11 June 2012

Citrus Hotel@ JB



Selamat Pagi! Minggu lepas aku bersama isteri, Majid dan Ammar bercuti di Johor Bahru. Bila anak-anak buah tau aku bercuti ke JB, diorang rasa terkilan pasal aku tak ajak turut serta. Teringin gak nak ajak bercuti, tapi apakan daya cuti kali ne budget tak cukup cantek. Mungkin kalu panjang umur dan di murahkan rezeki, lain kali bolehlah aku ajak anak buah bercuti sekali.

Entri kali ne aku nak story pasal Citrus Hotel. Sesuai sangat dengan budget dan citarasa aku yang mengemari warna, hiasan dalaman yang berkonsepkan studio. Pertama kali melangkah masuk ke lobby hotel, aku terpegun melihat susun atur dan mainan warna hijau apple, chocolate dan biru muda. Selesai berurusan di kauter front desk, aku  sekeluarga masuk melalui salah satu lift. Lift yang comel, hanya boleh memuatkan 6x orang tetamu dan lift yang satu lagi boleh memuatkan 10x orang tetamu kalu tak silap.




Bercakap pasal hiasan dalaman ne, tak sabar rasanya aku nak melihat Citrus Cafe yang terletak di aras satu. Jam 0730 pagi aku bersama isteri udah masuk ke Cafe tanpa Majid dan Ammar. Ketika melangkah masuk, staff menyapa kami dengan ucapan 'Good Morning' sambil meletakan telapak tangan ke- dada kiri sebagai tanda menghormati tetamu. Tanpa kupon makan- tetamu hanya perlu menunjukan 'key card' yang ada tertulis nombor bilik. 

Waktu camne memanglah tetamu tak ramai sarapan! Jadi agak relex sikit aku mengambil makanan. Menu  sarapan pulak  nampak banyak tetapi aku hanya ambik 'mixed salad' dan buah-buahan. Untuk minuman sejuk, cam biasalah oren jus. Minuman panas pulak, staff cafe tuangkan menggikut selera tetamu iaitu 'cooffee or tea'. Sambil menghirup kopi, mata meliar memerhatikan hiasan dalaman cafe yang nampak 'sempoi sangat'. Lantai gunakan warna terang dan gelap, meja warna gelap dan kerusi gunakan dua warna - jingga (oren) dan satu lagi kerusi warna lembut. 

Aku masih story pasal hiasan dalaman! Dinding cafe kat pintu masuk digantung sabuah lukisan cetak dan sabuah meja. Dinding tumpu pulak, di gantung sabuah lukisan panjang dengan latar belakang warna putih dan di sabelah pula warna hijau aaple. Kauter buffet sarapan pulak, terusun kemas - bermula dengan cold driks, bread & toster, mixed salad dan fresh fruits. Lain-lain menu tu aku tak jenguk pun. Selesai sarapan kami keluar dengan ucapan temer kacik!




Nota Kaki : Sakiranya aku nak bercuti lagi ke JB, pasti aku check-in kat Citrus Hotel. Alamat penuh hotel ne ialah Citrus Hotel, No 16 - Jalan Station, 80000 Johor Bahru-Johor Darul Ta'zim, Malaysia. T 607 222 2888/F 607 221 6412. www.citrusoteljb.com. Kalu kengkawan berminat untuk tenguk photo yang lain mengenai hotel ne, sila layari blog Hotel magazine di - http://crownmagazine.blogspot.com dengan entri  - Room Rate@ Citrus Hotel , Monday June 11, 2012. Salam dari Mj!



10 June 2012

Klik! Klik@JB





Aku masih dalam mood cuti! Kesempatan ne aku ambik untuk update entri terbaru - Klik! Klik@JB.
Hari kedua berada di JB - Pagi jam 07.30 aku dan Mawa udah berada di Citrus Cafe untuk sarapan pagi. Sambil sarapan, aku call Majid dan Ammar tapi tak berjawab. Mungkin diorang tengah lena di buai mimpi-mimpi indah. Lepas sarapan aku ajak Mawa ronda-ronda sekitar Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Wong Ah Fook dan sekitar lorong-lorong berhampiran Citrus Hotel.

