19 September 2012

Editor BIG BRO+ FOTOGRAFI


Salam! Sudah banyak kali aku cuba taip kat entri ne. Baru dua tiga patah perkataan taip, udah error. Balik semula! Tadi aku guna Google Chrome, dan sekarang aku guna plak Mozilla Firefox. Harap-harap tak de error lagilah.

Petang-petang camne, sesuai sangatlah minum secawan kopi panas sambil membaca majalah Dunia Kamera. Majalah ne udah dua minggu aku beli dan petang ne baru aku dapat baca. Menarik gak isi kandungannya dan bolehlah sikit sebanyak aku mengetahui pasal kamera dan dunia seni foto.

Aku bukan nak story pasal kamera atau fotografi. Aku sendiri pun tak pandai nak gunakan kamera dan tak faham lagi pasal fotografi. Aku hanya hendak berkongsi dengan kengkawan pasal kata-kata editor iaitu M.Hazzlyeye @Big Bro.

"Fotografi hari ini menerima cabaran paling hebat dalam senario perjalanan hidup sama ada ia sebagai hobi atau ia sebagai satu pekerjaan. Pertama, dari aspek seni-fotografi kurang atau mungkin tidak diiktiraf sebagai satu cabang seni visual sama seperti lukisan atau arca. Fotografi tidak menjadi antara carian utama kurator galeri untuk menjadi bahan pameran sama ada di Malaysia atau di luar negara. Kalau ada pun sedikit dan boleh di kira dengan jari. Pengusaha galeri lebih berminat dengan karya lukisan, catan ataupun arca. Kenapa? Sebenarnya ini bukan salah siapa. Ia adalah titik tolak daripada kenapa fotografi itu wujud  pada asalnya. 

Ramai yang berpendapat, fotografi hanyalah sebagai satu pekerjaan ataupun hobi sampingan yang tidak mempunyai nilai wang ringgit yang tinggi. Paling mahal adalah karya Andreas Gursky bertajuk Rhein II yang dihasilkan pada tahun 1999 dan berjaya dijual dengan harga AS$4.34 juta (RM13.53 juta) pada 8 November oleh galeri lelongan Christie di New York. Bagi mereka yang tidak reti menghargai seni, karya fotografi landskap dan pemandangan natural ini tidak akan membawa apa-apa makna, malah mungkin ada yang mengatakan pemilik karya berkenaan terlalu kaya sehinggakan mampu menghabiskan jutaan dollar untuk mendapatkan hasil yang tidak seberapa itu.

Itulah mentaliti yang ada dinegara ini. Seni fotografi tidak dilihat sebagai satu cabang seni, semua yang ada didepan mata kita boleh diterjemahkan kepada seni yang mempunyai nilai tinggi. Apa kata, hasil yang sama diterjemahkan keatas kanvas dengan cat air, atau minyak atau krayon? Pastinya ramai yang memuji. Ramai yang berebut-rebut untuk mendaptkan karya berkenaan. Malah ia mampu mencapai jutaan ringgit jika ia dihasilkan oleh satu nama yang besar dalam seni.

Itulah yang sedang diperjuangkan oleh sahabat saya Mohd Azlan Mam. Hasil seni fotografi beliau memang sukar untuk ditafsirkan. Namun kini dia mula 'mengendurkan' rakaman dngan melakukan syot-syot yang mudah difahami, namum bak kata saya tadi, masih sukar diterima di sini! Di luar negara, Mohd Azlan Mam adalah satu nama besar. Selain itu, kerjaya fotografi juga dianggap sebagai kerjaya kelas kedua. Pendapat pakar dan ketua unit fotografi tidak diambil kira, Kenapa? Kenapa ia masih ditakuk lama walaupun seharian kita diulit fotografi dalam media massa. Adakah sistem pendidikan fotografi kita tidak berkesan?
 

17 September 2012

SISWA MELAYU MALAS!


