09 January 2010

JEMPUTAN DARI MOKHTAR & SITI




Kali ne kad jemputan datang dari pasangan En Mokhtar & Pn Siti kerana beliau mahu mengadakan majlis perkahwinan putera beliau Mohd Shuhaimi dengan Nur Liyana Hj Khairuddin. Majlis diadakan pada 09 Januari 2010 bersamaan 23 Muharraram 1431 Hijrah.Bertempat de Jalan Anggerik-Saujana Utama, Sg.Buluh.



Lihatlah imej yang terhasil dari Cyber-shot yang aku salah klik ne ! Diaorang dari JPSM/DBKL memang sporting bila pose + peace...mereka ialah Rose,Siti Sarah, Lyana,Aiin,Ita,Shidah, Zaharah,My Sarah,Mansoor,Khairul,Amat,Rezza,Zeck & Esah,Kak Diah,CC Razak & Aisah termasuk tuan rumah Mokhtar dan Siti.



Terima kaseh kerana menundang kami seisi kelurga J
PSM.
Semuga pasangan pengantin kekal sampai ke anak cucu....
.


* Conteng+Mawar
10 Januari 2010

JEMPUTAN 09 JANUARI 2010





Jemputan!
Kali ini kami dijemput hadir ke majlis perkahwinan anak pasangan  Mokhtar Hj. Sanusi dengan Siti Hj. Ghani yang terletak di-kawasan perumahan Saujana Utama- Sg. Buluh, Selangor. Kami tiba jam 1245 tengahari ketika itu sudah ramai tetamu yang datang. Kami sampai kat rumah pengantin bersama keluarga Pn. Nora dan Kak Diah.

Bersalaman dengan tuan rumah yang menunggu dilaluan pintu masuk menuju tempat buffet. Apa-apa hal pun kami makan dulu. Ketika kami sedang menjamu selera kelihatan rakan-rakan isteri aku dari geng JPSM/DBKL tiba. Aku lepas makan pekena pulak teh tarik dan kuih serta bubur kacang.

Sementara menunggu pasangan pengantin tiba, aku menekan punat kamera pada rakan-rakan isteri aku dari DBKL. Lepastu kami melepak kat satu tempat yang sedikit redup sikit sambil berbual. Usai pasangan pengantin mengambil tempat di atas pelamin kami pun nak balik dan sempat lagi  bergambar ramai-ramai. - Terima kasih kepada tuan rumah kerana menjemput kami datang! [Mj]





* Conteng+Mawar 09/01/2010

08 January 2010

RESTAURANT+ CAFE = KOPITIAM




  • "Kita jumpa kat Kopitiam!"


    Entri
    kali ini aku nak cerita pasal restoran, coffee house, bistro, cafe dan  Kopitiam. Dolu, kebanyakan restoran kat Kolompo hanya beroperasi di-ruamah kedai [shop lot] dan kebanyakannya tidak menggunakan penghawa dingin. Kalau ada pun boleh dibilang dengan jari. Seperti restoran Bilal [India Muslim] misalnya  yang mengamalkan pintu terbuka. 

    Coffee House pulak, biasanya beroperasi disudut lobby hotel atau berhampiran kolam renang. Manakala Bistro boleh dilihat kat shopping mall. Selalunya kat Bistro ada disediakan set karaoke atau setidak-tidaknya peti muzik JukeBox[1]. Berbeza dengan cafe.  Kebanyakan cafe lebih berminat beroperasi dishoplot kawasan bandar baru atau perumahan elit[2]. Hiasan dalaman disebuah cafe kelihatan lebih modern dan mesti memilik coffee-machines untuk mengisar biji-biji kopi. Antara kopi yang dijual ialah mocha, latte, espresso dan cappucino.

  • Kopitam! Yang bermaksud kedai kopi itu telah di-up grade, terutama dari segi hiasan dalaman. Pun begitu, kopitiam kekal dengan teh hailam dan local coffee beserta roti bakar dengan telur setengah masak. Yang menariknya, kopitiam itu masih lagi menghidangkan kopi menggunakan cawan dan piring classic[3] berbunga warna hijau. Lain-lain menu yang terdapat di-kopitiam ialah nasi lemak, meehoon goreng, laksa dan mee kari.

  • Era 70'an, kebanyakan restoran kat Kolompo dikuasai oleh peniaga India Muslim.  Kalau ada pun restoran fast food ketika itu mungkin jenama A&W dan KfC. Masa tu iklan KfC hanya ditampal kat pokok-pokok sahaja. Restoran Melayu yang dikira top masatu ialah Bintang Restoran yang terletak di Bukit Bintang. Salah satu menu terbaiknya ialah nasi lemak, yang menggunakan beras panjang, sambal ikan bilis dan sayur kangkung.


