12 November 2012

AKU DALAM BUKU MU

Kupakai kasut koyakku
sampai ke Indonesia,      
kutulis sajakku di kota Jakarta.
Kuangkut buku-bukuku

dan baju-baju untukmu
sampai ke Kuala Terengganu. 
Aku ini lelaki kembara,
maka aku naik semua,

motosikal buruk,
basikal cabuk, teksi, kereta api, 
bas, kapal terbang, bajaj,
beca roda tiga dan kereta.

Kuseret selipar lusuhku
sampai di pekan Anyer.
Kusarung seluar berkedutku
ke Karang Bolong.
Aku tidak akan berhenti
mengkaji manusia
dan menulis tentangnya. 
Ku tempuh takdirku
yang sudah Kau tulis
dalam buku-Mu. - Salman Sulaiman, Pasir Putih- Kelantan.




10 November 2012

DARI FRIM KE SG BULOH


Salam! Pagi Sabtu aku berkayuh dari Frim ke Klinik Kg Melayu, Sungai Buloh. Sebelum memulakan kayuhan - aku, Mahfol dan Mat bersarapan digerai berhampiran pintu masuk ke Frim. Ketika ini udah ramai raider dan jogger memasuki frim. Kebanyakan raider yang datang dari sekitar Lembah Kelang, letak basikal atas bumbung kereta, sumbat dalam 4X4 atau sangkut kat belakang kereta.

Minggu ne kebanyakan kereta kene letak jauh sikit pasal ada kojer ubah-suai kat tempat  letak kereta. Mungkin pihak pengurusan frim nak tambah petak parking disamping bagi cantek sekitar pintu masuk kat pos pengawal. Sedang kami menikmati sarapan pagi, datang seorang jogger wanita, beritahu kereta kene pecah. Melihat dari raut wajahnya yang panik, risau dan hilang punca mungkin ini kali pertama kejadian yang tidak diingini berlaku kepada  wanita tersebut. 

Kepada kengkawan diluar sana! Sekiranya berlaku kejadian pecah kereta, langkah pertama yang perlu dibuat ialah laporkan kepada pengawal yang bertugas. Lepas tu ge balai polis yang berhampiran (Balai Polis Kepong) dan seterusnya batalkan niat untuk berjogging. Balik rumah dulu! Lepas tu call kawan-kawan yang tau kedai mana paling murah untuk ganti cermin kereta. Perlu diingat, walaupong kengkawan beritahu pegawal frim yang bertugas tetapi pengawal tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana kejadian tersebut berlaku diluar kawasan mereka.


Lupakan pasal pecah kereta! Lepas sarapan, lebih kurang jam 0755 pagi, kami mula berkayuh masuk ke frim. Memasuki laluan off road, permukaan jalan sedikit lembab dan ada setengah tempat air bertakung kerana semalam ujan lebat. Bercakap pasal ujan ne,  ramai manusia kat luar sana yang mengeluh atau merungut pasal ujan. Kalu ujan seminggu berturut-turut susahlah nak turun noreh getah kata penoreh getah. Tapi kalu panas aja! Petani dan pekebun pulak yang mengeluh, pasal air sungai, parit dan perigi udah nak kering.  

Makluk yang bernama manusia ne pulak salahkan ujan! Padahal yang menurunkan ujan tu Tuhan yang memerintah sekelian alam ne. Tuhan turunkan ujan sebab air ujan tu berguna kepada manusia. Sepatutnya kita ne sebagai hamba, kene bersyukur kerana ujan turun membasahi bumi dan menyuburkan tanaman. Pernah ke kita terfikir! Bila ujan turun kat mana pusat pancurannya, macam kita melihat bukit dan gunung ganang, siapa yang memacaknya!

Bestnya! Berkayuh melalui jalan becak dan air bertakung memang menyeronokan. Inilah laluan yang dicar-cari olih kebanyakan raider mtb. Kalu tak nak basikal kotor dengan lecak, takyah lah kayuh kat laluan off road! 