Cuaca kat JB pagi ne redup! Tak macam kat KL yang kekadang cuacanya panas melampau. Mungkin kat KL terlampau banyak bangunan batu berbanding pohun-pohun hijau. Menyusuri jalan dan lorong belakang Jalan Tun Abdul Razak, kelihatan deretan restoran dan cafe. Jalan terus berhampiran Balai Polis JB dan lorong-lorong sehala yang bersih. Kelihatan juga bangunan dan Mall yang sedang di ubah suai termasuk Masjid yang tersergam indah berhampiran The Puteri Pasific Hotel. 

Puas sudah aku dan Mawa jalan-jalan sambil Klik! klik! klik! Lepas tu Majid call nak ajak ge Kota Iskandar di Nusa Jaya. Kami pun balik semula ka hotel penginapan. "Jangan lupa klik blog aku untuk  teruskan percutian di Kota Iskandar".  Mj June 2012

 
Jalan Meldrum
Jalan Tun Abdul Razak

Railway Station
Jalan Siu Chin

Danga Bay+Fun Fair



Lepas Magrib!
Aku, Mawa, Majid dan Ammar keluar dari hotel untuk dapatkan teksi. Taklah susah sangat  untuk dapat teksi ketika berada di bandar JB. Kami bagitau nak ge Danga Bay. Pemandu terus bawa kami menyusuri Jalan Tun Dr Ismail dan terus ke Jalan Abu Bakar. 

Pemandangan malam yang menarik di sebelah kiri dan di sebelah kanan pulak ialah Dataran Bandaraya. Teksi terus meluncur ke Jalan Sekudai dan menghampiri Pantai Lido sambil story tempat-tempat yang patut dilawati ketika berada di Johor Bahru. Tak jauh dari Pantai Lido, teksi berhenti dan bagitau udah sampai kat Danga Bay. Kami minta pemandu teksi datang semula ambil kami salepas dua jam. Pemandu setuju dan bagi nombor telepon supaya mudah dihubungi.




Jalan-jalan sekitar Danga Bay!
Ramai gak penggunjung datang kat sini. Maklum ajelah sekarang musim cuti sekolah. Berbekalkan kamera Nikon coolpix, mulalah aku klik sini dan klik sana - sebagai tanda kenangan yang kami udah sampai kat Danga Bay. Puas udah pusing keliling, kami pun singgah kat deretan stall/gerai dan cafe untuk makan malam. Kami pesan sate, ikan bakar, kerang bakar dan nasi goreng kampung. Bila part bayar, Wow! Boleh tahan harganya...mahal cikitlah Beb kalu bandingkan makan kat pusat bandar JB.

"Biasalah kalu mahal sikit, bagi orang Singapo, ne diorang kira udah murah"
Kata Majid.





Danga Bay ne kira pusat hiburan lah! Boleh naik keretapi, kuda, kapal, buaian dan bermaca- macam permainan ala' Fun Fair gitu. Kalu datang sini bawa anak-anak memanglah diorang happy. Kami sekadar melihat dari jauh, dan memang takada niat pun nak berhibur di Danga Bay. Lagi pun dulu-dulu, aku udah puas masuk Fun Fair!



Hampir dua jam gak kami berempat habiskan masa kat sini. Lepas ne kami cadang nak jalan-jalan ge Pasar Malam kat bandar JB. Ammar call pemandu teksi dan tak lama teksi pun sampai. Teksi pun gerak meninggalkan Danga Bay, sambil tu Majid tanya kat mana tempat makan yang menarik. Pemandu yang peramah tu bagitau, kalu nak makan Mee Bandung dan bermacam lagi boleh ge Stulang Laut. Kat JB ne memang terkenal dengan makanan Mee Bandung, Mee Rebus, Soto, Otak-otak, Nasi Padang dan Nasi Ambang. Nasi Ambang ne kene sebut betul-betul. Kalu salah sebut bunyinya lain pulak! Hehehe...



Teksi berhenti tak jauh dari Pasar Malam. Kami jalan-jalan dari satu gerai ke satu gerai. (Pasar Malam ne kat mana-mana pun sama aja). Kami singgah kat gerai jual selipe Jepun. Majid beli tiga pasang, besuk selipe ne boleh guna ge sembahyang Jumaat.

