11 July 2011

BAHASA WARNA!


Selamat Pagi Kawan!
Aku suka memulakan entri dengan warna hijau. Hijau nampak segar ketika waktu pagi, walupun aku sendiri tidak segar! Hehehe... Aku memang pentingkan warna dalam kehidupan aku, kerana warna adalah bayangan diri aku. Warna berkait rapat dengan jiwa, perasaan dan suasana kehidupan aku.

Kehidupan seharian aku diselubungi dengan berbagai -bagai warna. Aku memilih warna hijau untuk 'kitchen cabinets, basikal fixie, kerusi, tile dan accessories. Keseluruhan dinding dan lantai aku biarkan warna putih kerana aku meletakan lukisan di dinding dan sahelai rug merah diatas lantai. Aku juga mengantung di bilik bacaan jam warna merah dan sebuah jam warna putih di bilik tetamu. Lain-lain warna yang aku minat untuk hiasan dalaman ialah warna kuning dan jingga. Warna pakaian aku pulak! Aku tidak suka warna merah, jingga dan kuning. Aku lebih berminat pada warna hitam, biru, putih, coklat dan sedikit hijau. Inilah gambaran warna dalam kehidupan aku. Walaupun aku meminati warna merah, hijau dan kuning tidak semestinya aku meminati warna tersebut untuk pakaian. Warna-warna tersebut bagi aku lebih sesuai untuk accessories hiasan dalaman.


Warna penting dalam kehidupan. Penyelidik mendapati warna boleh membangkitkan sesuatu tindak balas dan mempengaruhi fikiran. Ia memberi kesan kepada perasaan orang terhadap kita.


Apa pendapat pakar tentang makna disebalik warna :-
Putih
adalah hasil campuran warna-warna lain dalam spektrum. Ia ciptaan yang lengkap dan tulen. Justeru putih membawa erti lengkap, bersih dan suci. Ibarat ilmu yang belum disingkap, ibarat telur yang menunas dan menetas. Putih menunggu penciptanya memperkembangkan diri keluar dari lingkarannya.



Merah pula adalah asas utama warna tenaga dan perkembangan. Ia mempunyai keupayaan membina kekukuhan atau keruntuhannya bergantung kepada cara seseorang menggunakan tenaganya. Merah lambang kemusnahan jika tiada arah dan kawalan. Di segi positif, warna ini menyatakan perasaan seksual manusia dalam membina kehidupan. Manakala di sudut negetif, ia warna kemarahan, kemusnahan atau perang. Penggunaan merah berlebihan boleh menyebabkan ketegangan. Terlampau banyak merah boleh menukar tenaga menjadi pemarah,
agresif, panas b
aran. Kalau berdukacita atau letih, warna merah bagus diberi perhatian. Ia membantu memanggil tenaga fizikal simpanan dalam menyempurnakan tugas. Dalam berurusan pula mereka ini mahu melihat sebab dan alasan.



Kuning warna pengetahuan dan kegiatan fikiran. Ia juga warna logik, pelajaran, pertumbuhan mental dan merangsangkan fikiran ke peringkat tinggi. Terlalu banyak kuning menyadikan seseorang bertukar diktator. Akan menyekat keupayaan pertumbuhan mental. Berbagai-bagai nada kuning menunjukan tahap kematangan fikiran. Makin gelap nadanya, semakin cenderung kepada ciri-ciri jasmani.




Hijau pula, adalah warna alam dan daun-daun. Ia mengumpulkan tenaga daripada cahaya matahari, mempunyai daya penyembuhan dan menghidup atau menumbuhkan semula daun serta pepohon yang mati. Dalam aura asal-usul warna, hijau warna pertumbuhan. Ia warna kedamaian yang memberi kita waktu untuk mengisi semula tenaga simpanan. supaya dapat terus melangkah ke-peringkat kehidupan hingga ke alam kebatinan.



Jingga-Wujud daripada campuran merah dan kuning. Merah lambang tenaga jasmani dan kuning mental : dengan perkataan lain jingga warna tenaga ketegasan fikiran. Semakin lembut nada jingga, semakin banyak campuran kuning, ertinya kian banyak kuning berkuasa. Ini boleh dilihat pada mereka yang mementingkan logik dalam menyelesaikan masalah dan tugasan. Jingga warna paling bagus untuk menghias sekolah dan maktab. Ia meransang dan menyerlahkan keupayaan pelajar.