    [T
    empat-tempat makan murah ketika itu ialah kawasan gerai makan di-Hilton Corner[4] yang lokasinya berhampiran Hotel Hilton. Jika waktu malam pula, gerai-gerai makan di Benteng[5] menjadi tumpuan orang ramai. Lokasinya kat clock tower berhampiran Pasar Seni]


  • Memasuki era awal 80'an, Kolompo mula dibanjiri dengan pelbagai jenama restoran antaranya Nuri Bekery, Sate Anika, Sate Ria, Shakeys Pizza, Mr.Dounat, White Castle, McDonalds dan macam- macam lagi. Ada yang bertahan ada pula yang gulung tikar. Walaupun pernah menghadapi kemelesetan ekonomi pada pertengahan tahun 80'an, Kolompo kembali rancak ketika awal tahun 90'an, dengan kemasukkan pelbagai jenama dari luar negara. Antaranya  Pizza Hut, The Wild Chicken, Kenny Roger Roaster, Snappers, Coffee Bean, Starbuck, Star Sandwich, Gloria Jeans, Swensens dan bayak lagi.


  • Tentunya tumpuan orang ramai ketika itu ialah kawasan Bukit Bintang. Penghujung tahun 90'an dan memasukki awal tahun 2000, Bukit Bintang tambah kecoh dengan terbinanya Bintang Walk[5]. Bintang Walk yang bermula dari Star Hill, Berjaya, melalui BB Park, SungeiWang dan bersambung dengan Low Yat Plaza itu memiliki jenama yang hebat-hebat antaranya Grappa Soho, Piccallo Mondo, Marriot Cafe, Ceacer Cafe, Dome Cafe, Squeeze Bistro, Seed, San Francisco, First Cup Cafe, Deli Franch, Just Strudal, Kopi Apa Saja dan banyak lagi.




  • Tak jauh dari Bukit Bintang ada juga jenama  baru dari usahawan tempatan. Misalnya seperti  Baker Bros cafe dan restoran Smokey Ranch . Itu belum lagi jenguk kat Bangsar, Sri Hartamas dan Damansara. Macam-macam jenama dan pelbagai menu dijual. Antara menu yang popular dicafe ketika itu ialah Quiche, Chicken Pie, Brownie, Muffin, Danish atau makanan yang difusion[6]gitu!.



  • Keterangan gambar
    :

    Aku bersama rakan  masa melepak kat Kepong Kopitiam. [Wan Fadzil, Azman, Sharil dan Ahmad]. Antara menu yang kami pesan ialah  kopi, teh hailam, iced blended dan ruti bakar. [Kabanyakan kopitiam guna ruti Bangali-tapi Cina buat. Ruti ne kalau dibakar, taruk kaya dan planta memang sedap!.




MENU UNTUK BBQ

















As Salam!  
Aku pernah berjanji hendak mengisi salah satu entri di blog aku dengan menu  BBQ. Jadi, aku rasa pagi ini adalah masa yang sesuai untuk aku menaip dan berkongsi sedikit menu [bukan resepi] kepada anda diluar sana. Sekiranya anda  merancang untuk membuat jamuan malam ala' BBQ Party, pastikan barang keperluan sudah ada. Seperti tempat pemangang[1] misalnya.

Lain-lain keperluan untuk bebeku ialah arang, fire stater, pengepit arang, pengepit makanan, berus atau serai yang diketuk, minyak
[2], tuala  dan tong sampah. Jika anda tidak cukup rajin hendak membasuh pinggan-mangkuk selepas digunakan, ada baiknya anda gunakan pinggan  pakai buang.


Terpulang kepada anda untuk membuat susun-atur kerusi-meja. Mungkin anda hendak menyusun kerusi-meja dihalaman rumah atau anda hendak berparti dibelakang rumah sahaja. Setelah kerusi-meja diatur, hendaklah meletakan meja panjang berbentuk L [meja buffet], berhampiran tempat memangang. Perlu diambil kira juga arah angin ketika memanggang nanti supaya asap tidak terarah kepada tetamu. Pastikan tong sampah ada disetiap sudut penjuru laman anda.


Diatas meja buffet, susun ikut pusingan jam iaitu dari kiri ke kanan bagi memudahkan aliran pergerakan tetamu ketika mengambil makanan. Bermula dengan meletakan pinggan-mangkuk, sudu-gerpu, kertas tissu kemudian beberapa 
chafing dish
[3] untuk mengisi bahan-bahan yang dipanggang. Kemudian bakul tempat ruti, bowl besar [kaca kalau boleh] untuk salad sejuk dan buah-buahan.  Seterusnya manggkuk untuk sauce dan dressing. Disatu sudut lain pula, hendaklah diletakan bekas berisi minuman panas dan sejuk.

