11 August 2012

ZIARAH MAJID & AMMAR


Selamat Petang dan Selamat Berpuasa!  Sebelum ne aku ada taip entri yang bertajuk Selamat Tinggal pada 29 July 2012.  Dalam entri  tersebut aku teringin nak paparkan photo-pic Ziarah & Umrah. Bila Ammar serahkan kamera kepada aku untuk upload gambar-gambar ketika mereka melakukan ziarah dan umrah pada 25 July 2012 lalu, inilah hasilnya! Ada 13 keping photo ketika mereka ziarah di Kota Madinah. Selepas ini aku akan upload photo ketika mereka ziarah di sekitar Kota Madinah. Kepada kengkawan yang berminat nak dapatkan sedikit info mengenai Kota Madinah, sila klik disebelah kanan Blog Archive-July (15) entri bertajuk "Berada di Kota Madinah".
Salam!
Bhg dalam Masjid Nabawi
Ammar di hadapan kubah Masjid
Kawasan lapang Masjid Nabawi
Kota Madinah
Pusat belibelah Bin Dawood

10 August 2012

SERIKANDI DALAM KENANGAN


As-Salam! Hari ne aku buka fb dan nampak entri dari Bin Khalid - Al-Fatihah to my mum (Hjh Syarifah Maimunah), she was a great mother and a great women. Aku kenal arwah Hjh Syarifah sekelurga kerana beliau adalah bekas majikan aku ketika aku diterima bekerja olih Bin Khalid di Serikandi Cafe & Restaurant, Kuala Belait-Brunei Darussalam pada tahun 1992. 

Serikandi dalam kenangan!
Memang banyak kenangan aku bersama Serikandi - Pertama kali menjejakan kaki di negara Brunei pada 14hb Ogas 1992 buat aku sedikit teruja. Melalui Imigresen Sg Tujuh, aku terus dibawa ka Cafe kepunyaan Serikandi di Kuala Belait untuk makan tengahari. Lepas tu aku dibawa ke pejabat/hostel Serikandi yang terletak di Lot 4356, Jalan Petai-Kuala Belait. Seingat aku, hostel tu ialah sebuah banglo dengan mempunyai lima buah bilik. Di bahagian bawah ialah pejabat operasi Serikandi dan bilik tingkat atas untuk pekerja yang terdiri dari warga India, sebuah bilik untuk pekerja warga Philippines dan dua bilik lagi untuk warga Malaysia dan Indonesia. Tempat penginapan ne siap dengan aircond, bath tab dan mesin basuh Beb!

Aku diperkenalkan kepada pekerja yang ada dihostel iaitu Siswantoro dari Jakarta, Roslan dari KL,  Awang Mahmud dari Kuching dan beberapa pekerja dari India dan Philippina. Seronok gah dapat berkenalan dengan pekerja dari luar negara. Seingat aku, waktu malam pulak, ketika aku masih di hostel ada yang bawakan makanan (bungkus) untuk pekerja yang offday dan aku tak terkecuali mendapat sebungkus nasi.

Hari kedua di Kuala Belait! Roslan, Mahmud dan Kak Tipah  ajak aku ge jalan-jalan ke Bandar Seri Begawan. Peluang ne tentulah aku tak lepaskan Beb. Aku tak ingat berapa kilometer jarak antara Kuala Belait dengan Bandar Seri Bengawan. Perjalanan ke Bandar dan pemandangan indah memang terbaek. Olih sebab aku ne baru sampai kat Brunei, jadi dalam perjalanan tu diorang bagilah sikit info mengenai negara Brunei. Negara ne terbahagi empat daerah iaitu Kuala Belait, Tutong, Temburong dan Brunei Muara dimana terletaknya Bandar Sri Bengawan.

Hari ketiga! Aku mula bertugas di Cafe Rumah Rehat Kerajaan di Kuala Belait. Hari yang sama, Personal dept. siapkan Contract of Employment selama dua tahun yang telah disahkan olih Persuroh Jaya Buroh-Brunei. Di cafe pulak, aku diperkenalkan kepada Rani, Siti Norzulika, Ruswati, Yusoff Salleh, Agus dan Wilma (yang lain tu aku udah tak ingat nama diorang). Seingat aku ketika itu pengurus restoran ialah Mr Jimmy warga Philippin. Sesekali ada gak arwah Hjh Syarifah (dikenali juga denagan panggilan Mum Syarifah) datang jenguk kami sambil bertanya kabar pasal operasi cafe. Sebulan sekali kami  metting bersama Mum Syarifah bagi memastikan kitchen dan dining hall dalam keadaan bersih, dan quality of food serta services sentiasa mainteined high leval setiap masa. Minutes meeting pulak kene buat dan report copy kene bagi kat General Manager yang ketika itu di sandang olih Sh Hj Khalid.

