19 December 2013

TITIK TENGAH SEMENANJUNG!





Assalamualaikum!
Semuga kenkawan diluar sana berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Entri kali ne kisah aku bersama Majid Tatt, Azahan, Razak, Sani dan Azmi yang datang melawat Madrasah Darul Ulum yang diusahakan oleh Ustaz Sabaruddin Othman, terletak di Kg Paya Siput, Batu 11, Jalan Karak Lancang-Pahang.

Dalam Perjalanan!
Kami berempat iaitu Mj, Majid Tatt, Azahan dan Azmi singgah di kebun Sani yang terletak di Kg Paya Pelantar berhampiran Kg Lengkong-Karak. Sementara menunggu kedatangan Razak dari Selayang-Kelompo, kami relex kat pondok Sani sambil menikmati buah durian.

Titik Tengah! Tidak
lama kemudian Razak tiba dan berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan menunju Madrasah Darul Ulum yang di katakan adalah lokasi 'Titik Tengah Semenanjung'. Al-Kisahnya, Pada zaman pemerintahan Inggeris dolu, sudah ada beberapa lokasi yang dikatakan sebagai titik tengah iaitu di Kg Kertam, Maran-Pahang. Satu lagi di Kg Belimbing, Lipis-Pahang. Bagaimanapong, penentuan titik tengah pada era tersebut dikatakan tidak begitu tepat.

Kaedah Satu! Oleh
kerana lokasi titik tengah itu
telah menimbulkan pertikaian ahli akademik, maka sekitar tahun 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah melakukan kajian untuk menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia. Tiga kaedah digunapakai iaitu Kaedah Satu, menggunakan cara pengukuran rupa bentuk muka bumi dan hasilnya titik tengah terletak di Hutan Simpan Ulu Cheka-Lipis, Pahang.

Kaedah Kedua! Pengiraan matematik iaitu menghubungkan titik paling jauh dengan titik paling dekat menggunakan 37,371 titik. Pada akhir pengiraan, titik tengah dikenal pasti pada kedudukan X bersamaan 469579,6934 dan Y 386338,7621 iaitu di Kg Paya Siput, Lancang, Temerloh- Pahang.


Kaedah Ketiga! Pengiraan jisim secara abstarak iaiitu lokasi titik tengah terletak di Jerangsang, Benta-Lipis Pahang. Setelah tiga kaedah itu di buat, pihak JUPEM telah menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menentukan titik tengah. Kerajaan negeri memutuskan cara terbaik ialah dari segi 'common sense' kedudukan Kg Paya Siput di Lancang, Temerloh memang terletak diantara Lipis dan Maran Selatan. Selain itu, mengambil kira kedudukan stesen Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) dan PULARES yang terletak di Temerloh.

Ustaz Sabaruddin Othman! Kami dijemput minum petang di rumah beliau sambil beliau bercerita tentang titik tengah yang dimaksudkan itu, terletak betul-betul di bawah satu daripada pondok yang digunakan sebagai asrama oleh penghuni Madrasah disitu. Untuk pengetahuan kenkawan, Madrasah ini kini mempunyai kira-kira 100 penghuni termasuk dari kalangan remaja, anak yatim dan pasangan warga tua yang ingin mendalami ilmu agama secara percuma.

Destinasi Pelancongan! Kami juga dimaklumkan oleh Ustaz Sabaruddin iaitu Kerajaan Negeri kononnya berminat untuk membangunkan kawasan tersebut kerana kedudukannya yang menarik selain destinasi pelancong sedia ada seperti Gunung Senyum, Pusat Gajah Kuala Gandah, Santuari Rusa di Bukit Rengit dan Lembah Harimau.


Comman Sence! Sekiranya Kerajaan Negeri ingin membangunkan kawasan tersebut, kene fikir masak-masak dulu masalah yang akan di hadapi oleh Ustaz Sabaruddin bersama penghuninya. Memang mudah kalau ikut atas kertas iaitu kerajaan ambih tanah tersebut dan beri pampasan. Soalnya! Kemana bebudak tu nak ditempatkan dan adakah Madrasah Darul Ulum hanya tinggal nama?


Lagipong, kalau tak silap aku, tanah persendirian milik keluarga Ustaz Sabaruddin
tu terletak dibahagian belakang. Masih ada lagi tanah berpaya dibahagian hadapan jalan besar. Sepatutnya tanah berpaya itulah yang harus dibangunkan sebagai pusat destinasi pelancongan 'titik tengah'. Tak semestinya batu tanda titik tengah itu didirikan dalam kawasan Madrasah Darul Ulum, walupong ikut ukuran tepatnya titik itu berada disitu.


Sebelum
Kerajaan Negeri membangunkan kawasan tersebut ada baiknya kerajaan membantu sedikit Madrasah Darul Ulum seperti naik taraf dan pelebaran jalan masuk  ke Madrasah atau mendirikan papan tanda
misalnya. Nanti, jika destinasi tersebut udah terkenal, pasti ramai pelancung yang beragama Islam ingin bersembahyang di Madrasah tersebut. Wallahua'lam!










No comments:

Post a Comment