02 August 2014

HARI RAYA KE DUA!


2 Syawal 1435H.
Ketika ini
aku lihat jarum jam dinding baru pukul 0815 malam [waktu tempatan di Kampung Bahagia] tempat aku bersama ipar-duai, anak-anak buah berkampung kerana menyambut hari raya Aidilfitri. Dibelakang rumah pulak, kedengaran budak-budak menjerit disulami dengan bunyi bunga api meletup diudara. Aku bingkas bangun, menuju laman di belakang rumah.

"Horee! Horee!"
Dihalaman ini hanya bebudak  berlari sambil memegang tangkai bunga api. Mereka akan menjerit apabila mendengar letupan mercun dan percikkan bunga api yang dibakar oleh jiran-jiran sekitar Kampung Bahagia.
Berdentam-dentum,
sahut-menyahut bunyi mercun roket, seakan-akan seperti menyambut Tahun Baru Cina gamaknya.

Ada
bebudak Melayu yang menyangka dirinya pintar [nakkan kuat bunyi], lalu membuat ujian sendiri  sehingga  mencederakan diri mereka sendiri. Anggapan mereka bahawa bermain mercun itu sebagai tradisi kita setiap kali menyambut Aidilfitri
  adalah silap besar. Malah perbutan itu bercanggah dengan ajaran Islam kerana membazir Beb!

Biarpong
bakar mercun dan bunga api itu diharamkan, tetapi kita pasti akan dengar letupan mercun setiap kali menjelang Aidilfitri, malah lagi hebat bunyi dentumannya bila masuk malam kedua raya.  Kira macam
serangan roket Isreal
keatas bumi Gaza tetapi di Gaza penduduk kat sinun dalam ketakutan bila mendengar bunyi bedilan roket, berbeza dengan orang kita kat Malaysia yang ketawa besar apabila mendengar bunyi letupan mercun roket. - Wah!  Masing-masing nak tunjuk hebat, siapa yang lama mercunnya  berbunyi, orang tu kira banyak duitlah...

Banyak
sangat ke duit sehingga sanggup membakar duit? Yalah! Sebulan gaji, ditambah pulak belas kesian pihak kerajaan dengan bagi bonus hari raya, bolehlah enjoy sakan. Hairan gak aku kenapa setiap kali kejadian mangsa mercun, diaorang tak jadikan iktibar
, malah ada ibu bapa yang naik syok dengan aktiviti penjualan dan pembakaran mercun. Dolu, pernak aku dengar seorang guru wanita sekolah rendah jual mercun dan bunga api kat budak-budak sekolah. Siasat punya siasat [Spy Leman], rupanya suami guru tersebut seorang penguatkuasa. - Patutlah!


II- Waktu Pagi!  Selepas sarapan aku bersama Amir dan Sulaiman pergi ke belakang rumah. Tanah dibelakang rumah ini ada ditanam pokok pisang, rambutan, manggis, pulasan, langsat duku dan cempedak. Amir mengait manggis menggunakan galah, aku pulak mengutip manggis dan si Sulaiman membakar kayu kering dan daun-daun getah untuk menghalau nyamuk. - Fuhhh! Makan manggis yang baru dikait memang best, isi buahnya putih melepak, manis pulak tu.

III- Selepas Asar, kami ramai-ramai berkunjung ke rumah jiran iaitu rumah Wati dan rumah Pak Cik Hamdan. Yang tua dihormati dan kita kenelah ziarah dan maaf bermaafan. Kalau budak-budak pulak yang ikut rombongan beraya, dalam otaknya kira nak duti raya, duit raya, duit raya! Kekadang tu makanan pong tak di jamahnya pasal asyik membelek gajet, berWhatsApp dengan kawan-kawan.


Sepatunya
masa kita ziarah dan beraya dirumah saudara, sahabat-handai atau jiran tetangga, kita kene kurangkan aktiviti berWhatsApp dengan rakan. Waktu camnelah kita beri tumpuan untuk mengenali lebih dekat saudara-mara dan jiran tetangga. - Janganlah dok sibuk dengan berselfie dan berWhatsApp!


Nota Kaki :
Ketika aku menaip entri Hari Raya Kedua ini, tentera Israel melancarkan serangan gelombang kedua ke atas Gaza selepas menuduh pergerakan Hamas menculik seorang pegawai askarnya, sekali gus memusnakan gencatan senjata tajaan Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Cantik sangatlah tu! Si Amerika sebagai barua Israel dan PBB pulak patung beryawa yang dikawal oleh Yahudi Zionis. - Alamak! dah pukul dua pagi ne, aku nak tido. Z-Z-Zzzzz!




No comments:

Post a Comment