12 December 2012

TAMAN NEGARA TANJUNG PIAI

Salam Kengkawan semua!  Baru hari ne aku dapat kebenaran dari Picasa untuk upload foto. Entri kali ne adalah story aku bersama Majid, Midah dan Ijat ketika singgah melawat penghujung selatan tanah besar Asia. Terletak di Taman Negara Tanjung Piai, Pontian-Johor. Keluasan keseluruhan ialah 926 hektar, dan  jumlah itu dibahagi kepada 526 hektar hutan bakau serta 400 hektar lagi dataran lumpur.

Kawasan ini menjadi tempat kediaman pelbagai jenis spesies unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, kepah, ikan tembakul dan kera. Diwartakan sebagai Taman Negara Tanjung Piai pada 26 Febuari 2004. Koridor paya bakau yang menyambungkan Pulau Kukup dan tanah lembah Sungai Pulai. Untuk info kengkawan semua, Taman Negara ini juga adalah hutan simpan ke 1,289 dalam senarai Ramsar.

Nota Kaki : Kalau kengkawan berminat untuk datang ke sini, aktiviti yang diorang selalu lakukan ialah perkemahan, photography, memancing, bird watching dan melihat kunang-kunang. Bayaran masuk Rm 5.00 (dewasa) dan Rm 3.00 (pelajar). Jumpa lagi di entri Sepetang di Tanjung Piai.
Majid dan Ijat di Selat Melaka!
Laluan ke Jetty@ Tg Piai
Pemandangan Selat Melaka!
Laluan ke globe penghujung Asia!
You'll Never Walk Alone...
Boardwalk lama dan baru!

Hutan Paya Bakau!
Indahnya bumi kita ini...
Midah nampak happy!
Melintasi pondok di boardwalk!

02 December 2012

SALAM DISEMBER!

Salam Disember!
Untuk bulan Disember ne, udah ada beberapa keping kad undangan majlis perkahwinan yang Mj terima. Bermula pada 1hb (Sabtu), jemputan dari Puan Jamilah kerana majlis perkahwinan anak beliau yang diadakan di Dewan Taman Ibu Kota, Gombak.

Lepas tu, pada 2hb hari Ahad - majlis raider Rimba Bara yang diadakan kat Dewan Batu Muda off Jalan Ipoh. Masa ne pulak aku tak dapat datang pasal keracunan makanan (sakit perutlah Beb!).

Menyusul lepas tu, jemputan dari keluarga Hj Rosli dan Hajjah Zuraidah pada hari Sabtu, 8 Disember 2012, yang diadakan di-Dewan Lumu, Jabatan Perhutanan, Km21, Jalan Sungai Buloh. Lepas tu undangan dari Kak Mien (tempat kejiranan aku tinggal) yang akan diadakan pada 16 Disember 2012. Diikuti jemputan dari raider Yusman Afiq yang akan dilangsungkan pada hari Ahad, 20hb Januari 2013 di Pusat Komuniti Tmn Koperasi Polis Fasa 2.

Bulan Disember 2012 juga dikaitkan dengan cuti sekolah, musim kahwin, musim banjir, musim durian, dan pesta bola Aff Piala Suzuki 2012. Ketika Perhimpunan Agong Umno 2012 yang diadakan kat PWTC, masa yang sama Harimau Malaya udah membaham Garuda dua gol hasil jaringan menerusi pemain sayap, Azamuddin Akil pada minit ke-27, diikuti pada minit ke-30 hasil tendangan dari Mahali yang menerima hantaran dari Wan Zack Haikal. 

Disember ne juga aku sepaptutnya memasukan entri Bercuti di Tanjung Piai, Majlis jemputan Puan Jamilah dan entri Koleksi photo-pic bagi tahun 2012. Tapi entri tersebut masih tertungak, pasal aku takleh uplaod foto. Masa terluang ne pulak,  aku upload lagu ke Ipad dengan bantuan Mat Siong. Lagu-lagu tersebut kebanyakan aku salin tajuknya dari blog adik aku Misah. Kepada kengkawan yang berminat nak dengar lagu sebagai halua telinga, bolehlah layari blog di http://amy11. blogspot.com.