Merah Jambu hasil campuran merah dan putih. Ia warna cinta sejati yang menyatakan keinginan berkongsi perasaan. Curahan perasaan seksual diperlembutkan kepada sikap ambil berat, penyayang dan melindungi. Yang bernada lembut menunjukan kemesraan dan belas kasihan. Merah jambu selalunya dianggap warna kewanitaan ia berkait rapat dengan perasaan dan cinta. Perhubungan yang dibina di atas getaran warna ini lebih kukuh daripada perhubungan fizikal merah.




Coklat- Pertumbuhan bermula dari tanah. Warna ini adalah tenaga simpanan alam dan unsur jasmani yang meyaluti tumbuhan hijau. Coklat warna kebendaan dan kekayaan. Apabila warna hijau tumbuh dan berubah coklat, daun menjadi kering lalu mati. Ini bermakna kekayaan harus digunakan mengikut saluran yang betul. Coklat adalah lambang tanah, dan tanah akan ketandusan. Oleh itu anda perlu bekerja terus untuk menjadi mewah.



Hitam sebenarnya bukan
warna. Hitam pembawa warna, jika dicampur semua warna ia akan menjadi hitam. Justeru ia dikaitkan dengan rahsia dan misteri. Hitam banyak menyembuyikan banyak perkara-baik & buruk. Hitam tidak semestinya petanda jahat. Dalam menilai hitam yang penting cara penggunaannya. Sungguh pun hitam dikatakan warna kebimbangan, kehadiranya yang mantap dapat mengawal atau dapat melindungi diri daripada ketakutan. Bagi hitam, baik atau jahat seseorang itu bergantung pada diri sendiri.



Biru dalam alam adalah la
ngit dan laut. Ia warna misteri dan membangkitkan perasaan manusia. Makin gelap nada biru makin misteri. Biru gelap yang hampir kepada ungu menggambarkan rohaniah. Biru hijau seperti biru firus, membangkitkan keinginandalam pertumbuhan rohaniah. Ia warna paling sesuai bagi mereka yang membuat keputusan seperti golongan pengurusan.





Ungu warna pertumbuhan rohaniah, falsafah, kerajaan atau diraja. Raja diselitkan dalam warna ini kerana mereka biasanya pemeritah atau ketua agama. Makin gelap warna ungu, makin tebal rahsia berhubung langkah dan tindakan yang dilakukan. Warna ungu campuran tenaga merah dan perasaan biru. Ia memberi aura kepada tenaga mengatasi yang lain untuk muncul sebagai orang depan.







29 June 2011

SEMBURAN AEROSOL


Senyum di pagi Khamis Beb!
Pust! Pusssssssssssssssssst! Begitulah bunyi irama yang keluar dari tin Aerosol!
Hahaha! Aku bukan nak cerita pasal seni semburan aerosol, pasal aku dah cerita pada entri Seni Jalanan pada 30 April 2010. Kat entri ne biarlah photo-pic yang berbual dengan anda!

Sabenarnya aku nak ge tau kepada anda semua, kalau anda klik kat Anda Mungkin Juga Meminati - tetapi yang keluar hanya ayat Sorry, the page you were looking for in the blok Kakiconteng does not exist. Lepas tu anda terpaksa klik kat Go to blog homepage. Maaflah banyak-banyak beb! Ada entri dah aku delete tapi photo-pic nya masih ada. Aku delete dulu pasal ceritanya tak sesuai untuk kaki blog yang berumur 18 tahun ke-atas. Kalau anda nak dapatkan entri yang cepat, klik saja kat Blog Archive!

Maaf juga aku pinta kepada empunya blog, kerana menyimpan blok anda disenarai Art Blog List tanpa kebenaran. Blog yang aku maksudkan ialah kepunyaan A. Shukri Elias, Adie in the Blog, Bakivomit, Aris Aziz, CuboiArt, House of Matahati, Kanta Lensa, Karyawan Bicara Lukisan, Kebon Seni, Latif Mulan, Muggo, Norazlan Akmal, Samsudin Mohd, Studio Zainon Abdullah dan SyahrulNizaZaini.

