31 October 2012
30 October 2012
PETANG SENIN DI FRIM
Motosikal atau basikal kene pakai topi!
Treck off road
![]() |
Tong sampah tiga warna |
![]() |
Surau baru dalam pembinaan? |
![]() |
Tempat cuci basikal lepas off road |
Rumah staff Frim dinaik taraf![]() |
Kawasan tasik untuk berehat |
28 October 2012
KURSI P. RAMLEE
Salam dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha! Aku menyambut Hari Raya Korban kat kampung dalam suasana damai, dan harapan aku penduduk Islam di Selatan Filipina dapat gak menyambut Aidiladha dengan sedikit tenang dengan tercapainya perjanjian damai MILF dengan kerajaan Filipina pada 15 Oktober lalu.
Menarik buat aku nak story pasal P. Ramlee ne ialah sekeping foto dalam akbar mengenai sekolah rakyat di Selatan Filipina. Dalam foto tu kelihatan bebudak sekolah sedang belajar sambil duduk bersila atas lantai. Kat luar pulak, ramai orang dewasa sedang memerhatikan sambil menggikuti sistem pembelajaran yang diajar olih guru tersebut.
Gambaran macam kat sekolah rakyat di Selatan Filipina tu udah di ceritakan olih P. Ramlee dalam filem sekitar tahun 60'an. Udah berpuluh tahun tapi kat Selatan Filipina masih ada sekolah rakyat macam tu!
Berbalik pasal entri Kursi P Ramlee ne, aku kutip sedikit tulisan dari Mazlan bin Mahmud. "Pakaian, remos rambut dan dialog sentiasa menjadi ikutan kepada peminat-peminat tegar P. Ramlee sehingga ke hari ini. Jenaka sedih, marah, simpati adalah perasaan yang di bawa oleh P. Ramlee kepada penonton dalam filemnya. Pada 18 Oktober lalu, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Dato' Sri Utama Dr. Rais Yatim telah melancarkan Kerusi P. Ramlee yang dipertanggung jawab-kan kepada Aswara.
Penjelmaan kursi ini bertujuan untuk mencapai kecemerlangan seni melalui penyelidikan, kecemerlangan dan kesarjanaan artistik di mana ia akan menempatkan Program Pasca-Siswazah peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di Aswara.
Sudah sampai masanya kajian mengeni ikon seni negara ini dikitabkan sebagai rujukan temadun seni untuk pengaji yang seterusnya. Hasil kajian Krusi P. Ramlee juga kelak akan menjadi pencetus kepada kajian ikon-ikon seni negara yang lain khususnya dan amnya kajian kesenian budaya bangsa yang bertemadun".
Di pendekan sikit "Kursi P. Ramlee hasil idea cetusan Dr. Rais ini dilihat akan merubah kelaziman pemahaman terhadap P. Ramlee dan karya itu sendiri. Seperti harapan beliau semasa pelancaran Kursi P. Ramlee, agar kajian seharusnya lebih mendalam baik dari aspek psikologi mesej di dalam karya berserta watak dan pengaruh sosiologi kepada masyarakat harus diselami dengan lebih halus sehingga ke saraf dan nadi karya tersebut. Ia memerlukan akal, pancaindra dan ilham untuk menjejaki pemikiran P. Ramlee. Itulah cabaran kerusi P. Ramlee". - Mazlan bin Mahmud.
Nota Kaki: Penulis (Mazlan bin Mahmud) ialah bekas Setiausaha Politik Mentri Penerangan. Tulisan penuh beliau boleh di baca pada ruangan Advertorial muka surat 32-Utusan Malaysia, Khamis 25 Oktober2012. Maksih kerana membaca!
23 October 2012
21 October 2012
@KEBUN BHG KETIGA
Cuaca pagi yang redup dengan diiringi okestra dari kumpulan pelbagai spesies unggas yang terbang bebas di sekitar hutan simpan kat sini. Jam kat handpon menunjukan kul 0930 pagi. Kami baru balik dari jungle trecking untuk keluarkan peluh. Sesampai kat kebun, hidupkan unggun api untuk kurangkan nyamuk.
Kami berbual megenai masa depan. Aku juga ada impian untuk memiliki rumah yang mengadap sungai. Sungai yang dalam, ada jeti dan sabuah sampan dengan enjin sangkut. Sesekali boleh merayau dengan sampan sambil menikmati pemandangan hijau, melihat burung berterbangan dan sesekali boleh gak memancing ikan.
Rumah dalam kebun mengadap sungai! Ada pokok durian, manggis, rambutan, ciku, cempedak dan nangka udah cukup. Pulak tu aku pelihara dua ekor ayam belanda dan dua ekor itek angsa sebagai pengawal rumah. Boleh gak pelihara itek dan lepaskan kat sungai. Rumah pulak buat satu setengah tingkat dan di bahagian atas ada beranda dan boleh buat studio lukisan.
