![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kat Belakang rumah! Lepas bersalaman dan letak beg, aku ge belakang rumah nak tenguk kambing yang dipelihara olih si Amir. Bek! Bek! Beeeeeekkkkk...bunyi kambing kelaparan pasal si Amir keluar ge kebun ambik makanan kambing. |
![]() |
Tak lama lepas tu si Amir datang dan bagi makan kambing. Ada gak si Amir pelihara ayam, tapi katanya ayam banyak mati pasal kene penyakit. Lepas aku klik beberapa foto kat belakang rumah, isteri aku ajak ge pasar kat pekan Alor Gajah untuk beli ikan dan sayuran. |
![]() |
![]() |
Balik dari pasar! Si Amir ajak temankan ge jemputan kahwin tengahari nanti. Aku dengan Amir sempat gak ge dua jemputan kahwin disekitar Alor Gajah. Mula-mula ge jemputan kat dewan Masjid Alor Gajah dan lepas tu ge jemputan kahwin pasangan Fara & Lufti yang diadakan kat dewan sekolah. Petang pulak! Anak buah ajak ge pekan Alor Gajah untuk pekene sate. Seperti yang dijangka, ketika sampai kat sekitar foodcourt, udah ramai orang - lagipong petang Sabtu ada pasar malam. Lepas pekene sate, kami pusing-pusing kat pasar. Belilah sedikit sate dan ayam goreng untuk dibawa balik. Malam pulak, lepas nonton bolasepak antara Singapura lawan Thailand - kami tido dan esuk awal pagi nak gerak ke Tanjung Malim. Jumpa lagi di entri akan datang! |
![]() |
Meja kat pintu masuk... |
![]() |
Buku Meja pengantin Fara dan Lufti |
![]() |
Pekan Alor Gajah waktu petang! |
![]() |
Masjid Alor Gajah |
![]() |
As Salam!
Aku bercadang hendak bercuti ke arah selatan tanah air. Aku mengajak adik Misah, abang Omar, adik Majid dan adik Midah. Kebetulan hari yang aku rancang, adik Misah nak pergi bercuti ke Bukit Fraser dan abang Omar ada acara lain. Isteri aku si Mawa pulak terpaksa hantar emak balik ke kampong setelah berehat seminggu di rumah Ana [adek Mawar] yang terletak di Jalan Klang Lama.
Hari yang di-janjikan hanya adik Majid, adik Midah dan si Ijat [anak buah aku] ikut pergi bercuti. Ketika berehat untuk sarapan pagi di R&R, Majid cadangkan singgah di Air Hitam, lepas tu gerak ke Batu Pahat untuk makan tengahari. Macam biasalah kalau adek Majid singgah kat Batu Pahat! Pasti lepak kat gerai Assam Pedas, tetapi tengahari itu gerai yang Majid selalu singgah tak bukak - jadi kami makan di gerai sebelah. |
![]() |
2- Lepas isi perut! Perjalanan diteruskan menuju Pontian. Keluar dari pekan Batu Pahat dan gerak arah kiri, baru adek Majid perasan sudah salah jalan. Kereta berhenti sekejap kat tepi jalan dan Majid call si Ali (budak Batu Pahat) mintak arah laluan yang betul untuk ke pekan Pontian. Setelah Ali beritahu, kereta yang di pandu Majid berpatah balik arah ke pekan Batu Pahat dan seterusnya nampak papan tanda arah ke Pontian. |
![]() |
Rasa lega! Bila sudah berada dilaluan yang betul. Samalah dengan kehidupan kita kalau dolu-dolu kita jahil, kurafat, banyak buat dosa, dan hampir-hampir sesat. Kita kenalah patah balik kepangkal jalan Beb! Kalau sudah ada papan tanda senang sikit perjalanan kita. Jalan terus dan jangan beluk kiri atau beluk kanan. Lihat sajalah pemandangan atau kejadian sepanjang perjalanan kita. Rugilah kalu perjalanan kita di habiskan dengan berkhayal atau acara tido! |
![]() |
3- Akhirnya! Sampai juga kami ke lokasi yang dihajati iaitu Taman Negara Johor-Tanjung Piai. Walaupong kami rasa sedikit penat pasal lama duduk dalam kereta, tetapi hati kami tetap berbunga gumbira bila kaki kami melangkah menuju ke pintu masuk Taman Negara. Acara pertama ialah pergi ke tandas pasal sudah nak terkucil. Lepas itu beli tiket di kauter dan kami gerak masuk menyusuri boardwalk iaitu laluan siarkaki kayu yang disediakan di-sepanjang perjalanan menuju globe (The Southernmost Tip of Mainland Asia). |
![]() |
Di sini! Kita boleh lihat dan belajar banyak perkara tentang pemeliharaan hutan paya bakau. Di sinilah lubuk untuk pencinta alam! Tenang dan damai bila melihat pemandangan kapal-kapal berlabuh di persisiran, sambil merasa dinginnya tiupan angin dan alunan ombak Selat Melaka. |
![]() |
Disediakan gak! Campsite, tempat bbq, menara tinjau dan jetty. Aku dan Ijat panjat jugalah menara tinjau nie. Yelah! dah sampai kat sini, semua nak diterokai. Lepas itu kami gerak menuju jetty. Sampai separuh jalan si Midah berhenti, katanya takut nampak air laut dan laluan jetty tersebut pula menghala ke tengah laut. Gayat! kata adek Midah. Aku, Majid dan Ijat meneruskan langkah ke arah jetty dan si Midah perpatah balik dan menunggu kami di Visitors Complex. |
![]() |
