18 June 2011

BIKE TEST!


Hai Blogger!

Pagi Jumaat minggu lepas aku pergi kedai basikal di Selayang Baru - Batu Caves, Kuala Lumpur. Janji dengan kawan lama aku si Mahful yang tinggal kat Sg Tua, nak jumpa kat warung Madina di Pasar Selayang. Sampai kat warung Mamak, aku pesan teh tarik dan roti banjir. Ha! ne baru betul mamak...pakai songkok dan kain sarung warna putih. Tak lama kemudian Mahful pun sampai, pesan juga teh tarik kurang manis! Ini lah minuman pagi-petang, siang malam orang Malaysia.

Lepas sarapan kami ge kedai basikal Weng Hing. Kedai ne tak jauh dari pondok polis Selayang Baru. Kat kedai ne ada jual basikal budak kecik, fixie dan mountain bike. Ketika masuk ke dalam kedai, aku melihat gelagat si ibu melayan kereneh anak lelaki yang mahukan sabuah basikal fixie. Basikal fixie ne memang diminati oleh remaja masa kini. Muga-muga minat remaja tahun 2013 nanti bertambah dari tunggang cupcai kepada basikal terutama road bike/fixie.

Kami berdua plak tertarik dengan mountain bike dari jenama Xds. Warna putih dan sedikit warna hijau epal, tyres besar dan menggunakan brakes hydraulic disc. Kene test dulu beb! Kepada anda yang berminat untuk membeli fixie atau mountain bike, sila layari www. evanda-rmb.com atau terus ge kedai basikal Syarikat Perniagaan Weng Hing-Tel: 03-61386352.

Anda juga boleh menyertai cycling club saperti : (1) Base kat Kepong, Kuala lumpur : DPC Team Contact = www.facebook.com, search "DPC Team (2) Base kat Keramat : Chistwalla Mountainbike Contact = http://chistwalla-mountainbike.blogspot.com
(3) Base Klang Valley -Trelblazer Cycling Team Contact = http://trelblazer.tripod.com


12 June 2011

BERCUTI DI KOTA MELAKA




Selamat Pagi Bro & Sis!

Aku telah mengambil cuti seminggu untuk melancong! Kali nie aku merancang untuk bercuti ke Melaka dan Johor. Sebelum ge bercuti aku cari info pasal event yang dianjurkan oleh kerajaan Melaka. Aku tertarik dengan Pesta Sungai Melaka, yang disambut selama sebulan bermula 1 Jun hingga 30 Jun 2011.

Aku bertolak awal dari Kuala Lumpur dan sudah terpacak kat lobby hotel Grand Continental Melaka jam 1030 pagi. Aku pilih hotel nie pasal murah! Dekat pulak tu dengan tapak pesta iaitu di Taman Rempah. Pagi-pagi cam nie mana boleh check-in. Tapi aku dah buat tempahan melalui kawan aku. Bila staff front office chacked kat sistem, nama aku xde! Huhuhu...

Pasal kecian agaknye, staff tu dapatkan aku satu bilik Superior Bayar untuk 2 malam, termasuk sarapan pagi serta deposit hanya RM400.00! Ok la tu kan...janji ada tempat tido! Aku dapat bilik mengadap pemandangan Bay View Hotel, Okid Hotel, Hotel Renaissance dan The Emperor Hotel. Kawasan ne sebijik macam kawasan hotel kat Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang! Tapi Beb! Hotel Grand Continental nie kat Jalan Tun Sri Lanang -Melaka!

Jam 1245 tengahari, perut aku dah keroncong. Aku turun ke Coffee Haus untuk makan tengahari. Pilih je nak makan buffet atau ala' carte. Walaupun aku xkuat makan, aku pilih buffet, pasal kalu nak tunggu makanan ala' carte tentu lambat. Lepas makan aku tinggalkan hotel, terus ge jalan-jalan sekitar Kota Melaka. Bermula dari menyusuri Sungai Melaka, sampailah ke Stadhy's Jalan Laksamana, Jonkers Street di Jalan Hang Jebat, lalu dihadapan Masjid Kg Ulu, singgah kat Hang Tuah Mall dan balik ke hotel melalui muzium hidup Kampung Morten yang dibina oleh masyarakat Portuguese sejak tahun 1920.