Kali ne kami berkayuh arah ke laluan pintu masuk dari Sungai Buloh kerana nak melawat rakan rider kami si Herlin di Hospital Sungai Buloh. Ketika menyusuri laluan ne, kami beselisih dengan ramai raider yang baru masuk ke frim. Inilah kali pertama aku berkayuh ikut pintu masuk frim (pintu kedua) iaitu berhampiran Hospital Sungai Buloh. Ketika aku menuruni bukit, ternampak  disebelah kiri tanaman rumput 'cow grass'  sebagai tanda berakhirnya treck off road.  

Kayuhan diteruskan! Melalui kawasan pertanian cow grass, masjid dan terus berhenti di hadapan Hospital Sg Buloh. Bila cal si Herlin, dia kata ada kat Klinik Kesihatan tak jauh dari hospital. Kami terus kayuh melalui deretan pokok-pokok bunga yang ditanam ditepi jalan sepanjang jalan menuju ke Kg Melayu Sg Buloh. 


Jumpa Herlin dan ajak minum kat gerai di Kg Melayu. Setelah selesai minum, kami kayuh semula arah ke frim. Kami doakan agar si Herlin yang tak sihat tu cepat sembuh.


Ketika berkayuh balik arah ke frim! Baru aku perasan pasal pokok-pokok bunga yang ditanam dan pasu-pasu yang dipamer kat tepi jalan tu adalah kawasan rizeb jalan. Si Mahfol kata kebanyakan pengusaha pokok bunga ne berniaga untuk dapat untung aja pasal diorang ne tak payah bayar sewa. Ada gak tanah free kat Selangor ne ya! Memang bestlah kalu niaga tak perlu bayar sewa tapak. Untung saja Beb!

Cuaca mula panas! Ketika ne jam udah kul 1155 pagi. Kami cepatkan sikit kayuhan menuju ke pintu masuk frim. Memasuki hutan simpan frim, rasa lega kerana cuaca redup. Permukaan treck yang basah serta mendaki, buat kami takefive sambil ambik gambar. Selesai barkayuh di laluan offroad, kami kayuh menuju tempat basuh basikal. Basuh lebih kurang aja! Janji pasir dan tanah yang melekat tak ikut balik rumah! Hehehe...Jumpa lagi Beb!

08 November 2012

YANG AKU LIHAT!


Yang aku lihat! Kekadang tak sama apa yang kengkawan lihat. Aku melihat hanya dari mata dan kengkawan lihat mungkin dengan mata hati. Setiap pagi, bila aku bangun tidur pasti aku gosok gigi mengadap cermin. Walaupong aku mengadap cermin, tapi jarang sekali aku melihat wajah sendiri. 


Apa yang aku lihat! Banyak benda yang dapat dilihat, tetapi hanya yang berada dihadapan mata. Mana mungkin aku dan kengkawan diluar sana boleh melihat disebalik dinding atau nun jauh disebalik gunung ganang. Begitu juga dengan melihat potensi diri. Kita mahu melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan tetapi mencabar. Seperti berkayuh basikal mtb dilaluan offroad misalnya. Kenapa mereka mahu bersusah-payah berkayuh dilaluan sukar. Tentulah mereka mahu menguji potensi diri kerana disitu (off road) ada cabaran. Setelah mereka selesai berkayuh, mereka akan lebih yakin dan akhirnya terbinalah harga diri yang lebih kukuh.

Jangan pandang sebelah mata! Ketika aku dibangku sekolah dulu, terdapat kengkawan yang gagal dalam sains dan matematik, walau pong udah mencuba sedaya upaya. Pandangan negatif ibu-bapa terhadap anak-anak sebagai anak yang tidak bijak kerana, tanpa dapat kepujian mata pelajaran matematik akan gagallah ke menara gading.

Olih kerana ibu-bapa hanya melihat anak-anak dengan sebelah mata, menyebabkan anak-anak yang kurang bijak tidak diketahui tentang potensi anak dalam bidang lain. Seperti yang ditulis olih Hj Abdul Fatah bin Hassan dalam buku Kecemerlangan Minda iaitu manusia dikatakan mempunyai dua hemisfera otak. Mereka yang sering gunakan otak kiri akan cenderung dengan hal logik dan matematik, sementara yang dominan otak kanan lebih kepada pemikiran yang tajam, minat bahasa, senilukis dan berada dalam dunianya sendiri.