Selamat Petang! Kat entri ne aku post enam keping foto yang udah aku edit menggunakan tetikus dan photo scape. Selesai upload foto-foto ne, aku beralih pulak untuk membaca berita terkini di akbar. Masih lagi terpapar di dada akbar kisah bayi dipercayai dicampak hidup-hidup dan YouTube sekat filem dan pengguna di Malaysia tidak boleh akses Innocence of Muslims.

Seterusnya berit pasal kaum yang tidak bertanggungjawab (sangat biadab) memasang bendera merah putih di sekitar Damansara, Subang dan Shah Alam. Kalau disuruh pasang dan kibar bendera Yahudi diaorang tentu sangup, janji ada upah kan! Kalaulah kena tangkap dan masuk lokap, silap haribulan kalu pekerja kerajaan mungkin kene turun pangkat atau kena tukar bahagian. Kalu budak sekolah atau kolej, dah tentu kena buang dari kolej. - Kesian emak-bapak kat kampung! Kekadang emak-bapak diaorang ne hanyalah noreh getah je. Nak jamin pong mungkin kene jual getah beku atau getah sekerap! Kesian kan! kan! kan!
  


SISWA MELAYU MALAS!
Aku
salin sebahagian pengelaman Akmal Jamal mengenai siswa di Universiti Malaya. Ceritanya begini:   

"Minggu kuliah di universiti sudah bermula. Seperti lazimnya, pelajar perempuan masih menjadi juara mendominasi kemasukan pelajar baru ke universiti awam. Bagi pelajar baru, banyak perkara perlu disesuaikan dengan persekitaran dan budaya baru hidup di ruang yang dikelilingi ilmu.

Bermula awal semester lagi tiada alasan untuk bermalas-malas mengunjungi perpustakaan di kampus masing-masing. Seorang individu harus malu mengaku dirinya pelajar universiti jika buku masih belum dibudayakan sebagai gaya hidupnya".


"Pengelaman penulis  sewaktu di Universiti Malaya, sebelum ini menyaksikan pagi-pagi lagi ramai pelajar bukan Melayu dari pelbagai fakulti sudah berada di perpustakaan utama menelaah buku dan menggelek laptop. Ke mana perginya pelajar-pelajar Melayu Islam? Masih diatas katil lagikah? Walhal, mereka patut lebih awal meninggalkan asrama  atau rumah sewa masing-masing selepas menunaikan sembahyang fardu subuh. Atau tidak bangun untuk solat subuh!"

Sambung penulis lagi "Selain fenomena kurang mesranya sebahagian besar mahasiswa Melayu dengan perpustakaan mereka juga kurang 'ramah' dengan padang atau trek jogging. Bagaimana padang rekreasi awam di luar kampus yang hanya dimonopoli olih kaum Cina pada awal pagi begitulah keadaannya dengan ruang riadah di universiti awam". 

"Ketika rakan-rakan bukan Melayu sedang menghirup udara pagi sambil membuang peluh berjoging sepanjang jalan yang tenteram di dalam kampus, sebahagian pelajar Melayu tidak terkecuali perempuan masih lena diulit air liur basi. Ketika matahari mula meninggi sebahagian mata anak-anak Melayu kita di universiti masih belum buka lagi sedangkan sebahagian pelajar Cina sudah ringan tubuh dan otaknya untuk sambung menelaah pelajaran semula!"

"Berubahlah mahasiswa Melayu dengan mencontohi mana yang baik daripada rakan-rakan kita bukan Melayu. Ada baiknya ibu bapa bagi pelajar baru yang memasuki universiti tahun ini sekali-sekala melakukan panggilan mengejut pada awal pagi bertanyakan aktiviti  dan perancangan anak mereka untuk hari itu sebelum mereka jadi lebih liat!"

"Buat mahasiswa Melayu khususnys, rajinlah bagun pagi. Selepas solat Subuh bergeraklah ke perpustakaan atau tempat rekreasi. Utamakan belajar selain tidak lupa beriadah, bukanya menghabiskan masa dan wang di universiti dengan tidur, makan dan berbelanja besar sahaja selain leka bersembang di facebook, bermain permainan komputer atau bersembang gosip di birai katil  asrama!" - olih Akmal Jamal.

