19 January 2013
17 January 2013
SAKIT SEBAGAI PENEBUS DOSA
Assalamualaikum! Aku baru balik dari klinik untuk dapatkan ubat kerana sakit mata. Ketika jumpa Doktor@Dr. macam biasalah, aku kene bagitau penyakit aku - pasal yang sakit aku bukan Doktor. Satelah Dr. bertanya beberapa soalan sambil mancatit keatas kad pesakit aku, Dr. arahkan aku ambik ubat di kauter farmasi. Hasilnya aku dapat ubat jenis chlorpheniramine maleate (untuk selsema/gatal/alah) dan ubat menthol inhalationu (berbentuk kristal).
Sakit! Semua yang begelar manusia pasti pernah merasa sakit. Apabila udah sakit pasti nak dapatkan rawatan. Sakit atau demam, kecil atau besar adalah takdir Allah yang mempunyai tujuan yang kita tidak ketahui.
Janganlah kita mudah melatah dan merasakan Allah tidak adil, atau menyalahkan orang lain kerana mendatangkan penyakit kepada kita. Penyakit yang aku dan kengkawan dapat, mungkin satu ujian untuk melatih kita mendapatkan sifat-sifat terpuji seperti sabar, reda, tawakal, berbaik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah dan mendekatkan diri dengan Allah serta meminta pertolongan hanya kepada-Nya sahaja.
Sekiranya diri rasa berdosa! Sebagai contoh> Apabila aku telah banyak melakukan dosa serta lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepada aku berupa penyakit> agar aku tidak terus lemas dan tengelam dalam dosa dan noda.
Sakit juga bermaksud qias (pembalasan) ke atas dosa-dosa yang aku lakukan. Setiap perbutan dosa pasti menerima hukuman, samaada didunia atau di akhirat. Lainlah kalau aku udah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa aku.
Bagi hamba yang Allah kasihi, didunia lagi Allah menghukum kita> dan tidak menunggu hukuman di akirat. Allah akan datangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, tiada sumber rezeki, penceraian, tiada zuriat, kemalangan jalan raya, ummah terbakar, kehilangan kuasa dan sebagainya. Sekiranya aku dan kengkawan diluar sana boleh bersabar dan reda, maka akan dapatlah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya, kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak reda> malah merungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan dosa kita.
Allah Yang Maha Pengasih! Kengkadang aku ditimpa kesempitan hidup. Allah udah takdirkan demikaian, kerana Allah sayang pada aku> asalkan aku boleh bersabar dan reda dengan takdir-Nya. Sekiranya aku atau kengkawan diluar sana dikurniakan harta yang banyak dan kesihatan yang berterusan> maka itu pong adalah ujian dari Allah.
Apabila kita diuji dengan kesakitan, Allah nak bagitau kita bahawa betapa susah dan menderitanya orang yang sedang sakit. So! Lawatlah ibu bapak, adik-beradik, saudara atau kengkawan yang terlantar sakit di ummah atau disepital. Orang yang sedang sakit pulak, hatinya mudah terusik. Sesiapa yang datang ziarah dan memberi sedikit nasihat, Insya-Allah mudah diterimnya.
Begitulah! Sebenarnya Allah mahu agar aku dan kengkawan semua sentiasa beringat-ingat. Jika kita diberi ujain, sebagai hamba-Nya, hendaklah datang mengadu, mengharap, merintih, meminta belas ihsan dan sentisa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Janganlah meminta atau merintih kepada busut, kubur lama, bomoh palsu atau mengharap kepada tolong orang tipu orang (toto).
Terimlah! Segala ujian dan penyakit adalah sebagai satu didikan terus dari Allah. Andainya kita diuji lagi, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita.
Nota Kaki: Sekiranya ada ayat aku silap atau kengkawan muskil, eloklah tanya ustaz. Jangan berdebat dengan rakan yang jahil pasal qada dan qadar! Salam sayang dari Mj!
16 January 2013
TENGAHARI DI SABAK BERNAM
13 January 2013
SETELAH DAHAN SEREKAH
Enau berdiri gagah
agam dicelah belukar
rendang disangka bertuah
menjadi tempat bersarang
burung-burung terbang
menjadi tempat berteduh
di balik redup bayang.