Telipon aku berdering pulak! Mesej dari kawan, ajak aku keluar minum kopi. Maaf yang ketiga ne pulak pasal aku terpaksa gantung entri ne! Selalunya kalau dah stop menaip, jarang sekali aku sambung! Hehehe...


28 June 2011

TEH TARIK SATU!



As-Salam!

1- Sarapan apa ye pagi nie? Kalau pergi kedai Mamak (bukan kedai India-Hindu) sekarang nie sudah ada jual nasi lemak. Nasi putih yang di masak dengan santan kelapa dan dibungkus dengan daun pisang serta sikit telur rebus, timun dan sambal ikan bilis. Sekarang nie nasi lemak bukan sahaja dijual untuk sarapan, malah minum petang dan makan malam.


"Mamak! Teh tarik satu!"

Terus sahaja membuka bungkusan nasi lemak yang disediakan diatas meja. Tak cukup satu, bukak satu lagi. Yelah! Takkan hari-hari sarapan ruti canai, tosei atau roti bakar. Sesekali pekene nasi lemak bungkus memang best! Bagaimana agaknya kalau kita selalu sarapan nasi lemak dengan teh tarik? Jom kita baca apa pandangan pakar dari Live-well.



2- Sebaik sahja ia dimakan, nasi putih akan ditukar menjadi glukosa dan diserap dengan cepatnya ke saluran darah. Sebaran peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankres untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel untuk mengusap glukosa. Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki sel yang memerlukannya. Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik.



Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (Gl) yang tinggi.
Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan. Karbohidrat yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang lebih rendah serta lebih perlahan, sekali gus memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam badan serta membantu mencegah diabetes jenis 2.


Sel kita bergantung kepada satu gula tunggal rigkas iaitu glukosa, yang sebahagian besar diperlukan oleh sel berkenaan untuk membina tenaga. Itulah sebabnya mengapa badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampau tinggi. Glukosa datangnya daripada penceranaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai dan lain-lain". Live-Well.

3- Rakan semua!
Secara jujurnya aku tidaklah faham sangat istilah yang digunakan oleh pakar dari Live-Well tersebut, tetapi yang mudahnya info itu bagitahu, kita kenalah kurangkan makan nasi 3x sehari dan juga kurangkan minum teh tarik! Banyak lagi bahan makanan yang kita boleh makan ketika bersarapan. Misalnya telur setengah masak, bijirin, epal merah, pisang montel, salad, burger, sausages, kebab atau sandwich. Minuman panas pulak, macam air limau, bali, kopi, teh uncang. Minuman sejuk macam susu rendah lemak, bliss, milo + chocolate yang disejukan, air buah-buahan tanpa ais.


Cakap senang kan!
Tetapi hendak sarapan kat Kedai Mamak, mana ada menu camgine! Kedai Melayu pong sama juga Biasanya jual nasi lemak, pulut manis, nasi dagang, roti jala, meehoon goreng dan kueh muih. Kengkawan tak nak kene Diabetes kan! Jadi kenelah usaha sedikit. Masak kat umah dan bawa ke-tempat kerja. Hujung minggu pulak buatlah aktiviti outdoor seperti jalan kaki ke, kayuh basikal, atau berlari. Kalau malu keluar umah, belilah basikal tak bergerak-dan kayuh kat rumah! Hehehe...[Mj]



27 June 2011

ORANG MELAYU SELERA RENDAH!

Hari ni Senin 27 Jun 2011
Mari kita renungkan sabentar tulisan Ku Seman Ku Hussain.

Orang Melayu berselera rendah?
"Satu kajian sains sosial mendapati untuk mengukur tinggi atau rendahnya lingkungan pemikiran sesuatu kelompok masyarakat,
lihatlah sesuatu yang menjadi kekaguman mereka.

Kekaguman ini berada di sekitar kehidupan kelompok masyarakat berkenaan misalnya apakah bahan yang dibaca, jenis program televisyen atau filem ditonton. Semua ini adalah petunjuk untuk melihat graf pemikiran mereka sama ada berada dalam kelas berselera tinggi atau rendah. Budaya popular adalah suatu yang paling berpengaruh dalam kalangan masyarakat. Tetapi tahap budaya pop itu juga menunjukan perbezaan antara seseorang individu dengan yang lain. Sekiranya rumusan kajian sosial itu digunakan untuk mengkaji tahap pemikiran orang kita, apakah kita berada pada kelompok berselera tinggi atau sebaliknya. Tahap pemikiran adalah cerminan kepada kehidupan sosial masyarakat.