Apa yang aku cari di Kota Melaka! Tentulah yang aku minat, macam tenguk lukisan, ukiran, arca, seni bina, hiasan dalaman, seni taman dan tak lupa budaya makan- minum orang Melaka. Saperti yang aku nampak papan tanda berpantun di tepi jalan "Kapal Dagang Dari Seberang, Sarat Muatan Kayu Meranti, Dari Jauh Tuan/Puan Datang, Orang Melaka Sedia Menanti" Aku kena jawab pantun nie Beb! "Terima kasih daun keladi, kalau ada duit aku datang lagi" Hehehe...


11 June 2011

MELAKA RIVER CRUISE


Salam kepada semua blogger!
Bermula dari pengkalan Taman Rempah dengan tiket RM10.00, memang berbaloi menyusuri Sungai Melaka. Mudik ke muara dan akhirnya kembali semula ke Taman Rempah, banyak yang dapat dilihat di kiri kanan Sungai Melaka. Melalui Kampung Morten disebelah kanan, seterusnya melalui bekas pasar besar Melaka, rumah kedai yang dipenuhi cafe, jam besar dan jeti berhampiran Maritme Museum. Sememangnya cukup indah dengan panorama yang jarang sekali dinikmati oleh warga Kuala lumpur.





Petang tu ketika menaiki bot Melaka Cruise, cuaca redup dan sesekali air merecik ke muka ketika berselisih dengan bot penumpang lain. Kene lap cepat-cepat pasal air tu nampak keroh dan sedikit berbau! Kalaulah Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) boleh menjernihkan sedikit air Sungai Melaka tu kan bagus. Mugkin PPSPM boleh membina kunci air sabelum jeti di Taman Rempah atau membina loji penapis bagi membersihkan dan menjernihkan air Sungai Melaka. Laluan siarkaki disekeliling Sungai Melaka tu juga biarlah mesra basikal. PPSPM boleh menyewakan basikal kepada pelancong. Kawasan jeti di Taman Rempah tu hendaklah dinaik taraf dengan menyediakan Pondok Polis Pelancong, Cafe, Kedai Cendrahati, Kedai Sewa Basikal, Warung Pop Corn dan Warung IceCream.

Pesta Sungai Melaka 2011- disambut selama sebulan. Lepas habis pesta ne yang tinggal hanyalah stysen Monorail, pondok menjual tiket dan tandas! Kalau aku datang ke Kota Melaka lagi teringin aku mengayuh basikal disekeliling Sungai Melaka dan jalan-jalan disekitar Jonkers Street!



22 May 2011

APA KATA SITI JARUM!


Siti Jarum tulis! Aku tukang salin...
" Ada orang kata, artis dan kemewahan ibarat isi dengan kuku. Tapi tidak semuanya mewah, yang kelihatan itu dibuat-buat mewah. Diperagakan supaya kelihatan mewah, lebih-lebih lagi diatas karpet merah. maka bermimpilah peminat yang tak tahu hujung pangkal, artis mereka setaraf Hollywood.

Selalunya artis mempamerkan kereta mewah, rumah mewah, perabut mewah dari luar negara. Tapi berapa banyak rumah artis kita yang dihiasi dengan rak buku misalnya. Yang banyak rak cakera padat. kenapa agaknya? Apakah bukan artis namanya kalau tidak hidup mewah? Siti teringat seorang artis yang dapat hadiah kereta kerana populariti
nya. Dia melompat sampai ke siling kerana gembira. Dia gembira bukan kerana memberikan suatu yang bermutu, tapi gembira kerana mendapat kereta, duit dan macam-macam lagi. Tentu dia tidak tahu bahawa hadiah itu hanya bernilai kepadanya dan tidak kepada orang lain yang mahukan lebih daripada populariti.

Barangkali dalam kepala sebahagian besar artis kita ialah kemewahan. Penglibatan mereka dalam bidang yang ditakrifkan sebagi seni hanya batu loncatan. Bab mutu artis kita tak tiru pula artis Barat. Mereka tiru artis Barat bab pakaian dan perangai buruk. Mereka kene tanya bagaimana pelakon seperti Jodie Foster misalnya yang berjay
a sebagai pelakon. Mereka hanya meniru Lady Gaga ".