Enau berdahan rendang
tiba-tiba seperti dijerkah
tergamam diterjah taufan
datang mengundang padah
betapa mudah serkah
dahan menyembah tanah
sedang pohon renek dan naif
kiam tak diundang musibah.
Setelah dahan serkah
enau berdiri gagah
benar-benar kelihatan musnah.
M.ARIF
Padang Mokan, Kelantan
Enau berdahan rendang
tiba-tiba seperti dijerkah
tergamam diterjah taufan
datang mengundang padah
betapa mudah serkah
dahan menyembah tanah
sedang pohon renek dan naif
kiam tak diundang musibah.
Setelah dahan serkah
enau berdiri gagah
benar-benar kelihatan musnah.
M.ARIF
Padang Mokan, Kelantan
09 January 2013
BURUNG - BURUNG GHAIB
Abarahah bin Arsyam adalah wakil Kaisar dari Ethiopia. Beliau seorang panglima gagah berani yang berniat untuk melakukan serangan keatas negeri Hijaz (Makkah)dengan tujuan meruntuhkan Ka'abah. Beliau tidak rela melihat Makkah menjadi pusat kunjungan orang-orang yang hendak melakukan ibadah. Beliau berminat memindahkan kiblat manusia ke Shan'a, ibu kota Yaman.
Untuk tujuan itu, beliau mendirikan gereja raksaksa yang disebut Quraisy. Gereja inilah nanti diharapkan umat manusia melakukan kunjungan ritual, sehingga Shan'a dapat menjadi pusat keramaian dan perniagaan.
Abarahah mengerahkan ribuan pasukan kavaleri yang terutama berkenderaan gajah dilengkapi pasukan infanteri sejumlah 60,000 perajurit, berangkat menuju ke Makkah. Beliau yakin dapat menghancurkan Ka'abah hingga samarata dengan tanah.
Sepanjang perjalanan ia mendapat tentangan hebat dari penduduk Makkah, kecuali masyarakat Thaif yang mengalu-alukan kedatangannya dengan penghormatan besar-besaran.
Sebelum memasuki pintu gerbang Makkah, Abrahah memerintahkan tenteranya untuk berkemah di luar kota. Mereka berehat sambil merancang dan merisik situasi pertahanan negeri Makkah untuk mencukupi persediaan makanan bagi tenteranya. Untuk tujuan itu, Abrahah merampas binatang ternakan milik rakyat. Di antaranya 400 ekor unta kepunyaan Abdul Mutalib, datuk kepada Nabi Muhammad SAW, yang kedudukannya waktu itu selaku penjaga dan pengelola Ka'abah.
Lantas Abrahah mengutus orang kanannya berjumpa Abdul Mutalib untuk menyampaikan tentang peperangan, agar penduduk Makkah segera menyiapkan angakatan tenteranya buat menghadapi serbuan dahsyat pasukan Abrahah.
Abdul Mutalib tidak risau tentang perang tersebut. Malah beliau memerintahkan seluruh rakyat Makkah supaya berpindah ke daerah yang aman. Kemudian beliau berangkat sendirian menemui Panglima Abrahah yang kejam dan sombong itu.
Abrahah menyambut kehadiran Abdul Mutalib dengan penuh kehormataan sebagai menghargai kedudukan Abdul Mutalib selaku kepala suku. Dengan ramah Abrahah bertanya kepada Abdul Mutalib "Tujuan apa tuan datang menemui saya?". Abdul Mutalib menjawap sama ramahnya "Saya datang kemari untuk meminta kepada tuan agar menyerahkan kembali 400 ekor unta saya yang tuan rampas".
Abrahah tertawa sambil mengejek dan menegur "Sedangkan Ka'bah berada dalam ancaman saya, dan tuan datang ke mari hanya untuk meminta unta kepunyaan tuan. Sungguh tuan terlalu pentingkan diri sendiri".
"Tidak!" bantah Abdul Mutalib. "Sama sekali saya tidak mementingkan diri sendiri. Saya hanya mahu minta tuan serahkan kepunyaan saya, sebab 400 ekor unta tersebut adalah kepunyaan saya" jawab Abdul Mutalib.