Teman! Setakat ini dulu yang dapat aku sajikan untuk pembaca kaki blog. Lepas ne nanti aku sambung entri Dalam Kenangan iaitu kisah aku ketingalan flight ketika berada di airport Kuching, cerita aku terlebih tinggal di Brunei pasal paspot aku udah tamat tempoh (aku macam pendatang haram plak), bekerja secara sukarela di gerai P.Ramlee-Miri, Serawak dan story pasal dapat merasai suasana Silver Jublee Celebration di Kuala Belait pada 24hb Oktober 1992.


Nota: Al-Fatihah buat arwah Hjh Syarifah Maimunah, semuga roh arwah di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin! Yarabbil Alaamin.






08 August 2012

Pocketrocketman perlu tonik!


Salam! Pagi ne aku nak berkongsi dengan kengkawan diluar sana mengenai bicara Pocketrockman dari penulis Meor Harman Meor Shakri. Aku paparkan tulisan beliau mengenai Mohd Azizulhasni Awang ketika menyertai  sukan Olimpik London 2012.


LONDON - Semalam, semua orang terutamnya dalam perkampungan sukan membicarakan tentang Mohd Azizulhasni Awang, anak muda berbakat besar yang diberi harapan tinggi untuk menghadiahkan pingat emas selepas impian badminton di sentap gergasi China di Arena Wembly, Ahad lalu.

Datuk Lee Chong Wei sudah begitu hampir untuk menamatkan kemarau penantian 56 tahun pingat emas sejak sejarah penyertaan pertama negara ke Sukan Olimpik Melbourne 1956, namun tidak kesampaian dan semalam, Azizulhasni sudah begitu hampir tetapi tewas di saat-saat akhir. Di manakan kesilapan Azizulhasni? Bagi penulis, Azizulhasni memiliki segalanya dari sudut pengetahuan seorang pelumba basikal trek.

Pengetahuannya tentang soal taktikal sama seperti pelumba lain, begitu juga keberaniannya, cara kayuhan dan persembahannya tidak menunjukkan dia kekurangan berbanding dengan jaguh-jaguh dunia seperti juara Olimpik, Chris Hoy dari Britain, Maximilian Levy (Jerman) dan Shane Perkins (Australia) yang mana ketiga-tiga pelumba ini turun ke trek, semalam berbekalkan senarai rekod puluhan kejuaraan yang pernah dikecapi mereka sebelum ini.

Ramai yang berpendapat, Azizulhsni tidak bernasib baik kerana memeliki tubuh yang kerdil yang sekali gus menggambarkan keupayaan  kudratnya agak jauh ketinggalan berbanding dengan pelumba-pelumba Eropah dan Australia yang susuk tubuh mereka lebih sasa. Namun, benarkah keadaan ini sebenarnya yang menghalang Azizulhasni untuk mengecapi kejayaan.

Ada yang menyatakan, catatan kelajuan Azizulhzsni  (masa terbaik) sebenarnya masih jauh jika dibandingkan dengan pelumba Eropah, justeru dari awal lagi sudah ada jangkaan pelumba  kelahiran Dungun  ini  akan berdepan dengan masalah terutama bila memasuki  situasi memecut. Jika alasan itu diterima pakai, maka benarlah anggapan ramia tubuh kecil Azizulhasni  (5 kaki 7nci) dan berat 70 kilogram bukan menjadikan dia selangkah ke hadapan tetapi dua langkah ke belakang. Berbanding dengan Hoy yang memiliki ketinggian 6 kaki 1 inci dan berat  badan 92kg tentunya  durusi  kayuhan berbeza.

Namun, bagaimana pula dengan kejayaan yang pernah dikecapi pelumba ini antaranya juara keseluruhan kerin Piala Dunia 2008-2009, pemenang pingat perak Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2009, dan menang pingat emas  di Sukan Asia Guangzhou 2010, serta banyak lagi. Tidakkah ini menafikan persoalan tentang fizikal Azizulhzsni. Dalam situasi sebegini, semua yang terlibat menguruskan pelumba ini, khususnya ketua jurulatih John Beasley dan pasukan Institut Sukan Negara (ISN)  perlu mencari ramuan paling berkesan untuk memikirkan bagaimana mahu meningkatkan prestasi Azizulhasni tanpa menjadikan faktor tubuhnya sebagai halangan besar. 