Siti Jarum-
Makan ulam pegaga.Ahad 22 Mei 2011


KakiConteng : Tesengeh aku sorang-sorang apabila membaca tulisan dari Siti Jarum. Pedihnye macam tercucuk jarum berkarat...Hehehe! Sebahagian artis ne tak pong baca tulisan Siti Jarum, pasal diorang memang tak suka membaca. Dahlah tak suka membaca
untuk menambah ilmu, sombong bodoh plak tu! Macam kata Ku Seman Ku Hussain, artis ne Ku Seman gelar Artis Kelkatu. Faham-faham ajelah camner kalkatu kalu nampak cahaya! Masing-masing berebut rebut nak dekat dengan cahaya, akhirnye kepanasan dan jatuh lesu terus kaku.

Sekarang ne ramai bebudak Melayu nak jadi artis. Stesen TV pong seronok buat acara misalnye Idola Kecil. Mak bapak bebudak tu plak tumpang sekaki kalu anaknyer dapat masuk rancangan Idola Kecil. Nanti kalu jadi juara ta
kpayah lagi belajar, pasal dari nyanyi pong boleh hidup mewah. Aku tak taulah semewah mana yang diaorang dapat dari menyanyi! Sepatut nyer kalu nak jadi artis perlu ada ilmu,  masuklah kelas menyanyi atau berlakon. Ini tidak! Tiba-tiba je jadi penyanyi - lepas tu tengelam- timbul! Memang patut digelar artis mee segera. Huhuhu...

Macam kata Siti Jarum, nampak je artis hidup mewah tapi mi
skin ilmu. Lihat saja rumah- rumah artis yang dipaparkan dalam majallah atau di kaca TV. Hiasan dinding hanya tergantung gambar-gambar artis itu sendiri yang diambil dari akbar dan majallah. Dalam alamari plak penuh dengan hadiah kemenangan dan hadiah dari peminat. Kalu betul mewah dan berilmu tentu artis tu mengantung sebuah lukisan, tapi bukannyer lukisan cetak semula dari IKEA beb!

Artis yang berilmu saja yang beli lukisan. Dia tau nilai sebu
ah lukisan! Lukisan ne ibarat barang antik, lagi lame lagi berharga. Tak macam beli kereta atau perabut, makin lama nilainye makin menyusut. Tak payahlah angan-angan nak beli lukisan dari pelukis Picasso misalnye, nak beli lukisan dari pelukis seperti Ibrahim Hussein, Yusuf Ghani, Latiff Mohidin atau lukisan dari pelukis Jalani Abu Hassan pong xmampu. Kalau tak mampu beli lukisan dari pelukis yang punye nama besar, boleh beli dari pelukis lain misalnye Ahmad Shukri Elias, Mohd Fuad Hassan, Ahmad Zakii Anwar, Tajudin Ismail, Bayu Utomo Radjikin, Yusof Gajah, Raja Azhar Idris dan lain-lain.



KakiConteng!
23 May 2011

18 May 2011

MERONG MAHAWANGSA!


Cuaca pagi ne terasa dingin.
Aku paling suka mengadap PC dengan secawan kopi Dewa Mahkota!
Bila dapat meneguk sedikit kopi, badan rasa segar dan mata plak terbeliak!

Pada hari Selasa 17 Mei aku ada baca mengenai kritikan pedas dari forum anjuran Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) yang bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa Daripada Sastera Klasik Kepada Filem. Beberap tokoh seni dalam industri perfileman dan pencinta sastera mengatakan rasa kurang senang sebaik sahaja menonton filem garapan anak muda Yusry Abdul Halim.

