10 September 2011

MAJLIS SHILA MAJID!



Masih dalam mood raya kan!
12 Syawal 1432H - Majlis pertunangan Shila dengan Faez diadakan di Kg Nakhoda! Dijangka majlis akan berlansung selepas waktu Zohor. Aku tiba kat Kg Nakhoda jam 12.30 tengahari. Hampir semua ahli keluarga ada berkumpul kat sini. Adik beradik, sepupu dan anak buah semuanye nampak happy!

Sementara menunggu ketibaan rombongan pihak lelaki, kami buat persedian yang termampu. Di bahagian dapur, Misah dengan crew serta pembantu menyediakan kuah dalca dan kuah lontong. Mail dan yang lain di bahagian hadapan, susun meja dan lap kerusi.....

Entri kali ne aku bukan nak cerita pasal warna tema, menu atau hantaran dari rombongan pihak lelaki. Aku hanya nak cerita kisah konsep peminangan dan pertunangan. Aku masih lagi menyimpan buku bertajuk Memasuki Gerbang Perkahwinan! Buku yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ne menceritakan pasal pemilihan jodoh dan pertunangan. Aku salin secara ringkas untuk bacaan kengkawan yang masih lagi solo! Manalah tau tak lama lagi salah sorang friends blog aku akan di pertemukan jodoh. Aminnnnn!!!

Pemilihan Jodoh dan Pertunangan
Pemilihan jodoh bakal pasangan adalah pengenalan kepada perkahwinan. Pemilihan bakal pasangan yang mengikut kaedah syar'ie akan membahagiakan rumahtangga yang bakal dibina, dengan memilih ciri-ciri kerana harta, keturunan, kecantikan dan kerana agama. Sekiranya kesemua ciri-ciri itu tidak didapati maka ciri yang terakhir janganlah ditinggalkan. Islam menjaminkan kebahagian rumahtangga bagi si suami yang memilih isteri yang berpegang teguh kepada ajaran agama walaupun isterinya itu tidak cantik rupa paras atau tidak punya banyak harta. Peranan memilih bakal pasangan biasanya dilakukan oleh lelaki kerana pada kebiasaannya lelaki yang masuk meminang. Walau bagaimanapun orang perempuan juga mempunyai hak untuk memilih jodohnya dengan berpandukan ciri-ciri yang telah disebutkan.






















Satelah calon pasangan diperolehi maka proses seterusnya ialah peminangan. Peminangan
bermaksud menyatakan keinginan berkahwin dengan perempuan yang berkenaan dengan
memberitahu hasratnya itu kepadanya atau kepada walinya. Peminangan boleh dilakukan
secara langsung atau melalui wakilnya. Satelah peminangan itu diterima dan sementara
menanti masa ijab kabul maka tempoh itu dikatakan tempoh pertunangan. Islam mengharamkan peminangan ke atas tunangan orang lain selagi mana pertunangan tersebut tidak putus. Pertunangan hanyalah perjanjian untuk berkahwin. Kedua-dua bakal suami isteri belum suami isteri lagi. Mereka masih terikat dengan batas pergaulan antara ajnabi!

Akhir sekali aku ucapkan tahniah kepada Shila dan Faez, kerana majlis pertunangan berjalan
dengan lancar. Ungkapan buat anda berdua "Dari mana datangnye lintah, dari sawah turun
ke padi, dari mana datangnye cinta dari mata turun ke hati" - Salam ceria dari Manjapri.


09 September 2011

ALANG SEDAYU - GOMBAK!


Salam Jumaat!
Pagi tadi aku dengan Mahful ge kayuh ke Alang Sedayu, Gombak. Kami janji bertemu berhampiran Masjid Amaniah. Jam 08.30 pagi kami kayuh melalui Batu Caves, Simpang Tiga, Sekolah Rendah Gombak Utara dan terus ke Batu 8 Gombak. Kami berhenti di sabuah gerai tepi jalan berhampiran Batu 9 untuk sarapan. Lepas tu kami terus kayuh menuju Alang Sedayu melalui penempatan orang Melayu, Kem Sri Raudah dan berhenti sekali lagi berhampiran Muzium Orang Asli untuk pekena teh panas.

Sepanjang perjalan menuju Alang Sedayu, kami selalu berselisih dengan lori hantu dan trillar. Jalan lama ke Bentong yang kami lalui adalah jalan yang mungkin dibena pada tahun 40'an. Kebanyakan lori tersebut berulang alik mengankut batu atau pasir ke tapak projek yang kami tidak ketahui. Jalan memang sempit! Untuk menyelamatkan diri dari tidak disodok oleh lori-lori tersebut, kami selalu mengalah dan berhenti mengayuh serta keluar dari jalanraya. Malang tak berbau Beb!















Kayuh dan terus kayuh. Jalan berbukit, sempit dan basikal mula terasa berat. Terpaksa tukar gear rendah. Kayuh punye kayuh akhirnye sampai juga kami di persimpangan masuk ke Alang Sedayu. Kami happy! Akhirnye samapi gak kami tempat perkelahan Alang Sedayu. Sayangnye, Alang Sedayu hanya indah kabar dari rupa. Hutan Simpan yang diselia oleh Jabantan Perhutanan tu banyak sampah dan kotor. Ada plak kaum tak berumah, membina penempatan haram di tepi sungai yang airnye mengalir lesu. Itulah nasib sungai di negara kita. Mereka yang datang berkelah selalunye meningalkan sampah sarap yang akhirnye akan menyumbat laluan sungai tersebut.

