14 October 2012

KAYUH KE JLN GOMBAK





Salam! Sekarang mungkin musim ujan. Buat masa ne sekitar KL selalu ujan waktu petang dan kami buat keputusan kayuh pagi Sabtu. Berjumpa dan sarapan  kat bangunan Umno Batu Cave jam 0800 pagi. Kami rancang nak kayuh ke bekas tapak Mimaland. 

Lepas sarapan, kami mula kayuh melalui Batu Cave menuju Simpang Tiga. Belok kiri dan masuk ke jalan Gombak melalui Sekolah Keb.Gombak Utara, Sungai Cincin dan pekan cowboy Batu Lapan. Banyak gak lori dan triller melalui jalan ne.


Kayuh dan terus kayuh sambil menikmati pemandangan kampung Melayu di sepanjang Jalan Gombak menuju JHEOA. Sesekali kami berselisih dengan kumpulan road bike yang menjadikan trek Jalan Gombak sebagai tempat latihan mereka pada hujung minggu.


Bila kami menghampiri simpang ke tapak Mimaland, pintu masuk udah dipagar. Kami teruskan kayuhan dan berhenti rehat di hadapan Hospital JHEOA. Kat sini kami berbual dengan En Yusof mengenai hobi yang sama iatu kayuh basikal! Puas berbual, kami teruskan kayuh...


Cuaca nampak mendung! Kami terus kayuh. Laluan yang sedikit berbukit dan banyak lori balak melalui jalan ne. Akhirnya kami buat keputusan untuk berhenti kayuh di hadapan pintu masuk ke Pusat Pengajian Luar Universiti Malaya. Berehat kat sini sambil menjamah sandwich yang di bawa olih Mahfol.

Kami berpatah balik  menuju Alang Sedayu. Laluan menuruni bukit dan kelihatan berhampiran tepi sungai, banyak sampah industri diorang buang kat tepi jalan. Sampah ne nanti bila udah banyak akan jatuh ke dalam sungai. Sungai jadi kotor dan tersumbat. Inilah salah satu sikap orang kita iatu pengotor dan pentingkan diri sendiri.


Lepas tu beluk kanan dan masuk ke simpang tempat perkelahan Alang Sedayu. Kami kayuh menyusuri sungai yang airnya keruh dan lepas tu masuk ke laluan off road. Laluan berbatu dan sedidikt  pendakian menuju ke tapak perkemahan. Kami berehat sambil minum dan berbual dengan tuan punya tapak perkemahan. Cuaca mendung dan tambah gelap walaupun jam menunjukan baru   1230 tenghari. Akhirnya hujan gak, Lebat Beb!


Masa terus berlalu! Hujan masih turun dengan lebatnya. Kami terpaksa tinggalkan tapak perkemahan kerana ada rakan kami yang masuk kojer shift petang. Kayuh dalam suasana hujan lebat buat basikal aku tambah berat. Kayuh melalui lopak air yang bertakung dan sesekali air hujan dan pasir menerjah ke muka. 

Dalam keadaan basah kuyup, akhirnya sampai gak kami ke tempat kayuhan terakhir di bagunan Umno, Batu Cave berhampiran kedai basikal Samy. Kami pekene teh sambil hujan masih turun tapi tak selebat tadi. Lepas minum, Mahfol dan Zaidi teruskan kayuh  menuju Sungai Tua dan aku bersama En Mat gantung basikal belakang kereta untuk balik ke rumah. Jumpa lagi di entri terbaru. Salam untuk anda semua di luar sana!



08 October 2012

TEKANAN, TERAPI & FOTO


Salam! Entri kali ne nak story pasal tekanan, terapi dan foto. Tekanan dari bebanan kerja menyebabkan kengkawan aku memilih basikal sebagai tempat untuk melepaskan tekanan kerja. Selepas puas berkayuh, kami akan berkumpul kat warung-minum sambil berbual dan ketawa.

Bukan semua kengkawan aku minat berkayuh. Ada gak kengkawan yang pergi karaoke, window shopping, main bola, merakam gambar, jogging, melayan facebook, melukis dan yang paling ramai ialah lepak kat restoran mamak.


Tinggal di bandar atau kampung, tekanan hidup sama aja. Dari masalah kewangan, bebanan kerja dan kepincangan keluarga serta masyarakat sekeliling. Ada rakan yang tidak bekerja-hanya duduk kat restoran mamak berjam-jam lamanya. Yang bekerja pula, tertekan kerana tugasan yang sukar, masa yang tidak cukup, masalah yang tidak dijangka dan banyak lagi, seringkali buat kita moyok dan tidak ceria.



