27 May 2012
20 May 2012
KOMENTAR dari Azman Anuar
![]() | |
Apa sahaja masalah pekerja asing, mungkin ada dalam kepala Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez. Dia tahu apa yang berlaku di rumah, kedai dan restoran. Dia juga tahu akan nasib pekerja Bangladesh di kilang atau dipremis lain. Hebat sungguh wanita ini. Dia tahu apa yang berlaku terhadap pekerja asing di setiap ceruk negara ini. Walhal banyak perkara yang didengarinya cuma 'agak-agak' sahaja.
Kita hormat perjuangan Irene terhadap nasib dan hak-hak pekerja asing sejak tahun 1990-an lagi. Mungkin sampai sekarang pun, dia makan dan tidur bersama-sama pekerja-pekerja asing untuk mendapatkan 'laporan eksklusif'. Sebab itu, dia rasa masalah pekerja asing di Malaysia masih tidak mendapat pembelaan. Dia rasa peraturan yang ada sekarang belum cukup menjamin hak keselamatan dan kebajikan pekerja-pekerja asing di negara ini.
Dia mahu pekerja asing di Malaysia tidak diganggu oleh penguat kuasa undang-undang. Biar mereka bebas bekerja. Biar pekerja asing buat sesuka hati tanpa hormati rakyat tempatan. Irene menuntut kerajaan Malaysia supaya membentuk rangka kerja berdasarkan undang-undang bagi melindungi pekerja asing. Dia mendawa kerajaan mendiskriminasi pembantu rumah dan pekerja ladang apabila tidak memasukan golongan itu dalam peraturan gaji minimum yang baru diperkenalkan.
Irene menyifatkan wanita Indonesia yang bekerja dalam sektor pembantu rumah di Malaysia hanya dijadikan sebagai objek eksploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol. Yang mungkin beberapa pekerja asing tidak beritahu Irene ialah, baik pekerja Indonesia atau Bangladesh yang dirujuknya tidak terbela itu sebenarnya sudah mampu mengirim wang kepada keluarga di kampung halaman masing-masing. Ada yang pandai berjimat - sudah mampu membeli rumah, tanah dan kedai di negaranya.
Apa yang Irene nampak daripada pekerja asing ialah majikan dan kerajaan Malaysia tidak bersikap adil kepada mereka. Masalah psikoloji, mental dan fizikal yang ditanggung majikan dan rakyat negara ini atas sikap pekerja asing tidak pula diambil peduli oleh Irene. Senang-senang pada 7 Mei lalu, Irene mengeluarkan kenyataan kepada media di Indonesia bahawa Malaysia bukanlah negara terbaik untuk rakyat negara itu mencari rezeki. Dalam temu bual berbentuk soal jawab yang disiarkan akbar Jakarta Post, Irene mendawa majikan di Malaysia melanggar undang-undang dan terbabit dalam rasuah selain anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) sering menggugut pekerja asing.
Terbaru dalam wawancara dengan Malaysian Insiders, dia dilapor mendawa pekerja Bangladesh ditindas di negara ini serta pekerja asing sering diugut pihak berkuasa. Berdasarkan hanya dua tiga kes, Irene membesar-besarkannya seolah-olah banyak kes melibatkan rakyat Indonesia atau Bangladesh dilayan buruk semasa bekerja di negara ini. Mudah sungguh Irene membuat kenyataan tanpa berdasarkan realiti dan fakta sebenar.
Kalau benar rakyat negara ini kejam, tak mungkin ramai rakyat Indonesia datang ke negara ini untuk mencari rezeki. Irene kene peka terhadap perasaan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa jenayah yang dilakukan oleh warga dan pekerja asing. Jangan asyik nampak kesalahan kerajaan dan pihak berkuasa negara ini sahaja. Apakah muslihat Irene memburukan Malaysia di mata masyarakat dunia sahaja? Atau dia hanya mahu timbulkan persepsi buruk terhadap Polis dan Rela!
Pengarah Eksekutif Tenaganita ini nampaknya keras hati orangnya dan tetap dengan pendirian bahawa Malaysia tidak selamat untuk pekerja asing. Kalau difahami kata-katanya pada sidang akbar di pejabat Tenaganita pada 9 Mei lalu, kita tidak perlu berlembut dengannya lagi. "Apa sebab hendak memohon maaf, saya membuat kenyataan yang benar tentang apa yang berlaku, kezaliman dibuat kepada pekerja migran disini, tidak betul kalau saya mohon maaf, sebab saya tidak salah," kata Irene.
Banyak pihak mendesak Irene dikenakan tindakan tegas kerana kenyataannya itu dikeluarkan tanpa bukti yang kukuh. Tindakannya itu juga telah membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat negara ini. Tuduhannya terhadap kerajaan, Polis dan Rela adalah sangat berat. Apakah Irene juga ada 'kekebalan' seperti S. Ambiga?
13 May 2012
12 May 2012
PEMANDU SAKIT OTAK!
09 May 2012
HELAH ORANG-ORANG CHINA!