Pandanglah anak-anak dengan matahati! Jangan paksa mereka untuk memenuhi impian  anda kerana bukan semua anak-anak mampu melakukannya. Jika anak anda kurang bijak dalam matematik, mungkin hebat dalam bahasa, sejarah atau senilukis. Pandulah dan doronglah anak-anak ke arah yang mereka minat. Apa salahnya kalu anak-anak menjadi pelukis, ahli sejarah, tukang masak atau menjadi ahli sukan!

Lihatlah P.Ramlee!  Beliau mungkin bukan kaki buku atau istilah lain ulat buku. Beliau jugak tidak pernah diberi gelaran Dr phd, walaupong telah menghasilkan banyak lagu dan filem. Seperti senikata yang ditulis beliau "Tiru Macam Saya" tetapi takde seorang pong yang dapat meniru cara beliau berfikir . Sape yang tak kenal P.Ramlee! Seorang pemain alat muzik, pencipta lagu, penyanyi, pelawak, pelakon dan pengarah. Beliau seorang yang berjaya dalam hidup walaupong tidak pernah ke menara gading. 

Andainya P.Ramlee dilahirkan kat Amarika dan bekerja disalah satu studio di Hollywood, pasti beliau udah kayaraya. Tentu beliau menjadi lagenda dalam rancangan National Geographic. Mana tidaknya, sehingga hari ini pong Hollywood  belum lagi dapat melahirkan seorang yang sehebat P.Ramlee. 

Pasti ibu-bapa P.Ramlee berbangga atas kejayaan beliau. Ada gah rakan seperjuangan beliau yang tidak suka kepada beliau kerana cemburu dan hasrat dengki. Salah sorang yang tak suka  ialah ibu mertua beliau disebabkan beliau hanya seorang penyanyi. Kisah tersebut boleh anda tonton dalam filem Ibu Mertuku! Hehehe...gurau aja Beb!





Rindu! Udah berpuloh-puloh tahun lamanya P.Ramlee meninggalkan kita. Berpuloh kali gak stesen tv menayangkan filem beliau tapi masih gak tak jemu. Apa agaknya yang tersembunyi disebalik hilai tawa, lawak jenaka beliau. Contohnya seperti dalam satu babak filem dimana orang ramai sedang berada dipasar dan sorang wanita mahu membeli belacan. Belacan waktu itu adalah barang larangan dan kalu nak beli belacan kene sembunyi-sembunyi. Ganja pulak ialah barang yang boleh dijual dipasaran terbuka. Maksudnya dalam filem tu, orang ramai boleh beli ganja. Sipenjual siap boleh jerit lagi "Ganja! ganja! sape nak beli ganja!". 


Nota Kaki : Apa yang aku lihat itulah yang mampu aku tulis. Begitu juga dengan foto-pic yang aku sertakan kat entri ne. Hanya ini sahajalah kebolehan aku. Sekurang-kurangnya aku menulis, melukis dan mengedit foto secara jujur. Tak tipu Beb! Seperti foto (kereta sorong)  kat bawah ne yang tersandar aja kat tepi dinding. Maksud foto ne ialah kalau kita tidak berusaha manakan boleh dapat hasilnya. Seperti pepatah Melayu "Kalu tidak dipecakkan ruyung mana boleh dapat sagunya'.


Kalu pinjam dari pepatah Cina pulak "Lu mau makan epal, jangan lu duduk bawah itu pokok, tunggu epal jatuh. Lu panjat, ambik itu epal dan itu buah lu makan". Lain pulak dengan pepatah orang Melayu yang celaru! "Jangan duduk bawah pokok durian Yop! Nanti kalu jatuh buah durian, kene kepala lu Yop. Jangan panjant pokok durian, merajuk buahnya nanti. Tunggu aja durian jatuh! Nanti sesekali ada durian runtuh, kayalah kita sekejap Yop!". Salam dari Mj @Kakiconteng.


06 November 2012

TEKSI KELOMPO!


Selamat Pagi! Kali ne nak cerita pasal teksi kat Kelompo pulak. Kat kawasan perumahan aku ne ada gak jiran aku yang memandu teksi. Kata mereka, bawa teksi adalah pilihan kerjaya  terakhir. Mereka ne datang dari latar belakang yang berbeza. Ada yang bekas askar, bekas pekerja kerajaan, hotel, kilang dan bermacam lagi. Bawa teksi ne mudah aja, janji tau jalan-jalan short-cut. Kalu dapat dua kali(2x) bawak penumpang ke airport pong udah dikira bagus. Kata kawan aku yang bawa teksi merah putih.

