aku hanya terjaga ketika tren menghampiri stesen Behrang. Aku sempat menekan punat kamera digital aku ke arah kawasan Pekan Behrang dimana kelihatan  rumah dan kedai dua tingkat  masih kekal dengan dinding papan dan atap  zink. Tren Ets itu terus bergerak dari stesen ke stesen dan pada pukul 0145 petang, tren sampai ke destinasi terakhir iaitu Stesen Ipoh.

Ipoh

2- Tren Ets 9052 [Electric Train Service] berhenti di stesen Ipoh. Semua penumpang turun. Kami berempat berjalan masuk ke dalam dewan menunggu. Di dalam dewan itu orang sangat ramai kerana cuti umum Hari X'mas dan Tahun Baru. Ada yang sedang duduk menunggu, ada yang beratur di hadapan kauter untuk membeli tiket. Kami meletakan backpack di celah kerusi. Sementara Baha dan Idris berehat, aku dan Mahfol segera ke tandas. Kemudian aku bersama Idris pergi ka kauter tiket ingin membeli tiket keretapi Ipoh-Butterworth untuk esuk harinya tetapi telah habis.
 

Baha sedang duduk di kerusi sambil memerhati gelagat orang ramai. Aku, Idris dan Mahfol keluar dari dewan menunggu. Di hadapan stesen ada beberapa buah teksi bersidai menanti penumpang. Aku menelefon  Sohaimi yang tinggal di Taman Meru, memeberitahunya akan ketibaan kami di stesen keretapi Ipoh. Selepas itu aku mengajak Baha, Idris dan Mahfol menunggu Sohaimi dihadapan Dataran Stesen KTM.

Kami duduk di kerusi batu sambil berbual dan merancang perkara yang hendak di lakukan ketika waktu petang dan malam hari setelah berada di Ipoh. Jika mahu ikut atur-caranya, kami akan di jemput oleh rakan kami si Sohaimi dan akan menghantar kami ke hotel badjet kemudian keluar makan tengahari. Malam harinya, kami cadang mahu bersiar-siar di sekitar Little India, Pasar Karat [Loken] yang terletak di sepanjang Jalan Horley dan Jalan Lim Bo Seng atau pergi melihat-lihat Gerbang Malam yang terletak di tengah Bandaraya Ipoh.


Rakan kami si Sohaimi tiba di stesen Ktm Ipoh. Kami berjabat erat dan bertanya khabar. Wajah-wajah gumbira kerana lama tidak berjumpa. Kami memeberitahu Sohaimi iaitu mahu tinggal di hotel badjet sahaja dan esuknya kami terpaksa menaiki bas ke Butterworth kerena tiket keretapi habis. Sohaimi anguk-anguk tanda faham akan rancangan kami.

Sohaimi membuka bonet belakang. Kami meletakan backpack dan masuk ke dalam kereta. Injin kereta di hidupkan dan kereta Honda  yang di pandu Sohaimi gerak meninggalkan Stesen Keretapi Ipoh. Dalam perjalanan, Sohaimi mencadangkan kami tinggal di sekitar Bandar Meru  kerana dekat dengan Aman Jaya Bas Terminal. Lagi pun biasanya jika cuti umum, bandar Ipoh akan menghadapi trafik yang teruk tambah si Sohaimi. Kami dengan senang hati setuju tinggal berhampiran bas terminal.


Kereta berhenti di tepi jalan berhampiran sebuah gerai. Di gerai itu kami makan tengahari sambil bercerita kisah silam. Dari satu cerita kepada satu cerita. Ada kalanya kami ceria ketawa, ada masanya kening berkerut kerana sukar membuka kotak memori yang pintunya hampir tertutup. Selesai makan, dan bayar[3] kereta yang kami tumpangi meluncur laju ke arah Bandar Meru Raya.