Baru-baru ini sebuah kumpulan lawak muncul sebagai juara dengan memenangi hadiah wang tunai RM350.00 dan lain-lain hadiah iringan. Program yang mempertandingkan pelawak- pelawak ini sangat popular padahal tahap lawak yang diberikan sangat rendah. Malah kumpulan yang mendapat hadiah RM350.00 sangat rendah pemikiran mereka kalau mahu diukur dengan tahap Malaysia sebagai sebuah negara yang dikagumi di seluruh dunia. Kumpulan ini pernah membuat sketsa lawak perempuan yang hendak bersalin di pentas dan akhirnya mereka dipilih sebagai juara.

Difahamkan kemenangan itu di tentukan oleh 50 peratus markah oleh juri profesional
(apa tahap profesional tidak diberitahu) dan 50 peratus lagi oleh penonton yang mengundi menerusi SMS. Jadi, kita boleh membuat kesimpulan inilah kumpulan lawak paling hebat sebab itu mereka diberi kemenangan. Maka kalau kajian sains sosial di atas boleh di gunapakai, kerendahan pemikiran yang terpacar dalam lawak itu mencerminkan juga kerendahan pemikiran masyarakat yang rata-rata orang Melayu dan penagih program televisyen.

Kelompok masyarakat begini tidak menghiraukan sangat soal budaya, kesantunan dan
jauh sekali tahap seni dan kreativiti. Sepatutnya orang Melayu khususnya bimbang dengan perkembangan begini kerana ia tidak memperlihatkan pemikiran yang besar untuk mengisi cabaran sosial yang hebat. Kecenderungan kepada sesuatu yang bercitarasa rendah sangat rapat dengan keutamaan masyarakat kepada hal-hal remeh dan tidak membina.

Kelompok masyarakat begini tidak membantu membina negara. Sebaliknya mereka pula yang dipergunakan kerana selera yang rendah, tidak memilih dan pasif. Mereka adalah hamba kapitalis zaman moden".

Ku Seman Ku Hussain
ku seman@yahoo.com



26 June 2011

AISHALIFE-LINE: Yakin Allah Tahu dan Peduli

AISHALIFE-LINE: Yakin Allah Tahu dan Peduli: "Ketika aku merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia. Aku yakin Allah tahu betapa keras aku sudah berusaha. Ketika ..."

25 June 2011

SABTU DI BUKIT BINTANG

Salam kepada kaki blog!
Semuga anda semua ceria berhujung minggu sambil membaca celoteh Kakiconteng. Aku selalu tenguk kat traffic ada beberapa pelawat yang suka singgah. Salah satu pelawat yang kerap singgah ialah dari Sri Kembangan, Negeri Sembilan. Terima kasih kerana anda sudi membaca dan melihat photo-pic yang aku klik!

Kali ni aku celoteh pulak pasal hari Sabtu di Bukit Bintang. Dulu, pada 30 Jan. 2010 aku ada post, entri bertajuk Ine Bintang Walk! Masa tu Bintang Walk( BW) tengah naik taraf- dan entri kali ne Bintang Walk dah siap. Lama jugak aku tak ge Bukit Bintang kan!

Macam biasa laluan aku kalu nak ge BB ikut Monorail Medan Tuanku. Nasib kurang baik! Monorail pulak ada masalah. Kata petugas kauter dah lama dah rosak! Aku lihat ramai pelancung dari luar negara nak naik Monorail ge BB. Kenapa pulak rosak time ne? Terpaksalah aku menapak ge teksi stand. Jalan ge BB pong taklah sibuk. Teksi macam bisa gak, lalu ikut depan Hard Rock Cafe, Wisma Genting dan terus masuk ke Pavillion. Masa dalam perjalanan tadi sempat gak aku jeling kain rentang yang dipasang untuk memperkenalkan City Walk. Pulak dah ada City Walk! Kabarnye City Walk akan bermula dari Jalan P. Ramlee terus ke Jalan Bukit Bintang. Bagus le tu! Lagi bagus kalau hujung minggu laluan City Walk ne di tutup kepada kenderaan berenjin. Boleh lah orang ramai jalan-jalan tanpa takut kene ragut dan kene langgar.