Malam pun udah larut dan cuaca tambah sejuk. Kami tinggalkan Pasar Malam menuju hotel di Jalan Station.


Satakat ne saja yang dapat aku paparkan! Selepas ne menyusul entri Klik-klik di JB dan entri ke Kota Iskandar. Salam sayang dari MJ dan Selamat Malam Zzzzzzzzzzzz zzz !


09 June 2012

Bercuti ke Johor Bahru!




Salam kengkawan semua!
Kita jumpa lagi di entri bulan June 2012 dengan story percutian aku ke Johor Bahru @JB. Memang lama dah nak bercuti ke JB dan bila cuti lulus aje, aku pun call adik aku Majid dan anak buah aku Ammar. Diorang setuju bercuti ke JB pasal lama gak tak jalan-jalan ke JB. Pasti sekarang JB menarik dengan terbinanya Kompleks Kastam, Danga Bay, Zon Mall, Kota Iskandar, Johor Premium Outlets dan yang terbaru (masih dalam pembinaan) ialah Lego Land.

Kami bergerak dari KL jam 09.30 pagi melalui lebuh raya Plus dan singgah di Air Hitam. Kat Air Hitam ne memang terkenal dengan penjualan pasu dan buah-buahan. Teringin nak beli nenas moris dan durian belanda, tetapi terpaksa batalkan hasrat hati pasal kami mahu menuju pusat bandar JB. Nanti bila balik dari JB, kami janji nak singgah kat Air Hitam. Pasal dah singgah, beli gak sikit untuk kunyah-kunyak ketika dalam bilik hotel nanti. Aku beli pisang salai, kuih denderam (telinga keling) dan kerepek pisang. 
 

Lepas tu kami  patah balik ke Batu Pahat pasal Majid teringin nak makan kepala ikan assam pedas. Perjalanan dari Air Hitam melalui Parit Raja, kelihatan rumah kedai lama atap zink dan bangunan lama ketika zaman British dan zaman Jepun. Sampai kat Batu Pahat, kami singgah kat gerai Assam Pedas. Hampir semua gerai kat sini menjual masakan assam pedas. Lepas isi perut, kami gerak meninggalkan pekan Batu Pahat menuju pusat bandar. Dalam perjalanan Majid cadangkan singgah dulu kat Johor Premium Outlets (JPO) di Kulai Jaya. (Nanti aku ceritakan kisah lawatan kat Johor Premium Outlets di entri terbaru).


Selepas menghabiskan masa, keluar - masuk di Johor Premium Outlets, kami gerak ke pusat bandar untuk check-in kat The Puteri Pacific. Bila sampai kat front desk dan tanya bilik yang paling murah - sudah penuh! Tinggal bilik Suite aja.  Wah! Bilik Suite ne untuk tetamu yang banyak duit. Macam kami ne, kene lah dapatkan bilik Standard atau pun setidak-tidaknya bilik Superior yang room rates nya bawah rm200.00 semalam. Kami tinggalkan Puteri Pacific Hotel dan gerak ke Jalan Tun Abdul Razak dan beluk ke Jalan Station. Nampaklah Citrus Hotel, yang lokasinya tak jauh dari Station Keretapi Tanah Melayu (KTM).

Kat Citrus Hotel, kami ambik dua bilik Standard dengan room rates rm159.00 semalam  termasuk breakfast dan Wi-Fi. Hotel ne masih baru dan bilik yang kami dapat juga bersih, cantik dan diaorang ne pandai main warna. Masuk bilik dan mandi - rehat kejap. Lepas Magrib, kami cadang nak ge Danga Bay dengan teksi.


Nota Kaki : Lepas entri ne, aku akan story lawatan kat Danga Bay + Fun Fair dan jalan-jalan kat Pasar Malam di Bandar JB. Akan menyusul pulak entri Klik-klik diJB dan Lawatan ke Nusa Jaya+Kota Iskandar. Jumpa lagi! - [mj]
  
Kompleks Kastam JB
Rumah Kedai
Lorong Assam Pedas+Batu Pahat
Majid dan Ammar@ Batu Pahat
Sayur Petola @ Gerai Assam Pedas
Rumah Kedai atap zink di Parit Raja


04 June 2012

GAJI LAMBAT PULAK!