Mereka yang hadir terdiri daripada Pengkaji Sastera Klasik, Prof. Datuk Dr. Siti Hawa Salleh, Dr. Mahadi J. Murat, pensyarah dari Universiti Teknologi Mara, Kamil Ahmad Mohd Othman (MDeC), Pengarah Filem, Ahmad Ibarahim atau Mat London, turut serta pengarah filem Bukit Kepong, Tan Sri Jins Shamsudin, dan pelakon terkenal Sofea Jane. Mereka memberi pandangan bahawa tiada unsur Melayu dalam filem tersebut. Seperti pendapat atau kritikan Mat London "Mana Melayu dalam filem ini? Sudahlah pelakon utamanya bukan orang Melayu dan penggunana bahasa Inggeris terus jauh membenamkan nilai dan budaya Melayu". Prof Siti hawa pong sokong plak pendapat Mat London. Kata Prof Siti Hawa watak Puteri China tu xterselah kecinaannya. Lagi kata beliau, kajian teks kelasik filem tersebut dari segi sejarah dilihat begitu longgar. Jins Shamsudin plak kata, teknik CGI akan membuatkan penonton kurang berkeyakinan dengan aksi yang ditunjukan kerana ia bukan aksi yang sebenar. Sofea Jane plak komen pasal mutu lakonan yang gagal menonjolkan karakter pada watak yang didukung. Hanya seorang ahli penal iaitu Kamil Ahmad berpendapat bahawa filem tersebut sekurang-kurangnya menjadi pembuka jalan atau eye opener kepada pengiat seni yang lain dalam penggunaan teknik imej janaan komputer (CGI).


Conteng : Filem Merong Mahawangsa aku anggap sebagai filem kelas B yang berjaya di-pasaran tempatan dan luar negara. Jangan kita samakan plak dengan filem Bollywood, Hong Kong atau Hollywood yang berkelas A. Tak perlu lah mencari di mana budaya Melayu! Melihat filem tersebut kita sudah tau iaitu Semenanjung Emas bermaksud Semenanjung Tanah Melayu. Bagi pendapat aku filem Merong Mahawangsa bukan filem Melayu era 50'an tetapi filem Malaysia era 2000. Pada masa ini jarang sekali ada pembikin filem buat filem Malaysia. Kebanyakannya hanya buat filem Melayu untuk tontonan Melayu. Ramai sangat ke makluk yang bernama Melayu?

Kita patut keluar dari kotak pemikiran! Keluar dari dunia katak yang hanya berumah dibawah tempurong kelapa. Kekadang bila dah berteduh dibawah tempurung, malas plak nak keluar cari makanan. Buat forum memang bagus. Kita boleh dengar pendapat orang lain! Tapi kenapa tak bincangkan filem-filem Melayu yang gagal dipasaran tempatan? Macam filem Cinta 100 Ela, Anu Dalam Botol atau filem Dua Alam!

Tak banyak komen yang aku dengar dari penonton satelah menonton Merong Mahawangsa. Hanya mereka kata kebanyakan pahlawan Melayu ketika itu kurus kering, dan nampak plak wajah China berpakaian tentera Rome! Mungkin xcukup crew...Huhuhu! Kepada KRU, teruskan usaha anda! Bikinlah filem Malaysia yang ada wajah Melayu, China, India, Iban & Kadazan.

14 May 2011

KARYA SENI DI LELONG!

New York 11 Mei -
Firma lelongan Sotheby's berjaya meraih AS$128 juta (RM382) dalam lelongan seni kontemporari dan pasca perang di Manhattan semalam, sekali gus melebihi sasaran AS$121 juta (RM361 juta).

Lukisan Andy Warhol, Sixteen Jackies hanya berjaya dijual AS20.24 juta (RM60.4 juta) termasuk komisen dan karya Jeef Koons, arca ikonik Pink panter pula hanya dijual pada harga antara AS20 juta hingga AS$30 juta, tidak termasuk komisen 12 peratus.

Ketua seni kontemporari Sotheby's, Tobias Meyer berkata, pihaknya berpuashati dengan hasil lelongan ini kerana menyifatkan beberapa sasaran jualan yang dibuat terlalu tinggi untuk pasaran yang masih dalam pemulihan daripada kemelesetan ekonomi ketika ini. Namun dengan 85 peratus daripada 58 barangan lelongan berjaya dijual, ia menunjukan satu kejayaan kepada firma lelongan itu dalam mengurangkan koleksi mereka - Rauters

11 May 2011

KANTOI CINTA INTERNET!



Hai Blogger! Aku nak sambung entri pada 23 April 2011 mengenai "Tipu Punyer Orang". Cerita terpedaya cinta di Internet dengan suspek warga Nigeria dan Bangladesh.