Kengkadang  kita terasa  bosan, sepi dan rindu  melanda hidup kita. Bosan mungkin bebanan kerja, sepi kerana masih solo atau rindu pada seorang rakan yang udah lama menghilang. Apabila stres dan emosi negetif menguasi kita, akhirnya kita akan murung dan jatuh sakit.


Kita sedang diuji! Sedang kita berada dalam mood riang kita diuji dengan kesedihan. Kehilangan ahli keluarga tersayang, putus cinta, hilang pekerjaan, bercerai dan bermacam lagi. Yang kaya atau miskin tetap diuji. Tinggal dikampung atau dibandar - didarat atau dilautan tetap mendapat dugaan. Siapalah kita untuk melawan takdir!


Foto yang aku post kat entri ne adalah hasil dari buat terapi merakam foto. Ada foto dapat dirakam dengan baik dan ada gak yang kurang baik. Kebanyakan foto yang aku rakam gunakan kamera handphone. Untuk kepuasan diri dan berkongsi dengan kengkawan di luar sana.  Jumpa lagi!




06 October 2012

JLN TAR+ AYAM GORENG BILAL


Salam dan Selamat berhujung minggu!

I- Jam 10.00
pagi aku gerak ke KL kerana temankan isteri aku ke klinik gigi di Pertama Kompleks. Kami sampai diJalan Tar[1] dan singgah sarapan kat gerai [cantik] berhadapan bangunan Mara. Lokasi gerai [kat sudut ada air pancut], di situlah kami sarapan. Menu yang ditawarkan kat sini ialah Pulut Kuning bersama rendang daging, Roti Arab makan dengan kari kambing. Roti bakar, Nasi lemak, Nasi  Goreng, Mee Kari, Laksa Penang serta Abc, Cendol dan Lee Chekang.


Udah sarapan, kami gerak ke klinik gigi. Selesai urusan kat klinik, kami mahu jalan-jalan sekitar Maju Junction. Melalui bangunan baru Mara, teringat pulak dihadapan bangunan MARA ne dulunya ada gerai-gerai  [tak cantik], yang menjual roti john, satay, goreng pisang dan bermacam lagi. Sekarang bangunan Mara udah cantik dan  ada penyewa fast food Mac'D!



Lepas tu jalan-jalan kat sekitar Jalan Tar, melalui Sogo, Kamdar dan bagunan Coliseum. Sambil tu mata memerhatikan pergerakan orang ramai yang masing-masing ada urusan tersendiri. Salah satu urusan diaorang ne ialah minta derma untuk membina surau atau masjid. Duduk kat celah-celang tiang kedai sambil menegur orang ramai yang lalu lalang kat situ.



Kalau minta derma kerana 'oku'[2] [macam gambar kat bawah ne], aku tak kisahlah! Tapi yang buat aku muyskil[3] pasal minta derma nak bina surau atau masjid. Yang aku tahulah, selama ne kalau nak kutip derma diaorang letak tabung kat depan pintu Masjid bukan minta derma kat kakilima. Kalau betul nak bina itu dan ini kenapa tak minta bantuan kerajaan negeri. Namanya pun nak dirikan masjid! Tentu kerajaan negeri bagi bantuan, janji mohun bantuan  ikut peraturan. Katakanlah kerajaan negeri tak mampu nak bantu, boleh mohun kat jutawan atau NGo muslim yang aku dengar banyak NGo muslim membantu saudara muslim lain kat luar negara. Takkan diorang (NGo Muslim) ne pun buat bodoh jer! - [Macam anak kera kat hutan di-susukan, anak sendiri dibiarkan mati kelaparan. Takkan macam tu kot!]

II- Aha! Lupakan kejap pasal minta derma kat kaki lima. Aku jeling jam tangan udah menunjukkan pukul 1245 tengahari. Cuaca mula panas dan rasa dahaga sangat. Perut pun minta diisi dan kami cadang nak makan nasi kat Restoran Bilal diJalan Tar. Kami menapak ikut laluan siar kaki  diJalan Tar dan melintas depan panggung Coliseum yang udah di tutup.Mungkin nak buat kerja-kerja  menaik taraf bangunan Coliseum!.


Sedikit sesak ketika menyusuri siar kaki kat sini!  Banyak kereta berhenti dihadapan kedai menjual kain. Diaorang ne pulak jenis beli banyak-banyak untuk dijual kat kedai diaorang. Kedai yang menjadi tumpuan ialah kedai kain ela, baju kurung siap jahit, selendang dan tudung. - [Betulah kata seorang penulis buku yang pernah aku baca. Kalau nak jadi jutawan, buatlah perniagaan barang keperluan perempuan. Salah satu sebabnya ialah kuasa beli terletak pada kaum perempuan]. - Wallahuaklam!

