![]() |
Nur Aiin dan Ekin |
Siapa nak kupas kelapa ne! |
Kulit Abum Siti Nurhaliza |
Sementara menunggu waktu berbuka |
Bukan aku buat kek ne! |
Bunga tepi rumah |
Siri Topeng! |
![]() |
Nur Aiin dan Ekin |
Siapa nak kupas kelapa ne! |
Kulit Abum Siti Nurhaliza |
Sementara menunggu waktu berbuka |
Bukan aku buat kek ne! |
Bunga tepi rumah |
Siri Topeng! |
![]() |
Salam dan Selamat Berpusa! Ketika aku menaip entri ne, mungkin Majid dan Ammar dalam pernerbangan ke Jeddah Airport. Mereka dua beranak mahu merasai nikmat berpusa sambil melakukan ibadat umrah di tanah suci Mekah dan ziarah di Kota Madinah. Teman! Teringat aku ketika menemani arwah emak menunaikan ibadah umrah pada April 2004. Ikut sekali menunaikan umrah pada waktu tu ialah kakak dan adik ipar aku. Ketika itu semua berbelanjaan di tanggung olih Majid dengan bantuan pakej dari Trans Bosra Travel Holidays yang beribu pejabat di Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSC). Pertama kali nak jejak tanah haram (tanah suci), hati bedebar-debar maklumlah aku ketika itu belum bersedia nak buat umrah. Olih sebab arwah emak waktu tu sedikit uzur, terpaksalah aku ikut gak. Menggunakan pekej umrah 12 hari dengan penerbangan Saudia Air, akhirnya sampai gak aku sekelurga di Jeddah Airport. Ketika menanti luggage, datang beberapa orang pekerja airport (warga Bangladesh, India atau Sri Langka) membawa troly untuk membantu kami membawa luggage. Selesai melalui pemeriksaan Imigresen, troly yang penuh dengan beg besar itu pun di tolak olih pekerja ke arah bus yang sedang menunggu. Selesai beg-beg dipunggah, pekerja tersebut menadah tangan sambil berkata "Lima rial". Nasib baik sebelum sampai ke Jeddah dah tukar mata wang Arab Saudi. Bagilah! Ingatkan dia buat sevice percuma Beb! Bus mula bergerak meninggalkan Jeddah Airport. Sedikit taklimat di berikan olih wakil yang telah ditugaskan iaitu di kenali sebagai "Mutawwif". Waktu malam yang pekat, sesekali melalui kawasan rumah-rumah baglo dan sesekali kelihatan rumah kedai dan pam minyak. Sampai disatu kawasan (aku dah lupa nama tempat tu) bus berhenti dan jemaah semua turun untuk menunaikan solat Isyak. Lepas tu kami dapat nasi bungkus dan sebotol air untuk makan malam. Bus terus bergerak dan dari jauh kelihatan kawasan terang benderang, dan Mutawwit bagun dari kerusi - beritahu udah memasuki kawasan Madinah yang dahulunya digelar "Yathrib". Aku saperti baru tersedar dari mimpi apabila Mutawwif beritahu kawasan yang paling terang yang kita sedang lihat sekarang adalah Masjid Nabawi. "Ya Allah! Aku bersyukur kepadaMu kerana aku telah sampai di Madinah". Kami semua turun dari bus dan menuju tempat penginapan iaitu di Manazel Al Fairuz kalu tak silap aku lah! Taklama lepas tu azan subuh pun berkumandang dari Masjid Nabawi. Semua orang yang berada disekitar Masjid, bergerak menuju Masjid Nabawi untuk menunaikan solat subuh. Kota Madinah! Nanti aku sambung entri hari pertama aku di Kota Madinah. Sabelum kita pergi lebih jauh apa kata kita kongsi sedikit info pasal Kota Madinah. Dulu di gelar Yathrib dan pada zaman Nabi s.a.w. telah di tukar kepada Madinah. Kota Madinah adalah salah satu Tanah Haram yang diharamkan keatas orang bukan Islam memasukinya. Tanah, pokok-pokok dan binatangnya tertakluk kepada hukum Tanah Haram Mekah. Tanahnya tidak boleh dipindahkan, pokok-pokoknya tidak boleh ditebang dan binatang buruan tidak boleh diburu. Perbuatan tersebut hukumnya haram. Ziarah Madinah tidak termasuk dalam mana-mana pekerjaan haji atau umrah, tetapi kita digesa berbuat demikian berdasarkan kepada beberapa hdis Nabi s.a.w Syukran Ilalliqaa! (Terima kasih dan jumpa lagi). |
![]() |
Salam untuk kengkawan semua! Kali ne aku upload lapan keping gambar untuk tatapan teman-teman yang meminanti seni lukis dan seni foto. Pada masa yang sama aku selitkan sekali kisah kanak-kanak Britain berusia sembilan tahun yang digelar sebagai 'Mini Monet' bakal menjadi jutawan tidak lama lagi selepas 24 hasil lukisannya dijual dengan harga 250,000 pound (RM1.3 juta) dalam tempoh hanya 15 minit.