Sohaimi menghantar kami ke bas terminal. Kami membeli tiket bas Ipoh-Butterworth rm20.00 seorang[4]. Selepas itu Sohaimi membawa kami pusing-pusing sekitar shop lot, mencari-cari hotel badjet lalu berhenti di salah sebuah hotel. Harga sebuah bilik untuk empat orang ialah rm 120.00 sahaja[5]. Kami setuju. Kami masuk ke bilik manakala Sohaimi pula balik ke rumah. Kami mendapat bilik di hujung sekali. Ada dua buah katil besar, sebuah meja tulis, tv dan air panas. Kami mandi dan solat secara bergilir-gilir. Petang itu hanya si Baha sahaja yang keluar merayau-rayau di sekitar Bandar Meru Raya, manakal aku, Idris dan Mahfol layan mimpi di atas tilam empuk.

Malam itu, selesai solat Magrib kami sepakat ronda-ronda di sekitar bulatan Bandar Meru. Tetiba hujan gerimis. Kami berlindung di sebuah restoran dan memesan minuman. Sambil minum[6] aku menghantar sms kepada Sohaimi, ajak keluar makan malam. Sohaimi pun pantas datang. Di bawanya kami makan di Naina Restoran, salah satu restoran mamak yang terkenal di bandar Meru. Kami makan capati dan ayam tandori sambil menyambung cerita-cerita lama ketika zaman muda kami di sekitar Bukit Bintang. Yes! Makan malam itu di payung oleh rakan kami si Sohaimi. Malam semakin larut. Kami balik ke bilik dan Z-Z-Zzzz!


Ipoh - Butterworth

3- Siang pun datang seperti hari-hari sebelumnya. Kami bersiap-siap untuk keluar dari bilik hotel. Serah kunci bilik dan terus berjalan keluar menuju Restoran Naina Nasi Kandar melalui sisi bangunan Hypermarket MyDin. Sementara menunggu kehadiran Sohaimi, kami berempat sarapan dahulu dengan teh tarik dan telur setengah masak. Sarapan pagi[7] itu telah di bayar oleh si Baha.

Pukul 0815 pagi Sohaimi datang dan membawa kami minum di Restoran Adily Chepor. Makanannya sedap-sedap ujar Sohaimi sebaik kami masuk dan duduk di salah satu meja mengadap jalan. Sohaimi dan Idris makan. Aku, Baha dan Mahfol hanya minum sahaja kerana kami sudah sarapan. Waktu jarum jam di handpon aku menunjukkan angka 1000 pagi, Sohaimi menghantar kami ke bas terminal Aman Jaya. Kami bersalam erat, berpelukan ala' orang Arab. Kami berpisah. Sohaimi balik semula meneruskan rutin kehidupan hariannya, manakala kami berempat meneruskan kembara backpacker kami ke Pulau Pinang.

Pukul 1115 pagi bas berlepas dari terminal Aman Jaya dan di jangka sampai di Butterworth pada pukul 0130 tengahari. Dari Ipoh ke Butterworth bas hanya berhenti sekali sahaja selama 10 minit di Hentian Sebelah untuk melepaskan hajat kecil. Dari stesen Butterworth untuk ke ferry terminal, kami ikut orang ramai menaiki bas shuttle. Bayar rm1.20 seorang[8] untuk menumpang ferry ke Ferry Terminal GeorgeTown atau disebut Tanjung oleh orang Penang
gitu. - Cut!

Nota Kaki: Untuk meneruskan pembacaan cerita backpaker kami, sila selak entri Bgh 2 Butterworth ke Georgetown [2 Januari 2018] - Mj.

Perbelanjaan Hari Pertama:
[1]RM3.00 Sarapan Pagi [Idris Bayar]
[2]RM25.00 Tiket Ets KL Sentral- Butterworth.
[3]RM7.50 Makan Tengahari. [4]RM20.00 Tiket Bas Ipoh-Butterworth. [5]RM30.00 - Bilik Hotel di Bandar Meru. [6]RM2.00 Minum Petang.  [7]RM3.50 - Sarapan Pagi [Baha Bayar]. [8]RM1.20 - Tiket Ferry.
Jumlah Perbelanjaan : RM110.20 sahaja.

No comments:

Post a Comment