"Padhal Ka'bah berada diambang kehacuran" kata Abrahah. "Kenapa tuan tidak meminta saya membatalkan niat untuk meruntukan Ka'abah?. Abdul Mutalib tersenyum. Beliau menjawab "Ka'bah adalah milik Allah, dan Allah sanggup memelihara kepunyaan-Nya. Saya tidak meminta tuan membatalkan serangan ke atas Ka'bah kerana saya yakin Allah sendiri yang akan melindunginya".
Setelah Abdul Mutalib meninggalkan tempat tersebut, tentera Abrahah tiba-tiba diserang oleh burung-burung ghaib dari langit yang melontar gumpalan-gumpalan kuman ke arah mereka. Maka tewaslah seluruh tentera musuh, termasuk panglima Abrahah. Burung-burung ghaib itulah yang dinamakan Ababil.
Nota Kaki: Kisah benar ini adalah untuk koleksi entri Mj dan foto diatas adalah hiasan sahaja. Moral kepada story diatas tadi ialah yang jahat akan menerima balasan dan kita kene yakin dan percaya bahawa Allah itu maha berkuasa lagi maha bijaksana!
07 January 2013
TASIK METRO @KEPONG
![]() |
Petang Sabtu, aku kayuh ke Tasik Metro, Kepong. Kayuh gunakan fixie hijau epal. Lama dah basikal ne jadi hiasan dan kalu tak dibawa berkayuh, merajuk pulak nanti. |
![]() |
Sebelum ne ada empat lorong tikus yang sering digunakan oleh kaki pancing yang bermotosikal. Lorong-lorong tersebut udah ditutup dengan menggunakan konsep anak tangga. Pandai gak dbkl ne yer!
|
![]() |
Selalunye kat sini, petang Sabtu dan Ahad ramai orang datang. Ada yang tua bertongkat, berjogging, berbasikal, bermain layang-layang dan bawa anak-anak menikmati udara tasik.
|
![]() |
Petang ne, aku berkayuh di temani oleh Otai Mahfol. Nanti, lepas kayuh keliling tasik kami nak ngeteh kat restoran mamak berhampiran carefour Kepong.
|
![]() |
06 January 2013
DREAM TRAIL @FRIM
![]() |
Selepas rehat, kayuhan diteruskan. Menyusuri laluan nie kami berselisih ramai jogger dan ada juga yang hanya berjalan kaki sambil menghirup udara segar di waktu pagi. - Cut!
|
![]() |
Ketika berkayuh, banyak peluh keluar. Untuk menggantikannya kenelah banyak minum air... |
![]() |
| Ady Yusof sedang tunggu giliran untuk basuh basikal! |
![]() |
Jam baru menunjukkan pukul sebelas lebih. Selepas basuh basikal (basuh lebih-kurang aja), kami gerak menuju gerai mee bandung untuk makan tengahari! - Sekianlah! |
04 January 2013
NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!
Suatu hari Pak Pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnya. Entah macam mana, ditengah perjalanannya tadi dia terjumpa seketul taik yang masih panas. Tapi dia tu masih 'kompius' sama ada benda yang dia jumpa tu adalah seketul taik atau tidak. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, Pak Pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis tersebut.
Dia meneliti taik tersebut lalu dia berkata "bentuk macam taik", lepas tu dia pegang pulak taik tu lalu dia berkata "Lembik macam taik'. Kemudian dia ambik sedikit taik tu lalu dia hidu. Pak Pandir pun berkata "Bau macam taik!".
Oleh kerana Pak Pandir ne masih ragu-ragu dengan taik tu, lalu dia pun mengambil keputusan untuk menjilat sedikit taik tersebut. Sebaik saja dia menjilat taik berkenaan, dia pun menjerit, "Memang sah taik. Nasib baik aku tak terpijak". Diba Nabila
Pak Pandir - Bodoh tak boleh diajar dan kalau pandai pun jangan tiru macam aku!
03 January 2013
REZEKI SUDAH DIBAHAGI
Kisahnya! Pada suatu hari, Ibnu Absad an-Nahwi berdiri diatas atap masjid Mesir. Dia sedang makan sesuatu, dan disana ada seekor kucing. Ibnu Absad memberikan sedikit makanan kepada kucing tersebut. Kucing itu mengambilnya dan dibawanya pergi, kemudian kucing itu datang lagi. Kemudian dilemparkan makanan kepadanya, dan kucing itu melakukan seperti kali pertama.