Nota Lutut: Terima kasih kerana korang sudi membaca entri Siswa Melayu Malas! Yalah, bukan senang kita nak membaca tulisan-tulisan atau komentar penulis diakbar mahupun di media baru, lagi-lagi kalau penulis tu belum top lagi!

16 September 2012

TONGKAT ALI TRAIL


Semalam memang sedikit sibuk dengan aktiviti sosial. Pagi nak jemput Herlin kat 'airport' dan petang pulak ada majlis Hari Raya kat Surau tempat aku tinggal dan waktu yang sama keluarga aku buat kenduri tahlil.


 Hari ini! Tengahari sepatutnya aku ge jemputan majlis perkahwinan anak pasangan En Moktar dan Puan Siti Ghani di Saujana Utama-Sg Buloh tapi, isteri aku pulak demam, so tak jadilah ge majlis tersebut...

Petang tadi, aku ajak kengkawan kayuh basikal kat Frim. Macam biasalah Beb! Masuk kat pintu Frim kene bayar RM 3.00 sebagai pengeras!

Take Five!


Kali ne aku di bawa olih kengkawan berkayuh off road di laluan baru. Laluan tu sebenarnya udah lama, tapi ini lah pertama kali aku kayuh ikut laluan 'Tongkat Ali Trail'. Mulanya kayuhan aku ok aja...sampai kat laluan jalan batu kerikil - Mak Datuk! Tingginya bukit ne. 

Separuh jalan aja aku dapat kayuh, walaupun aku udah guna gear yang paling rendah tapi nafas aku udah semput. Tolak ajalah basikal Beb! Kalau ikutkan petua ketika mendaki, jangan pandang atas. Lagi kita pandang lagi tinggi, ini yang buat kita letih. Huhuhu...


Aku ingatkan aku sorang aja yang semput bila daki bukit  tu!  Ramai gah yang terpaksa tolak-alasan nak temankan aku. Hehehe! Hanya dua orang aja yang lepas berkayuh. Tak pe! Minggu depan kita kayuh lagi, mungkin nanti boleh berjaya daki bukit tu kot!
Tongkat Ali Trail
Kene rest dulu!
Banyak gak trek kat sini
Klik! klik!

Ini laluan paling best! Trek menuruni bukit, jalan tanah merah yang sedikit licin. Kalau tak berhati-hati, mungkin jatuh macam nangka busuk. Hehehe...


Kat bawah ne adalah foto yang di klik sekitar 'Mountain Bike Trail' dari kiri Mohd Hazimi, Mahfol, Atan, Zaidi, Mohd. Faizul dan Mj-Kakiconteng!

14 September 2012

DUTA AS MATI DISERANG!



Salam kepada kakiblog! Kali ne teringin pulak nak taip story pasal Duta AS ke Libya, Christopher Stevens bersama tiga kakitangannya yang mati diserang sekumpulan lelaki bersenjata ketika mereka bergegas meninggalkan bangunan konsulat di bandaraya Benghazi lewat kemarin.

Kumpulan bersenjata tersebut yang dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda, menyalahkan AS berhubung filem yang dihasilkan oleh penulis dan pengarah, Sam Bacile kerana menghasilkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dan mencetuskan kemarahan umat Islam.

Nota: Serangan tersebut dilakukan olih kumpulan Ansar Al-Sharia, kumpulan tersebut dipercayai memiliki hubungan dengan Al-Qaeda. Dua keping foto ne pula hanyalah hiasan - Agensi


12 September 2012

KITA CUMA ADA KUASA!


Jam dinding aku tanpa jarum kecik udah menunjukkan pukul 0045 pagi. Bertemankan secawan kopi 'mahkota dewa' aku belum mahu tidor lagi. Aku masih menaip entri 'Kita Cuma Ada Kuasa' ketika kita hendak menyambut 'Hari Malaysia' pada 16 September bersamaan bulan Syawal 1433.