Koleksi Halua Telinga!
1.   Tobat Maksiat (Tobat)  - Wali
2.   Pada Mu Ku Bersujud   - Afgan
3.   Widuri                          - Brorey Marantika
4.   Andai Ku Tahu              - Unggu
5.   Ayat-ayat Cinta             - Rossa
6.   Terukir DiBintang         - Yuna
7.   Suatu Masa                   - M. Nasir
8.   Love Story                      - Andy William
9.   Bukan Aku Tak Sudi        - Iklim
10. Sudah Cukup Sudah        -  Nirwarna Band
11. Harapan Menanti           - A. Ramlie
12. Menyesal                        - Ressa Herlambang
13. Kisah Dan Tauladan       - A. Halim
14. Knife                                - Rockwell
15. Tahajjud Cinta                 - Siti Nurhaliza
16. Sesaat Kau Datang          - Ramlah Ram
17. Tercipta Untuk Ku           - Unggu
18. Derita Cinta                     - Jamal Abdillah
19. Budi Setahun                    - Ahmad Jais/Kartina Dahari
20. Rahsia Pohon Cemara     - Exists
21. Luka Lama Terguris...      - Alleycats
22. Mahligai Syahdu              - Hattan
23. Bertemu DiKalbu             -  Jaclyn Victor
24. Biarlah Bulan Bicara       - Brorey Marintika
25. Ku Menunggu                   -  Rossa
26. Pendam                             -  Shahir
27. Penghujung Cintaku         -  Pasha/Adela
28. Harapan Menanti              -  A. Ramlie
29. Lagu Tiga Kupang             -  A. Romzi
30. Pesanan Buat Kekasih       -  Spring

27 November 2012

KISAH ABDUL WAHID BIN ZAID

Salam kepada pembaca blog! 
Aku baru balik bercuti dari Taman Negara Tanjung Piai, Johor. Ingat nak post entri baru pasal percutian, tapi bila nak uplaod foto gagal pulak. Yang keluar ialah ...

Woohps! You're out of space. You are currently using 100% of you 1 GB quota for photo. Upgrade store. Photo are stored in your Picasa Web Album account and in your 1 GB free photo quota for photos. Additional storage you purchase is shared between several Google products and is in addition to your free quota. Learn more!

Untuk meneruskan entri terbaru, aku post cerita Allah Tidak Pernah Tidur dari Kisah Abdul Wahid Bin Zaid. Kisahnya begini...

Kami melakukan pelayaran dengan menaiki sebuah perahu. Hembusan angin telah membawa kami ke sebuah pulau. Di sana, saya melihat seseorang yang menyembah berhala. Kemudian kami bertanya kepadanya "Siapa yang kamu sembah?" Orang itu hanya menunjukkan jemari tangannya kearah patung.

Kemudian kami berkata, "Di dalam perahu kami ada patung seperti itu. Ia bukalah tuhan yang harus disembah".
Orang itu berkata, "Kalau begitu, apa yang kalian sembah?"
"Allah" jawab kami. "Siapakah Allah itu?" tanya dia. 
"Dialah Dzat yang menguasi Arasy di langit, bumi menjadi kekuasaan-Nya, dan hidup serta mati menjadi ketetapan-Nya."

"Kemudian dia bertanya, "Bagaimana kalian mengenali Dia?"
Kami menjawab, "Allah mengirimkan seorang utusan yang mulia kepada kami. Kemudian utusan itu mengkhabarkan kepada kami tentang ketuhanan-Nya." Dia bertanya,"Apa yang dilakukan oleh utusan itu?". Kami menjawab, "Menyampaikan risalah yang telah ditugaskan Allah kepada dirinya."

Dia bertanya lagi, "Apakah utusan itu meninggalkan tanda kepada kalian?". Kami menjawab, "Benar, dia telah meninggalkan kami kitab Allah'. Dia berkata, "Tunjukan kepadaku kitab Allah itu.". Sudah pasti, bahawa kitab Allah itu sangat baik. Kemudian kami memberikan kepadanya satu mushaf.

Dia berkata, "Saya tidak tahu bagaimana cara membacanya". Maka, kami membacakan kepadanya surah al-Baqarah. Belum selesai kami membaca surah al-Baqarah, dia menitiskan air mata hingga kami selesai mengkhatamkan surah al-Baqarah. 

Dia berkata, "Sungguh, pemilik kitab ini tidak layak untuk diingkari."Akhirnya, dia memeluk Islam. Kemudian kami membawa orang itu bersama kami. Seterusnya kami megajarinya ajaran-ajaran Islam dan membaca Al-Quran. Ketika gelap malam sudah datang, dan kami sudah melakukan solat serta makan malam, kami bersiap-siap untuk tidur. Orang itu berkata kepada kami, "Wahai para sahabatku, apakah Tuhan yang telah kamu tunjukan kepadaku ini tidur jika waktu malam sudah datang?"