Jika ini adalah kebenarannya, maka rumusan yang kita boleh buat barangkali adalah Azizulhasni memerlukan sentuhan saintifik untuk meningkatkan keupayaan kayuhan dan kita masih ada empat tahun lagi untuk berbuat demikian. 

Di London, dia sudah selangkah mengatasi pencapaiannya berbanding temasya Beijing 2008 dan untuk Rio 2016, biarlah dia sudah bersedia sepenuhnya apatah lagi tiada berita yang lebih baik lagi apabila mendapat tahu Hoy juga mengumumkan akan bersara selepas London 2012 - Yes, No, alright! oleh Meor Harman Meor Shakri 


 


04 August 2012

SIRI KEMBARA+ BASIKAL

Nampak Cam Sedap!
Jauh Perjalanan Luas Pandangan
Waktu Rehat
Cari Makan
Banyak Duri Tapi Enak Pak!
Awas! Lampu Merah
Tunggu Kawan
Padi Berdaun Lalang
Air Pasang Surut

Tuan Aku Masih Tido!
Senja Di Tasek Metro
Selamat Pagi!
Musim Kemarau
Jom Kayuh!
My 2nd Bike
Cantik Tapi Tak Berakar
Bila nak ambik order?
Keep! Left or Right
Jalan Lurus
Snap! @Sawah Sempadan
Sentiasa Siap Sedia
Step By Step
Masih Muda
Jenama Cap Ayam
Waktu Petang Di Bk Belimbing
Arah Mana Bro?
Rezeki Hari Ini
Sejarah Di Bukit Melawati
Sungai Selangor

MERCUN DIBALUT AYAT AL-QURAN


PANTON LABU, Aceh - Beberapa penuduk di sini terkejut besar apabila menemui cebisan pembalut mercun diperbuat daripada kertas yang tertulis ayat-ayat suci al-Quran. Penemuan yang turut dilaporkan berlaku di Matang Kuli dan Nibong itu, sekali gus mendatangkan kemarahan penduduk yang menyifatkan perbuatan menggunakan kertas yang mengandungi ayat kitab suci tersebut sebagai satu penghinaan terhadap umat Islam. 

Kes itu dilaporkan berlaku di Panton Labu apabila seorang peniaga, Nurdin, 34, menemui kertas mercun yang dipenuhi tulisan Arab pada minggu lalu ketika sedang berniaga di kedainya. "Saya terjumpa cebisan mercun di depan kedai saya dan setelah diteliti, saya dapati tulisan Arab tersebut merupakan ayat al-Quran. Saya menemui beberapa cebisan lain dan bertindak melaporkan perkara ini kepada Majlis Permesyuaratan Ulama (MPU) Tanah Jambo Aye untuk tindakan lanjut," katanya.  

Ketua MPU, Tgk Ramli Sham berkata, cebisan yang ditemui olih Nurdin itu disahkan merupakan helaian daripada al-Quran. "Perbuatan ini merupakan satu penghinaan terhadap umat Islam dan disengajakan. Mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini perlu ditangkap dengan segera," katanya. - Agensi 


Semenanjung Tanah Melayu, Kuala Lumpur - Macam-macam hal berlaku yang boleh mencemarkan bulan Ramadan. Gerai-gerai Mamak dijadikan 'port' segelintir umat Islam makan tanpa malu depan umum pada bulan puasa. Ada yang beli bungkus seawal pukul 11 pagi di Jalan Dua off Jalan Chan Sow Lin. Kalau sesekali pergi ke bazar Ramadan Jalan Kucing, ada pemilik gerai menjual pelbagai jenis mercun dan bunga api dengan selamba. Hairan aku, sepatutnya pemilik gerai tersebut menjual makanan! Boleh pulak dia jual mercun, padahal mercun secara resminya diharamkan sejak tahun 1991.  Sebagai ibu-bapa atau penjaga, janganlah ikutkan kehendak anak dengan membeli sedikit mercun dan bunga api. Jika ibu-ibu dan bapak-bapak udah mengajar anak kecil bermain bunga api, nanti bila mereka besar pulak - mintak belikan mercun. 

Tidak ada langsung kaitan mercun dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Begitu juga kaitan duit dalam sampul atau dikenali sebagai 'angpow'. Bila bulan Ramadan aja, lagi-lagi dekat nak raya, sibuklah  sebahagian orang kita nak bermain mercun. Lepas tu sibuk pulak tukar duit seringgit atau lima ringgit sambil  minta sampul kat bank.  Bila kegilaan main mercun dan bagi angpow dilakukan olih orang kita setiap sambutan Hari Raya, ia udah jadi budaya. Sedangkan budaya ini di bawa olih kaum Cina yang tinggal di Semenanjung ketika meraikan Tahun Baru Cina.

