Selamat Pagi Kawan!
Aku suka memulakan entri dengan warna hijau. Hijau nampak segar ketika waktu pagi, walupun aku sendiri tidak segar! Hehehe... Aku memang pentingkan warna dalam kehidupan aku, kerana warna adalah bayangan diri aku. Warna berkait rapat dengan jiwa, perasaan dan suasana kehidupan aku.
Kehidupan seharian aku diselubungi dengan berbagai -bagai warna. Aku memilih warna hijau untuk 'kitchen cabinets, basikal fixie, kerusi, tile dan accessories. Keseluruhan dinding dan lantai aku biarkan warna putih kerana aku meletakan lukisan di dinding dan sahelai rug merah diatas lantai. Aku juga mengantung di bilik bacaan jam warna merah dan sebuah jam warna putih di bilik tetamu. Lain-lain warna yang aku minat untuk hiasan dalaman ialah warna kuning dan jingga. Warna pakaian aku pulak! Aku tidak suka warna merah, jingga dan kuning. Aku lebih berminat pada warna hitam, biru, putih, coklat dan sedikit hijau. Inilah gambaran warna dalam kehidupan aku. Walaupun aku meminati warna merah, hijau dan kuning tidak semestinya aku meminati warna tersebut untuk pakaian. Warna-warna tersebut bagi aku lebih sesuai untuk accessories hiasan dalaman.
Warna penting dalam kehidupan. Penyelidik mendapati warna boleh membangkitkan sesuatu tindak balas dan mempengaruhi fikiran. Ia memberi kesan kepada perasaan orang terhadap kita.
Apa pendapat pakar tentang makna disebalik warna :-
Putih adalah hasil campuran warna-warna lain dalam spektrum. Ia ciptaan yang lengkap dan tulen. Justeru putih membawa erti lengkap, bersih dan suci. Ibarat ilmu yang belum disingkap, ibarat telur yang menunas dan menetas. Putih menunggu penciptanya memperkembangkan diri keluar dari lingkarannya.
Merah pula ada
agresif, panas baran. Kalau berdukacita atau letih, warna merah bagus diberi perhatian. Ia membantu memanggil tenaga fizikal simpanan dalam menyempurnakan tugas. Dalam berurusan pula mereka ini mahu melihat sebab dan alasan.
Kuning warna pengetahuan dan kegiatan fikiran. Ia juga warna logik, pelajaran, pertumbuhan mental dan merangsangkan fikiran ke peringkat tinggi. Terlalu banyak kuning menyadikan seseorang bertukar diktator. Akan menyekat keupayaan pertumbuhan mental. Berbagai-bagai nada kuning menunjukan tahap kematangan fikiran. Makin gelap nadanya, semakin cenderung kepada ciri-ciri jasmani.
Hijau pula, adalah warna alam dan daun-daun. Ia mengumpulkan tenaga daripada cahaya matahari, mempunyai daya penyembuhan dan menghidup atau menumbuhkan semula daun serta pepohon yang mati. Dalam aura asal-usul warna, hijau warna pertumbuhan. Ia warna kedamaian yang memberi kita waktu untuk mengisi semula tenaga simpanan. supaya dapat terus melangkah ke-peringkat kehidupan hingga ke alam kebatinan.
Jingga-Wujud dari
Coklat- Pertumbuhan bermula dari tanah. Warna ini adalah tenaga simpanan alam dan unsur jasmani yang meyaluti tumbuhan hijau. Coklat warna kebendaan dan kekayaan. Apabila warna hijau tumbuh dan berubah coklat, daun menjadi kering lalu mati. Ini bermakna kekayaan harus digunakan mengikut saluran yang betul. Coklat adalah lambang tanah, dan tanah akan ketandusan. Oleh itu anda perlu bekerja terus untuk menjadi mewah.
Hitam sebenarnya bukan
Biru dalam alam adalah la
Ungu warna pertumbuhan rohaniah, falsafah, kerajaan atau diraja. Raja diselitkan dalam warna ini kerana mereka biasanya pemeritah atau ketua agama. Makin gelap warna ungu, makin tebal rahsia berhubung langkah dan tindakan yang dilakukan. Warna ungu campuran tenaga merah dan perasaan biru. Ia memberi aura kepada tenaga mengatasi yang lain untuk muncul sebagai orang depan.
Hati-hati kalau nak pakai
ReplyDeletepakaian warna kuning! Nanti
ada kumpulan yang salah erti!