Kami menjawab, "Tidak saudaraku! Dia adalah Tuhan yang Agung dan tidak pernah tidur." Kemudian dia berkata, "Kalau demikian, kalian adalah hamba yang paling hina. Kalian tidur pulas (tido sakan), sedangkan Tuhan kalian tidak tidur". Sungguh, kami dikejutkan oleh perkataanya. 

Abdul Wahid berkata, "Setelah waktu berlalu beberapa bulan, ada orang yang menyampaikan khabar kepadaku bahawa orang itu sedang sakit tenat menjelang kematiannya. Kemudian aku pergi menjenguknya dan aku berkata kepadanya, "Apakah ada sesuatu yang kamu inginkan?" Dia menjawab, "Sampaikanlah  ucapan terima kasihku kepada mereka yang telah datang ke pulau tempat tinggalku dulu".

Abdul Wahid berkata lagi, "Kedua belah mataku terbenam dalam rasa ngantuk. Aku tertidur di rumahnya. Dalam tidurku bermimpi. Aku melihat tempat kuburan orang itu. Di sana terdapat sebuah taman, di dalam taman ada rumah yang indah, di dalam rumah itu terdapat ranjang tidur (katil) dan diatas katil itu ada seorang gadis yang sangat cantik, yang mana aku belum pernah melihatnya. Gadis itu berkata, "Ya Allah, aku meminta kepada Mu agar Engkau segera mempertemukan diriku dengannya. Sungguh, aku sangat rindu untuk bertemu dengannya." Aku terbangun dari tidur. Teryanta, roh orang itu sudah meninggalkan dunia. Kemudian aku memandikannya, mengkafaninya dan memakamkannya. Tatkala malam sudah menjelang, aku tidur. Dalam tidur aku bermimpi. Aku melihat dia di dalam rumah yang ada di tengah taman bersama gadis yang sangat cantik jelita itu. Dan orang itu membaca ayat Al-Quran yang bermaksud,
                
           "Sedang malaikat-malaikat masuk ke tempat-tempat  dari
            semua pintu. Sambil mengucapkan  'Salamun, alaikum bima
            sahabartum.' Maka alangkah baiknya tempat kesudahan 
            itu". - (Ar-Ra'du:23-24)          

19 November 2012

HARU BIRUNYA KELOMPO!

Salam Geng! Itu hari aku ge Bukit Bintang @BB guna bas GoKL. Ketika bas menyusuri jalan menuju BB, sempat gak aku klik beberapa photo-pic yang aku anggap pemandangan Haru Birunya Kelompo masa kini.

Sana sini bunyi kelentang kelen-tung! Sibuk bebeno pekerja-pekerja pembinaan buat kojer. Macamlah Kelompo nak sambut sukan Olimpik menjelang tahun 2020. Paling ketara kat kawasan segitiga emas. Sapelah tak kenal Bukit Bintang! Kalu pelacung datang Kelompo mesti diorang datang sini. Terkenal dengan hotel 6 bintang, pusat belibelah 5 bintang, retoran, kopitiam dan cafe berjenama luar negara. Tu belum masuk bab pusat hiburan malam dan umah urut yang selalu pekerjanya tersalah urut.

Sebenarnya Kelompo tengah kejar masa. Menjelang tahun 2020, Kelompo mesti berada dalam kelompok bandar maju macam bandaraya  Tokyo, Hong Kong, Amsterdam, Istambul, Dubai atau setidak tidaknya macam bandaraya Singapura gitu. Sayangnya sebahagian penduduk Kelompo belum bersedia dari segi gaya hidup baru untuk menjadi warga bandaraya metro.

Kayu pengukur taraf hidup orang Kelompo! 
 Masih  ramai lagi yang tinggal kat rumah panjang dan rumah pangsa dua bilik. Diorang ne guna transport  motosikal  cupcai aja. Makan minum hanya mampu kat warung atau gerai tepi jalan.  Pakaian pulak, kalu boleh beli kat kedai bundel atau pasar malam aja. 

