11 December 2017

TRUMP | BAITULMAQDIS | ISRAEL



               

              1- Donald Trump

Secara ringkasnya cerita mengenai Encik Donald Trump itu dipetik dari sumber Wikipedia. Beliau lahir pada 14 June 1946 dibandar New York. Berkelulusan Economics Degree dari University of Pennsylvania. Setelah beliau dewasa, Encik Trump itu mengambil alih 'The Trump Organization' dari bapa beliau bernama Encik Fred.

Ketika mengemudi Trump Organization itu, beliau sangat terkenal diseluruh dunia kerana telah membuat perniagaan reality television game show dengan jenama 'The Apprentice'  dari tahun 2003 hingga tahun 2015. Malah majallah Forbes menamakan Encik Trump itu adalah orang yang ke-544 terkaya di dunia dengan memiliki harta kekayaan sebanyak $3.5 billion gitu.

Apa lagi yang belum dimilik oleh Encik Trump.  Beliau kacak, kaya dan terkenal serta memiliki isteri muda jelita dan dikelilingi anak-anak yang bijak bergaya. Tinggal satu lagi impian beliau yang belum terlaksana iaitu mahu menjadi President of the United States. Untuk mencapai cita-cita tersebut, dalam pilihanraya presiden berikutnya, beliau dengan senang hati berada dalam parti Republikan dan bersaing dengan Encik Ted Cruz dan Encik John Kasich.

Encik Trump banyak duit. Tabur sana-sini. Apa ada hal! Dalam kempen-kempen beliau, isu yang dijaja sangat popular iaitu Islamfobia. Kebetulan, Amerika sejak dua-menjak dihantui dengan serangan pengganas lalu beliau berjanji akan membuat satu dasar yang mahu mengengkang kemasukkan orang Islam ke AS. Rakyaat AS sangat suka dasar itu lalu Encik Trump meraih sokongan. Pada Januari 2017 Encik Donald Trump sah menjadi Presiden AS[1] yang ke-45.            

            
  
                2- Baitulmaqdis


Boleh juga dieja dengan Baitulmuqaddis. Terletak di Timur Tengah yang merupakan ibu kota bagi negara Palestin yang kini ditadbir oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu [PBB][2]. Baitulmaqdis itu merupakan tempat ketiga paling suci dalam agama Islam. Dahulunya Baitulmaqdis itu milik Jordan sebelum negera Palestin mencapai kemerdekaan. Ada satu perjanjian yang ditandatangai pada tahun 1949 di antara Israel dengan Jordan yang menyebabkan kota itu terbahagi kepada dua.

Zaman beralih zalam. Pada zaman silam itu pernah berlaku perang salib ketika zaman  kerajaan Fatimiyyah yang dipimpin seorang khalifah bernama Al-Hakim. Pada tahun 1099 tentera Kristian Eropah menakluk kota tersebut dan membunuh orang Islam dan orang Yahudi. Seterusnya, pada tahun 1187 kota itu ditawan pula oleh tentera Salahuddin Al-Ayubi. Baitumaqdis itu silih berganti ditawan antaranya pada tahun 1243, kota itu jatuh pula ke-tangan orang Kristian. Sehinggalah pada tahun 1517, Baitulmaqdis dapat di tawan semula oleh Empayer Turki Uthmaniyyah.

Dari kisah sejarah Babylon yang pernah menguasai Baitulmaqdis hinggalah kejatuhan Empayer Turki Uthmaniyyah kepada British pada Perang Dunia Pertama, kisah kota itu tidak pernah terhenti disitu. Telah banyak air mata, darah mengalir di kota suci itu. Sepanjang tahun 1930 hingga tahun 1940 berlaku keganasan. Dalam suasana tidak menentu itu PBB campur tangan lalu PBB meluluskan pelan pemisahan Palestin pada 29 November 1947. Dari keputusan PBB itu maka terjadilah konflik Arab-Isreal pada tahun 1948. Konflik itu berterusan sehingga hari ini.

               
                    3- Isreal

Asalnya negara Isreal itu telah hilang ketika perang Yahudi-Rom. Bangsa Yahudi telah di usir dan mereka hidup merata di-setiap negara di-dunia terutama di Eropah serta Timur Tengah. Bangsa Yahudi bijak bermain dengan manipulasi[3] serta rasuah kepada segelintir pengkianat yang terdiri dari orang Arab dan Turki lalu terbinalah perkampungan Yahudi di bumi Palestin. Apabila British berkuasa, pelobi-pelobi Yahudi[4] meminta bantuan kepada British dengan janji-janji manis yang dunia ketika itu tidak mengetahuinya.

