15 November 2017

TokWan | HUJAN & Dosa



TokWan!
Petang itu matahari terlindung dibalik awan dan burung-burung mula terbang balik ke sarang. Susu getah dikebun TokWan sudah pun membeku didalam cawan. Sewaktu TokWan duduk diatas tikar mengkuang, mengulong rokok daun, angin dari baruh pun datang menghantarkan sedikit kesegaran. Sambil menyedut rokok daun yang berisi tembakau, cengkih dan kemenyan itu, TokWan sedang berkira-kira, esuk pagi TokWan akan turun ke kebun, menghabiskan torehan yang masih berbaki semalam. Jika selesai menoreh nanti TokWan bercadang mahu ke-paya memetik pucuk paku atau mengutip cendawan kukur yang sering tumbuh pada pohun yang tumbang.

[2] Hujan!
Asap rokok berkepul-kepul dilepaskan dari mulut TokWan, naik ke udara dan hilang entah kemana.  Angin bertiup perlahan kemudian kencang menerpa jendela yang terbuka. TokWan bangun menjengukan kepalanya keluar, mendongak kelangit, melihat awan hitam dan tidak lama hujan pun turun diikuti pancaran kilat. TokWan segera menutup daun jendela dan dari pancaran kilat tadi kelihatan raut wajah TokWan yang kerepot itu ada nada resah, ada nada sayu dan ada rasa pilu bila teringat dosa masa lalu. Setitis air mata TokWan turun bersama kenangan lalu.

[3] Dosa!
Seperti hari-hari semalam, waktu membawa senja menjadi malam. Diluar pondok TokWan, hujan masih berterusan. Dingin malam mula mencengkam. Malam segera menjemput TokWan untuk berbaring diatas tilam lalu TokWan terlena. Malam itu TokWan tidur tanpa rasa resah tanpa rasa pilu. TokWan tidak lagi bermimpi untuk turun ke kebun  megutip getah beku atau memetik pucuk paku. Hujan diluar, pelita minyak tanah, tilam dan bantal didalam bilik menjadi saksi TokWan telah pergi kehadrat Ilahi ketika malam menghampiri pagi. Siapa Peduli! - [Mj]

No comments:

Post a Comment