As Salam!
Aku hendak cerita pasal gaji lambat. Kalau kojer kat syarikat, gaji selalu awal bulan iaitu 1 haribulan. Tak pernah diorang bagi 30 atau 31 haribulan. Bulan nie ramai kengkawan aku mengeluh pasal gaji lewat! Ada kengkawan yang sudah terpacak seawal 0600 pagi kat mesin atm, malangnye gaji tak masuk lagi. Kawan aku kata:

"Macam mana boleh lewat pulak bulan nie, biasanya satu haribulan gaji sudah masuk. Nie sape pulak buat hal? Majikan aku ke atau bank".

"Macam mana nak bayar sewa rumah dan ansuran kereta atau motosikal. Kalau lambat sehari tentu kene denda bayar bunga" Ujar kawan aku lagi.


Aku kesian juga kat kengkawan! Gaji diaorang bukanlah banyak mana pun. Kalau setakat rm 1,800.00 sebulan tu dan tinggal di bandar, dikira dalam kelompok miskin. Kalau yang masih solo tu tak jadi hal. Nie yang sudak berkahwin dan mempunyai anak. Jika suami-isteri kojer mungkin boleh capai pendapatan  rm2,000.00 sebulan, itu pong diaorang kata tak cukup! 

Memanglah tak cukup kalau salah urus. Cara mudah hendak uruskan pendapatan kena ikut saperti kawan aku nie. Pendapatan bulanan dia hanylah sebanyak rm 1,800.00. Pasangan nie baru berkahwin dan terpaksa sewa rumah sebanyak rm450.00 sebulan. Pergi-balik kojer guna motosikal, pasal tak mampu lagi nak beli kereta. Kata mereka "Kene ukur baju kat badan sendiri dan tak bolehlah nak berbelanja di luar kemampuan". Setiap bulan diaorang simpan rm200.00 sebulan. Bakinya bayar ansuran motosikal rm200.00, bayar bil api, air dan astro Rm 170.00. Belanja kat Carefour rm 200.00 dan bakinya tinggal rm580.00 untuk belanja makan minum dan minyak motosikal. 

Kalau hendak diikutkan baki rm580.00 memang tak cukup. Jadi kawan aku nie tiap-tiap hari bawa bekal kat tempat kojer. Jimat katanya! Kalau duit belanja tak cukup, kawan aku nie pinjam duit petty cash. Kat rumah memang ada sampul yang berisi rm200.00 sebagai petty cash. Ujarnya lagi "Manalah tau, tengah masak tiba-tiba gas habis. Tengah bulan pulak tu, mana ada duit nak beli gas. Jadi aku pinjamlah duit petty-cash untuk beli gas, cukup bulan nanti aku ganti duit tu".

Kawan aku nie kalau dia nak beli barang yang harganya rm1,000.00 keatas, dia main kutu! La'ne kat rumah dia sudah ada barang keperluan asas iaitu peti sejuk, mikrowave, lap top, tv lsd, penapis air dan mesin basuh.  Bila gaji lambat pong kawan aku nie tak kisah, pasal dia ada tabungan rm200.00 sebulan. Katanya kalu kita simpan rm200.00 sebulan dan 10 bulan tentu kita ada kat atm rm2,000.00. Walaupun bulan nie gaji lambat masuk, kawan aku tetap mengadap mesin atm dan keluarkan duit!

"Pinjam dulu duit tabungan nie, nanti bayarlah balik".


 
Nota Lutut :Begitulah cara kawan aku nie menguruskan wang! Kalau berbelanja boros atau berbelanja diluar kemampuan, banyak mana pong tak cukup. Rokok nak hisap, wayang nak tenguk, tiap-tiap minggu nak top-up phone, sarapan pagi kat kopitiam, makan tengahari kat pizza hut. Belum lagi minum petang dan belanja girlfriends.  - Wallahuaklam!

 



03 June 2012

Puisi dari Rafidah Zahari

 Puisi dari Rafidah Zahari
KERUSI
Kerusi
merupakan alat
melabuhkan punggung 
melepaskan penat
ianya tidak lebih 
dari sebuah tempat
untuk istirehat. 

Kerusi itu
adalah singgahsana
tempat bersemayam 
segala Raja,
pemerintah negara
di hadapan menteri
dan rakyat jelatanya.