Berbeza pulak pandangan kawan aku yang bawa teksi limo warna biru. Kene beratur lama kat airport tunggu giliran.  Katanya lagi, kekadang macam mancing ikan. Kalu nasib baik hari tu, dapat penumpang dan siap bagi tip's lagi. Nasib tak baik kene tunggu berjam-jam kat airport pasal penumpang tak ramai nak naik teksi limo. 

Sambung kawan aku lagi! Udahlah tak ramai penumpang, kekadang teksi Kelompo curi pelanggan kami. Itu belum lagi yang curi pelanggan guna kereta sapu. Diaorang ne (teksi Kelompo) selalunya tak guna meter dan mintak tambang kekadang tak masuk akal. Ada ke patut minta tambang Rm 200.00 dari klia ke pusat bandar. Sebahagian pemandu teksi Kelompo nelah yang buat rosak nama kami. Pernah sorang pelancung Mat Salleh (entah datang dari mana tah!) katanya, pemandu teksi kat Malaysia ne paling teruk dalam dunia.

Teruk sangat ke! Bagi aku bukan semua pemandu teksi tak berdisplin. Memanglah, kekadang tu bila aku naik teksi-ada gak terjumpa pemandu teksi berambut panjang, pakai sendel dan baju pong tak tuck-in. Itu belum lagi kalu tercium  bau  badan  diorang! 

Ada sekali tu aku lalu kat depan teksi stand (BB Plaza). Pelancung Mat Salleh dua orang (mungkin suami-isteri) udah berumur sikit, keluar dari teksi. Pemandu (apek tua) tu keluar gak dan marah-marah sambil meludah muka pelancung Mat Salleh tu. Orang ramai hanya dapat memerhatikan kejadian tersebut termasuk akulah! Taktau pulak apa masalah pemandu teksi  dengan dua pelacung tu.

Banyak kejadian pemandu teksi tak sporting kat Kelompo ne. Satu lagi kejadian macam yang diceritakan olih seorang suri rumah yang dipersende sekumpulan pemandu teksi yang enggan menggunakan meter. Pemandu teksi tu minta bayaran Rm 20.00 dari Klcc ke TimeSquare. Alasan yang diberikan ialah jalan sesak teruk, rugi kalu gunakan meter dan seorang lagi pemandu teksi kata, jalan ke TimeSguare dinaiki air kerana banjir sambil senyum kambing.

Suri rumah tu naik gak teksi pasal nak cepat walupong tak guna meter. Bila lalu kat jalan sekitar menuju TimeSquare, perjalanan teksi lancar dan jalan tak dinaiki air pong. Sikap pemandu teksi yang menipu, cekik darah, pilih penumpang dan berlagak samseng adalah kesilapan pihak kementerian yang bertanggung jawab. Setiap kali berakhirnya pilihan raya - tukar  menteri baru. Setiap kali tu gak ada janji dari menteri baru! Tu nak buat - ne pong nak buat. Hasilnya sama gak, wa'asil balik asal!

Kalau aku jadi menteri! Seragamkan warna teksi Kolompo. Hanya ada teksi warna merah-putih. Takleh ada warna hitam-putih, oren, hijau pucuk pisang dan bermacam warna lagi. Tak kiralah teksi ko-op ke, syarikat ke atau teksi persendirian. Kat atas bumbung teksi mesti ada no yang bermula dengan 01, bagi memudahkan pihak berkusa memantau pergerakan teksi melalui cctv serta pemantauan dari polis udara.

Perlu diingat!  Tujuan dan niat pemandu teksi bukan sama, ada yang gunakan untuk menjadi spy curi kereta mewah, merompak, merogol dan megedar dadah. Ada baiknya semua pemandu teksi di Kelompo ne menjalani  kursus sebelum memandu teksi. Jangan bagi permit sesuka hati walaupon kepada saudara-mara atau kroni. Jangan sampai satu hari nanti, lambakan teksi kat kelompo boleh sesakakan jalan raya. Pihak berwajib kenelah buat homework sikit, dan kiralah nisbah penuduk Kelompo dengan keperluan teksi. Kalau udah melebihi keperluan tentulah pemandu teksi merungut kerana terpaksa bersaing untuk dapatkan penumpang.

