02 December 2017

BERCUTI ke CERATING [1]




Rabu 29|November| 2017
Kampung Budaya Cherating

Pagi itu kereta berwarna oren sedang bergerak diatas lebuhraya[LPT] menuju destinasi percutian yang dirancang lebih tiga bulan lalu. Ya, kami berdua mahu berehat tiga hari dua malam di Kampung Budaya Cherataing[1] sempena Ulangtahun Perkahwinan ke-duapuloh tahun. Ketika jarum jam digital berada pada angka 1225 tengahari, kami telah sampai di Plaza Tol Jabor. Bayar tol rm17.50 dan berhenti ditepi jalan. Membuka screen gps, menekan punat road simulstion - route dan taip Kampung Cherating.

Melangkah ke-pukul satu tengahari kami selamat sampai di-sekitar perkampungan budaya Cherating. Ketika menyusuri jalan di perkampungan itu kelihatan anak-anak sekolah sedang bermain basikal dan kebanyakan pintu kedai masih bertutup rapat. Kami terus bergerak melepasi beberapa buah chelet antaranya Cherating Cottage dan di sebelah Coconut Inn itu, kereta kami membeluk ke kiri, masuk dan berhenti di hadapan Tanjung Inn Resort.


Aku dan isteri terus sahaja melangkah masuk ke kauter Tanjung Inn untuk mendaftar. Dua orang wanita tersenyum menyambut kami di kauter penyambut tetamu. Ada beberapa pilihan  harga chalet  antaranya  Chalet Director rm424.00, Villas rm265.00, New Chalet rm180.00, Digs 106.00 dan Tents 75.00 semalam. Teringin aku hendak merasa tidur di dalam kemah tetapi ketika ini tidak sesuai kerana musim hujan ujar salah seorang penyambut tetamu.


Dicadangkan oleh penyambut tetamu, tinggal di chalet Digs[2] dengan rates per night rm106.00 termasuk sarapan pagi. Lokasinya berhampiran laut, tidak jauh dari kawasan kemah [tents],juga dekat dengan  restoran kopitiam. Kami setuju dan  bayar untuk semalam sahaja. Jika chalet tersebut sesuai dengan kami, esuk tengahari kami akan sambung semalam lagi. Itulah janji kami!



Kami menerima kunci chalet dan resit pembayaran. Kami juga dimaklumkan, untuk ke Digs Chalet, kami perlu berpatah balik melalui bulatan, beluk ke kanan dan di situ ada papan tanda tercetak 'Jalan Pantai Cherating'. Sampai di hujung jalan, nampak pantai, air laut sedang surut, seorang pelancung lelaki Mat Salleh memegang surfboard[3]. Belah kanan nampak bangunan dinding warna biru, masuk kawasan pakir kereta dan letak kereta di situ. Kami pun memunggah barang-barang yang kami bawa, masuk ke dalam chalet.


  • [2] Isteri aku sedang berdiri di tepi tingkap. Membuka tingkap kaca nako' dan melihat pantai dan air laut. Aku segera masuk ke dalam bilik air. Bilik airnya bersih. Bilik tersebut dibahagi kepada dua ruang iaitu belah kiri, ruang kecil untuk melepas hajat dan ruang belah kanan besar sedikit untuk mandi. Lengkap dengan air panas, dua ketul sabun dan dua botol shower gel bersaiz kecil.
  • Setelah selesai mandi dan solat, terasa perut lapar. Kami keluar dari chalet mencari gerai atau kedai yang menjual nasi berlauk. Kami singgah di sebuah kedai berhampiran surau. Tengahari itu kami makan nasi berlaukan gulai kawah dan sayur kangkong. Usai makan kami sepakat untuk ke-pantai memijak pasir, mendengar deru ombak dan melihat awan berarak.

    Waktu petang sekali lagi kami keluar dari chalet, berjalan-jalan melihat orang berjualan sambil mencari kedai untuk minum petang. Petang itu seperti sebelumnya, tidak banyak kedai yang di buka. Kami mengambil keputusan untuk minum petang di Kopitiam. Ketika kami masuk tidak ramai pelanggan. Aku memesan secawan teh tarik dan semangkuk kentang goreng. Isteri aku pula meminta carrot juice dan speghetti carbonara. Wah! Punyalah banyak speghetti yang di-hidang, penuh pinggan, sehingga letih isteri aku hendak menghabiskannya.

[3] Malam. Kami hanya berehat di dalam chalet sambil membaca akhbar Kosmo! yang dibeli pagi tadi. Menjelang pukul 1000 malam barulah kami keluar untuk mencari makan. Jarak antara chalet ke jalan besar lebih kurang 800 meter barangkali. Kami singgah di kedai menjual pizza dan sate. Mengambil tempat duduk di buncu kakilima jalan. Di belakang meja kami duduk seorang lelaki. Ketika aku mahu melabuhkan punggung sempat aku melepaskan senyuman kepada lelaki tersebut.

Seorang wanita bertudung datang mengambil pesanan. Kami memesan dua kopi, satu set sate ayam dan satu set sate daging. Ketika menunggu pesanan, aku lihat seorang perempuan Mat Salleh sedang membasuh pinggan di sinki. Barangkali Mat Salleh itu rakan kongsi atau pekerja sementara sebagai pembuat pizza. Di belah dalam kedai dua lelaki Melayu sedang duduk sambil  salah seorang lelaki tersebut memetik gitar.

Tidak lama, dua cawan kopi terhidang di atas meja. Meja empatsegi berbalut pelastik itu telah sedia ada empat bungkus nasi lemak dan sebatang lilin warna merah sedang menyala. Kami duduk disitu seperti street candle light dinner gitu! Kami minum kopi panas seteguk demi seteguk sambil anak mata memerhati seorang budak lelaki sedang membakar sate. Di belakang meja kami, lelaki tadi sedang minum sambil bercakap sendirian. Tidak jelas butir percakapannya. Kemudian lelaki itu menyanyi perlahan  lagu Suci Dalam Debu.

Kami makan sate sambil memasang telinga, mahu mendengar lirik lagu yang dinyanyikan oleh lelaki tersebut. Sambil menyanyi lelaki berpakaian lusuh itu bangun, pergi ke kauter untuk membayar harga minuman tetapi bayaran itu tidak diterima oleh pekerja tersebut. Lelaki itu senyum, melintas ke seberang jalan. Disitu lelaki itu membelek-belek sebuah motosikal cupcai berwarna merah. Di- seretnya motosikal itu ke tengah jalan lalu di-tegur oleh lelaki yang sedang memetik gitar.

"Woi! Nak bawok kemana motu tu"

"Ke bengkel! Motu nie sakit"



Ujar lelaki itu sambil menolak motosikal. Setelah seratus meter menolak motosikal itu tetiba lelaki itu berhenti menolak. Berdiri di sisi motosikal, di-tengah garisan jalan. Sebuah kereta berwarna putih datang dan lelaki itu buat muka selember dan terpaksalah kereta putih itu mengelak.

Aku dan isteri sambil menikmati makan malam sambil memerhati gelagat lelaki yang wajahnya bingung berdiri di sisi motosikal. Lelaki itu menolak semula motosikal, tetapi kali ini lelaki itu buat U turn dan menolak motosikal tersebut ke tempat asal. Berdiri di sisi motosikal sambil mengaru kepalanya. Mungkin sel-sel otaknya sudah berfungsi semula dan telah mendapat jawapan bahawa bengkel motosikal pastinya sudah tutup. Lelaki itu sangat pasti! - Noktah!


No comments:

Post a Comment