Nak jadi negara maju! Bukan terletak kepada banyaknya pencakar langit atau hebatnya pusat belibelah. Kalu banyak pusat belibelah atau pong restoran berjenama tapi warganya takde duit takleh jadi gak. Jika ramai warga Kelompo yang miskin, nanti banyaklah kejadian yang tidak diingini seperti meragut, pecah kereta dan  merompak Beb!

Menjelang 2020! Kelompo kene sediakan peluang pekerjaan untuk golongan yang gaji basicnya Rm 1,500.00 seorang. Tempat kojer atau ruang pejabat mestilah cangih gak. Kekadang ne nama aja pejabat sumber manusia (contohlah!) tapi macam stor. Meja kerusi masih lagi pakai meja kayu (hak milik kerajaan) era tahun 80'an. Kiri kanan, depan belakang penuh dengan fail. Kekadang lorong nak lalu pong muat-muat badan aja.

Nak jadi bandaraya maju! Cara pemikiran dan sikap orang bandar mestilah maju gak. Pekerja mesti ikut peraturan, jangan kul 0800 masih lagi pot-pet pot-pet kat restoran mamak. Nanti kul 1000 turun minum lagi. Belum waktu rehat udah keluar dan masuk lambat pulak tu. Kul 0330 turun lagi, minum petang katanya. Ini menunjukan sikap warga pekerja kat Kelompo   belum maju lagi.

Nak salahkan pekerja 100% takleh lah! Sepatunya setiap aras pejabat, majikan sediakan mesin kopi. Kalu staff haus bolehlah diorang tekan mesin tu. Udah basic gaji dinaikan, pejabat canggih, ada mesin kopi barulah ada gaye pekerja kota metro! 

Nota Kaki: Udah tersasar jauh aku story! Setakat ini ajalah yang dapat aku sajikan buat entri kali ne. Masa yang sama, berita dari Genting Gaza...Serangan udara tentera Israel telah masuk hari keenam. Meragut korban keseluruhan berjumlah 96 orang. Pemimpin Isreal berpuas hati dengan kejayaan Operation Pillar of Defence, bertujuan untuk menghentikan tembakan roket pejuang Hamas. Kemarin, Perdana Menteri Israel, Benjamin NatangYahoo (sebut betul-betul) berkata, pasukan tentera daratnya (seramai 40,000 orang) kini bersedia untuk menggempur Genting Gaza bagi menentang pejuang Hamaz. - Agensi

Gerai dilaluan siarkaki!
Adakah penguatkuasa bersubahat...
Gerai makan terbuka tepi jalan.
Mampukah kita menjadi negara maju 2020!
Conteng dinding style lama.
Bila wrga kota nak ubah perangai!
Kelentang kelen-tung!
Stesen mrt bawah tanah 
depan BB Plaza!
Iklan GoKL
Bumbung dan lantainya kotor!

 Bangunan terbiar! Catlah  bagi cantik...
atau pagarkan aja. Mata tenguk tak sakit Beb!
Kerja-kerja naik taraf !
Jalan Raja Chulan
Bekas tapak Bus Stand Klang.
Sedang mengejar dateline!

Simpang empat paling sibuk kat Bukit Bintang.
Bawah jalan nelah laluan mrt!

18 November 2012

facebook + Blog!

Cuaca kat luar masih lagi gerimis! Jam dinding ummah aku baru menunjukan kul 1210 tengahari waktu Kelompo. Sekarang ne aku tengah ngadap pc, sambil telinga dengar berita mengenai Gaza yang masih dibedil olih tentera Israel.

Masa aku klik kat home fb aku, nampak ketika ini ramai kengkawan yang post photo pasal Palestine. Ada kengkawan yang bagi comment ada gak yang like aja. Aku pong taktau kenapa diorang ne like setiap kali ada photo-pic mengenai serangan Israel terhadap Palestine terutama di Gaza.

Like kat fb bermaksud suka, setuju atau sokong! Adakah diorang ne suka Israel serang Palestine atau sekadar berkongsi penderitaan di alam maya dengan rakyaat Palestine. Wallahhualam! Ada gak entri yang mahukan kengkawan fb boikot  barangan Amerika kerana sokongan Presiden Barack Obama terhadap tindakan kejam Israel. 