Orang kita memang suka tiru budaya orang lain. Kalau budaya tu membawa kepada kebaikan takpe, ne beli mercun dan bunga api sebab nak puaskan hati anak-anak. Yang pelik dan lucu  tu, orang dewasa pun nak main mercun.  Sepatunya orang kita tak perlu beli mercun walaupun banyak lebihan duit pasal kerajaan bagi bonus. Yang buat kilang mercun ne orang Cina di negeri China. Yang mengedar mercun pun orang Cina. Kalau orang kita pakat-pakat tak beli mercun, tentu para pengedar mercun akan berkurangan ketika perayaan menyambut Hari Raya. Biarlah orang Cina buat mercun untuk kegunaan bangsa Cina sahaja. Lagi pun setahu aku, diaorang bakar mercun pada Tahun Baru Cina untuk menghalau hantu setan! Orang kita pulak sibuk nak bakar mercun pasal apa? Orang kita bakar mercun samalah dengan bakar duit. Kira membazir lahtu! Orang Cina nak halau hantu setan, orang kita pulak yang jadi rakan setan. 

Berbalik semula pada tajuk entri "Mercun DiBalut Ayat Al-Quran". Ramai musuh musuh Islam diluar sana cemburu kepada umat Islam. Mereka (musuh-musuh Islam) cuba meracuni fikiran umat Islam dengan berbagai-bagai cara. Ada yang menghantar ramai pelacur. Ada pula yang hantar pelbagai jenis rokok, arak dan dadah. Ada pulak buka kedai-kedai judi, walaupun tujuan asalnya kedai judi berlesen tersebut untuk mereka sahaja tetapi umat Islam terjebak gak! Ada yang jual kasut dengan kulit babi, ada yang buat selipar tapaknya ada kalimah Allah. Ada penyayi buat tatoo kat badan juga dengan ayat-ayat suci. Begitu juga pada mereka yang benci dengan Islam akan melukis kartun sahabat Rasullulah s.a.w. dengan pelbagai wajah binatang. Jadi tak hairanlah aku kalau musuh-musuh Islam membalut mercun dengan ayat-ayat suci ai-Quran, pasal pembelinya umut Islam. 

Teman! Apa kata kita sama-sama renungkan sekejap cerita pendek dalam ruangan "angguk geleng" dari majallah Solusi yang bertajuk "Jalan ke Syurga". Kisahnya begini:        
Seorang paderi Kristian tiba di sebuah kampung yang agak terpencil. Dia bertemu dengan seorang kanak-kanak yang berkopiah, lalu bertanya: "Wahai anak, boleh kamu tunjukkan kepada saya jalan ke rumah  ketua kampung? Saya baru sahaja tiba disini, maka saya kurang arif dengan kawasan ini." "Boleh tuan, jawab si anak. "Tuan ikut lorong ini, kemudian jalan lurus. Apabila tuan nampak serumpun pokok buluh, belok ke kanan. Apabila tiba di tepi sungai, tuan seberang sungai itu. Jalan terus lagi dan tuan akan nampak rumah yang ada telaga di sebelah kiri, itulah rumah ketua kampung." "Terima kasih banyak-banyak anak kecil. Sebagai membalas budi kamu, inginkah saya tunjukan kepadamu jalan ke syurga?" tanya si paderi. (Jelaslah si paderi itu ada misi menyampaikan ajaran agama Kristian kepada kanak-kanak tersebut yang sudah pastinya beragama Islam). "Benarkah tuan boleh menunjukkan saya jalan ke syurga?" tanya kanak-kanak itu kembali. "Ya. Memang itulah tugas saya saban waktu setiap hari."  

"Bagaimana tuan mahu tunjukan saya jalan ke syurga kalau tuan sendiri mahu ke rumah ketua kampung pun terpaksa bertanya kepada saya".  

Pengajaran: Hanya mereka yang berada di jalan yang benar sahaja mampu memimbing orang lain ke jalan yang benar. - Solusi





31 July 2012

KOLEKSI PHOTO MJ


Salam! Sewaktu aku upload photo ni jam dinding ummah aku menunjukan kol 1730 petang. Sementara menanti waktu berbuka, aku upload 8 keping gambar dari album koleksi Mj. Bermula dengan wajah gadis Utara dalam hitam putih, diikuti   watak  Nur Ain dan Ekin possing ketika  berkelah ke Ulu Yam, diikuti photo kulit album Siti Nurhaliza dan lain-lain.