Kieron Williamson, berasal dari Norfolk dekat utara England, memperoleh hasil jualan lumayan tersebut selepas lukisannya dijual menerusi bidaan yang dibuat melalui panggilan telefon dan Internet. Kanak-kanak tersebut menjadi terkenal diseluruh dunia selepas hasil lukisannya dibeli dengan harga berpuluh-puluh ribu pound.
Kali pertama hasil seni Williamson dijual di pasaran adalah pada 2009. Sebanyak 19 lukisannya yang bernilai 14,000 pound (RM68,914) habis dijual dalam satu acara lelongan yang diadakan secara tertutup. Tiga bulan kemudian, 16 lukisannya dijual dengan nilai keseluruhan 17,000 pound (RM83,682) dalam tempoh 14 minit semasa kali kedua dia menyertai pameran di Galeri Picturecraft.
Dia kemudian meraih 106,260 pound (RM523,063) pada November lalu selepas 12 lukisannya dijual dalam tempoh 10 minit 50 saat. - Agensi |
![]() |
Aku suka pink |
![]() |
Mimpi Si Mahfol |
![]() |
Jom Kayuh! |
![]() |
Take Five |
![]() | |
Rama-rama |
![]() |
Eh! UFO lah... |
![]() |
Garis-Garis Sembilan |
Salam Kengkawan! Terima kasih kerana teman sedang membaca kisah kehidupan harian aku. |
Teman, Sabelum ne aku telah paparkan kisah-kisah aku sebagai "halwa" yang kengkadang boleh memberi inspirasi atau penawar rindu kepada jiwa resah dan keliru. Ada gak kisah yang boleh mengajar kita tentang redha, kesabaran, nilai kasih sayang, pengorbanan dan kesyukuran. Entri kali ne masih lagi story pasal hobi kayuh basikal berkumpulan. Tujuan asal aku berkayuh ialah untuk kekalkan kesihatan di samping dapat mengeratkan persahabatan.
Melalui hobi berkayuh, aku dapat menilai kasih sayang, persahabatan, kerjasama dan kesyukuran. Aku bersyukur kepada Allah yang mengizinkan aku menyelesaikan kayuhan bersama-sama teman tanpa menghadapi kemalangan. Apabila selesai berkayuh, kelihatan pada riak wajah kengkawan yang puas. Tahulah aku, bahawa yang menjadikan kita berasa puas bukan sahaja dapat menamatkan kayuhan tetapi kerana kita ada starmina, kekuatan mental dan yakin pada diri sendiri.
Semuga kisah-kisah yang aku paparkan sabelum ini dapat memberikan sedikit pengajaran dan teladan kepada generasi X sekarang dan generasi Y yang akan datang. Teman! Jadilah genarasi yang ada jati diri. Akhir sekali aku minta kepada teman, janganlah bersedih jika datang musibah kerana musibah itu datangnya dari Allah. Hidup perlu di teruskan! Nota Kaki: Nantikan entri terbaru "Tentera Selempang Merah" yang pernah mengemparkan Batu Pahat pada Julai 1945.Salam sayang dari Mj! |