Kat blog apa pulak ceritanya! Kalau blog akulah, carian yang paling kerap ialah Bercuti ke Johor Baharu, pasal taman Legoland udah dibuka. Tentulah ramai kengkawan yang nak ke Legoland! Carian ne dapat dilihat kat Popular Posts atau kat Live Traffic. Pautan blog kat side kanan pulak lain ceritanya. Ada blog yang udah bersawang dan ada yang terus frozen! Contohnya macam blog A. Shukri Alias, Andy Warhol Art, Bakivomit, Kebun Seni dan Catatan Aris Aziz (blog diaorang ne nak didalate sayang pulak!). 

Teringin gak aku nak story pasal Israel yang asalnya takde negara tapi akhirnya diiktiraf undang-undang antarabangsa dalam Perisytiharan Balfour. Bangsa Yahudi ne akan bekerja sama dengan golongan yang mempunyai corak pemikiran serupa,  agar dunia lain menghadapi kemusnahan , demi survival bangsa mereka.

Nota Kaki: Kejadian-kejadian yang kita lihat dan kita dengar mengenai penderitaan bangsa Palestin dari corong radio, kaca tv atau internet adalah datangnya dari Allah. Pasti ada hikmah disebalik Palestin diserang! Kenapa dunia Arab membisu seribu bahasa. Kenapa PBB udah jadi badan bangsa tidak bersatu. Kenapa mesti ada dua kumpulan pejuang di Palastine. Jumpa lagi dientri terbaru. Salam dari Mj!

Ini adalah photo-pic yang aku pinjam
dari friends fb aku!
Pic ne pong sama...Pinjam Beb!

Pic ne aku pinjam dari rakan fb Ariel Shah III

16 November 2012

GOKL City Bus

Salam dari Mj kepada kaki blog! Entri kali ne nak story pasal Go KL - perkhidmatan bas percuma dari Central Market ke Bukit Bintang. Kebetulan plak anak buah aku siFaizal nak ge Low Yat Plaza kat Bukit Bintang, jadi bolehlah aku ikut sekali.

Sebelum ne pernah aku tulis, mana ada benda free kat KL ne! Rupanya aku silap Beb! Kat KL ne kalu pandai memang ada benda free macam bas yang disediakan olih Go KL City Bus.

Bas GoKL ne memudahkan orang KL termasuk pelancung nak berulang alik ke Bukit Bintang. Sebelum ne memang ada bas Metro buat service ge Bukit Bintang, tapi diorang ne buat servive macam zaman bas mini. Bas taklah cantik sangat, tapi kekadang terjerit-jerit panggil penumpang. Selagi tak penuh tempat duduk tak nak jalan.

Teksi KL pong banyak, tapi perangai diaorang pong 2x5 macam bas metro. Perangai tak bagus Beb! Pelancung selalu merungut pasal teksi tak guna meter. Suka-suka dia nak kenekan penumpang. Kalu guna meter pulak, saja pusing ikut jalan jauh! Alasan cam biasalah, jalan tu sesaklah, banjirlah atau jalan tutuplah. Orang luar bolehlah teksi dreba kelentong, tapi aku sorrylah Beb! 

Pernah satu petang! Aku naik teksi nak ge Jalan Bukit Bintang. Derba Melayu tu peramah tapi melencung jalan lain, kira jauh sikitlah. Bila sampai kat Bukit Bintang, meter teksi lebih dari tambang biasa. Aku minta maaf kat dreba teksi tu, pasal aku takleh bayar ikut meter. Derba teksi tu tersengeh aja! Nak kelentong orang KL mana boleh Beb!

Perhentian bus GoKL
berhampiran Central Market!         
Pemandangan dalam bas yang selesa!
Ada aircorn lagi - Percuma!!!

Lalu kat depan Hotel Istana!
Belok kanan melalui pintu gerbang bbklcc!
Bus boleh berhenti kat depan Pavilion!
Perhentian bas kat Bukit Bintang!
Tak jauh dari pintu gerbang ke
Ain Arabia!

15 November 2012

13 RIDER @EMPANGAN BATU

Salam Hijrah! Hari ne ialah awal Muharram dan semua kengkawan kat luar sana dah tau pasal Maal Hijrah kan! Entri kali ne bukan nak story pasal Hijrah tapi kisah 13 rider berkayuh ke Empangan Batu pada pagi 13hb November 2012. 

Pada cuti umum Deepavali lepas, 13 rider mula berkayuh dari Sungai Tua. Mereka yang turut serta ialah Atan sebagai mashall, Zaidi, Mahfol, Jeffry, Deathman, Ady, Thor, Ajoi Gt, Hazimi, Qhyroll, Yusman dan Brother Otai (tak ingat namanya).