Yang aku nampaklah! Kat kelompo ne udah banyak sangat teksi. Tutuplah sekejap permit teksi, sehingga ada kekosongan kalu pemandu udah pencen atau kene bunuh macam kes pemandu teksi mati dikelar sebelum dibakar berhampiran Jalan Tun H S Lee pada 4hb November 2012.

Nota Kaki: Pemandu teksi sebenarnya tiada kuasa penuh ke atas penumpang. Pemandu teksi hanyalah dreba kepada tuannya. Tanpa penumpang takdelah texi driver! Penumpanglah yang membayar gaji, gas/petrol dan sewa teksi kepada anda. Hormatiah penumpang dan ucaplah "Selamat Pagi Encik" ketika penumpang memasuki teksi anda. Setelah penumpang masuk, gunakanlah meter dan bayaran tambang yang diterima nanti adalah rezeki anda yang halal untuk dibelanjakan kepada anak dan isteri anda. Ikhlas dari Mj dan selamat berkayuh! 


04 November 2012

THE CLOCK TOWER

 

Salam! Suasana kat Lebuh Pasar Besar dan Lebuh Ampang tenang. Jam kat Clock Tower (jam mati) baru menunjukan kul 1130 pagi. Selalunya kawasan ne sibuk dengan orang ramai dan banyak  bas berhenti kat depan clock tower. Pagi ne  tiada kelihatan orang ramai menunggu bas dan bas pong  tidak berhenti disini lagi kerana kawasan ne udah ditutup olih pihak Dbkl. Kabarnya, kawasan sekitar jam mati ne nak diubah suai untuk dijadikan taman mini.

Sekitar awal tahun 70'an, orang Kelumpo memang panggil menara jam  ne jam mati, pasal dulu jarum jam ne gagal berfungsi! Kalau ikut sejarah lampau, The Clock Tower ne dibina sebagai art deco pada tahun 1937. Warna asal adalah seperti kengkawan lihat kat foto diatas ne. Disebelah kiri clock tower pulak ialah deretan kedai lama yang direka olih A.K Moosdeen pada tahun 1906 dan pemiliknya ialah orang kaya Loke Yew. 

Dulu, sekitar clock tower ne ialah tempat makan yang di kenali sebagai Benteng. Masa tu (awal tahun 70'an) taraf hidup orang Melayu yang tinggal kat Kelumpo biasa-biasa aja. Maksud aku, belum ramai lagi yang kaya atau jadi jutawan. Jadi, kalu dapat menjamu selera sekali-sekala kat Benteng ne kira hebatlah Beb!


Sekarang ne udah bulan November 2012! Tak lama lagi nak masuk tahun 2013. Kalau aku perhatikan kat Kelompo ne banyak udah bangunan- banguan baru didirikan dan yang antik tetap dikekalkan macam bangunan lama Gian Singh Bulding di Jalan Tun Perak. Tak ketingalan jugak disekitar Jalan Masjid India dan Jalan Melayu yang dahulunya nampak tenang kini kawasan tu sibuk dengan peniaga dan orang ramai. 


Dihadapan Wisma Yakin Jalan Melayu ini lah tempat pelukis jalanan menjual bakat bersama beberapa kelompok kecil penjual ubat tradisional Melayu pada era tahun 80'an.
Bangunan ini masih kekal sebagai 'trade mark'  Jalan Masjid India@ Kuala Lumpur.
Beperapa orang pelancung sedang merakam foto kanak-kanak   Melayu disekitar Masjid India.
Penjual otak-otak dan satar di Pasar Sabtu lorong belakang @Jalan Tuanku Abdul Rahman!

Sebelum kami makan tengahari di Restoran Insaf, kami singgah kejap kat kedai buku diPustaka Mukmin. Niat aku nak beli buku -buku lama kalau ada diulang cetak. Tapi kat sini hanya ada buku baru sahaja. Olih kerana udah masuk kedai buku, aku beli gak buku bertajuk From Cat Stevens to Yusuf Islam. Buku ne ditulis olih Hermawan Aksan yang menceritakan perihal kehidupan awal Cat Stevens mengharungi dunia kemasyhuran dan kekayaan   sebagai seorang superstar, dan akhirnya mencari kebenaran untuk kembali kepada fitrah! Akhirnya dia bertemu Islam...