Sebagai contoh, chafing dish biasanya di isi dengan steak, lamb shoulder, kepak ayam, sausage, sotong dan udang yang sudah di bakar. Beberapa bekas [half chafing dish] lagi di isi dengan pasta, potato salad, baked bean, sweet corn, coleslaw salad dan bingka ruti. Dalam bakul pula diletakan ruti pitta yang di potong empat dan sebuah bakul lagi di isi dengan potongan french loaf [ruti Perancis]. Manakala bowl kaca pula sesuai diisi dengan Green Garden Salad serta sebuah bowl lagi diisi dengan potongan buah limau. Dibawah ini aku sertakan sekali gambar [sebagai hiasan] dan pilihan menu untuk anda berparti.



[Menu Utama]


1- Daging Sirloin Steak
(180gm) - 20 pcs
2- Kepak Ayam - 80 pcs

3- Kambing/Lamb Shoulder-20 pcs
4- Udang 10 kg

5- Sotong - 5 kg
6-Sausage Ayam/Daging 20 pkt


[Nota: Sesuai untuk 50 tetamu]
--------------------------------------------------------------------

[Menu Iringan]

1- Pasta Spiral + Sausage - 20 pax
2- German Potato Salad - 20 pax
3- Coleslaw Salad - 30 pax
4- Garden Salad 20 pax

5- Baked Bean - 15 tin.
6- Roti Pitta 10 pkt

7- French Loaf - 20 pcs.
8- Nasi Impit - 15 pkt


-----------------------------------
[Pencuci Mulut]
1- Bingka Roti - 1 loyang
2- Buah Orange - 20 biji
3- Sweet Corn  - 10 tin

---------------------------------------------------------------------
[Minuman]
1- Juice Orange
2- Kopi dan Teh
3- Mineral Water

---------------------------------------------------------------------
[Sauce & Dressing]
1- Chilli Sauce
2- Thai Sauce
3- Kuah Kacang
4- Tar-tar Sauce
5- 1000 Island Sauce
6- Black Pepper Sauce
7- Lemon Vinagratte Dressing

---------------------------------------------------------










  • Nota Kaki :
  • Untuk mendapatkan recipe, anda hanya perlu layari internet atau melalui panduan buku masakan seperti Womens Weekly Cookbooks. Apapun, mungkin jika aku ada kelapangan nanti aku akan mengisi entri aku dengan recipe pula.  Manalah tahu,  akan datang mungkin aku selit juga recipe-recipe tentang BBQ, Pasta dan Salad. - [Mj]




































02 January 2010

BBQ di Halaman Rumah











Intro!
Tahun 2010
aku cuba kurangkan hobi menconteng, sebab aku bukan pelukis tulin. Melukis hanyalah untuk mengisi masa lapang serta mencurahkan perasaan ke-atas kanvas. Minat kepada seni
visual, arca dan hiasan dalaman membuat aku selalu melawat art gallery dan outlet yang menjual barang-barang deco. Memasak pulak hanyalah sebagai kerjaya yang terpaksa. Dari tidak berminat aku paksa diri aku untuk mencintai bidang masakan.

Di sini aku sertakan beberapa recipe ringkas buat kawan-kawan yang hendak mencuba memasak di rumah. Kebanyakan recipe ini adalah standard recipe iaitu ikut-ikutan dari chef-chef otai. Ya! Antara menu yang aku kutip dari cafe dan restoran ketika bekerja di-sekitar Kulompo, Kota Kinabalu dan Negara Brunei. Aku juga pernah belajar memasak dari chef Melayu, India, Cina dan Mat Salleh. Biasanya yang di ajar ialah asas membuat dressings untuk salad, buat sauces , asas buat soup cair dan soup pekat. Termasuk bahan perapan (marinated) untuk wings, steak, roast chicken, BBQ kambing, dan marinate untuk roast beef.