Kali ne kami dapat masuk ikut pintu utama empangan dengan kerjasama pengawal yang bertugas. Ketika memasuki kawasan empangan, tayar basikal si Yusman kurang angin. Walaupong udah dipam tapi masih kurang angin, akhirnya kerja-kerja tukar tiup baru dilakukan olih Thor dan Hazami.

Selesai udah kerja tukar tiup! Kayuhan diteruskan melalui permukaan jalan yang becak dan lepas tu terpaksa menempuh laluan trek yang dipenuhi air. Sejak kebelakangan ne ujankan! Tentulah paras air di tasik empangan naik dan memenuhi permukaan jalan. Kami redah jugak! Yang tak bestnya kasut basah Beb!

Ada satu ketika, kami tak boleh kayuh pasal paras air kat laluan  melebihi paras roda basikal. Itu yang diukur ikut ketingian roda basikal, belum lagi kalu termasuk dalam lubang...Huhuhu! Mau tergolek dog Beb! Si Atan sebagai pemandu arah terpaksa buat laluan baru, iaitu laluan panjat bukit dan turun bukit. Hehehe...

Dua kali terpaksa panjat dan turun bukit! Kebetulan pulak ada bawak parang, bolehlah menebas dan menebang pokok kecik untuk dibuat laluan. Aku dapat lihat kerja berpasukan kengkawan raider, ketika menaikkan dan menurunkan basikal. Inilah namanya  satu kepala Beb! 

Selesai turukan basikal! Kami pulak turun secara bergilir-gilir. Turun ikut pokok yang ditebang pasal takde tali. Lalauan curam lagi licin, ada gak kengkawan yang tergelincir! Nasib baik takde apa-apa insiden! Lepas tu kayuhan diteruskan melalui dua anak sungai. Kali ne takeh elak, kasut dan seluar basah Beb!

Jauh lagi tempat penamat Beb! Kayuh terus kayuh, dan ambik keputusan rehat kat tepi sungai. Sambil berbual, ada gak yang basuh kasut dan check pacat kalau-kalau ada melekat kat peha. Si Atan beritahu kami, iaitu tempat penamat offroad tak jauh lagi. Kalau kita kayuh mungkin dalam masa setengah jam boleh sampai ke RiverStone Resort. Kalau tolak basikal (Mtb) tak taulah bila nak sampai! 
,

Rehat setengah jam! Lepas tu perjalanan diteruskan menuju RiverStone. Laluan kat sini lebih kepada menolak basikal, pasal permukaan jalan yang tidak rata dan mendaki. Tiba-tiba hujan turun dan takde tempat nak berlindung. Dalam keadaan basah kuyup, basikal terpaksa gak ditolak, kalu tidak bila nak sampai! Teringin gak aku nak merakam foto ketika ujan, tapi takut disambar petir. So! takde le foto  tolak basikal ketika ujan lebat.

Kami akhirnya sampai di sekitar Riverstone resort. Disinilah tamat laluan offroad. Lepas tu kami kene kayuh lagi menuju ke  tempat perkelahan di Ulu Yam. Setibanya ditempat perkelahan, ujan udah berhenti dan jam menunjukan hampir kul 12 tengahari. Kami berehat disalah satu gerai untuk minum. Ketika kami duduk, seekor demi sekor pacat jatuh atas lantai gerai. SiAjoi paling banyak kene gigit pacat! Katanya, lebih 15 ekor pacat sangkut kat kedua belah kakinya.

Ujan balik! Lepas rehat kami kayuh menuju  Sungai Tua. Dalam ujan lebat tu, sempat gah layan dua bukit Beb! Sambil kayuh, terfikir tak kita - Kat Malaysia ne, hujan turun untuk menyuburkan tanaman  dan menambah paras air diempangan tetapi di Palestin, ujan peluru pulak yang diorang terima. Kat Malaysia ne kengkawan boleh pilih, nak ujan peluru ke nak ujan air!

Nota Kaki: Sejak semalam Israel telah melancarkan serangan keatas penduduk Palestin. Di Gaza sekurang-kurangnya tiga orang maut dan lebih seratus orang penduduk Palestin cedera. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hanya sebagai 'rubber stamp', pasal tak mampu menghalang operasi ketenteraan Israel di Genting Gaza. Jumpa lagi!