AKTIVITI @BINTANG WALK


Sabtu tengahari aku dah terpacak ditengah kesibukan @ Bintang Walk!
Aktiviti yang diadakan di sepanjang jalan, bermula dari KL Monorail BB terus melepasi pintu utama Sungei Wang Plaza. Ada bebudak main skateboard, main yoyo, muzik, seni jalanan dan gerai-gerai pameran termasuk gerai daftar mengundi. Puas aku klik sana klik sini, terasa tekak dah haus. Ada plak group yang baik hati... bagi air free! Tak payah lah aku ge minum kat warung! Lepas berhenti kejap tenguk show diaorang, aku naik aras satu KL Monorail nak beli tiket balik ke Medan Tuanku. Alamak! Monorail masih rosak lagi...terpaksa naik teksi! Huhuhu...


22 June 2011

BLOG+GOOGLE = DUIT


Salam Sejahtera dan Selamat Pagi!

Aku baru saja habis membaca buku bertajuk Blog+Google Adsense = Duit
yang ditulis oleh Mohd Shamsuriyadi bin Mamat, diterbitkan oleh PTS Net Media Sdn Bhd. Buku ini menerangkan bagaimana kengkawan boleh dapat duit hanya dengan membangunkan blog!

En Mohd Shamsuriyadi menceritakan pengelaman beliau mengenai Google AdSense, bermula hanyalah sebagai hobi dan akhirnya menjadi salah satu pendapatan utama beliau. Ujur beliau lagi "Ramai yang terlibat dalam Google AdSense sebelum ini gagal kerana akaun mereka dibatalkan dan disenarai hitam daripada menyertai program ini buat selama-lamanya".

Aku percaya dengan tulisan En Mohd Shamsuriyadi mengenai kegagalan empunye blog menjana pendapatan melalui iklan Google AdSense. Ini terbukti kerana blog aku pong takde iklan AdSense atau nuffnang. Tekde iklan kira tak massuk lah Beb! Blog macam aku punye ne susah sikit untuk menyertai program Google AdSense, pasal tidak digemari oleh kebanyakan search engine. Sebab musababnye ialah tulisan dalam blog aku - Bahasa Melayu, isi atau kandungan pulak hanya kisah peribadi. Huhuhu...

Walau camna pong, aku akan buat blog baru! Buat kengkawan yang dah ada blog, cubalah anda mendaftar akaun Google AdSense menerusi laman web http://www.google.com/AdSense.

Satelah permohonan anda berjaya, anda kene kemaskinikan dengan entri baru bagi menarik ramai pelawat singgah ke-blog anda disamping pelawat akan klik pada ruangan iklan AdSense anda. Saperti kata En Mohd Shamsuriyadi : "Faktor penting kejayaan sesebuah blog adalah pelawat yang ramai. Dapatkan lebih banyak trafik atau pelawat dengan melakukan aktiviti pemasaran dan promosi". Salah satu cara promosi yang kita tidak sedari ialah di facebook! Kengkawan juga boleh gunakan laman so-sial lain seperti Myspace, Friendster, Tagged bagi mempromosikan blog anda.

Ok lah Beb! Aku takleh cerite panjang lebar kat entri ne. Pasal nanti aku dikira menyalin idea si penulis. Kengkawan kalu nak tau lagi pasal menjana wang dengan akaun Google AdSense boleh beli buku ne atau lain-lain buku saperti buku RahsiaBlogger: Membongkar Rahsia Buat Duit Dengan Blog! Akhir kata dari aku : Buku masih berguna sebagai rujukan dan sumber ilmu! Jangan lupa banyakan baca buku disamping main blog dan dapat duit...


Layari blog beliau di www. Shamsuriyadi.com bagi mendapatkan info terkini tentang perniagaan internet. Ikhlas dari Manjapri-Jumpa lagi di entri baru!


19 June 2011

SENI DI KOTA MELAKA!

"Tiada kata secantik bahasa - tiada gambar secantik lukisan" - P.Ramlee