Dalam kita merayakan Hari Malaysia, warga AS pula memperingati  ulang tahun ke-11, serangan 11 September 2001 yang meragut 2,983 nyawa. Acara utama diadakan dengan membaca kesemua nama mangsa yang terkorban di Ground Zero, tapak Pusat dagangan Dunia (WTC) yang runtuh.

Bulan September jugak, aku menerima berita pembabitan George Soros keturunan Yahudi, yang telah membiayai Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Malaysiakini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Institut Kajian Dasar (IKD) yang mempunyai kaitan rapat dengan parti itu.

Aku asalnya nak story pasal Hari Malaysia aja! Tapi bila aku nak teruskan cerita ne, aku tak boleh lari dari bab kuasa politik orang Melayu.  Ramai kengkawan aku kat luar sana tu yang menjadi ahli seumur hidup Umno, Pas dan PKR. Apabila ada tiga 'slice' kek parti politik orang Melayu (tak kiralah parti kerajaan atau parti pembakang), kuasa politik orang Melayu bertambah kecil berbanding kaum lain.

Tiga keping kek ini pulak jika di potong menjadi empat atau lima slice, akan bertambah kecil dan akhirnya Melayu hilang kuasa politik. Tiga slice kek tadi pong, jika kaum bukan Melayu  mahu membelinya pasti boleh dibelinya kerana mereka memiliki kuasa beli!

Dendam kesumat, alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pengkal lengan  dan biar putih tulang jangan putih mata. Inilah motto orang Melayu turun temurun. Dendam dan berebut kuasa sangat menyeronokan orang Melayu. Malah perebutan kuasa inilah yang menjadi duri dalam daging orang Melayu. Pada pendapat aku, ramai orang Melayu sangat berminat kepada kuasa politik kerana  orang Melayu tidak pandai berniaga. Hanya dengan memegang jawatan dalam parti politik sahajalah orang Melayu yang tidak pandai berniaga tadi boleh kaya raya.

Di kesempatan ini, aku taip sekali lagi lagu 'Warisan' untuk peringatan kepada orang Melayu sahaja!


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah, bercampur keringat
Bumi di pijak milik orang.
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Kita lenyap diarus zaman.

Indahnya bumi kita ini

Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri.
Masa depan sungguh gelap
Kan hilang peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kini sudah tida masa
Bangunlah dengan maha perkasa
Janganlah lalai, teruskan usaha
Melayukan gagah di Nusantara!



11 September 2012

PHOTO SCAPE!








Add caption

Add caption


TEST TAYAR BARU!


Salam! Aku baru balik kayuh dari tasik Metro. Lepas Asar tadi aku gerak arah ke tasik pasal Mahfol dan En Mat tunggu kat pintu masuk tasik. Saja nak test tayar baru!  Mahfol guna tayar kenda dan aku pakai tayar maxxis. 

Petang Isnin tadi, aku bersama En Mat dan Mahfol ge kedai basikal kat Klang. Aku tukar tayar, pedal  dan betulkan rantai gear. Jauhkan aku tukar tayar! Sebenarnya, banyak kedai basikal kat KL ne tapi kalu tak friends memang mahal lah Beb!

Makasihlah kepada En Mat dan Mahfol kerana tolong temankan aku ganti tayar dan pedal baru. Masa test kayuh tadi memang terasa ringan sikit kayuhan aku, terutama ketika mendaki bukit. Lepas ne kalu ada rezeki, aku dan Mahfol nak tukar fork pulak!





10 September 2012

JEMPUTAN AIDULFITRI



Selamat Pagi!  Aku terima  kad jemputan  majlis  Jamuan Mesra Aidulfitri dari AJK surau An-Nur Falah, yang akan diadakan pada 15 Sept 2012 - petang Sabtu. Teringin aku nak datang ke majlis ne, pasal udah tiga tahun berturut-turut aku tidak dapat turut serta.  Sayang seribu kali sayang, hari dan waktu majlis tu sama pulak dengan  majlis tahlil dan perjumpaan keluarga yang diadakan kat ummah kakak aku di Meru, Klang.