Kerusi juga
menjadi rebutan 
setiap penumpang
dalam sesak kenderaan
maka alangkah  malang
nasib seseorang
yang tak bisa
mendapatkan kerusi
sebelum sampai ke destinasi.

Suatu ketika
tiba-tiba
sebuah kerusi
menjadi igauan
dan anganan
menjelangnya hari penamaan.

Kerusi kini
menjadi kunci
penentu undi
calon parti
demi mencapai
satu resolusi
sistem demokrasi 

- RAFIDAH ZAHARI
Subang Jaya, Selangor. 

02 June 2012

27 May 2012

ISTERI TUAN RAFFLES


"Mengenai isteri Tuan Raffles, kulihat dia bukan sembarang perempuan. Setiap hari, dia seperti suaminya. Semua kerja dilakukan dengan tertib, sopan dan berwajah manis apabila bercakap dengan orang, sama ada orang miskin ataupun orang kaya.  Dia suka belajar bahasa Melayu dengan usahanya sendiri, iaitu bertanya-tanya mengenai apa kata Melayu ini dan apa kata Melayu itu. Semua perkara yang dilihatnya, ditulisnya. Ku lihat Tuan Raffles, semua perkara yang hendak dibuatnya, umpamanya membeli sesuatu barang, dia akan bertanya kepada isterinya. Jika isterinya setuju, baru dibuat atau pun dibelinya. 


Isteri Tuan Raffles itu cekap bekerja. Tidak pernah duduk diam. Ada saja kerjanya setiap hari. Inilah tabiat yang berbeza dengan orang Melayu. Perempuan-perempuan Melayu apabila menjadi isteri orang besar-besar, makin bertambahlah congkaknya, malasnya, tingkah lakunya sombong, dan tutur katanya meninggi diri. Dianggapnya hina kalau melakukan kerja-kerja yang memenatkan tubuh. Mereka lebih suka duduk-duduk sahaja, tidur baring, berpakaian cantik, bersanggul licin dan memerintah hamba-hamba mereka. Tahunya, hidangan makan bersaji di depannya. Bangun pagi pukul sepuluh sebelas, makan minum, duduk sabentar, tidur lagi sampai petang dan duduk menghadap tepak sirih. Itulah tuahnya bersuamikan orang besar-besar. Kulihat isteri Tuan Raffles itu pantas kaki tanganya, seperti lipas kudung. Kerjanya tidak putus, lepas satu, satu. Lepas kerja rumah, dia menjahit, lepas itu menulis pula. Belum pernah aku lihat dia tidur waktu tengah hari ataupun berbaring-baring senang. Ada sahaja kerjanya setiap hari. Allah sahaja yang tahu. 

Pada hematku, dia perempuan yang pandai dan dapat melakukan kerja-kerja yang besar. Dia menjadi penolong suaminya. Dijadikan Allah mereka itu pasangan seperti cincin dengan permata dan seperti susu dengan sakar. Tingkah laku mereka patut menjadi teladan orang pada zaman kemudiannya".

Info: Kisah ne aku ambik dari buku Hikayat Abdullah muka surat 74 & 75. Kisah yang di ceritakan Abudullah berlaku ketika Inggeris mengambil alih Melaka dari tangan Belanda sekitar tahun 1795. Buku Hikayat  Abdullah (1849) telah tersebar luas waktu itu, dengan kritikan secara terus terang terhadap golongan bangsawan dan bangsa Melayu, serta menyindir pihak penjajah Inggeris.

20 May 2012

KOMENTAR dari Azman Anuar


Apa sahaja masalah pekerja asing, mungkin ada dalam kepala Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez. Dia tahu apa yang berlaku di rumah, kedai dan restoran. Dia juga tahu akan nasib pekerja Bangladesh di kilang atau dipremis lain. Hebat sungguh wanita ini. Dia tahu apa yang berlaku terhadap pekerja asing di setiap ceruk negara ini. Walhal banyak perkara yang didengarinya cuma 'agak-agak' sahaja.