Bila agaknye NGO yang cintakan sungai kita datang
nak bersihkan sampah sarap ne!






04 September 2011

1st Syawal 1432 Hijrah

Selamat Hari Raya Bloggers!
1st Raya aku ge beraya kat rumah Misah.
Sebenarnye aku baru je balik kojer jam o7oo pagi. Lepas mandi sunat aidulfitri, bergegas ke Masjid untuk sembahyang Raya. Fuhhh! Ramainye umat kat Masjid...dua kali ganda dari tahunlepas. Yang meramaikan ialah pekerja asing yang tak balik kampung. Mereka kebanyakan dari negara Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Sri Langka dan India.










































Balik dari Masjid, tido dulu. Memang mangantuk kalu tak cukup tido! Apa-apa hal pong aku cuba bukak mata untuk beraya kat umah adik aku. Jam 10.45 pagi aku adalah tetamu yang pertama sampai kat umah Misah. Lepas tu Majid sekeluarga sampai, di ikuti keluarga Midah anak beranak. Tuan umah jemut makan dengan menu di pagi raya saperti lontong, paru berempah, rendang daging + paru, ayam masak madu, kuah kacang, serunding udang dan serunding daging.
















Jam 1330 petang kelurga Kak Ana, Norlela, Zilah dan kelurga Aiin sampai. Lepas ne nak beraya kat umah Ali, lepas tu ziarah kubur, umah Mak Cik dan singgah umah Kak Timah. Sayangnyer perjalanan sedikit terganggu kerana banyak kenderaan dan ada berlaku kemalangan. Jam 1545 petang baru sampai di tanah perkuburan. Olih kerana dah hampir senja, kami tak sempat singgah umah Ali dan umah Makcik! Harap tahun depan, kalu di- panjangkan umur dan murah rezeki, serta cukup sihat-kami akan singgah umah Ali dan umah Makcik. Kepada kengkawan yang membaca entri ne, MJ menggucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin.


Posted by Kakiconteng!
September 4, 2011


05 August 2011

BUBUR KACANG + DURIAN


Salam kepada semua blogger yang setia dengan Kakiconteng! Aku ambik kesempatan mengucapkan selamat berpuasa dan selamat berbuka kepada kaki blogger yang beragama Islam. Post bagi bulan Ogas sedikit perlahan, pasal tiada aktiviti melukis dan berkayuh.

Kalau bercerita pasal bulan puasa ne, tak sah kalu kita tidak sebut pasal juadah berbuka. Nak berbuka dengan apa ye? Kat tempat aku memang ramai yang buka gerai kilat- meniaga kueh. Belum lagi gerai tetap yang di kenali dengan Bazar Ramadan Jalan Kucing. Masuk puasa hari ke 3, aku belum lagi teringin nak membeli juadah kat Bazar Ramadan.

Petang ne aku teringin nak berbuka dengan bubur kacang durian! Aku beli banyak sikit durian pasal nak bagi jiran terdekat. Faham ajalah! Bau durian ne kuat, kalau tak bagi jiran tak patut jugak. Cakap pasal masak bubur kacang hijau ne, kekadang kacangnye sedikit keras dan kurang rasa lemaknya. Petua untuk mendaptkan bubur kacang lembut, lemak dan wangi ialah dengan terlebih dahulu memanaskan kacang hijau ke dalam kuali tanpa minyak dengan api perlahan. Lepas tu masukan daun pandan dan kacau hingga kekuning-kuningan dan berbau wangi. Sejukan dan rebus seperti biasa sehingga kembang.

Selamat berbuka!

31 July 2011

SENIKINI BSLN


Salam! Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada esok setelah diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad. Ibadat puasa di bulan Ramadan adalah wajib Beb! Tak kira jantina atau umur asalkan memenuhi syarat serta rukun yang telah ditetapkan.

Bercakap pasal bulan Ramadan ne, macam-macam hal dan peristiwa berlaku. Yang pastinye malam pertama Surau dan Masjid penuh sesak terutama kanak- kanak yang hendak bersembahyang Tarawih. Ramadan boleh dijadikan bulan menilai semula apa yang dilakukan oleh kita sepanjang tahun lepas dan mengajar kita untuk meninggalkan perkara-perkara yang di larang.

Yang sedihnye Beb!
Bulan Ramadan kali ne aku merasai ketiadaan orang yang tersayang! Terutama ibu, bapa, abang dan bapa mertua. Begitu juga yang di alami oleh Datin Halimah Mohd Noor, isteri kepada Allahyarham Datuk Syed Ahmad Syed Jamal, 82- yang telah meninggal dunia malam tadi di kediaman beliau di Gombak. Al-Fatihah!





















Di bulan Ramadan kali ini juga, U-Wei Haji Saari sedang menayangkan filem bersama-sama pelukis saperti Ahmad Zakii Anwar, Tengku Sabri Ibrahim, Ilse Noor, Mastura Abdul Rahman, Fadzil Idris, Elias Yamani Ismail, Shia Yih Tiing dan Amiruddin Ariffin. Peminat seni tampak dan visual yang mengunjungi BSLN, berpeluang menonton filem menerusi visual, audio dan deria sentuhan. Pameran "Wayang U-Wei Angkat Saksi" boleh di tonton di aras 3, sehingga 5 September 2011.