26 February 2014
24 February 2014
MENGISI MALAM SEPANAS INI
23 February 2014
MATAHARI MULA MENGINTAI
21 February 2014
MALAM PUN SEMAKIN LARUT!
17 February 2014
CERITA SEMALAM!
14 February 2014
SEPOTONG CHICKEN QUICHE
10 February 2014
ABSTRAK EKSPRESIONIS & MAJALAH!
![]() |
Sekitar awal tahun 2000, aku mula mengumpul majalah suasana kediaman dan landskap seperti Impiana, Ruang, Deco Glam dan sesekali membeli majalah Trends dan The Edge. Majalah ini aku langgan kerana ada ruang Portfolio pelukis seperti Awang Damit, Tajuddin Ismail (TJ), Yusof Ghani, Shukri Elias, Asmawi Ismail dan lain-lain. Artwork pelukis tersebut lebih bersifat abstrak - ekspresionis surealis seperti pelukis Awang Damit dalam siri Alun-Alun Ke Marsita, Siri Tari dari Yusof Ghani atau seperti pelukis A Latif Mohidin yang terkenal dengan siri Pago-Pago dan Gelombang. Untuk mengetahui serba sedikit mengenai lukisan jenis abstrak ini, ada baiknya aku meminjam sebahagian tulisan daripada Rasdan Ahmad ruangan Lukisan Pancawarna (Ahad 09/02/14). Beliau mengulas: Seni abstrak itu adalah salah satu jenis kesenian kontemporari yang tidak mengambarkan sesuatu objek dalam dunia realiti. Lukisan jenis ini menggunakan warna dan bentuk dalam cara non-representasional (luar pemikiran). Seni abstrak mempunyai dua pendekatan. Pertama, seni abstrak diciptakan tanpa merujuk secara langsung pada bentuk-bentuk realiti dan pendekatan. Kedua, ia berupa ciptaan yang diadaptasi melalui unsur-unsur alam semula jadi. Sebelum ini istilah non-objective digunakan untuk menunjukkan lukisan yang sukar difahami. Istilah ini kemudian ditinggalkan oleh para pejuang seni dan sejarawan. Mereka lebih memilih istilah seni abstrak daripada seni non-objective. Wassily Kandinsky pelukis ternama Rusia menyatakan, lukisan abstrak ada persamaan dengan muzik. Memahami lukisan abstrak boleh diibaratkan seperti kita mendengar muzik instrumental. Kita boleh merasai keindahan nada muzik itu tanpa dibebani dengan unsur-unsur lain. Semua unsur estetika dikembalikan pada bentuknya yang paling baik.Dalam muzik, semua unsur nada mewakili nada itu sendiri manakala seni lukis, warna mewakili warna, garis mewakili garis, demikian pula dengan unsur-unsur visual lainnya. Dipendekkan cerita! Lukisan abstrak juga dapat dianalisa berdasarkan klasifikasi warnanya. Warna dapat diklasifikasikan dalam beberapa kelompok iaitu warna panas, dingin, senada dan harmoni. Warna panas terdiri daripada unsur-unsur warna merah, kuning dan jingga manakala warna dingin terdiri daripada unsur-unsur warna hijau, hijau muda dan biru. - Oleh Rasdan Ahmad. Bercakap pasal pelukis ne, ada gak majalah Fantasi, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Impiana dan majalah Ruang, yang berbicara tentang pelukis lain umpamanya pelukis Mohas - Galeri Seni, dalam majalah Fantasi November 1986. Begitu juga dengan pelukis Ibrahim Hussein, majalah Fantasi, Oktober 1990. Dalam majalah Impiana pula, memperkenalkan portfolio pelukis Rafiee Ghani, Khairul Amir Shoib aka Meme, Zaim Durulaman, Muhd Fauzul Yusri, Nizar Kamal Ariffin, Jamil Mat Isa, RadziBedu, Fuad Arif, Daud Rahim dan sorang artis pompuan iaitu Susyilawati Sulaiman aka Shooshie. Lepas tu aku perhatikan, majalah Impiana dan Ruang tidak lagi berminat menulis rencana tentang pelukis dan seni lukis. Semenjak tu, aku tidak lagi melanggan majalah tersebut. Aku beralih kepada majalah seperti Roda Pantas dan Cycling Malaysia. - Jumpa lagi dilain entri dengan izin Allah! |
09 February 2014