Selesai upload gambar, aku selak sekali lagi akbar hari ini. Berita yang kita selalu terbaca ialah seludup mercun untuk hari raya, mangsa mercun, polis tahan pelacur, kebanjiran pekerja asing,  kemalangan jalan raya, penyeludupan dadah dan berita pasal Olimpik London 2012 ne siap ada sisipan khas dalam akbar. Ada gak berita pasal krisis tempe di Indonesia, taman tema Lego Land Malaysia akan dibuka pada 15 September 2012, danTun Razak Exchange (TRX) akan menjadi mercu tanda terbaru KL. 

Dalam banyak-banyak berita ne, selalu aku terbaca pasal penyeludupan dadah dan pelacuran. Boleh dikatakan banyak gak  dadah yang cuba diseludup! Banyak gak pihak berkuasa udah rampas dadah dan simpan kat stor sebagai bahan bukti. Si pengedarnya warga asing dan penagihnya ramai orang Melayu. Ada pelajar, pekerja, suami atau isteri yang jadi penagih. Begitu juga pasal penangkapan pelacur. Tangkap dan sumbat kat kem atau pusat tahanan sementara. Kene bagi makan-minum, bil api, air dan dobi semua kerajaan kene tanggung. Lepas tu dioarang kene antar pulang ke? Kos penghantaran kerajaan tanggung. Ambik je jalan mudah iaitu tangkap - diorang bayar denda dan lepaskanlah!

Begitu gak pasal penyeludupan mercun dan bunga api. Ramai orang Melayu yang jadi penyeludup. Yang tukang beli pun orang Melayu! Ada yang udah buta, putus jari kaki, hilang jari tangan, yang udah pekak dan udah jadi bisu. Seronok agaknya jadi orang kurang upaya! Orang Melayu tak serik-serik!



Ooops! Jam dinding udah 1920- nak berbuka dah. Aku kalau udah berhenti menaip-tak sambung lagi. Selamat berbuka puasa kepada Kaki Blog!

Nur Aiin dan Ekin
Siapa nak kupas kelapa ne!
Kulit Abum Siti Nurhaliza
Sementara menunggu waktu berbuka
Bukan aku buat kek ne!
Bunga tepi rumah
Siri Topeng!

29 July 2012

SELAMAT TINGGAL MEKAH



Salam! Aku sambung lagi kisah perjalanan umrah dan ziarah. Waktu Subuh yang indah iaitu 30hb April 2004, hari Jumaat. Selesai menunaikan solat subuh aku berjalan balik ke tempat penginapan untuk sarapan pagi. Biasanya sarapan pagi disediakan olih pekerja yang terdiri dari warga Indonesia. Arwah emak tak pernah turun ke bawah untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam kerana uzur. Jadi kami bertiga (kakak dan adik ipar) bergilir-gilir hantar makanan ke bilik emak. 

Hari Jumaat di Kota Suci Mekah! Selepas sarapan, aku naik kebilik penginapan untuk bersiap-siap menunaikan solat Jumaat. Aku kene pergi awal ke Masjid Al-Haram untuk mendapat tempat berhampiran dengan Baitullah, kerana keutamaan sembahyang di dalam Masjid Al-Haram ialah kerana dapat melihat  dan berhadapan secara langsung dengan Kaabah. Sewaktu dalam perjalanan, kelihatan ramai orang sedang menuju Masjid Al-Haram yang kebanyakannya memakai jubah putih. Ada yang cacat bertongkat,  yang uzur ditolak dengan kerusi roda dan yang buta di pimpin. 

Tidak lama kemudian kedengaran suara azan dilaungkan dari puncak tujuh buah menara. Diceritakan orang sebelum ini, ketika itu diluar Masjid Al-Haram, semua aktiviti diberhentikan. Kedai dan pusat perniagaan, kakitangan pejabat, kedai-kedai emas, penukar wang di tepi jalan, termasuk para pelanggannya atau pekerjaan apa sahaja di seluruh kota suci itu akan ditutup atau ditinggalkan begitu sahaja. Jika masih ada penuduk yang lalai atau masih menjalankan perniagaan,  mereka akan diperingati atau diberi amaran oleh anggota polis dari Jabatan Amar Makruf  yang  berkeliaran di sekeliling kota Mekah.


Selesai solat Jumaat aku keluar menerusi pintu kiri. Dari sini lebih dekat dengan tempat penginapan aku yang terletak berhampiran bazzar yang sibuk. Melalui deretan kedai gunting, lepas tu deretan kedai emas, kedai pakaian  dan kedai barangan cendrahati yang sudah di buka. Ramai jemaah keluar dari masjid melalui jalan ne, jadi peniaga kecil-kecilan yang menjual jubah, inai, sayuran dan lain-lain mulalah berteriak. Mulalah bunyi riuh rendah sesuai dengan status bazzar, sama seperti ketika jemaah Masjid Jamek dan Masjid India keluar masjid melalui bazzar di Jalan Melayu-Kuala Lumpur. 