Pada 2 November 1917 terciptalah sejarah bilamana 'Deklarasi Balfour' ditandatangani yang telah memberi lampu hijau kepada kaum Yahudi-Zionis bebas masuk dan menetap di Palestin. Melalui jalan laut, pihak British menghantar kira-kira 20,000 orang Yahudi masuk setiap tahun dan menjadikan jumlah mereka meningkat dari 100,000 orang dalam tahun 1925 kepada 300,000 orang pada tahun 1935.

Hari ini Isreal sudah ada negara dalam peta dunia. Terletak di pinggir tengara Laut Mediteranean. Bersempadan dengan Palestin, Lebanon, Syria, Jordan dan Mesir. Jumlah penduduk kaum Yahudi yang tinggal di Isreal hari ini melebehi tujuh[7] juta orang. Negara Isreal itu mempunyai ekonomi yang maju dari segi teknologi dan perindustirian. Mendapat tempat ke-23 antara 177 buah negara dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB pada tahun 2005.

               
                    4- Kuasa


Kaya dan terkenal sahaja tidak cukup jika tidak berkuasa. Itulah cita-cita Encik Trump atau nama penuh beliau Donald John Trump. Setelah kuasa berada di tangan Encik Trump dengan tutur katanya yang membanga diri seperti dalam siri The Apprentice, Encik Trump pun mengisytiharkan  Baitulmaqdis itu sebagai ibu negara Isreal.  Presiden Amerika Syarikat[AS] itu juga berjanji akan memindahkan  Kedutaan Besar Amerika itu dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Sepanjang kempen pilihanraya presiden tahun lalu Encik Trump memang telah berjanji untuk menyokong apa yang disifatkan sebagai hak Isreal untuk menentukan ibu negara mereka. Beliau menunaikan janjnya kerana telah termakan budi dari pelobi-pelobi Yahudi atau tanpa kita sedari Encik Trump itu mungkin sama seperti Presiden Bill Clinton atau Presiden Ronald Wilson Reagen yang telah menjadi pilihan agenda New World Order[5].

[Jika kita imbas kembali, semasa pentadbiran Encik Reagen itu kerajaannya telah meluluskan dana khas untuk membantu Isreal sebanyak $1.5 billion dollar pada 1 Mei 1985. Malah polisi pentadbiran Encik Reagen ketika itu juga dilihat sentiasa cenderung ke arah Isreal ini kerana beliau dibawah kawalan Illuminati][6].


Encik Trump sering mengingatkan kepada pelajar-pelajar Trump Unversiti iaitu: "Bagi meraih kejayaan dengan lebih bermakna, kita hanya mempunyai dua pilihan sahaja. Pertama, lakukan perkara yang kita cintai atau cintai perkara yang kita lakukan". Ini menunjukkan Encik Trump sangat bersemangat, lebih yakin dan bersedia melakukan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh negara-negara Islam.


           5- Bangsa-Bangsa Bersatu[PBB]

[Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu [PBB] itu dicetuskan oleh Franklin D. Roosevelt[7]. Matlamat utamanya adalah untuk mengelakkan pertikaian yang hebat, menangani hak asasi manusia, menghormati undang-undang antarabangsa serta membantu taraf hidup penduduk seluruh dunia]


Di New York City, tersergam indah bangunan ibu pejabat PBB yang berdiri disebelah East River, dibina pada tahun 1949. Bangunan PBB tersebut bukan harta milik Amerika Syarikat kerana ia dibina diatas tanah yang dibeli daripada John D. Rockefeller Jr.[8] dengan derma sebanyak $8.5 juta. Ibu pejabat tersebut dibuka secara resminya pada 9 Jauari 1951.

Betul! Ikut atas kertas PBB merupakan pihak yang terakhir berkuasa membuat keputusan bagi menghalang Encik Trump meneruskan hajatnya memindahkan kedutaan ke Baitumaqdis. Tetapi dunia kena ingat, PBB di-tubuhkan bukan untuk membantu tetapi hanya sekadar untuk mengaburi mata masyarakat antarabangsa atau ayat yang lebih tepat ialah sebagai 'cop getah' gitu!

Percaya atau tidak, wayang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu [PBB] pun bermula bila Encik Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Isreal. Diketuai oleh Britain[9] dengan lapan buah negara, lalu mereka membuat sidang tergempar di Ibu pejabat PBB, New York. Pada sidang tersebut AS dan Isreal mempertahankan tindakan Encik Trump biarpun masyarakat antarabangsa tidak pernah mengiktraf hak Isreal ke atas bandar Baitulmaqdis. PBB hanya boleh bersuara. Tidak lebih dari itu kerana PBB juga dibawah pengawasan 'New World Order'.