Jalan punya jalan sampailah kami kat Restoran Bilal. Kami pesan nasi brayni, ayam goreng dan sayur acar. Bila udah terhidang kami pun mula makan. Inilah rezeki tengahari kami. Sayang betul! Ayam goreng yang dihidangkan pada kami, kulitnya udah hitam lagi keras. Kalau ikut pengelaman aku (ex tukang masak), ayam goreng tu udah digoreng dua atau tiga kali, tupasal kulitnya keras dan berwarna hitam. Biasalah mamak, mana diaorang nak rugi. - Mungkin semalam, ayam goreng tu tak habis dijual dan pagi tadi diaorang goreng balik!

Cerita pasal ayam goreng ne, kalu di-goreng dua-tiga kali kat rumah atau kat restoran Melayu biasalah tu! Lebihan ayam goreng tu diorang buat masak cili atau masak kicap. Tetapi kat Restoran Bilal mana mungkin ada menu ayam masak bercili atau ayam masak kicap Bai!

Kes
ayam di-goreng semula ne memang terjadi gak direstoran makanan segera. Alasan yang diberikan oleh Penyelia ialah nak kawal kos tetapi pada masa yang sama tidak mengawal mutu makanan. Kes macam ne pernah terjadi ketika aku berkerja kat KFC Bukit Bintang sekitar awal tahun 80'an. - [KFC inilah tempat pertama kali aku bekerja  didapur sebelum berhijrah ke dapur yang lebih besar iaitu disebuah restoran di Genting Highland sebagai Pelatih Tukang Masak!]

III- Imbas Kembali!
Dolu, ketika aku kojer diKFC shif pagi, salah satu tugas aku ialah goreng semula lebihan ayam goreng semalam. Bukanlah banyak mana pun lebihan ayam goreng semalan, adalah lima-enam ketul. Ayam di-goreng semula tu, kalau kita teliti boleh nampak teksturnya[4] sedikit hitam berbanding ayam yang baru digoreng. Sekiranya ada pelanggan pagi tu yang take away, kami akan campurkan seketul dua dengan ayam yang baru digoreng. - [Kalau ikutan SOP perniagaan, tentulah ayam goreng lebih semalan tidak boleh dijual kepada pelanggan!]


Nota Lutut: Pengelaman mendewasakan kita. Kepada kenkawan yang terbaca entri aku  ne, dinasihatkan jangan sesekali menjadi pelanggan pertama take-away di mana-mana outlet fastfood. Jangan cobak-cobak nak takeaway ketika kitchen udah hampir hendak ditutup. Kemungkinan burger kenkawan (sebagai contoh sahaja) akan dicelup ke dalam air mop sebelum digrill. Jangan terlalu cerewet pasal black coffee. Bukan semua cafe menggunakan biji kopi yang sama dengan selera korang. Kalau korang memang cerewet dan minta 'barista'[5] kurangkan rasa pahit kopi, tidak mustahil air kopi korang kene ludah[6] atau kene ka'hah![7] - Jumpa lagi!


04 October 2012

KLIK! HUJUNG MINGGU





Salam di hujung minggu! Jalan-jalan  ke Kuala Selangor  dan singgah di Restoran Rahmaniah untuk sarapan pagi. Sebelum nie pun aku pernah story pasal teh tarik, roti canai  yang sedap kat kedai mamak nie. Masa aku masuk restoran, udah ramai pelanggan yang sedang menjamu selera. Nasib baik masih ada satu meja kosong, kalau tidak terpaksalah sarap kat tempat lain. Lepas sarapan, perjalanan di teruskan menuju Tg Karang. 



Dari Tg Karang terus menuju Sekincan. Kelihatan sawah padi yang luas terbentang. Di tepi jalan pulak, banyak gerai atau warung yang menjual cendul, mentarang bakar, dodol, soto dan buah-buahan. Dari Sekincan perjalanan di teruskan menuju Sungai Besar. Kat sini aku singgah kejap untuk klik! klik! klik!


Mundar mandir kat Sungai Besar dan perut pun mula minta diisi. Selesai urusan kat Sungai Besar aku gerak menuju semula ke Tg Karang melalui Sekincan. Berhenti kat gerai buah-buahan dan belilah sedikit mangga, jambu merah dan pisang nangka untuk di bawa balik ke KL.(Boleh tahan gak harga sebiji jambu merah...Seringgit sebiji Beb!) Lepas tu gerak menuju Tg Karang untuk makan tengahari.