Esok! 1hb May 2004. Kumpulan kami akan buat Tawaf Selamat Tinggal. Diwajibkan kepada sesiapa sahaja yang hendak meninggalkan Kota Mekah dalam jarak dua marhalah atau lebih. Sesiapa yang sengaja meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa dan dikenakan dam. Bagi yang jatuh sakit juga diwajibkan walaupun terpaksa berusung atau naik kerusi roda, selagi tidak membahayakan nyawanya dan ia mampu membayar upahnya. Lafaz niat yang bermaksud: "Sahaja aku tawaf di Baitullah ini,   tujuh pusingan kerana tawaf selamat tinggal, maka permudahkanlah pekerjaanku dan terimalah kerana Allah Taala". Selepas selesai tawaf, disunatkan solat sunat tawaf dua rakaat kemudian berdoa. Lepas tu barulah keluar dari masjid. 


Nota Kaki: Nikmat melihat Kaabah dengan mata kepala sendiri tak terbayangkan. Bertawaf disekelilingnya diri bagaikan terlalu kerdil dihadapan kekuasaan Ilahi. Sa'ei antara Safa dan Marwah mengimbau sejarah silam Siti Hajar dan anaknya Ismail 'alaihe salam. Segala puji bagi Allah swt yang telah mengurniakan aku dan keluarga aku kelapangan dan kesihatan ketika menunaikan ibadah umrah! Kita tunggu kepulangan Majid dan Ammar dari Kota Suci Mekah. Mungkin ada photo  mengenai Masjidil Haram.                                                                                                    


Aktiviti di Kota Mekah


Assalamu'alaikum Yaa Shaahibi, Khifa Haaluka! Semuga anda di luar sana baik dan sihat hendaknya. Hari ketiga aku berada di kota Mekah ialah acara lawatan ke Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah dan Mina. Pagi tu kami nenaiki bas yang sedang menunggu berhampiran Masjid Kucing. Setelah semua jemaah naik, bas pun bergerak meninggalkan Kota Mekah. Tempat yang mula kami lawati ialah Jabal Thur atau Gua Thur. Bas hanya berhenti kat kaki bukit dan kami pun turun untuk melihat  peniaga yang menjual barangan cendrahati. Dari kaki bukit ne kami boleh lihat sayup-sayup beberapa orang sedang mendaki Gua Thur dimana gua nelah tempat Rasullulah s.a.w. bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi beberapa hari untuk mengelakan diri daripada tindakan orang-orang Quraisy semasa baginda hendak berhijrah ke Madinah.

Lepas tu bas bergerak menuju Arafah. Setibanya bas menghampiri kawasan Padang Arafah, bagunlah Mutawwif beritahu  bas tidak berhenti kat sini.  Sambil bas melalui kawasan tersebut, Mutawwif beri penerangan sedikit mengenai Padang Arafah. Tempat ne ialah salah satu tempat perhimpunan ketika musim haji setiap tahun yang juga dikenali sebagai 'wuquf'. Lepas tu bas berhenti kat Jabal Rahmah iaitu tempat bertemunya semula Nabi Allah Adam dengan isterinya Hawa setelah terkeluar dari syurga. Kat sini aku lihat ramai gak peniga yang menjual barangan cendrahati. Kat satu sudut pulak aku lihat beberapa orang jemaah sedang ambik gambar dengan sekor unta yang udah dihias cantik. Masa aku naik ke puncak bukit, aku bertemu sipenjual cincin yang menawarkan harga sepuloh rial untuk cincin berbatu hijau tapi aku tak beli. Bila turun bukit aku tanya sekali lagi pasal cincin tadi dan sipenjual tu jual kat aku hanya lima rial je! Aku pun beli dan 'halal' katanya.

Bas gerak meninggalkan Padang Arafah menuju Muzdalifah. Tempat ne terletak diantara Arafah dan Mina. Jemaah haji akan berhenti di sini sambil mengutip tujuh biji batu untuk melontar Jumrah Aqabah dan kemudiannya ke Mina. Bas yang kami naiki hanya lalu sambil Mutawwif beri sedikit taklimat mengenai Muzdalifah. Bas terus bergerak menuju Mina. Satu kawasan dimana jemaah haji diwajibkan bermalam selama dua malam. Semasa berada di Mina, jemaah haji dikehendaki menanamkan azam yang kuat supaya membuang dan meninggalkan segala pekerjaan dan perangai yang buruk. Lepas tu kami di minta berniat ihram di Jakranah.