"Kelicikan lapan suspek termasuk empat wanita tempatan memperdaya seorang mangsa dari negeri ini melalui cinta Internet sehingga kerugian kira-kira RM1.1 juta awal tahun ini, terbongkar dengan penahanan kesemuanya di ibu negara, Jumaat lalu.

Modus operandi digunakan adalah dengan mencari kenalan diInternet sehingga membuatkan mangsa wanita jatuh cinta dan kemudian menawrkan hadiah kepadanya. Bagaimapun, apabila hadiah itu hendak dihantar, timbul banyak masalah termasuk kononnya hadiah ditahan pihak Kastam. Oleh itu memerlukan sejumlah wang untuk membawa keluar hadiah tersebut. Suspek cuba memujuk mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam satu akaun dengan alasan hadiah terbabit hanya boleh di- lepaskan oleh Kastam selepas sejumlah wang dibayar.

Disebabkan terlalu mabuk cinta dan terpedaya dengan kata-kata manis, mangsa memasukan wang kedalam akaun suspek. Mangsa hanya tersedar ditipu dan membuat laporan polis selepas beberapa kali memasukkan wang ke dalam akaun tersebut sehingga mencecah jutaan ringgit".


Kakiconteng
: Kes terbaru ini berlaku di Kota Kinabalu!
Moral dari cerita dan berita ini adalah, manusia mudah percaya kepada kata -kata manis. Kalau kata-kata tersebut ditambah dengan ayat-ayat cinta, tentulah dengan mudah Tipah tertipu! Aku angkat topi kepada Mamat Niger dan Bangla ne. Dia orang boleh reka skrip yang sama kepada mangsa-mangsa wanita yang kesunyian. Aku pong diorang nak cuba perdaya jugag! Huhuhu....

06 May 2011

LUKISAN CLAUDE MONET


New York - 5 Mei 2011
Sebuah lukisan pokok hasil karya Claude Monet dijual pada harga AS$22.5 juta (RM67.5 juta) di syarikat jualan lelong Christie di sini semalam. Sebuah lukisan Maurice de Vlaminck turut dijual pada harga AS$22.5 juta, yang merupakan rekod jualan bagi artis tersebut. Kedua-dua lukisan itu merupakan antara jualan terbaik semasa jualan lelong lukisan musim bunga yang mencatat
jualan berjumlah AS$156 juta (RM486 juta), merosot berbanding jangkaan pra- jualan keseluruhan.

Lukisan Monet bertajuk Les Peupliers yang dilukis pada tahun 1891 dijangka dijual pada harga antara AS$20 hingga AS$30juta., manakala satu lagi lukisannya bertajuk Iris Mauves pula dijangka dijual pada harga antara AS$15 dan AS$20 juta, namun kedua-dua lukisan itu tiada pembeli - AFT


Nota: Photo diatas hanyalah hiasan.

23 April 2011

TIPU PUNYE ORANG!


Salam hujung minggu kepada blogger semua!

Tengah aku asyik melayan fb tiba-tiba mucul messages dari sorang pompuan bernama Adilah Muhamad. Begini messages nyer...

" Apa khabar hari ini? My name is Adilah, can we get to know each other better?"
April 5 at 4:17pm-Report...dan messages kedua plak aku terima pada jam 6:26pm pada tarikh yang sama!
" Hi, I was born and brought in London, studied hard and got my master degree there too. I have lived all my life here in the UK. I have been waiting to visit Malaysia, but I have never really had a concrete reason to do that, thou due to the nature of my job also I have not been so chanced either.

I have never been to Malaysia before but have heard so many good things and stories from my father because he is Malaysian but now a successful international businessman based in England, I feel so happy that I can communicate with you which has now planted a felling in me that I might visit Malaysia soon. Well I am single lady and I live alone... ohh not alone, I have a cat her name is Lucy, I work in an Insurance company, and if I must tell you I relly to love and enjoy my job, don't get me wrong not just because of the money, but they pay well thou. When I have spare time and not too tired, I'd love to include myself in live music. My choice of music would be jazz, rock and latin. I too have a passion for cooking. What about you self?

Bye for now till I hear from you
Adilah....