07 February 2014
BILA ELEKTRIK TERPUTUS
![]() |
Di Luar Apartmen! Sayup-sayup kedengaran bunyi siren ambulance diselang-seli dengan salakan anjing liar. Malam terasa amat panas bila bekalan elektrik terputus. Hampir seluruh penghuni dikawasan kejiranan aku mengeluh kepanasan. Beberapa saat waktu malam berlalu, aku mula merasa pahitnya kehidupan di kota jika tiada bekalan elektrik. Aku dan manusia lainnya yang tinggal di kota ini sangat bergantung dengan elektrik untuk menerangi rumah, buat kipas berpusing atau setidak-tidaknya mahu menonton rancangan kegemaran di televisyen. Ramai jiran-jiran aku turun ke bawah, mengharap datangnya angin. Sambil menanti bekalan elektrik dibaik-pulih, mereka bercerita tentang insiden perlawanan bolasepak pusingan kedua Piala FA yang tertunda kerana pasukan T-Team enggan meneruskan permainan babak kedua, setelah berlaku pergaduhan di dalam terowong ke bilik persalinan dengan pasukan JDT. Mereka masih dibawah apartmen, terus bercerita tentang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, tentang Teresa Kok, tentang Taib Mahmud letak jawatan, tentang PKNS memecat 23 kakitangan PHSB, tentang kadar tol dan cerita pasal Scomi Group Bhd yang bertaraf global kerana berjaya memperoleh projek Monorel Mumbai bernilai RM1.8 bilion. "Horee! Horee! Api dah ada" Kedengaran budak-budak bersorak gembira. Wajarkah bebudak yang tidak mengenal erti kesusahan itu bersorak Horee! Siapa agaknya yang menceritakan kepada bebudak yang masih berhigus itu tentang Horee. Kenapa dari kecik lagi bebudak tersebut tidak diajar tentang ayat Alhamdulillah! Tik tok! Tik Tok! Bunyi jam dinding mnegetuk tabir malam. Aku masuk ke bilik bacaan dan diatas meja komputer, ada baki air LA Coffee. Mata masih lagi segar bugar. Aku melihat beberapa buku yang belum habis dibaca. Antara buku tersebut ialah Meniti Lautan Gelora dari Said Zahari, Cendol Pulut Santan Lebih tulisan Abd. Jalil Ali, Setengah Berisi-Setengah Kosong dan buku hasil tulisan Taufik Rahman: Obama-Antara Islam, Israel & Amerika. Kipas siling ligat berpusing. Kali ini naluri aku lebih cenderung untuk mengadap screen komputer berbanding untuk membaca buku. Photo-photo yang tersimpan di dalam album, hampir kesemuanya aku conteng dengan menggunakan Photoscape. Inilah rutin malam aku. Aku melukis bukan menggunakan berus tetapi tetikus. Hasil daripada contengan tersebut, lahirlah seni digital melalui Reflection dan Illusion Series yang seakan-akan saring sutera. Seminggu Berlalu! Sambil jari jemari aku melarikan tetikus kekiri, kekanan dan kekadang keatas dan kebawah, teringat aku akan aktiviti yang berlaku minggu lalu. Bermula dengan memenuhi jemputan Majlis Perkahwinan anak kepada pasangan Mazli Ujang dan Rokiah Majid yang diadakan pada hari Sabtu, bertempat di Taman Permata Fadason. Lepas tu! Petang hari pulak, hantar Mak Mertua balik kampung. Tengahari Ahad balik semula ke Kelompo. Ada beberapa tugasan yang kene buat. Bersihkan akuarium ikan di yard, menyusun buku dan majallah, menukar sarung kusyen serta buat susun atur baru diruang tamu yang terhad. Begitulah sebahagian aktiviti aku minggu lepas. Jika ada kelapangan, aku akan membaca, melukis atau menulis (menaip) supaya minda aku terus boleh berfikir dengan baik. Meminjam kata-kata Profesor DiRaja Ungku Aziz "Minda mesti dicabar setiap hari. Use it or you lose it". Maksud Pak Ungku ialah gunakannya atau anda akan kehilangannya. |
02 February 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)