Kita hormat perjuangan Irene terhadap nasib dan hak-hak pekerja asing sejak tahun 1990-an lagi. Mungkin sampai sekarang pun, dia makan dan tidur bersama-sama pekerja-pekerja asing untuk mendapatkan 'laporan eksklusif'. Sebab itu, dia rasa masalah pekerja asing di Malaysia masih tidak mendapat pembelaan. Dia rasa peraturan yang ada sekarang belum cukup menjamin hak keselamatan dan kebajikan pekerja-pekerja asing di negara ini. 

Dia mahu pekerja asing di Malaysia tidak diganggu oleh penguat kuasa undang-undang. Biar mereka bebas bekerja. Biar pekerja asing buat sesuka hati tanpa hormati rakyat tempatan. Irene menuntut kerajaan Malaysia supaya membentuk rangka kerja berdasarkan undang-undang bagi melindungi pekerja asing. Dia mendawa kerajaan mendiskriminasi pembantu rumah dan pekerja ladang apabila tidak memasukan golongan itu dalam peraturan gaji minimum yang baru diperkenalkan. 

Irene menyifatkan wanita Indonesia yang bekerja dalam sektor pembantu rumah di Malaysia hanya dijadikan sebagai objek eksploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol. Yang mungkin beberapa pekerja asing tidak beritahu Irene ialah, baik pekerja Indonesia atau Bangladesh yang dirujuknya tidak terbela itu sebenarnya sudah mampu mengirim wang kepada keluarga di kampung halaman masing-masing. Ada yang pandai berjimat - sudah mampu membeli rumah, tanah dan kedai di negaranya.

Apa yang Irene nampak daripada pekerja asing ialah majikan dan kerajaan Malaysia tidak bersikap adil kepada mereka. Masalah psikoloji, mental dan fizikal yang ditanggung majikan dan rakyat negara ini atas sikap pekerja asing tidak pula diambil peduli oleh Irene. Senang-senang pada 7 Mei lalu, Irene mengeluarkan kenyataan kepada media di Indonesia bahawa Malaysia bukanlah negara terbaik untuk rakyat negara itu mencari rezeki. Dalam temu bual berbentuk soal jawab yang disiarkan akbar Jakarta Post, Irene mendawa majikan di Malaysia melanggar undang-undang dan terbabit dalam rasuah selain anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) sering menggugut pekerja asing.  

Terbaru  dalam wawancara dengan Malaysian Insiders, dia dilapor mendawa pekerja Bangladesh ditindas di negara ini serta pekerja asing sering diugut pihak berkuasa. Berdasarkan hanya dua tiga kes, Irene membesar-besarkannya seolah-olah banyak kes melibatkan rakyat Indonesia atau Bangladesh dilayan buruk semasa bekerja di negara ini. Mudah sungguh Irene membuat kenyataan tanpa berdasarkan realiti dan fakta sebenar.

Kalau benar rakyat negara ini kejam, tak mungkin ramai rakyat Indonesia datang ke negara ini untuk mencari rezeki. Irene kene peka terhadap perasaan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa jenayah yang dilakukan oleh warga dan pekerja asing. Jangan asyik nampak kesalahan kerajaan dan pihak berkuasa negara ini sahaja. Apakah muslihat Irene memburukan Malaysia di mata masyarakat dunia sahaja? Atau dia hanya mahu timbulkan persepsi buruk terhadap Polis dan Rela!

Pengarah Eksekutif Tenaganita ini nampaknya keras hati orangnya dan tetap dengan pendirian bahawa Malaysia tidak selamat untuk pekerja asing. Kalau difahami kata-katanya pada sidang akbar di pejabat Tenaganita pada 9 Mei lalu, kita tidak perlu berlembut dengannya lagi. "Apa sebab hendak memohon maaf, saya membuat kenyataan yang benar tentang apa yang berlaku, kezaliman dibuat kepada pekerja migran disini, tidak betul kalau saya mohon maaf, sebab saya tidak salah," kata Irene. 

Banyak pihak mendesak Irene dikenakan tindakan tegas kerana kenyataannya itu dikeluarkan tanpa bukti yang kukuh. Tindakannya itu juga telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat negara ini. Tuduhannya terhadap kerajaan, Polis dan Rela adalah sangat berat. Apakah Irene juga ada 'kekebalan' seperti S. Ambiga?

UNTITLED+ 7

Untitled 1
Untitled 2
Untitled 3
Untitled 4
Untitled 5
Untitled 6
Untitled 7