03 May 2014

AKU, MAJLIS & DUNIA



Sabtu
3 Mei 2014

Jam 1200 tengahari, aku dan isteri dalam perjalanan menuju Hulu Langat kerana menerima jemputan untuk meraikan majlis perkahwinan anak pompuan kepada Tuan Hj Zainal Badri, di No 45, Jalan Udaco 2, Taman Koperasi Uda, Hulu Langat, Selangor.

Selepas
melalui Tol Batu 9, kenderaan mula bergerak perlahan ketika mahu memasuki jalan lama arah ke Hulu Langat dan Kajang. Jalan dua lorong itu udah menjadi satu lorong kerana kerja-kerja pembinaan MRT yang sedang dijalankan. Fuhhh! Bersesak-sesak dari Tol Batu 9 hinggalah sampai ke simpang dihadapan Balai Polis, barulah nampak sedikit lancar.

Perjalanan
yang sepatutnya hanya memakan masa lebihkurang 45 minit dari pusat bandar ke rumah Tuan Hj Zainal udah menjadi satu jam apabila tadinya terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Apapun kami bersyukur kerana selamat sampai tanpa incident yang tidak dingini berlaku. Alhamdulillah!

Sambil
makan nasi minyak sambil berbual dan bertanya khabar pada kenalan lama yang duduk semeja. Jumpa En.Md Zain, Ali Musa, Abang Ghazali Hamid, Zainal Baharuddin, Puan Norizan Shamsuddin, Puan Zaitun Hamid, En Rahman Faizal dan yang lainnya. Bila lama tak jumpa banyaklah soalan yang aku kene jawab Beb!

Selesai
makan aku ambik kesempatan untuk singgah sebentar dirumah Dunia Manaf atau dolunya dikenali dengan nama Danny sahaja. Si Danny memang udah lama mengajak aku datang ke rumah beliau tetapi aku ne pulak jenis liat sikit kalau diajak bertandang ke rumah kawan-kawan. Lainlah kalau berjumpa kat kedai Mamak sambil pekene teh tarik. Aku gurau ajelah Bro. Hehehe!

Dunia @Danny
ne aku udah kenal lama sekitar awal tahun 70'an lagi. Dolu, aku memang rapat dengan beliau dan selalu lepak dan makan minum di rumah beliau. Sesekali bila ada peluang kami jogging bersama di Lake Garden. Bila hujung tahun, biasanya aku dan Danny serta beberapa rakan yang lain akan 'backpacker' ke Batu Feringgi dan berkemah kat Tg Rhu, Langkawi.

Selain
kat rumah Danny, ada gak aku lepak kat rumah En Hariri Ahmad Zanzali di Jalan Pantai dan kekadang makan, minum dan tido di rumah Idris Baba kat Kampung Pandan. Alasan bermalam di rumah Idris Baba kononnya  nak ulang kaji pelajaran dengan siMahfol Subandi  tetapi hampeh!

Berbual
kisah-kisah silam bersama Danny, aku teringat sebuah lukisan hitam putih atas playwood yang pernah dilukis oleh Danny pada penghujung tahun 70'an. Ujar Danny, lukisan tersebut tidak dibawak ketika berpindah ke Taman Koperasi Uda. Punbegitu, ada sebuah lagi lukisan yang aku belum pernah tenguk!


Danny
bangun dan masuk kebilik kemudian keluar dengan membawa sebuah lukisan hitam putih yang dilukis atas kertas tebal. Beliau beritahu aku, iaitu lukisan tersebut dilukis pada penghujung tahun 70'an dan inilah satu-satunya lukisan yang tinggal dalam koleksi beliau. Menarik lukisan ne Bro!


Jam 1405 petang! Aku
tinggalkan Danny dengan seribu kenangan silam. Ketika aku hendak keluar dari kawasan majlis, aku bertemu  dengan Puan Azizah dan sempat merakam gambar beliau bersama Zainal dan isterinya. Di bawah ini pula adalah photo Puan Norizan dan Puan Zaiton.

Lepas
tu aku bertemu pulak dengan En Nik bersama isteri yang baru sampai dan sempat gak aku merakam gambar beliau bersama tuan rumah si Hj Zainal Badri. }Datang ke majlis ini, aku rasakan seperi majlis reunion pulak. Terima kasih aku ucapkan kepada Tuan Hj Zainal Badri sekeluarga kerana menjemput aku makan nasi minyak!

Dalam
perjalanan menuruni bukit untuk ke kereta, aku bersalaman dengan En Mokhtar bersama isteri beliau. Aku lebih suka panggil En Mokhtar yang sentisa riang ne sebagai Sariff Dol. Gayanya ada sikit macam pelakon Sariff Dol, samseng Kampung Dusun! - Wallahuaklam!


No comments:

Post a Comment