Pada hari keempat iaitu Selasa - 27hb April 2004, adalah acara bebas. Ada yang memilih untuk bersendirian beramal di Masjid Al-Haram dan ada yang buat umrah secara kumpulan kecil menaiki bas mini atau teksi. Aku ikut satu kumpulan menaiki bas mini  keluar dari tanah haram untuk melakukan umrah. Tak ingat aku, berapa rial seorang yang kene bayar kepada pemandu bas mini tersebut. Hari kelima pulak, aku bersama rombongan pergi melawat Ladang Ternakan Unta (lupa aku nama tempat tu). Alhamdulillah!  Dapat gak aku merasa susu unta. Lepas tu kalu tak silap aku, rombongan kami melawat Muzium Mekah dan bermiqat di Masjid Hubaidiyah.

Hari keenam di Kota Mekah! Tiada lagi acara lawatan kerana dua hari lagi kami akan buat 'Tawaf Wida' iaitu tawaf 'Selamat Tinggal Mekah'. Aku kebiasaannya akan berjalan-jalan  di-sekitar Masjid Al-Haram selepas solat Asar, tapi kali ne aku keluar selepas solat Isyak. Waktu malam yang panjang ne aku habiskan dengan melawat sekitar bazzar bawah tanah yang banyak menjual jubah, tasbih dan minyak wangi. Sambil tu aku ambik kesempatan membandingkan harga yang dijual diantara satu kedai dengan kedai yang lain. Bila ada jubah yang harganya sesuai dengan kemampuan aku, aku beli lah beberapa helai untuk diberi kepada ahli keluarga nanti. Harga pakaian dan barangan cendrahati nampaknya di Kota Mekah ne sedikit murah berbanding harga yang ditawarkan di Kota Madinah. Lepas beli beberapa helai jubah aku singgah di kedai donat pasal arwah emak aku minta belikan dounat. Katanya dounat kat Mekah ne sedap lagi lembut!


Nota Kaki: Berihram di Miqat mempunyai dua pengertian dari segi masa dan tempat ihram iaitu: 1- Masa ihram umrah adalah sepanjang tahun kecuali ketika masih berihram Haji. 2- Tempat, iaitu had atau sempadan di mana seseorang yang hendak mengerjakan Umrah  diwajibkan berniat sebelum melepasi hadnya. Jika melepasi tanpa niat, diwajibkan membayar dam atau denda. Jika mereka yang datang dari Malaysia dan terus ke Madinah dahulu, kemudian ke Mekah - maka Miqat mereka ialah di Zulhulaifah atau Bir Ali, iaitu kira-kira sepuluh kilometer dari Madinah dalam perjalanan ke Mekah dengan menaiki bas. Bagi jemaah yang telah menyempurnakan Umrah pertama, mereka yang hendak buat Umrah seterusnya, Miqat adalah seperti penuduk Mekah iaitu Tanah Halal. Mereka hendaklah keluar dari Tanah Haram Mekah ke mana-mana tanah halal untuk berniat dan selepas itu masuk ke Mekah untuk mengerjakan tawaf, saie dan seterusnya tahalul. Lebih afdal berniat di Jakranah kemudian Tana'im dan diikuti Hudaibah.


26 July 2012

Aku di KOTA MEKAH


Salam Al-Haramain! Aku sambung story ketika aku berada di Kota Mekah pada April 2004. Sebelum bertolak ke Kota Mekah, pagi tu kami ziarah ke Masjid Nabawi untuk buat ziarah wida iaitu ziarah selamat tinggal kepada Rasulullah s.a.w. dan kedua sahabatnya. Selesai ziarah wida aku balik ke tempat penginapan untuk bersiap-siap dengan pakaian ihram, kerana aku dan rombongan akan bertolak ke Kota Mekah.

Pagi Sabtu, 24hb April 2004 - Bas yang membawa rombongan kami mula bergerak meningalkan Kota Madinah menuju Mekah Al-Mukaramah. Perjalanan bas yang lancar, jalan tar yang lurus, pemandangan bukit-bukit batu dan sesekali kelihatan sekumpulan gembala unta di kaki bukit tanpa pohon-pohon rendang. Bas terus bergerak!