Bila umur kita udah menghampiri senja, memang tak sesuai tinggal dibandar seperti kat Kelumpo. Banyak hal dan banyak bunyi yang saban hari kita lihat dan kita dengar kebanyakan mengenai kepincangan masyarakat bandar. Manusia yang kurang bijak dikatakan sering melakukan kesilapan dalam hidup mereka. Tetapi ada gak segelintir manusia yang terlebih bijak begelar ahli politik, peguam, doktor dan ketua jabatan melakukan jenayah. Mereka ini dilihat lebih cenderung kepada rasuah, salah guna kuasa dan tidak amanah.
Lupakan impian dan kepincangan masyarakat bandar! Jam udah menunjukan kul 1230 tengahari. Kami berkemas untuk balik umah. Melalui Karak dan terus ke pekan Bentong untuk berhenti makan tengahari. Selesai makan- kereta bergerak laju melalui lebuhraya dan akhirnya sampai kat umah. Sekianlah story aku kali ini. Kepada kengkawan diluar sana, jangan jemu sekodeng entri lama dan baru dari Mj.

20 October 2012
KEBUN+EMPANG BHG DUA
![]() |
BERMALAM DI KEBUN
Hari Jumaat! Lepas sembahyang aku buka handphone dan terima sms dari Sani. Ajak ge bermalam kat kebun untuk kutip durian dan akan gerak jam 1500 petang. Aku siapkan barang asas yang perlu dibawa seperti baju panas, lampu suluh, pisau, mancis, lilin, first aid seperti plaster, panadol actiFast, antiseptic cream, ubat gigi dan moustique lotion.
Jam 1455, Sani datang jemput aku dan kami gerak ikut lebuhraya. Ketika dalam perjalanan aku lihat langit mendung. "Langit kekadang mendung-bukan langit tidak sempurna". Begitu juga kehidupan kita, kekadang happy dan kekadang beremosi. Kita sangka panas hingga kepetang, rupanya ujan di tengahari.
![]() |
Add caption |
17 October 2012
RUMAH PANJANG & TASIK METRO
Sambil kayuh keliling tasik bersama Mahfol, sambil tu aku perhatikan aktiviti diaorang kat sini. Berkayuh melalui padang, nampak diaorang sedang main layang-layang, bebudak pulak main buaian, ada yang berjogging, kayuh basikal, memancing, pasangan remaja lepak kat pondok (buat apa diaorang tu!) dan sesekali motosikal cupcai ronda-ronda sambil melepaskan asap beracun.
![]() |
Lupakan pasal layang-layang! Aku tenguk sekitar tasik ne ada pembaharuan. Pagar keliling tasik udah di naik taraf. Kira ada klas gitu! Lorong-lorong tikus yang di buat olih manusia udah di tutup. Rasa selamatlah sikit kalu beriadah kat sini. Dulu pagar banyak kene potong. Dioarang nak masuk ikut belakang - potong je pagar. Lama-kelamaan, banyaklah pintu masuk haram yang ditebuk diaorang. Pic kat bawah ne ialah laluan masuk ke tasik ikut pintu rumah panjang.
Rumah panjang! Tidaklah panjang mana pun. Kalau kita pandang dari tasik, memang tak cantik. Mungkin kedudukan rumah panjang ne udah tidak sesuai lagi berada berhampiran tasik. Sekarang ne pun, sebahagian rumah panjang tu udah dirobohkan. Ketika aku melintasi bekas tapak rumah panjang yang udah dirobohkan, nampak hampir 15 ekor anjing berkeliaran. Nanti apabila penghuni rumah ne dipindahkan ke kawasan perumahan dbkl, janganlah bawa sekali anjing liar ne ya!
Udah roboh! Pic kat bawah ne ialah sebahagian rumah panjang yang udah dirobohkan. Tentulah penghuninya juga udah mendapat rumah baru. Udah bersediakah diorang ne tinggal dikejiranan baru. Persediaan dari segi mental, perubahan sikap dan tanggungjawab. Adakah pihak dbkl atau pemaju perumahan memberikan buku panduan, cara-cara atau gaya untuk tinggal dikejiranan baru. Takleh lah bawa budaya rumah panjang Bro! Perlu ada perubahan dalam gaya hidup. Di perumahan baru ada lift, ada bilik hos bomba, ada pakir tempat letak kereta-motor, tong sampah disediakan, ada pekerja pembersihan dan ada tangga kecemasan.
Sebelum berpindah, ada baiknya emak-bapak sekolahkan anak-anak tentang sampah jangan dibuang dari tingkat atas, jangan jadikan dinding lift macam facebook, jangan bermain disiarkaki(coridor), dan jangan kuatkan bunyi radio atau tv bila menjelang malam. Bila udah bagi sikit ceramah kat anak-anak, mungkin diorang kurenglah menjadi mangsa kejutan budaya! Jumpa lagi dientri akan datang. Sayang dari Mj!
![]() |
Subscribe to:
Posts (Atom)