--------------------------------------------------------------------------------------------

1- Chicken Pie Filling.
[Abaikan pic dibawah ini kerana kurang jelas]





Bahan-bahan |Ingredient
Minyak 100ml
Garlic Minced 20gm
Bawang Diced 100gm
Celery Cubes 200gm
Kentang Cubes 300gm
Button Mushroom 150gm
Daun Bay 2 helai
Lada Hitam/Coarse 5gm
Chicken Stock 0.5lt
Mixed Vegetable 500gm
Uncooked Roux 100gm
Susu Cair 80ml
Whipping Cream 100ml
Air 1 liter
Kiub Ayam Rebus 1 kg


Cara|Production Procedure
1. Panaskan miyak dalam pan
2. Saute garlic, dan masukan kiub kentang
3. Masukan bawang, celery,mushroom,mix veggie dan kacau 4 minit
4. Masukan daun bay,lada hitam,chicken stock
5. Masukan roux, kacau sehingga pekat.
6. Kacau perlahan supaya tidak melekat dan pindahkan ke pan baru
7. Kacau dan tambah susu serta cream
8. Kacau perlahan dgn api yang kecil.

* Hidangkan inti pie dgn taburkan chop daun parsley, serta makan dengan puff pastry atau roti pitta yang dibakar dlm pan.
* Jangka hayat bagi lebihan inti pie /shelf life : 7 hari Simpan dalam bekas bertutup , label tarik dan letak dlm chhiler. -------------------------------------------------------------------------------------------------

2- Inti Ruti Pitta [Cara Lama]
Inti ruti pitta boleh di sediakan bersama
tuna mayo, eggs mayo, sardineatau hirisan ayam, berserta daun salad, bawang, timun dan hirisan tomato.


--------------------------------------------------------------------------------------------------

3- Kepak Ayam
[Bahan Perapan untuk untuk di goreng atau BBQ]

LP Sauce, Kicap pekat,
Minyak bijan , Madu,  Chicken stock, Garam , Serbuk lada putih.



4- BBQ | Bahan Perapan
[Kepak Ayam untuk BBQ sahaja]


Cili Sos, Gula,cuka apple,serbuk lada putih,serbuk cili,sedikit mustard dan garam.
* Lebihan perapan buat sos untuk disapu ketika membakar kepak ayam. Jika anda suka rasa lemak anda boleh sapu wings dengan santan pekat.


Note : Jika rumah anda ada ruang/taman - bolehlah buat BBQ kepak ayam, udang, sotong- kambing, steak, sausage, beserta potato salad, coleslaw salad, green garden salad, garlic bread, pasta spiral, roti pitta dan juice, serta pencuci mulut.


Selamat Mencuba! - [Mj]



TAHNIAH FAUZI & JULIA


AKU terima jemputan majlis perkahwinan dari kawan lama aku. Pasangan FAUZI & JULIA anak lelaki dia kawin pada 02 Januari 2010. Jam 1200 tengahari aku keluar dari rumah, cari lokasi yang katanya di dewan Centrum Setiawangsa. Lama juga aku tak ge katSetiawangsa...ingat ingat lupa kat mane lokasi dewan tu !

Aku kena tanya orang lah! malu bertanya sesatlah kat Setiawangsa. Sampai kat dewan jam 1315, aku tengok dah ramai tetamu. Jumpa tuan rumah Fauzi dan Julia kat pintu masuk dewan, hu..hu..hu.. happy dia orang. Melangkah aje kat dalam dewan... wah! nampah hebat dengan warna tema Hitam & Putih , termasuk pelamin dan pon
jot juga hitam - putih.

Aku terus je beratur ambil makanan, dessert dan air teh tarik. Aku ambik nasi lebih sikit pasal aku belum breakfast lagi. Lepas makan aku jumpa Fauzi kejap, tanya kabar dan sorang lagi kawan lama masa kat Bukit Bintang tak datang . Namanya Nazri @ Nat, katanya ade kat Melaka... ade urusan lah tu...

Jemputan belum ade lagi yang balik sebab nak tunggu pangantin bersanding. Lagi pun
dewan nya besar, tak perlulah bagi kerusi kat tetamu baru sampai. Lepas tengok pasangan pengantin, jam 1415 aku terpaksa cabut sebab aku masuk kerja jam 1500 petang.

Tahniah Fauzi dan Julia !!!
Terima kasih jemput aku..







JEMPUTAN 02 JANUARI 2010











01 January 2010

HAPPY NEW YEAR 2010

Happy New Year 2010
Jam 1500 petang kami
ge makan kat Pizza Hut.





Lukisan cetak yang ada didinding!
Makan sambil cuci mata dengan
art yang terdapat dalam outlet !


Rasa dulu Fatuccini Carbonara !
Yum! Yum! sedap........................

Inilah Pizza Super Suprame!
Makan berdua tak abis...
Muka tak malu... bungkus
bawa balik lah !!!..................
Last sekali kami ucapakan
Happy.. ..happy . ...happy...
kepada keluarga kami, rakan
kerja, dan rakan- rakan
blogger..................................