Bas yang membawa rombongan kami terus bergerak dilaluan jalan tar dan sesekali berselisih dengan bas-bas yang membawa jemaah dari Kota Mekah.  Sampai di satu kawsan yang dikenali Bir Ali kami diminta berniat miqat. "Aku penuhi seruanMu ya Allah. Aku penuhi seruanMu. Tiada sekutu bagiMu. Aku penuhi seruanMu. Sesungguhnya segala janji, nikmat dan kerajaan adalah milikMu. Tiada sekutu bagiMu. Daku sahut seruanMu ya Allah! Kini daku datang dengan sekeping hati yang terbuka mengharapkan keampunanMu, berkatilah dan rahmatilah perjalanan dan pengorbanan ini. Jadikanlah sebab untukku menghampirkan diri kepadaMu ya Allah". Lepas tu bas bergerak perlahan-lahan masuk ke dalam Kota Mekah. Seingat aku, bas rombongan kami berhenti berhampiran Masjid Kucing yang ketika itu kelihatan sedang dalam kerja-kerja naik taraf. 

Kami sekeluarga berjalan sambil menarik beg melalui celah-celah orang ramai menuju tempat penginapan di Hera Palace. Aku, kakak dan arwah emak tinggal sebilik dan adik ipar ku tinggal di bilik lain. Udah letak beg, aku cuba pinjam kerusi roda untuk arwah emak aku. Alhamdulliah! Dapat kerusi roda untuk emak. Lepas tu kumpulan kami bergerak menuju Masjidil Haram untuk melakukan ibadah umrah. 


Masjid Al-Haram!
Seinggat aku, kumpulan kami memasuki Masjid Al-Haram melalui pintu sebelah kiri masjid (nama pintu masjid tu udah lupa). Didalam masjid inilah terdapatnya Kaabah yang menjadi kiblat kepada seluruh umat Islam ketika solat. Kaabah dalam bahasa Arab bermaksud bangunan empat segi. Di-salah satu penjuru Kaabah pula, terletaknya Hajar Aswad. Di sinilah bermula dan berakhirnya tawaf. Di sebelah utara Kaabah yang berbentuk  tembuk setengah lingkungan seperti huruf C ialah Hijir Ismail. Di bawah Hijir Ismail inilah makam Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar. Di atas Kaabah pula ada saluran air yang dikenali Pancuran Mas. Pancuran mas ini diperbuat daripada emas seberat 4 kilogram hadiah daripada Sultan Abdul Majid Khan dari Turki pada tahun 1276 Hijrah. Multazam pula adalah nama yang diberikan pada tempat yang terdapat di antara penjuru Hajar Aswad dengan pintu Kaabah. Telaga Zamzam pulak terletak di dalam kawasan Masjid Al-Haram kira-kira di bahagian tenggara Kaabah dan bertentangan dengan sudut Hajar Aswad.

Hari Kedua di Kota Mekah! Selesai solat Asar, aku keluar dari Masjid Al-Haram melalui pintu utama. Aku boleh keluar mana-mana pintu sebab  aku tak pakai kasut. Aku hanya pakai selipa Jepun dan selipa tu aku masukan dalam plastik beg. Beg plastik tu pulak boleh di bawa masuk ke dalam masjid dan diletakan dibahagian kepala tikar sembahyang. Cuaca petang ne redup! Aku memang udah berniat selepas solat Asar nak jalan-jalan sekitar Kota Mekah untuk melihat carahidup, budaya dan makan-minum orang Arab. Aku memilih selepas waktu Asar kerana pada waktu inilah kebanyakan peniaga, baru mahu memulakan perniagaan. Mula-mula aku menyusuri jalan di celah-celah bangunan dan rumah kedai. Nampak sekumpulan jemaah yang mungkin  dari Indonesia kerana melihat cara berpakaian, mereka memakai kain palikat, baju corak Indonesia dan bersongkok hitam. 

Aku terus berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Kekadang berbual sebentar dengan peniaga dan pekerjanya terdiri dari warga Bangladesh, Sri Lanka, India dan Pakistan. Hampir semua peniaga Arab ne termasuk pekerjanya pandai bertutur bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Berhenti sekejap kat kedai dounat! Nampak dari luar, kesemua meja yang disediakan tiada pelanggan. Cara mereka disini ialah bungkus (take away) dan bawa balik. Lagi pun perempuan tidak digalakkan makan-minum dalam restoran  dan bercampur-gaul dengan lelaki. Aku pun beli empat keping dounat untuk di bawa balik ke tempat penginapan. 


Nota Kaki: Udah tiga entri aku post mengenai Umrah dan Zirah, tetapi entri tersebut takde photo sebab waktu aku pergi umrah dulu aku tak bawak kamera. Walau cammana pun aku ada catit dalam dairi pasal aktiviti aku ketika berada di Kota Madinah dan Kota Mekah. Selepas ne aku akan post entri  hari ketiga iaitu melawat Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan berniat serta ihram di Jaaranah!