Selamat bertemu lagi dalam entri Tak nak! Kali ini aku ingin
mengajak anda "Cegah Sebelum Terlambat". Penyakit obesiti, yang dikaitkan dengan penyakit kronik seperti diabetes, jantung dan kanser. Kalau ikutkan saranan pakar, kengkawan kene membuat pilihan yang betul ketika membeli produk makanan.
Makanlah sayuran dan buah-buahan pada setiap waktu hidangan utama. Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Buatlah aktiviti fizikal seperti bermain layang-layang dengan anak, berkebun, membersihkan rumah, memasak, berjalan 10,000 langkah setiap hari dan berbasikal. Kengkawan juga mestilah yakin boleh melakukan dan plak mendapat sokongan dari rakan dan keluarga. Untuk amalkan gaya hidup sihat kengkawan kene memupuk minda sihat dan berhenti merokok!
Tak nak!
Tak nak merokok
Aku dah lama berhenti merokok beb! Kebanyakan kengkawan aku yang suka kayuh basikal pong dah berhenti merokok. Dulu aku juga kaki merokok. Sehari aku hisap lebihkurang 2 kotak rokok Gudang Garam. Aku dikira penagih tegar rokok Gudang Garam. Kalau tak hisap rokok aku rasa gelisah dan tak keruan! Satu hari aku pergi berjumpa Dr gigi untuk bersihkan plak gigi yang dah mula menebal.
Lepas makan tengahari aku minum iced kosong. Fulamak! Punyerlah ngilu. Rokok pun aku tak hisap pasal sayang kat gigi yang baru dicuci. Lama-kelamaan aku dah tak beli rokok, kalau kawan bagi, aku letak kat bibir tapi rokok aku tak bakar. Akhirye aku berhenti terus. Bila aku lepak dengan kengkawan kat kedai mamak, aku terpaksa tutup hidung-pasal aku dah tak boleh cium bau rokok! Hahaha...
Sebab itulah aku buat aktiviti berkayuh. Kayuh bukan sahaja kita dapat menyedut udara bersih, tapi boleh membakar kalori! Petang semalam aku kayuh bersama dua rakan facebook iaitu Mahfol Azizah's dan Saiful Azhar Thor's ke frim-Kepong. Kalau nak kayuh ke frim hujung minggu, kene bayar rm3.00 seorang. Berbaloilah kayuh kat frim, suasana tenang, dingin dengan pemandangan hijau!
Extra:
Dengan membayar 50 sen untuk sebatang rokok, anda sebenarnya membelanjakan:
# 05 sen untuk peruncit
# 24 sen untuk cukai hasil tembakau
# 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok
# 01 sen untuk dinikmati penanam/pengawit tembakau
# 01 sen untuk keuntungan pemborong/ pengedar rokok
(Nilai sebenar sebatang rokok hanyalah 5 sen!) Hehehe.....
*Maklumat ne aku ambil dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Publish by Kakikayuh
No comments:
Post a Comment