Note :Abis dah story aku pasal nak makan tengahari kat Kelompo sempena ulangtahun kelahiran isteri aku. Selamat Hari Jadi kepada isteriku dan juga selamat hari jadi kepada kengkawan yang sama waktu ketika lahir ke dunia ini. Semuga sihat dan dimurahkan rezeki! Aminnn...

CENTRAL MARKET @CM


Hello! Ini adalah entri sambungan story dari entri pertama Pudu Central (UTC @KL) yang aku post pada 3hb November 2012. Jalan-jalan di pagi Sabtu, sambil merakam foto di sekitar Central Market atau lebih dikenali dengan nama CM sahaja olih orang Kelumpo.

Bagunan CM ne kalau dilihat dari pintu masuk ada tertulis Since 1888. Lama udah bangunan ne terpacak kat sini. Masa tu aku dan kengkawan kat luar sana tu belum lahir lagi. Bangunan ne digunakan sebagai pasar basah macam pasar kat Chow Kit. Dulu-dulu sekitar awal tahun 70'an kalu lalu berhampiran pasar ne, pasti bau busuk akan menyusuk ke dalam lubang hidung. Mana tak busuk! Segala macam ikan, ayam, itek juga termasuk daging babi dijual kat pasar ne. 




Lama gak aku tak menjenguk ke dalam CM ne. Masa mula dibuka pada sekitar tahun 80'an, rajin gak aku datang kat sini. Masa dulu ramai pelukis cari makan kat sini dan sewa pun ketika itu taklah mahal sangat. Bila pihak pengurusan  lama jual CM ne kat orang Singapura, kebanyakan pelukis angkat kaki pasal sewa udah dinaikan. Walau cammana pong, masih ada pelukis lama dan baru menyewa di luar bagunan utama CM ne. Selagi ada peminat senilukis membeli hasil lukisan mereka, selagi tulah mereka boleh bertahan di sini.


Dulu, sekitar tahun 80'an aku ada buat niaga sambilan jual topi, mafler dan headband kat Stadium Merdeka masa musim bola sepak. Olih kerana pada masa tu belum ada football fan club, jadi sesiapa pong boleh  jual. Selalunya bila final bolasepak antara Selangor dan Kedah, aku jual topi dan mafler dari kedua-dua pasukan. Pernah gak aku jual topi untuk peminat bolasepak Kuala Lumpur, Pahang dan Serawak. 


Selepas berakhirnya musim bola sepak, topi dan mafler tu aku hantar kat kedai di Central Market. Tujuannya ialah untuk dijual kepada peminat atau pelancung dari luar Kelumpo. Bila Selangor Fun Club ditubuhkan, aku tidak lagi menjual barangan tersebut. 


Singgah kat kedai menjual biskut! Walaupun takde nama syarikat dan tarikh luput  kat pembungkus biskut tersebut, beli gak! Beli pasal pertama nak rasa dan kedua kerana nak bantu produk orang Melayu. Bila balik umah dan rasa biskut tersebut, punyelah keras macam batu. Mungkin biskut ne dah lama atau yang tukang buatnya tidak cukup pandai. Huhuhu...



Jam tangan aku ketika ini hampir menunjukan kul 1125 pagi.  Kami keluar dari CM menuju Restoran Insaf untuk makan tengahari. Sambil tu sempat gak ambik gambar sekitar lokasi pelukis-pelukis sedang melukis. Pic kat bawah ne (Syed namanya kalu tak silap) adalah salah seorang penyewa asal. Syed ne memang aku kenal sekitar awal tahun 70'an. Dulu Syed ne kojer kat Uda sebagai pelukis bagunan atau teknikal drawing gitu! Berhenti kojer kat Uda pasal tak suka waktu kojer nine to five. Biasalah jiwa orang seni, sensetif  dan pakaian pong ada gaya tersendiri.


Setakat ini sahaja yang dapat aku story! Ikutlah aku kat entri seterusnya iaitu, belum ada tajuk entri lagi! Hehehe...