Mj : Helah boleh gak menyelamatkan, bukan helah untuk menghancurkan sebuah negara. Makna yang hampir kepada tepermenai ialah terperi agaknya, sabuah pilu : perahu yang besar. Pokok kayu kesma - aku pun tak pernah tenguk. Temasek pulak semua orang udah tau iaitu Singa+pura. Keling pulak bermaksud negara India. Habislah haus bukan bermaksud dahaga. Hehehe...
07 May 2012
06 May 2012
TIPAH XTERTIPU!
Kisah bermula apabila Nurul Ain, menerima SMS yang tertara 'anda telah meraih hadiah percuma bernilai RM19,000 dari Shell Helix. Nurul Ain kemudian membuat panggilan dan seorang lelaki bertutur loghat Indonesia yang memperkenalkan diri sebagai Datuk Farid, sebagai mewakili syarikat. Lelaki tersebut meminta nombor akaun bank bagi mendeposit wang berkenaan.
"Mulanya saya ragu kerana dialek percakapannya tidak seperti rakyat tempatan, namun selepas terpedaya dengan menyakinkan dia orang Sabah, baru saya memberikan nombor akaun" kata Nurul Ain. Sambung Nur Ain lagi, selepas itu pengirim SMS itu memberitahu wang dimenangi akan dimasukkan dalam akaun dalam masa 10 hingga 15 minit. Boleh menyemak sendiri selepas tempoh masa berkenaan, namun selepas berbuat demikaian tiada sebarang transaksi terbaru.
Nur Ain menghubungi semula nombor berkenaan dan mereka meminta Nur Ain pergi ke bank untuk melakukan beberapa langkah mengunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan langkahnya diarahkan sendiri olih pihak berkenaan. "Salepas mengikut apa yang disuruh, masih tidak ada peningkatan baki akaun, baru tersedar sebenarnya sudah terjerat dalam kes penipuan" ujar Nur Ain.
Nota: Menurut Nur Ain, dia bernasib baik kerana berfikir panjang memindahkan kesemua baki wang simpanannya ke akaun lain sebelum menghubungi pengirim SMS untuk mengetahui tindakan lanjut perlu diambil bagi memperolehi hadiah tersebut.
Cerita aku: Lebih kurang 10 tahun dulu pun aku pernah terima SMS yang mengatakan aku adalah orang bertuah kerana memenangi hadiah dari Petronas bernilai RM30 ribu. Aku tak pernah berurusan dengan Syarikat Petronas, dan sudah pastilah ini hanyalah gurauan dari kengkawan aku yang baru tukar nombor telepon. Jika benar syarikat Petronas nak bagi duit free kat aku, pasti syarikat tersebut guna nombor telepon pejabat. Betul tak Beb! Pasal SMS yang diorang hantar guna bahasa Indon, aku pun balas SMS tersebut. "Pak! Hadiah RM30 ribu ne sikit bangat! Boleh Bapak tambah lagi RM30 ribu. Aku mau beli boat laju". Lepas tu diorang tak layan dah! Hehehe...
"Mulanya saya ragu kerana dialek percakapannya tidak seperti rakyat tempatan, namun selepas terpedaya dengan menyakinkan dia orang Sabah, baru saya memberikan nombor akaun" kata Nurul Ain. Sambung Nur Ain lagi, selepas itu pengirim SMS itu memberitahu wang dimenangi akan dimasukkan dalam akaun dalam masa 10 hingga 15 minit. Boleh menyemak sendiri selepas tempoh masa berkenaan, namun selepas berbuat demikaian tiada sebarang transaksi terbaru.
Nur Ain menghubungi semula nombor berkenaan dan mereka meminta Nur Ain pergi ke bank untuk melakukan beberapa langkah mengunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan langkahnya diarahkan sendiri olih pihak berkenaan. "Salepas mengikut apa yang disuruh, masih tidak ada peningkatan baki akaun, baru tersedar sebenarnya sudah terjerat dalam kes penipuan" ujar Nur Ain.
Nota: Menurut Nur Ain, dia bernasib baik kerana berfikir panjang memindahkan kesemua baki wang simpanannya ke akaun lain sebelum menghubungi pengirim SMS untuk mengetahui tindakan lanjut perlu diambil bagi memperolehi hadiah tersebut.
03 May 2012
WAJAH-WAJAH POP+15
![]() |
Kawan Aku! Kamera Model Canon EOS 400D |
![]() |
Aku makan dulu ye! Kamera Model Nikon Coolpix S3000 |
![]() | |||
Klik sana Klik sini!
Camera Model Canon EOS 400D
|
![]() | |||
Dah Readay ne!
Kamera Model Sony Ericosson
|
![]() |
The Good, Bad & Ugly! Model Kamera CanonEOS 400D |
![]() | |||
Senyum ada makne! |
![]() |
Kasih Sayang! |
![]() |
Penantian! |
![]() |
Bila nak makan ne! |
![]() |
Baki: Rm1.00 dan Isian semula sbl... |
![]() |
Siapa nak masuk meminang! |
![]() |
Best Cendol ne! |
![]() |
Nenek Kesayangan Ku! |
![]() |
Uweeeeek!
|
![]() |
Jangan nangis ye! |
Subscribe to:
Posts (Atom)