Habis saja aku baca messages ne, aku cuba klik kat facebook Adilah untuk dapat lebih info.... Basic Information hanya tertara : About Adilah - Computer Analyist at Insurance Studied at Oxford University. Lives in Machester, United Kingdom. From : Kucing, Malaysia. Ambitious, honest, funny and very carefull. If you want to know more, why don't you come close and find out. Lepas tu aku friend request, tapi tak terima! Peliknye kat facebook dia tak ada sorang pong jadi friend. Jadi aku ambik keputusan bahawa Adilah ne bukan perempuan tetapi lelaki Afrika yang sedang berada dalam bilik sekitar Kuala Lumpur untuk mencari mangsa...Huhuhu!

Untuk tidak melayan messages Adilah aku terus klik Block This Person!
Maaf friends! Takat ne dulu aku cerita, pasal dah masuk waktu Asar...nanti aku sambung balik cerita tipu punya orang dari group Afrika!



30 March 2011

BASIKAL UNTUK RIADAH



Hobi berbasikal
untuk riadah sudah lama dilakukan di negara maju. Di Malaysia kebanyakan yang menunggang basikal adalah pelajar sekolah terutama yang berada diluar bandar. Senario ini dilihat kerana masih ramai rakyat kita berada pada taraf hidup yang miskin. Kebanyakan pelajar hanya mengayuh basikal ketika sekolah rendah, apabila memasuki peringkat menengah mereka mula berjinak-jinak dengan motosikal cupcai.

  • Pelajar dari kaum Melayu luar bandar mula berangan-angan mahu memiliki sabuah motosikal berbanding pelajar kaum Cina yang terlebih dahulu mahu memiliki lesen kereta. Kebanyakan pelajar Melayu menunggang motosikal ke-sekolah tanpa lesen kerana masih di bawah umur. Meraka tidak lagi menunggang basikal ke-sekolah kerana basikal tersebut sudah buruk atau telah diberikan pula kepada adik yang bersekolah rendah. Penjaga mereka pula tidak mampu membelikan basikal baru, dan terpaksa meminjamkan motosikal untuk ke-sekolah.

  • Di-Kuala Lumpur pula, kebanyakan penunggang basikal adalah remaja dan orang dewasa. Remaja bawah 20 tahun lebih suka kayuh basikal Fixie yang berwarna-warni. Warna basikal tidak lagi gelap saperti dulu, tapi lebih garang dengan campuran warna yang aneh. Frame warna putih, tayar depan merah dan tayar belakang hijau. Rantai, jejari dan gears dicat pelbagai warna. Lampu belakang yang berkelip-kelip juga dipasang sebagai eksesori keselamatan. Harga sebuah basikal fixed ini lebih kurang RM700.00 hingg RM 900.00. Hujung minggu remaja ini akan berkumpul di sekitar Bukit Bintang yang di- kenali sebagai "Night Fixie Meet".



  • Penunggang dewasa pula akan berkayuh hujung minggu disekitar tasik, taman, trek BMX atau trek mountain bike. Ada juga yang berkayuh malam arah ke Bangsar, Hartamas atau sejauh Kajang bersama kelab masing-masing. Masa kini banyak basikal di reka lebih morden dan lebih ringan. Pebagai jenam telah memasuki pasaran di Malaysia saperti Andromeda, Pohyyon, Scott, Santa Cruz, Merinda, Konna, Xds, Basso, Look, BMC, Trek, Cevvelo, Ridley, Fixtway, Fuji, Silverback dan Fixie.





29 March 2011

GETARAN SENI


ANTARA SENIMAN & ARTIS KELKATU

Tertarik aku apabila membaca ruangan Getaran Seni dari penulis dan kaki komen iaitu Ku Seman Ku Hussain.

Ketika ini kalau disebut "seniman" maka terbayanglah kita kepada golongan penyair, novelis, pelukis atau pengukir. Apabila disebut "artis" pula ialah     pelakon dan penyanyi, malah juruhebah radio atau pengacara televisyen juga dikelaskan sebagai artis.

Antara seniman dan artis dipisahkan kasta- seniman adalah golongan yang tidak popular sementara artis mereka yang berada di pentas gemerlapan.