Berulang kali Ibnu Absad melemparkan makanan kepada kucing itu, dan kucing itu mengambilnya, kemudian dibawanya pergi dan tidak lama kemudian datang kembali. Ibnu Absad hairan dengan apa yang telah dilakukan oleh kucing itu. Dia tahu, bahawa kucing itu tidak mungkin makan sendirian makanan yang telah diberikan kepadanya, kerana dia memberikan makanan yang banyak kepadanya.
Disebabkan rasa ingin tahu, maka Ibnu Absad mengekori kucing tersebut dari belakang. Kucing itu masuk kedalam rumah yang sudah roboh. Disana ada seekor kucing lain yang buta. Apa yang telah dibawa oleh kucing tersebut, diberikan kepada kucing yang buta itu. Dia meletakan makanan tersebut di depanya, kemudian kucing yang buta itu memakannya. Ibnu Absad kagum dengan apa yang telah dilihatnya, dan dia berkata "Kucing yang buta saja boleh hidup dan dapat makan, kerana Allah telah menundukkan kucing ini untuk mencukupi dan memberikan makanan kepadanya. Maka, bagaimana mungkin Allah menyia-nyiakan orang seperti diriku ini!".
Disebabkan rasa ingin tahu, maka Ibnu Absad mengekori kucing tersebut dari belakang. Kucing itu masuk kedalam rumah yang sudah roboh. Disana ada seekor kucing lain yang buta. Apa yang telah dibawa oleh kucing tersebut, diberikan kepada kucing yang buta itu. Dia meletakan makanan tersebut di depanya, kemudian kucing yang buta itu memakannya. Ibnu Absad kagum dengan apa yang telah dilihatnya, dan dia berkata "Kucing yang buta saja boleh hidup dan dapat makan, kerana Allah telah menundukkan kucing ini untuk mencukupi dan memberikan makanan kepadanya. Maka, bagaimana mungkin Allah menyia-nyiakan orang seperti diriku ini!".
JEJAK TREK BERNAM EXTREME!
Inilah sebahagian chelet di Bernam Agro Resort. Ketika kami sampai kat sini, pejabat tutup dan aku salin no telepon yang tertara kat poster depan pejabat. No tel: 012-2340332
Sebelah Bernam Agro Resort ne ialah Teratak River View. Kat sini nampak hapening sikit, siap ada jembatan gantung. Kami keluar dari kawasan ne menuju Bandar Proton.
![]() |
Melalui UPSI baru, kami masuk kat pintu gerbang Bandar Proton. Pusing seround kat ummah kedai di Bandar Proton, nampak cam sunyi je - mungkin semua tengah kojer kot.
|
![]() |
Inilah dia jembatan bosi tapi udah hampir nak roboh. Kalau setakat nak kayuh melalui jembatan ne tak apa kot! Masa kami lalu kat sini tadi rasa risau gak! Hehehe...
|
02 January 2013
SELAMAT TAHUN BARU!
![]() |
| Si Faiz sedang tunggu ... Hidangan salmon ne mesti best kan! kan! |
![]() |
| Shila Majid @Gg bersama suami. Gg makan pasta - liccinnn... |
Ini yang sampai dolu! Starter (Salad bersama cekodok sotong ranggup dicicah dengan tar-tar sauce). Licin...tunggu pulak soup, pasta, salmon dan jacket fish. Jacket fish yang Majid pesan sampai kat meja, tapi tak abis dimakan. Sambil tu call Ammar dan bagitau jumpa kat Fish Market untuk makan tengahari.
Ammar baru sampai! Pesan untuk Ammar starter yang sama dan Ice Lemon Tea. Ammar terpaksa habiskan potongan roti bersama jacket fish. Majid ge komen...jacket fish ne rasanya macam ikan masak assam pedas. Kalau makan dengan nasi ne mesti best! Apa-apa pun, aku ucapkan "Makasih daun keladi, kalu sudi belanja lagi"...
![]() |
| Soup ne diorang lambat hantar! Terlupa agaknya... |
![]() |
Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut suka hati!
|
Subscribe to:
Posts (Atom)






















