Kat Tg Karang nie nak makan kat mana ya! Pusing-pusing berhampiran pasar basah dan nampaklah sebuah gerai menjual soto, pecal dan abc. Nampak cam sedap aja, sayangnya meja yang 3x buah tu udah penuh dengan pelanggan...

Jalan keluar arah Masjid Tg Karang dan singgah makan kat kedai ala-ala 'Air Asia' pasal makan kat sini murah Beb! Bermacam-macam lauk ada di sediakan, termasuk nasi ambeng. Sambil makan, aku lihat ramai pelanggan yang beli bungkus nasi ambeng (nasi, lauk, sayur dan mee goreng). Walaupun aku selalu dengar pasal nasi ambang, tapi aku tak pernah makan lagi.


Pada pemerhatian aku, pekan Kuala Selangor, Tg Karang, Sekincan dan Sungai Besar nie di penuhi oleh peniaga dari kaum Cina. Orang Melayu pulak yang terdiri dari suku kaum Java dan Banjar, tinggal di kawasan perkampungan atau kawasan pertainan. Dioarang nie kebanyakan petani, pekebun dan nelayan kecil-kecilan. Sedikit sangat kaum India tinggal di kawasan kampung. Kebanyakan mereka masih tinggal di penempatan 'estet' kelapa sawit dan ladang getah.


Bercakap pasal makanan pulak, tentulah menu dari kaum Java dan Banjar banyak di jual sekitar empat pekan yang aku sebutkan tadi. Sekadar menyebut beberapa jenis makanan seperti  lontong, soto, nasi ambang, pecal, tapai, tempe, pais ikan dan mertabak pisang. Kalau rajin merayau-rayau sekitar pekan tersebut, luorang mungkin  terjumpa gerai menjual Bakso!

Ada gak restoran atau gerai menjual Tom Yam, tapi udah menjadi pemandangan biasa-kat mana-mana pekan atau bandar pasti ada gerai menjual Tom Yam. Kekadang setengah pemilik gerai terpaksa ambik tukang masak tempatan pasal kalu nak ambik dari Siam Petanni mahal sikitlah Beb! Paling murah pun rm1,200.00 seorang. Tak boleh ambik sorang aja, kena ambik sepasang. Maksud sepasang ialah tukang masak dan pembantu sekali. Kalau dua-dua cuti balik kapung, kena tutuplah gerai Tom Yam. Balik kampung pulak tu bukan sehari dua, kekadang seminggu Beb! Huhuhu...


Nota Kaki: Empat pekan atau kawasan tadi tu ada gak tokoh atau pemimpin yang dilahirkan kat sini seperti  Dato'Abu Hassan Omar (Bukit Belimbing), Dato' Khir Toyo dan Dato' Noh Omar. Yang lain-lain tu aku tak ingat pulak! Jumpa lagi kat entri akan datang Kayuh suka-suka@ Frim!

01 October 2012

MERENTAS DESA!


Merentas Desa! Bunyinya macam lari merentas desa ketika minggu suai kenal kat kolej. Sebenarnya aku berkayuh dengan kengkawan merentasi kawasan perumahan, tepi tasik, mendaki bukit merah, melalui paya, anak sungai, kebun dan single track berlumpur serta berpasir.

Laluan macam ne aku suka pasal aku boleh merakam foto sebanyak yang boleh. Memasuki off road seawal pagi bersama tiga rakan memang menarik Beb! Mana tidaknya - pemandangan tasik Empangan Batu yang tenang, pohun, dedaun dan embun pagi  serta kicauan burung silih berganti buat aku happy sangat.

Sewaktu berkayuh, aku dapat pelajari bahawa aku dan kengkawan di luar sana perlu menghargai khazanah alam terutama spesies flora dan fauna yang hampir pupus selain memastikan haiwan dapat menikmati kehidupan tanpa gangguan atau ancaman pembangunan dari manusia. 

Nota Kaki: Tiada kata secantik bahasa. Jumpa lagi Beb!

Berhenti sekejap! Nikmatilah...
Luas pandangan di Tasik Empangan Batu!
Terdengar suara
Sepasang ayam Belanda!
Jauh datangnya tu...
Melalui anak sungai!
Kasut pasti basah...
Paya Track! Berair dan berpasir
Disini tempat aku bermain...
Four Men Raider!

Laluan Berbukit!
Buat nafas aku semput...

Udara nyaman dan air bersih!
Kasut ne udah berbakti hampir 10 tahun...

Berteduh - Menghilangkn rindu...


Suka kayuh Mtb!
"Mari tolak basikal" hehehe...