Sibuk sangat tu tak lah!  Kekadang aku terpaksa pilih nak ge jemputan jiran, rakan atau jemputan dan pertemuan keluarga. Pertemuan keluarga pun kekadang ada gak aku mis, pasal waktu kerja yang tidak menentu. Apa pun aku sempat gak melayan tetamu (rakan pejabat isteri aku) dan kengkawan dari geng kaki kayuh. Diaorang datang ummah aku pun atas jemputan dan yang udah pasti, aku tahun ne tak buat 'open haus'.

Kepada adik beradik, sepupu, anak buah dan kengkawan aku - harap semua faham, sebab aku sebenarnya udah tidak mampu nak buat 'open haus'. Rumah terbuka atau 'open haus' ne kalau nak di buat tentunya memakan masa dan tenaga. Banyak perkara yang nak kene buat. Mula-mula, kene mintak cuti sekurang-kurangnya dua hari. Lepas tu kene pilih menu apa yang nak dihidangkan kepada tetamu. Berapa ramai tetamu yang dijangka hadir dan waktu ummah terbuka dari jam berapa hingga jam berapa.

Sahari suntuk masa dihabiskan dengan mengemas ummah, mencari peralatan dan pinggan mangkuk serta sudu gerpu. Kalau malas nak basuh, pakai aja pinggan, cawan dan sudu gerpu yang pakai buang. Pagi-pagi pulak udah terpacak kat pasar basah untuk mendaptkan bahan mentah. Tengahari pulak, ge pasar raya untuk dapatkan bahan atau barang keperluan yang lain. Petang hingga larut malam, udah tentu masa dihabiskan kat dapur - 'memasak mak'!

Bercakap pasal memasak ne, tak bolehlah buat cincai atau 'chicago style'. Kene jaga kebersihan - jangan sampai ada tetamu bila balik ummah kene cirit-birit atau istilah lain keracunan makanan. Bila udah siap semua, pintu ummah pun di buka. Selalunya bermula pada jam 1030 pagi hingga 2300 malam. Semasa menunggu tetamu yang dijemput tiba, kengkadang ada gak tetamu yang tidak di undang tiba-tiba muncul sambil mengucapkan salam dan ayat biasa iaitu 'kami datang nak raya'.

'Kami datang nak raya'! Sekumpulan kanak-kanak lebih kurang lima hingga sepuluh orang tersengih kat depan pintu. Kalau kat kampung, kenal atau tidak - kecil atau besar, semua tetamu yang memberi salam di hadapan pintu ummah kita di benarkan masuk. Part ne terpulang kepada tuan ummah, nak bagi masuk atau buat bodoh aja - atau sehingga kumpulan kanak-kanak itu beredar sambil berkata 'Ah! Tuan ummah ne kedekut - taik idung masin'.

Bila adik beradik dan kengkawan yang diundang udah tiba, happylah tuan ummah. Sambil makan sambil tu borak-borak dan gelak ketawa. Tak boleh kita lari dari sifat azali kita iaitu buat lawak dan 'mengumpat'. Kesian gak si polan  dan si polan yang kene kutuk tu. Bila berkumpul macam ne, jangan sesekali bercakap pasal isu politik sekiranya ada tetamu yang tidak satu kepala dengan kita. Nanti tak pasal-pasal 'open haus' jadi kacau bilau dan haru-biru!

Teringat aku satu iklan kat TV! Pendek aja iklannya - pasal minuman 'ribena'. Bila dua orang (wanita) tetamu masuk, terus tuan ummah bagitau nak buat air. Tetamu ne cakap 'air orenlah tu - apa klas'! Begitulah sifat azali orang Melayu yang suka mengumpat telah digambarkan olih syarikat ribena. Satu Malaya  tau Beb!