03 November 2012

PUDU CENTRAL (UTC@KL)


Salam! Hari Sabtu aku  cadang nak makan tengahari kat Restoran Insaf, pasal minggu lepas adalah harijadi isteri aku. Kat Kelompo ne kalau nak drive dan dapatlak parking percuma memang bestlah. Kene gerak dari umah awal sikit. Nak idup Beb! Kelompo ne semua nak cepat. Lambat sikit, parking free udah penuh dan  terpaksalah parking berbayar. Kene bayar lebih kurang RM 4.50 hingga RM 5.00 sejam tapi keselamatan kereta belum tentu terjamin. 


Gerak dari umah jam 0830 pagi! Sampai kat kawasan belakang  bangunan, petak tak de kosong. Pusing sekali lagi, barulah ada petak kosong. Lega rasanya bila dapat meletak kereta percuma di tempat yang boleh dikira selamat. Pasal keluar umah tadi belum sarapan, aku cadang nak sarapan roti bakar kat depan bangunan Mara. Lepas sarapan kami nak melawat taman burung kat Lake Garden. Masalahnya terpaksa bawak kereta - So lawatan dibatalkan! Hehehe...


Awal lagi Beb! Baru kul 0930 pagi. Apa kata kita ge jalan-jalan ke-Pudu Central nak tak - cadang bini aku. Ok gak! Kami pun gerak ke arah stesen LRT Bandaraya dan beli token biru dengan nilai Rm 1.20 seorang. Kami sampai kat Pudu Central (UTCKL) yang dalunya di kenali sebagai Pudu Raya atau dalam pelat Cina Pudulaya!



"Nak kemana Encik"! Tegur beberapa pemuda Melayu ketika kami menghampiri pintu masuk Pudu Central. Gaya macam pengawal keselamatan tapi tak pakai unifom. Diorang ne bekeliaran kat luar dan dalam Pudu Central sebagai 'ulat' untuk dapatkan penumpang bas. Jangan tak tau! Ulat-ulat bas ne udah dikenali sejak tahun 80'an lagi ketika zaman Pudu Raya. Ada gak sesekali penguatkuasa buat opersai membentras ulat, itupong kalu ada laporan ganguan atau penipuan dari penumpang bas. Yelah! Nak tangkap ulat ne bukanlah susah sangat, tapi apa bukti kesalahan dioarang ne. Kita tangkap dan lepaskan pasal takde bukti kukuh. Begitulah luahan seorang teman yang pernah menjadi penguatkuasa operasi ulat. 

Ah! Lupakanlah pasal ulat, janji diorang tak tipu penumpang bus. Diorang pong nak cari makan gak. Kat Kelompo ne kalu takde kojer takde duit Beb! Parking, air suam, simpan beg, tandas semuanya pakai duit - mana ada free! 

Kami naik ke aras empat(4) untuk melihat suasana foodCourt baru. Seperti yang kengkawan tenguk pic kat atas ne, hiasan dalaman nampak kemas dan cantik. Sesuai dengan citarasa orang bandar, makanan tentulah bersih dan sumber bekalan mestilah halal. Begitu juga dengan staff yang bertugas, iaitu mereka perlu memiliki kad suntikan taifod dari klinik dbkl.


Selesai pusing seround kat foodcourt, kami keluar dari Pudu Central arah ke Pasar Budaya atau lebih dikenali sebagai Central Market @CM. Kali ne kami tidak menumpang LRT pasal nak tenguk sekitar lokasi berkumpulnya warga asing ketika hujung minggu dan cuti umum.


Kalau kengkawan nak menapak dari Pudu Central ke Pasar Budaya, kengkawan mestilah melalui  Jalan Silang. Pic kat atas ne ialah lokasi warga asing berkumpul untuk bertemu rakan. Kebanyakan mereka terdiri dari warga Bangladesh, Pakistan, Nepal, dan Myanmar. Adalah dinasihatkan, sila jauhkan diri dari sekitar lokasi tersebut sekiranya kengkawan takde urusan kat sini.

Jumpa lagi dientri seterusnya iaitu Central Market @CM! Entri yang disajikan bersama photo-pic sekitar lokasi. Sayang dari Mj!