Hubungan antara kedua-duanya juga berjurang. Artis tidak memberikan penghayatan sepatutnya terhadap karya seniman. Sementara seniman pula seperti tidak dapat masuk dalam gemerlapan artis yang sebahagian besarnya tidak berisi. Artis kita lebih petah bercerita tentang hal remeh sekeliling mereka daripada bercakap tentang dunia seni yang dilayarinya. Maka artis itu senama dengan remeh-temeh.

Tetapi hal ini berbeza ketika kebangkitan Angkatan Sasterawan 50 (Asas 50) dan kemuncak filem Melayu di Singapura. Dunia filem, muzik dan sastera erat menjadi satu. Mereka saling memberikan penghayatan kepada karya daripada kelompok lain. Barangkali ketika itu semuanya dikelaskan sebagai seniman.

Karya-karya filem P.Ramlee misalnya dihayati oleh golongan sasterawan di Singapura. A. Samad Said, Usman Awang, Asraf misalnya mempunyai sudut pandangan tertentu terhadap karya-karya seniman filem seperti P. Ramlee. Ini terbukti apabila Samad dan Usman Awang misalnya menulis puisi mengenang pemergian P.Ramlee membuktikan mereka mempunyai hubungan yang rapat.

Semasa perasmian Pustaka Peringatan P.Ramlee pada 23 Mac 1986, Samad mendeklamasikan puisi Lagu Bunga II(1986). Saya rasa terhidu sendu sepi yang terturap dalam puisi itu. Ada rasa kehilangan tetapi bagi penyair, di- sebalik kehilangan itu ada rasa lain yang mengacau jiwa.

Dalam renyai hujan kota selepas senja di Jalan Derdap bertingkah dengan suara serak Samad, saya yang tidak mengenali P.Ramlee merasakan suatu yang luar biasa ada kepada seniman ini. Usman Awang pula membuat catatan puisinya beberapa hari selepas pemergian P.Ramlee 29 Mei 1973. Puisi yang disiarkan dalam Dewan Sastera Jun 1973 itu menyingkap bagaimana seorang sasterawan menerima berita duka perginya seorang rakan seniman seorang pengarah filem dan pencipta lagu.

Usman secara penuh kesyahduan merakamkan detik perpisahan dari alam seniman yang panjang dan tidak berkesudahan.Tetapi sekarang berapa kerat artis yang hadir ke acara sastera, mempunyai hubungan akrab dengan saterawan, kenal saterwan, kenal pelakon teater (bukan artis), hadir acara deklamasi puisi Kbuku tentang kesenian lain daripada bidang mereka?

Artis perlu keluar dari kepompong mereka dan mengambil sedikit usaha menghayati kerja seniman lain. Ini untuk kebaikan mereka. Artis tidak boleh berterusan menjadi kelkatu yang hanya mengerumuni lampu dan akhirnya sayap sendiri yang terbakar.

ku seman @yahoo.com
http://Kayangdailypost.blogspot.com

26 February 2011

KAYUH DI-HUJUNG MINGGU



Sabtu
- Jam 1700 petang!

Kami kayuh menuju FRIM Kepong melalui Tasik Metropolitan. Cuaca petang ne nampak redup. Sampai kat pintu masuk FRIM kami telah di sapa oleh pengawal dengan senyuman. Bila kami masuk ke dalam kawsan FRIM, ramai orang sedang berjogging. Laluan sepanjang jalan di penuhi pokok-pokok yang telah lama di tanam dan di-selia oleh Jabatan Perhutanan. Keluasan FRIM ialah 600 hektar, dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong. Dari info yang aku dapat tahu...... FRIM ne dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan (IPP) dibawah Kementerian Perusahaan Utama sebelum berpindah ke Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Bercakap pasal basikal pulak, aku menggunakan basikal jenama Xds road bike. Walau pun beratnye hanya 13kg(lebih kurang), tetapi menghadapi masalah kayuhan mendaki bukit kerana gunakan single gear. Yang menarik buat aku pasal basikal warna hijau pucuk pisang ne ialah ringan, gunakan double wall rim -50mm. Venda tires-700x23c, Hendle pulak-racing (grip tape) dan Saddle guna jenama Xds. Kalau nak pam angin terpaksa ge kedai motorsikal pasal pam kat rumah xboleh guna!