4- Setelah kami puas menikmati hembusan angin laut Selat Melaka, kami cadang hendak mencari bilik untuk berehat. Singgah kejap di counter cendrahati. Si Ijat beli T.Shirt dan aku beli Your Guide to National Parks of Johor sambil bertanya tentang tempat penginapan yang hampir dengan Taman Negara. Diorang bagitau, ada resort tidak jauh dari taman nie! |
![]() |
Kami gerak menuju Tanjung Piai Resort! Setibanya dikauter penyambut tetamu-diorang bagitau hanya tinggal sedikit sahaja bilik sebab sekarang nie musim cuti sekolah dan kebanyakan bilik sudah ditempah oleh orang dari Singapura. Kami tempah dua bilik dan lepas itu segera bergerak, menapak ke arah bilik yang paling hujung sekali. |
![]() |
Ketika berjalan arah ke bilik, ada gak aku tanya Midah "Gayat tak?". Katanya sudah tak gayat, lagipong laluan pejalan kaki nie dibuat dari simen. Hehehe! Si Midah tersengeh sambil menjinjing beg pakaian... Masuk bilik! Klik aircorn dulu dan tak lama lepas tu sayup-sayup kedengaran azan Magrib berkumandang. Adek Majid bergegas ke surau yang terletak tidak jauh dari bilik penginapan kami. Aku pulak, cepat-cepat mandi sebelum menunaikan solat. Di pendekan cerita, usai solat Isha' kami keluar dari tempat penginapan untuk makan malam. |
![]() |
5- Majid cadangkan makan malam di Pontian. Di sebabkan lokasinya jauh sangat Majid ambik keputusan untuk makan malam di pekan Kukup sahaja. Cari punya cari kedai makan, akhirnya nampak papan tanda Restoran Haji Salleh yang terletak berhadapan dengan pejabat Imageresen. Sementara menunggu makanan dihantar, aku sempat ronda-ronda berhampiran jeti ke pulau Kukup. |
![]() |
Makan malam yang enak! Ikan stem, udang, sotong dan sayuran. Alhamdulliah syukur! Selesai menjamu selera kami berempat balik ke tempat penginapan. Besuknya kami check-out awal pasal henak melawat saudara belah arwah ayah di Bukit Pasir, Muar. Sudah lama kami tidak datang ke Bukit Pasir. Dolu, pada awal tahun 80'an, arwah ayah pernah mengajak aku dan adik Majid melawat kakak arwah belah ayah. Itu cerita dolu! Ingat-ingat lupa di mana rumahnya. Pusing dua tiga kali tidak juga kami ketemu, akhirnya kami tinggalkan Muar dan menuju Alor Gajah. Petang sudah ketika kami sampai di Alor Gajah! Kami singgah di rumah Ayu Amir. Ayu ialah adik kepada isteri aku si Mawa. Kami di jamu makan tengahari walaupun sebenarnya waktu sudah lewat petang. Lepas makan dengan lauk-pauk yang enak, kami meneruskan perjalanan menuju Kulompo. - Wallahuaklam! |
![]() |
Salam! Seperti yang aku janjikan iaitu akan post entri terbaru bertajuk Sepetang di Tanjung Piai. Berbekalkan kamera Nikon Coolpix S3000, aku klik beberapa keping foto ketika sampai di sekitar lokasi Tanjung Piai Resort. Kat bawah ne aku upload 11 keping foto ketika waktu petang, senja dan waktu pagi ketika nak check out dari tempat penginapan. |
![]() |
Kisahnya! Tanda penghujung selatan tanah besar Asia udah aku singgahi. Puas mencuci mata dengan pemandangan Selat Melaka dan kehijauan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya. Kini aku singgah pula di Piai Resort sambil menghirup udara segar dari angin laut selatan.
Terbuai dengan angin sepoi-sepoi bahasa (angin yang bertiup lembut lagi sempoi), mata melihat jetty, nelayan dan sampan. Petang nan indah! Bunyi kocakan air laut, langit yang biru serta siulan burung terbang pulang ke sarang. Ini petanda, senja akan berlabuh dan waktu sembahyang Magrib akan tiba. Selepas Magrib! Adik aku Majid tertidor kerana keletihan memandu. Bangun dan berwudhu untuk menunaikan fardu 'isya'. Lepas tu kami berempat (Majid, Midah dan Ijat) keluar dari resort untuk makan malam. Mulanya kami nak makan kat Pontian tapi lokasinya jauh sedikit. Tempat yang paling hampir dengan resort ialah pekan Kukup. Kami singgah di Restoran Haji Salleh untuk makan malam. Olih kerana kami udah sampai di pekan Kukup, Majid kata, rugi kalu tak merasa makanan laut. Kami pesan udang, sotong, ikan dan sayur. Makan malam yang menyelerakan dan harga yang berpatutan. Sekiranya kengkawan bercuti ke Tanjung Piai dan nak makan malam, aku cadangkan singgahlah makan malam di Restoran Hj Salleh. Nota Kaki : Tg Piai Resort ne tak jauh dari lokasi Taman Negara Tanjung Piai. Jarak antara resort dengan pekan Kukup ialah lebih kurang 10 kilometer. Pekan Kukup terkenal dengan hasil tangkapan nelayan dan ikan masin yang masih fresh dan harga yang berpatutan. Restoran Hj Salleh pula, lokasinya berhadapan dengan pejabat Imegresen Pekan Kukup. Panjang umur kita jumpa lagi Beb! |
![]() |
Jetty nelayan waktu petang |
![]() |
Papan tanda lama Tanjong Piai! |
![]() |
Waktu pagi ketika nak check out! |
![]() |
Pemandangan waktu pagi... |