                
                  6- Coretan



Meminjam sedikit kata-kata Dato Dr. Danial[10] dalam rancangan tv bertajuk Halaqah mengenai negara  Isreal yang kini penduduknya hanya 10 juta orang [termasuk yang bertaburan di seluruh dunia] tetapi boleh menguasai dunia kerana pengaruhnya sangat kuat. Punbegitu, dari pandangan Encik Henry Kisenger[11] pula, pada tahun 2022 nanti, Encik Kisenger membayangkan Isreal akan bergolak kerana kelompok Haredi[12] dari kaum Yahudi sendiri yang seramai 10% itu tidak sekepala dan boleh mencetuskan perang saudara.

Bagi orang-orang yang beriman pula percaya bahawa orang-orang Yahudi yang bertaburan di seluruh dunia itu, satu hari nanti akan pulang berduyun-duyun dan menetap di Baitumaqdis. Lalu janji Allah adalah benar. Bila tiba masanya, Isa bin Maryam[13] akan turun ke bumi.

Memetik coretan dari buku Konspirasi Dajjal[14] iaitu tindakan pertama yang dilakukan Isa bin Maryam setelah turun ke bumi ialah menghadapi Dajjal. Sebaik selesai menunaikan solat subuh bersama Imam Mahadi[15] dan pengikutnya, Isa bin Maryam bergegas menuju Baitulmaqdis dimana Dajjal mengepung kaum Muslimin. Isa bin Maryam tidak akan meninggalkan Dajjal hingga beliau membunuhnya bagi mengakhiri fitnah yang menyesatkan serta bencana yang banyak ditimbulkannya.

Setelah mengetahui pemimpin mereka iaitu Dajjal telah dibunuh oleh Isa bin Maryam, maka para pengikut Dajjal, yakni orang-orang Yahudi berlarian menyelamatkan diri. Umat Islam pula dengan gagah berani bergerak menyerang mereka. Bagi orang-orang Yahudi, tidak ada pilihan selain bersembunyi kerana keberanian mereka telah dicabut oleh Allah Swt. dari hati mereka dan digantikan dengan rasa takut yang amat sangat.

Mereka bersembunyi di setiap tempat untuk menyebunyikan tubuh mereka dari penglihatan orang Islam. Namun usaha mereka sia-sia kerana benda apa pun yang digunakan untuk bersembunyi akan berbicara dan memberitahu tempat persembunyian mereka. Namun, ada satu pohon yang tidak akan berbuat demikian, yakni pohon Gharqad[16]. Walaupun pohon Gharqad itu melindungi kaum Yahudi yang bersembunyi tetapi orang Islam sudah mengetahui perihal pohon tersebut. Maka orang Islam terus menebang pohon Gharqad itu dan membunuh setiap kaum Yahudi yang bersembunyi dibelakangnya. - Wallahuaklam!


Nota Kaki:
[1]Presiden AS: Sila selak entri 'Ciptalah Perang' bertarikh 26/April/2016. [2]Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu:  PBB dilihat hanya bermain wayang kerana PBB juga berada dibawah kuasa Illuminati. Jika benar PBB memperjuangan 'hak asasi manusia' seperti yang terdapat dalam piagam PBB, tidak perlulah mentadbir Palestin dan Baitulmaqdis. Serahkan sahaja pentadbiran bulat-bulat kepada kerajaan Palestin. Begitu juga mengenai isu pelarian Rohingya. Sehingga hari ini pun PBB tidak berbuat apa-apa, sedangkan piagam PBB ada menyebut 'membantu taraf hidup penduduk dunia' gitu!

[3]Manipulasi: Tindakan untuk memperdayakan orang atau mempengaruhi pendirian orang lain tanpa disedari orang itu.
[4]Bangsa Yahudi: [5]New World Order [6]Illuminati [7]Franklin D.Roosevelt:   [8]John D.Rockefeller Jr [9]Braitin [10]Dato Dr.Danial [11]Encik Henry Kisenger

[12]
Kelompok Heredi: Boleh dieja sebagai Herdi. Ada beberapa kumpulan etnik antaranya Yahudi Sephardi yang beragama Kristian [Serani], Yahudi Mizrah [Baghdad], Yahudi Cochin [India] dan lain-lain lagi.   [13]Isa bin Maryam

[14]Konspirasi Dajjal:
Rujukan dari buku 'best-seller ini dari penulis Tuan Miftahul Asror Malik.
[15]Imam M'ahadi [16]Pohon Gharqad.

No comments:

Post a Comment